Book // Arkitek Jalanan karya Teme Abdullah

November 25, 2017


Assalamualaikum,

Kulit depan #arkitekjalanan


Arkitek Jalanan. Teme Abdullah.

Siapa tidak kenal dengan nama Teme Abdullah. Aku sangat yakin rata rata rakyat Malaysia sudah kenal dengan nama Teme.

Hasil lukisan yang sangat cantik dan indah dilihat. Untuk melihat lebih lagi tentang lukisan tangannya, boleh ke instagram dia iaitu itsteme .

Aku kenal Teme since 2013. Itu pun melalui blog, kemudian baru twitter dan instagram. Okey, lamanya follow :')

Taknak hadiahkan apa apa ke? Aku dah jadi pengikut setia kot haha k gurau je.

Kalau nak tahu, ada kisah pembikinan Pelukis Jalanan dalam buku Arkitek Jalanan ni. Nanti baca la ye.

Tiba tiba rasa macam tak tahu nak taip apa. Kejap, nervous kejap. Aku harap Teme tak baca apa yang aku cuba merepek ni.

Tapi kalau Teme baca,

Dengan ini, saya Siti Jamilah ingin memohon maaf kalau ada mana mana bagian ayat di dalam ni ada menyakitkan hati atau tersalah informasi.

Tentang arkitek jalanan, aku suka dia punya cover buku. Jika dibuka, akan terlihat susunan bangunan yang dilukis menggunakan tangan. Lukisan tangan yang bagi aku agak mahal.

Seperti biasa, di dalamnya ada kata penghargaan, kata penerbit. Ia dimuatkan dengan 22 bab. Tapi tiada bahagian galeri seperti buku pertamanya, Pelukis Jalanan. Kalau tak salah aku, Teme pernah cakap yang sebenarnya banyak yang dia dah padam sebab taknak kasi buku ni mahal.

I dont know why, but I bet orang tak kisah pun nak beli. Buku ni ada nilai dia yang tersendiri. Ada nilai keikhlasan, pengalaman tu yang mahal sebenarnya.

Sebenarnya aku dah lama beli buku ni. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak baca sampai lah kemarin aku buka dan baca. Guess what, aku rasa menyesal sikit sebab tak baca lepas beli kemarin. But now, aku sangat sarankan dekat kalian untuk baca buku ni. Jangan tangguh.

Dalam buku ni Teme sudah pun menjadi pelajar tahun akhir. Dicerita tentang pengalaman bagaimana jiwa yang sedang jatuh ingin bangkit semula. Harapan yang hancur karna tidak menepati seperti yang dirancang. Peluang yang seakan tidak ada.

Aku sangat faham bila masuk part Teme terpijak komputer riba tu, i be like wehh nak menangis boleh tak sebab segala benda penting ada dalam tu dan tak ada backup langsung.

Sedangkan komputer mati sendiri dan tak sempat save apa yang aku tulis pun aku menangis, inikan pula tugasan penting yang kena hantar beberapa hari lagi. But I know Teme boleh lakukan.

Teknologi tiada, tak ada masalah. Lukis guna tangan. Buat guna tangan. Jadi, tiada sebab untuk berhenti kan? Teruskan apa yang sudah dimulakan.

Rupanya ada kisah disebalik pembikinan Pelukis Jalanan. Nak tahu? Bacalah Arkitek Jalanan. Jadi, mana satu buku pertama? adakah Pelukis Jalanan atau Arkitek Jalanan dulu? Tapi biar je lah. Dua dua ada semangat yang tersendiri.

Aku suka dengan persahabatan Teme dengan Ahmad. Btw, aku suka cara Teme dengan Ahmad nasihat. Rasa macam, boleh tak nak dengar secara live haha Tapi itu adalah mustahil.

Arkitek Jalanan sedikit sebanyak buka mata aku. Tak semua benda tu susah sebenarnya, tapi tidak juga senang. Cukup dilakukan secara sederhana. Semua nak ikut trend sentapkan orang dan jatuhkan hukum mengikut nafsu. Tapi kenapa nak sentiasa sentapkan orang sedangkan kita boleh bicara dengan lembut? Kenapa nak haramkan sesuatu perkara jika ia tidak dilakukan secara berlebihan?

Setiap perkara adalah harus pada dasarnya, lakukan secara sederhana. Jangan berlebihan. Benda mudah, tapi sengaja disusahkan.

Aku suka ayat Ahmad, "God wont punish you for being happy."

Dan apa yang Ahmad cakap dalam bab 17: Pen, muka surat 267 - 269 ni aku setuju. Kadang orang tu nak berubah, tapi takut. Takut akan berubah menjadi diri orang lain dan bukan diri sendiri.

Jawapan yang Teme kasi tu... nak tahu ke jawapan Teme? Takyah lah, korang baca sendiri okey. Dari muka surat 269 - 273. Ahmad dan Teme banyak cakap tentang hal yang aku nak cakap selama ni. Terima kasih.

Btw, tahniah Teme sebab dapat kerja dekat London. Im happy for you haha k Ahmad dapat kerja dekat mana? Ahmad dekat Malaysia kan? Macam mana nak cari Ahmad?

Nak ucap terima kasih dekat Ahmad sebab .... you know why haha kbye




Segala perancangan sudah dilakukan sebaik mungkin,
Tetapi, jika Tuhan cakap ia bukan milik kita,
Maka ia tidak akan menjadi milik kita,
Sabar dan yakin
Bahwa ada sesuatu yang Tuhan ingin beri pada kita.



Di saat kamu jatuh,
Akan ada seorang insan yang akan sentiasa memberi kata semangat
dan mencuba untuk mengangkat kita kembali
Jika ketemu sahabat seperti itu
Hargailah dia
Karna tidak semua punya sahabat seperti itu

Nilai persahabatan itu mahal
Keikhlasan dalam bersahabat itu mahal
Bersahabat kerana Allah itu mahal


Manuskrip yang dibilang sampah dulu
Kini sudah ada pembacanya yang tersendiri
Manuskrip yang dicampak ke dalam tong sampah itu
Kini sudah memberi inspirasi dan harapan baru untuk manusia lain

Kadang,
Tidak semua sampah itu sampah
Tidak semua yang kita rasa teruk itu teruk

Kadang,
Yang kita rasa teruk dan merepek itu la yang orang suka baca
Aku pun pelik

Jadi, cuba dulu
Baru tahu sama ada ia bagus atau tidak

Aku faham rasa penulisan sendiri tidak bagus, karna aku selalu macam tu bila menulis. Percaya atau tidak, sekarang ni aku berkira sama ada mahu padam entri ini atau tidak, karna aku fikir, "apa yang aku taip ini memberi manfaat?"

Tapi aku masih tetap mahu menaip hingga habis dan publish.




Ada certain bab yang buat aku sebak. Tak, aku tak menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa, but rasa sebak itu dah macam satu pencapaian untuk aku. Aku paling susah nak menangis dan rasa sebak bila baca buku.

Tapi aku rasa, kalau korang baca pun korang akan menangis. Baca jangan tak baca okey.



Sedikit nota akhir untuk entri ini,

Kepada Teme Abdullah,

I know you, but I think you dont know me. But its okey haha
Teruskan jadi Teme Abdullah. Jangan hilang tiba-tiba. Sebelum nak menghilang, kasi nota selamat tinggal dulu.

Terima kasih untuk buku ini..... okey no.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dengan kami.
Terima kasih kerana tanpa kamu sedar, kamu sudah memberi harapan baru untuk insan lain. Kamu sudah menyuntik semangat untuk insan lain.
Sebuah harapan dan semangat yang baru untuk meneruskan kehidupan sebagai insan.
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata positive di media sosial.
Terima kasih karna sudi menjadi perantara.

Moga Tuhan balas untuk setiap kebaikan Teme.

Nak taip lebih lebih karang, macam tak layak ja haha okey im done. Apa pun, saya akan sentiasa menyokong Teme dulu kini dan selamanya. Uih ayat hahaha k bawa bertenang, aku ambil dan sokong yang positive je.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan 'belajar kerana Allah?'

Aku cadangkan, student perlu baca Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan ni. Banyak yang akan kamu belajar. Jika kamu rasa ini yang paling susah untuk kamu, ingat ada yang lagi susah dari kamu. Bawa bertenang, segala masalah akan selesai.

Teruskan usaha dan percaya pada Dia. Jalan penyelesaian pasti ada.

Apa pun, enjoy the process okey!

YOURE DOING GREAT TODAY. TAKE A REST.

Btw, korang boleh beli buku ni kedai buku yang berhampiran, Popular, MPH atau beli terus dekat Iman Publication, tekan link ni --> Arkitek Jalanan

Bye!

You Might Also Like

1 comments