Friday, January 29, 2016

/ Bicara / Muslimah ?


Muslimah.

Yap, muslimah.

Muslimah sejati. Tapi, betul. 

Memang mudah untuk disebut sebagai muslimah.

Setiap hawa sering disebut sebagai Muslimah sejati and else.

But, I'm really afraid with this title.

Sebab ?

Ia terlalu berat untuk aku.

Banyak benda yang kena pikul. Allah.

Kuat ke aku ?

" Nak mengalah sekarang ? Buat apa kita belajar bersusah payah untuk berjalan dahulu. " - Mato

Okey, tersedar. Aku kena kuat. Bukan untuk mereka, tapi untuk Allah.

Jalan istiqamah yang penuh dengan ujian dan dugaan.

Bukan ke tanda Allah sayang ?


Betul, Allah kirimkan sebagai tanda Allah sayang dan rindu dekat kita.


Cakap memang mudah. Tapi, kamu tak pernah melalui apa yang muslimah lain lalui.


Tapi, cukup ke dengan tudung labuh, stokin, handsock, jubah, baju kurung dan t-shirt muslimah menampakkan yang aku ni muslimah ?


Cukup ke pada pandangan zahir sahaja.


Sedangkan dalaman aku. Masih punya perasaan iri hati, hati kotor dengan benda-benda yang lagha, hasad dengki. Cukupkah dengan pakaian luaran aku sahaja ?


Tepuk dada, tanya iman.


Aku tersandar. Menangis.


Bila keluar mana-mana, pasti akan ada yang pandang pelik. Pandang atas bawah, macam tak puas hati.


Kenapa ? Apa salah aku ?


Salahkah aku pakai pakaian macam ni ? Tak ikut trend semasa.


Aku dah lali. Aku dah penat.


Aku simpan, aku pendam dalam hati.


Depan orang aku tersenyum, tetapi, di hadapan Allah.


Aku lemah. Aku menangis semahu-mahunya. Sebab itu tempat aku bergantung.


Betul, kamu cakap memang mudah. sebab kamu tak merasainya.


Aku tetap sabar dengan apa yang mereka lakukan.


Tapi sampai bila nak sabar ?


" Sampai kita terpilih untuk bertemu dengan Dia." - Mato


PS [ Hanya sebuah coretan. Inspirasi daripada blog Mato. Its really hard to be muslimah. Note to my self. Banyak yang perlu diperbaiki.]


Ayuh sahabat !


Kita pegang tangan kita erat-erat untuk menuju ke syurga Ilahi.


Minta tolong boleh ?


Bimbing aku andai aku terlalu jauh dari Ilahi.


Jazakallah

sjmilah_

Thursday, January 28, 2016

/ Caption / Senyum



Weh, ramai yang tak suka dengan hang.
Ramai yang depan baik,
Tapi,
Belakang hang,
Depa mengata, depa tikam belakang hang,
depa makan daging hang.
Sedaq dak ?"

Tudia aih, terus terang gila dengan aku. Tapi, takpe. Aku suka cara dia.

"Babe, kalau orang tak suka biaq pi kat depa. Depa bukan Allah nak judge aku. Ada sebab tersendiri untuk setiap benda yang aku buat tu."

 Aku senyum. Tetiba dia peluk aku.

"Kenapalah sahabat aku sorang ni tabah sangat."

 "Allah ada. Biarlah Allah je suka sayang dekat aku. Kau ada, family aku ada. See kan ramai yang suka dekat aku. "

Aku ketawa.
Memang kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Jadi, just be yourself. Abaikan apa orang nak kata.

Muka senyum.

03012016 | 1300

Wednesday, January 27, 2016

/ Puisi / Manusia


Manusia

Hey manusia
Kau mahu apa ?
Tidak cukupkah segala nikmat yang telah Allah beri
Apa lagi yang kau dustakan

Udara
Tanah
Air
Bumi
Segalanya Allah beri
Mana rasa malumu
Sudah ambil nikmat
Kemudian lari
Mana rasa syukur kau

Hey manusia
Kau tak rasa salah ke
Setiap saat abaikan Dia
Setiap detik lupakan Dia

Bila kau susah
Tergedik gedik kau cari Dia
Menangis bagai nak rak
Kata Dia tak sayang kau la
Rasa ujian tu susah la
Padahal baru sikit

Hey manusia
Sedarlah diri sikit
Dunia ni sementara
Akhirat selamanya

Kau kejar akhirat
Dunia ikut kau
Kau kejar dunia
Dunia je yang kau dapat

Jangan genggam erat sangat dunia tu
Nanti kecewa
Nak bunuh diri lah
Nak terjun bangunan lah
sudah sudah la dengan niat tak membina tu

Kau ubah la sekarang
Kalau bukan sekarang
Bila kau nak berubah ?

Fikir.

LeAwan | 22122015

/ Puisi / Sungguh Aku Rindu


R I N D U


Aku lupa bagaimana rasanya menulis,
Aku lupa rasa cinta kepada penulisan,
Aku lupa segala nafsu untuk menulis,
Aku lupa bagaimana seronoknya menulis,

Dulu,
Pantang ada waktu,
Pasti aku menulis,
Pasti aku berimaginasi,
Tak kira masa dan tempat,
Idea melimpah ruah,

Sekarang,
Aku rasa nothing,
No idea, No inspiration,
Mungkin aku tak ada hati kot,
Tu yang tak mampu,

Dulu,
Aku selalu create cerpen,
Sampai ada hanta dekat penerbitan Wahai,
Masuk contest Mato,
Buat karangan untuk sahabat,

Sekarang,
Aku cuba paksa diri untuk menulis,
Aku pernah menangis,
Kerana tiada suatu aksara yang keluar,
Aku pandang kosong,

Ya Allah,
Kenapa aku tak mampu ?
Dah lama aku berhenti menulis,
Aku nak mula balik ya Allah,

Biarlah kalau tak berguna untuk yang lain,
Asalkan aku puas,
Puas dengan segala luahan yang tak terluah,
Luahan yang dipendam dari dunia nyata,

Aku mohon ya Allah,
Berilah aku sedikit ilham,

"Dan tanpa sedar, kau dah mula menulis."

LeAwan | 17122015

Tuesday, January 26, 2016

/ Talking / Random Thought 1


Salam 'alaik,
[ Le Owner ]

Jadi, hari ni kita talk randomly. Kiranya takde benda spesifik lah, just random. Haha sekati aku lah. Sapa suruh pi tekan random dekat poll tu.

Random ni, segala jenis perkara atau situasi yang aku fikir. Kiranya korang baca apa yang aku fikir la pasal something.

Contohnya macam perkataan cantik. Mesti korang bayang perempuan yang cantik, barang kemas, skateboard (eh?)

Kenapa nak kena cantik ? Sedangkan Allah tidak melihat kecantikan tersebut. Allah lihat setiap amalan kita, manusia akan senang dengan akhlak kita.

But why still the beautiful lady will get the good service ? Tak, aku tanya je. 

Lagi satu, kau tengok dekat mana mana laman sosial, dia update benda yang sama, guna gamba yang sama, tetapi sorang lawa, sorang lagi tak berapa nak lawa. ( Jangan salah faham, ketahuilah anda semua sangat lawa.)

agak agak mana lagi menarik perhatian ? Komfem yang lawa kan. Kadang lawak jugak, bukan depa baca pun caption tu. 

Cantik ni cuma satu subjektif. jadi, kenapa nak cakap yang kau still tak cantik ? Tak bersyukur dengan pemberian Allah ?

Seriously, awak sangat cantik. Bukankah Allah mencipta kita sebaik baik makhluk ? yang membezakan itu cuma pandangan manusia terhadap kita. kalau kau jumpa manusia macam tu, kau tumbok je. Haha

Dalam media sosial kemain update yang akhlak itu penting, rupa paras no dua. Tapi realitinya, rupa paras no satu, akhlak pulak jatuh yang bawah sekali.

Manusia weh, mana puas. macam mana pun rupa awak, awak sangat cantik, awak sangat kacak, awak sangat comel. Bersyukur dengan apa yang awak ada. Tak semua orang ada apa yang awak ada sekarang. manfaatkan segala nikmat tubuh badan sebaik mungkin.

Aku nak cakap pasal isu semasa, tapi cam tak layak. Ye lah, cuma insan yang tak akan dipandang oleh dunia. 

Tapi apa pun, hampa belajar rajin rajin. Jangan malas. Hampa study ja, tolong, hampa harapan negara, mana tahu kau boleh ubah negara ni. 

Ubah menjadi lebih baik. Bangunkan negara. Aku pun ada niat jugak, dulu masa form 4 dengan form 5 aku ambil bidang bakeri. Buat kek, roti, pastri, donut, wafel, dengan kuih tempatan.

Dari situ aku terfikir nak bukak seketul kafe yang mana orang muslim boleh makan. Aku tengok setakat ni ramai orang cina yang bukak. Jadi kalau boleh, aku nak jugak kasi sumbangan untuk ummah sikit.

Tak dapat banyak, sikit pun jadi. Cita cita masih tertanam, now, aku study banking dan islamic finance. Jauh beza kan ? Hahaha

Aku cuma pegang, mesti Allah punya sebab untuk campakkan aku dalam bidang ni pulak. Aku niat nak bukak bank sendiri yang mana boleh bantu sesama Islam. No interest bagi pinjaman.

Banyak aku plan, tunggu masa untuk laksanakan. Doakan aku. 

Capai la cita cita kau, sumbangkan sikit untuk ummah kalau tak mampu nak beri banyak. 

Cakap pasal ummah, serius ummah tengah tenat. kalau kau lemah, ummah lagi lah lemah. Kau kena kuat untuk ummah.

Bantu ummah, boleh ? 

Aaa, okey, aku rasa sampai sini je lah. Kalau aku percaya kau, kenapa kau tak percaya diri sendiri ? 

Aku yakin kau mampu.

Adios !

Monday, January 25, 2016

/ Talking / Zina Hati.


Salam 'alaik,

Okey, today we will talk bout Zina Hati. Apa benda zina hati ni. Nak tahu ? Korang baca dulu story dekat bawah ni.

---------------------------------
Tajuk : Zina Hati
Karya : sjmilah_

Sedang asyik melihat awan, aku sengih sendiri.

"Ha, ni dah kenapa ni ? Teringat crush dekat seberang laut tu ?"

"MasyaAllah sistur, salamnya mana sis ? Crush ? Crash ada lah. haha"

"Bukan ke kau selalu cakap yang kau ada crush seberang laut ?"

"Sis, saya memain je, tapi mana tahu one day dapat husben seberang laut bermata biru."

"Haip, tak mau zina hati."

"Zina hati sis ?"

"Aah, zina hati. Kau nak bercrush crush bagai tu."

"Ehhh, saya rasa sis salah faham ni pasal zina hati." *Emoji peluh*

"Ye ke ? Habis tu zina hati tu cane ?"

"Okeh, macam yang kita tahu bahawa Allah telah memberi arahan yang berbunyi, janganlah kamu menghampiri zina. Jadi dengan ini, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi nak berzina. Astaghfirullah.

Hmm, berbalik kepada zina hati tadi. Zina hati ni bukannya yang crush sekadar crush tu sis. Zina hati ni macam bila kita terbayangkan yang kita tengah berada di suatu taman bunga, rama rama berterbangan, arnab melompat lompat, kucing berkejaran.

Sambil berpegangan tangan bagaikan pasangan yang sudah bernikah. MasyaAllah sistur, no no, takmau macam tu.

Bila ada je tempias keinginan seperti itu, mohon segera ingat kerja yang tergendala tu.

Serius saya cakap, zina hati ni tidak terlihat pada pandangan zahir. Jadi, jaga hati tu baik baik."

*Senyum.
-----------------------------------

Jadi, macam mana ? Faham ke faham ? Okey okey, kita luaskan sikit skop dia.

Bayangkan anda berada di tepi pantai, angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajah, duduk di kerusi mengadap si dia. Sambil berpegangan tangan.

MasyaAllah, eh, hey hey, senyum sensorang tu kenapa ? Ingat crush ? Sahabat ? Ayah ? Abang ? Adik ? Mak ? Kakak ?

Ke ajnabi ? Ha, ayok. Haha tak lah, saja nak bergurau dengan hampa.

Zina hati ni macam segala apa yang yang tidak boleh kita buat di alam realiti seperti menyentuh tangan orang bukan mahram dengan kita, tetapi perkara tersebut di'benar'kan melalui angan angan dan hati kita.

Kiranya kita berangan yang kita sudah bernikah dengan dia, padahal secara realitinya, kita tiada apa apa hubungan dengan dia.

Nak atasi ? Cepat cepat kita istighfar, fikirkan tentang ummah, perkara perkara yang boleh membangunkan ummah kembali.

Sampai bila nak hidup dalam suasana berangan, its time to wake up guys, no time to think bout ajnabi. jangan risau, masih belum terlambat.

Masih sempat lagi untuk bertaubat. 

Tak layak ?

Awak lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun ? *senyum*

Moga bermanfaat. Jika entri kali ni ada salah. Mohon tegur. Jangan diamkan diri. 

Adios !

/ Talking / Ujian itu Rahmat atau Musibah ?


Salam 'alaik,

Firstly, saya minta maaf sangat² sebab semalam dah janji nak update blog, tapi saya tak tunaikan janji saya. So, anda denda saya boleh ? Denda yang muhasabah sikit.

Okey, can we continue ?

Jadi, kemarin aku ada buat poll dekat twitter, dan keputusan akhir menyatakan bahawa aku patut talk about UJIAN.

You know, test, exam, to make sure either you pass or fail in your final exam.

Ini adalah suatu lumrah kehidupan yang bernama manusia. Setiap saat pasti diuji. Siapa yang menguji ? Absolutely, Allah.

Sebab ? Sebab Allah sayang. Tapi kalau sayang, kenapa uji ? Okey let see, kita sayang sahabat kita, lama dah kita kawan dengan dia, sikit pun korang tak gaduh, tarik muka, suatu hari kita niat nak uji persahabatan ni. Korang mesti ada kann ?

Kita mula buat perangai, sebab sengaja nak lihat dia masih nak stay dengan kita atau angkat kaki. last sekali, dia masih stay dengan kita. Tak ke touching tu ?

Maka, tidak lengkaplah kehidupan seorang hamba apabila tidak diberi ujian oleh Allah.

Tak, Allah tak kejam. Serius aku cakap Allah tidak kejam kerana Dia tahu setiap kemampuan kita, Dia lebih mengetahui tentang kekuatan kita berbanding dengan diri kita sendiri.

Bukankah Allah itu Maha Penyayang. Dia uji kerana Dia sayang. Dia nak kita lebih dekat dengan Dia. Dia nak kita sentiasa ingat Dia setiap detik.

Jadi, ujian itu rahmat, atau musibah ?

Kita bila dilanda musibah, pasti jatuh merudum segala emosi. Mula mencari hiburan sana sini, hiburan yang hanya sementara.

Nak cari ketenangan, bukan dengan hiburan semata mata, tetapi ketenangan bisa dicari saat dua per tiga malam. Saat itu antara kau dengan Dia, tiada yang lain.

Tetapi ada juga yang mencari ketenangan melihat alam semula jadi, kehijauan daun daunan, biru langit, putih awan. Tapi, sampai bila ingin meminjam ketenangan tersebut, mula la cari ketenangan kita sendiri.

Kadang manusia ni, bila ditimpa musibah, baru mencari Ilahi. saat senang, diletakkan Allah di tempat yang terakhir. Allah.

ujian ni rahmat sebenarnya, sebab kita semakin hampir dengan Dia. Kita makin tabah, kita makin kuat untuk hadapi pada masa akan datang. Tak caya ? Korang rewind balik saat saat korang jatuh, and see where you stand right now.

Sungguh saat ditimpa ujian kita akan merasa useless, sedih 24 jam.

"Jadi, apa yang perlu aku lakukan ?"

Di dalam surah Al-baqarah, ayat 45.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; "

Jadi, kau banyakkan bersabar dan solat. Dua kunci untuk hadapi sesuatu ujian. Kau yakin dekat Allah.
Kau bergantung sepenuhnya dekat Allah.

Sedangkan Allah yakin dekat kau, kenapa kau tak yakin dekat diri sendiri ?

Aku tahu kau mampu and yang lain jangan cakap ujian yang dia hadapi itu mudah. Mungkin bagi kau mudah, tapi bukan bagi dia. Support sikit boleh ?

 Dah rasa diri beriman sebab tak diuji ? Kejap, dalam surah Al-'ankaabut, ayat 2 menyatakan

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? "

Dan jangan diminta untuk ditimpa ujian. Just follow the flow. Jika sesuatu terjadi, kun fayakun, kau kena tabah sebab kau dah berhati hati, dan benda tu nak jadi, itu sudah tertulis.

Now, kau fikir positif je. Jangan risau, Allah ada. Kadang ujian itu perit, percayalah, ia terkandung seribu satu malah beribu ribu hikmah dan rahmat.

Sampai sini je lah. Kalau ada salah dan silap, mohon tegur aku. Seriously, tegur aku.

Adios !

Saturday, January 23, 2016

/ Cerpen / Dia Hilang.



Hilang jejak,
Putus hubungan,
Bagaikan lesap tanpa sebarang berita,
Di manakah ia ?

——————

Lautan manusia di bandaraya itu makin hebat. Aku berada betul betul di tengah lautan tersebut. Tersangat ramai. Aku hanya berdiri kaku.

Masih berfikir hala tuju. Mahu ke depan, atau berpatah balik. Tapi kerja dah buat separuh, teruskan saja.

"Bos, tu dia !!!" Jerit lelaki yang berbaju hitam. Wajahnya sedikit berparut di pipi. Kena toreh mungkin.

Berlaku adegan kejar mengejar di lautan manusia tersebut. Aku teruskan larian aku.

"Kejar dia. Jangan lepaskan dia !" Jerit ketua gang mereka. Gigih mereka mengejar aku.

Apa salah aku weh ?

Semalam, aku hidup dalam keadaan yang sangat baik. Bersama sahabat yang sangat baik.

Baik ? Yes, sahabat yang hanya muncul ketika aku senang dan bila mereka dalam kesusahan.

Aku perati je mereka. Aku tahan. Aku pendam segala jenis rasa.

Aku capai telefon bimbit aku dan mendail nombor Imani. Dia sangat baik, selalu ada saat aku duka dan suka.

Sekali. Dua kali. Eh, kenapa tak angkat ? Busy kot, mungkin dalam kelas.

Aku bukak whatsapp, scroll nama Aqilah. Taip something. Tak lama lepas tu, ting !

Aqilah : Aku busy lah. Kau gi la dengan sesapa.

Aku : Aku baru nak belanja kau shopping.

Aqilah : Shopping ? Kau belanja ? Seriously ?

Aku : Yap !

Aqilah : okey, nanti aku jumpa kau.

Aku : Orait.

see, aku dah kata. kawan dengan aku sebab duit. Jadi petang tu aku keluar la dengan dia. Aku tak kisah pun pasal wang, harta semua ni, aku  cuma mahu someone yang sentiasa ada di sisi aku.

dari kejauhan aku lihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Aku cuba analisis. Ya, dia Imani. Tapi dia buat apa dengan lelaki baju hitam seramai 4 orang tu.

Aku berjalan menuju ke arah mereka dan mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan meja mereka.

"Jadi, macam mana bos, nak kasi settle budak tu bila ?"

"Kau kasi settle la sekarang. Aku dah muak nak tengok muka dia."

"Bukan dia kawan baik bos ke ?" Tanya lelaki yang duduk di sebelah Imani.

"Kawan ? Sapa kawan ? Aku dekat dengan dia sebab nak capai misi aku untuk hapuskan dia."

Imani, how dare you. Terus aku bangun dan berlalu pergi.

"Syie, kau nak gi mana ? Aku lapar ni."

"Dah la, aku nak blah."

"Habis tu aku nak balik macam mana ?"

"Kau balik la naik teksi nanti."

Hampir separuh manusia melihat adegan tersebut. Termasuk Imani.

"Bos, tu ke perempuan tu ?"

Imani mengangguk kepala. "Kau pergi kejar dia sekarang. Aku nak dia sekarang !"

Terus mereka bangun dan mencari Syie. Mereka berlari hingga terlihat kelihat kelibat Syie dia tengah tengah lautan manusia.

"Weh, tu dia !!!!" Lelaki berbaju hitam menunjuk ke arah Syie.

"Lari !" Jerit seorang manusia yang berhampiran aku. Dia jerit dekat sapa ? Aku pandang sekeliling. Dari kejauhan aku lihat lelaki yang bersama Imani tadi mengejar sesuatu.

Aku tidak tahu apa dan kenapa. Makin lama semakin hampir. Dorang kejar aku ke ? Laju saja kaki aku mula berlari. Siapa sangka hari ni hari yang paling teruk untuk aku.

"Dorang kejar aku laaaa." Aku tepuk dahi. Terus aku berlari tanpa arah tuju. Segala jenis halangan aku lalui, melompat, slide, semua tempat aku lalui.

Aku toleh belakang, kelibat mereka tidak kelihatan. Aku perlahankan langkah aku, otak, cepat la proses. Nak melangkah ke mana ni. Dah jauh sangat dari kereta ni.

bang ! Bang !

Dua butir peluru betul betul dekat kaki aku. Kuajar, aku keluarkan pistol yang tersangkut di pinggang aku. Hampir tiap hari aku bawak, and today is my lucky day.

Aku periksa peluru. Terus aku berlari ke arah sekumpulan lautan manusia. Aku menyelit. Pistol masih di tangan. Menunggu mangsa.

Mereka semakin hampir. Kedengaran tembakan di udara. Manusia lain mula tunduk dan menjerit kecuali aku dan meraka masih berdiri.

"Woi, kau nak apa ? Imani, sampai hati kau." Aku menjerit. Mahukan kebenaran.

Imani tersenyum sinis. "Kau tanya aku nak apa ? Kau ingat aku tak tahu plan kau selama ni ?" Imani melangkah maju ke hadapan.

Lelaki tadi mengacukan pistolnya ke arah aku.

"Apa kau cakap ni ? Aku tak faham. Apa salah aku ?"

"Kau pura pura tak tahu atau buat buat tak tahu ? Jangan nak berlakon lagi la. Aku tahu segalanya. Kau yang mulakan semua ni."

"Kau tahu semuanya ?" Aku senyum sinis. Aku maju ke hadapan. Depan musuh kau berani je. Jangan takut.

"Kalau kau dah tahu, bagus la. Tak payah susah susah aku cakap lagi." Mata aku melilau, mencari sesuatu atau lebih tepat mencari peluang untuk melarikan diri.

Gila pa aku nak lawan depa yang ramai tu, sekali aku yang terkorban.

"Jadi, kau nak buat apa sekarang ? Nak tembak aku ? Nak seksa aku ?"

"Aku ingat nak culik, seksa kau. Tapi kau dah tahu, aku nak bunuh je la. Separuh aku dah settle. Kau je penghabis."

"Kau nak bunuh aku ? Silakan. Aku tak takut. "

"Yakin kau tak takut ?"

"Allah yang patut kau takut Syie."

"Sekarang baru kau nak cakap pasal Allah, dulu kau dengan gang kau buat dek je bila aku cakap pasal Allah."

Aku lihat wajah Imani terkejut. Mungkin baru tahu kebenaran.

"Asal muka kau tekejut Imani ? Baru ingat aku ? Manusia yang keji, hina, caci. Kau lupa ?"

"K-kau...."

"Ye aku. Asal ? Terkejut yang selama ni aku jadi sahabat baik kau. Yang plan aku kau jumpa tu, semua muslihat aku je...." belum aku habiskan ayat aku, terus aku lari ke suatu lorong.

Imani dan gengnya lari mengejar Syie. Tetapi, kelibatnya tidak kelihatan. Mereka terus mencari. Tetapi tetap tiada.

Hampir setahun Imani mencari Syie. Tetapi tiada jejak. Barangnya juga tiada, rumahnya kosong, data pelajar tentang Syie di kolej turut tiada.

Syie seakan ghaib. Dia hilang. Dia lenyap begitu saja. Mustahil.

Dari kejauhan aku melihat Imani. Senyum sinis. Terus aku beredar. Biarkan dulu mangsa.

Hati hati, aku perhati setiap gerak geri kau.

sjmilah_
23012016
20'33

-----------

Gais, should I continue this story or not ? Maaf kalau tak ada ibrah yang boleh diambil.

Adios !

Friday, January 22, 2016

/ Stalking / About Jujur Entry


Salam 'alaik,

So, we meet again. Hye !

Malam ni saja aku bukak blog, takde niat pun nak update malam ni. Tapi tu lah, nak kasi describe pasal seketul manusia yang comel ni.

Lagi pun nak cakap about one entry yang mana ia merupakan luahan hati yang terletak jauh dilubuk hati.

Faham tak ? Ke faham ? Haha

Nak tahu entri dia ? Last nanti aku kasi link blog dia. Lepas tu, korang stalk la tanah jajahan dia. Hihu

okey, yang aku faham pasal entri dia ni, dia macam sebuah luahan yang tidak pernah diceritakan dekat sesiapa. Right ?

Then, aku suka ayat ni,

Kisah yang biasa biasa dari insan yang biasa biasa. - Nik.

Ya, ia hanya sebuah kisah seorang manusia yang saling berkenalan di laman sosial, tukar no fone, sebab saling percaya.

Jadi, bila dah dapat kepercayaan, jangan hancurkan ia.

Ibrah yang aku dapat lagi, jangan taruk cinta ajnabi sebagai suatu yang penting. Kejar cinta Ilahi dulu.

Belajar rajin rajin. sibuk kejar ajnabi, pelajaran pun diabaikan. Last last kelaut.

Kadang aku terfikir, kenapa kita dah lepaskan dia, tapi dia datang semula. Setelah lama aku lupakan dia. Sakit.

Tapi entri dia ni ajar aku yang jangan terlalu layan perasaan hingga lupa Ilahi. Tanggungjawab.

Terus bergantung pada Tuhan. Berdoa, pohon kepada Dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Walau apa pun jadi, teruskan berdoa. Kadang mereka datang sebagai penasihat. Kadang mereka hadir sebagai ujian.

What ever it is, just take the good side. Yang tak berapa baik, ambil sebagai pengajaran.

Wehh, nik, aku rasa cam tak ada kena mengena je. Hahaha muka senyum keluar air mata.

Btw, nak describe you ke Nik ? Secara jujurly, aku tak reti nak describe orang. Siyesly.

Tapi sikit je ek. Okey, setakat yang aku perhati, Nik ni suka puisi, agak puitis jugak lah. nanti aku kasi link blog dia. Korang baca yeee.

Then, Nik dia comel, ayu gitu. Eh, hihi Kemarin dia buat poll either skateboard or rollerblade. then, seriously susah woo nak pilih, sebab dua dua cam best je.

Last last aku tekan rollerblade. Hahaha best apa, tapi skate pun cam best. Last last aku tak tahu dia amik yang mana.

first impression bout Nik ?

mesti budak pandai ni. Haha Nik, tu first impression I. Entah lah, mungkin sebab dia selalu tweet in english,, haha

Tapi teringin la nak tgur dia dulu, cuma segan. i dont know why.

Dah lah, nanti aku makin merapu. Kbye.

btw, ni link blog dia --> http://thechughippu.blogspot.my/2016/01/jujur.html?m=1

Adios peeps !

/ Talking / Syukur


Salam 'alaik,

Okey, today we will talk bout 'syukur'. InsyaAllah. Nak buat introduction, memang aku fail. jadi, kita terus ke isi lah ye.

"Weh, syukur ni macam mana ? Dari tadi kau cakap syukur, syukur syukur, pelik aku."

Syukur ni macam, hm, bila kau dapat something, atau anything yang kau ada, kau merasa cukup, tanpa nak membandingkan dengan yang lain.

Weh, untungkan kau, dapat result bagus gila, boleh travel satu dunia, baju cantik cantik. Aku jeles dengan kau. Sedangkan aku nothing, result teruk, miskin, tak ada apa. *hujan. Hujan. Muka sedih.*

Im pretty sure that most of us said like that, right ? Mengaku saja dengan diri.

Yes, kadang kadang aku pun macam tu. Tapi bila fikir balik, buat apa nak jeles dengan kehidupan, kelebihan orang lain.

Just live on your own. Usaha sendiri.

Sampai bila nak iri hati ?
Sampai bila nak dengki ?
Sampai bila kita nak jadi macam ni ?

Setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini sudah Allah SWT tetapkan rezeki masing masing.

Ada yang hidup mewah,
Ada yang serba kekurangan,
Ada yang asyik merungut,
Ada yang macam macam karenah,

Manusia,
Apa yang kita mahu sebenarnya ?
Asal orang tu lebih sikit daripada kita, terus kita assume dia buat bomoh la, apa lah.

Ya Allah tolong la ubah mentality tu. Kita semua patut bergantung kepada Allah semata mata, bukan benda benda khurafat tu.

Aku cuma minta kau berfikir menggunakan akal yang cerdik yang telah dikurniakan oleh Allah. Fikir baik baik. Kita fikir jangan emosi semata, fikir guna hati, bukan emosi.

Apa yang kau ada sekarang, belum tentu kau akan dapat pada masa hadapan. Maksud aku, belum tentu sama jika kau minta keadaan berubah.

Kau belajar la erti syukur.
Syukur dengan segala nikmat yang telah Allah beri.
Syukur dengan segala rezeki yang telah Allah beri.

Kita dapat bernafas, syukur.
Kita dapat makan, syukur.
Kita dapat sahabat, syukur.

Family ? Aku taknak sentuh. Korang tahu apa yang patut korang buat, sebab pendapat aku yang marhean gila ni , bila kita diberi peluang kedua, belum tentu kita akan dapat insan yang sama seperti mereka yang memang terima kita yang memang out ni.

Jadi, syukurlah dengan apa yang kita ada.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [ Ar-Rahman 55 : 16 ]

Sebenarnya syukur ni luas. Sangat luas. Kau duduk saja saja, tengok awan, langit terbentang luas pun kau patut syukur.

Sebab ?

Kau masih boleh lihat kebesaran Allah. Sedangkan ada yang tidak mampu melihat.

Kadang kau dapat makanan, pun kena syukur.

Sebab ?

Kau masih boleh makan, ada makanan. Sedangkan ada yang tidak mampu.

jangan bandingkan dengan orang yang di atas kita. Tapi kita banding dengan orang bawah. baru kita belajar erti syukur.

tapi bila masuk bab ibadat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih tinggi daripada kita. bukan yang bawah daripada kita.

Even benda tu kecik, kita kena bersyukur.

Okey, tetiba blank, tak tahu nak taip apa. Jadi aku stop sini je lah. Maaf salaah dan silap. Feel free to tegur kesalahan yang aku buat.

Adios !


Thursday, January 21, 2016

/ Cerpen / Rindu. Sakit atau Bahagia ?


Rindu.
Fitrah manusia.
Tiada siapa boleh elak.
Bahkan termasuk aku.

---------

Once upon the time, there was a girl. She's so beautiful, kind and really soft hearted. She always miss her bestfriend. She pray to Allah, to protect her friend. She always said, why this feeling kinda hurt ? Should I be hurt or happy ? The question just pass by, no answer, just end like that.

-the end-

-------

k, gurau gurau. hahaha
Nak tahu rindu tu sakit atau bahagia, meh baca dan scroll ke bawah, insyaAllah.

Isnin | 05102015

Ya, jerebu tak habis habis.
Kelihatan tebal sekali.
Tapi tak setebal qaseh aku dekat mereka.
Kenal mereka di alam maya.
Tak pernah face to face,
Tak pernah berjumpa,
hanya jari sahaja yang menari ke keypaid.
Saling membalas mesej, wassep.

Pandang langit,
Kosong, sekosong hati aku.

Aku teringin jumpa mereka.
Aku rindu mereka.

"Hoi, kau senyum sensorang tu kenapa ?"

"Aku wassep dengan pakwe aku. Ramai gila, keliling pinggang."

"MasyaAllah gais, hahaha weh, nak tanya,"

"Tanya apa ?"

"Aku...senanya...rindu sahabat aku.. Dah lama tak contact dengan dia."

"Rindu. Mudah untuk dirasa, tapi sukar untuk diungkap.
Pergilah text dia. Belum terlambat lagi. " Aku senyum.

"Tapi aku segan. Tapi aku rindu. Hm, kenapa lah rasa rindu ni sakit sangat."

"Rindu tu sepatutnya indah, bahagia. Allah masih memberi kita rasa rindu pada makhlukNya. Tapi, kita. Ada tak kita rindu Dia, walaupun sekali ?

Ada tak kita rindu Rasulullah hari ni ? Sedangkan Rasulullah, sangat rindukan kita.

Ya, dalam masa yang sama, sakit juga sebab tak dapat luahkan. So, just go and tell her, okeh ?"

Dia terus berlalu.

Air mata aku jatuh. Ya Rabbi, aku rindu untuk bersujud di malam hari.

Kekla | 05102015 | 1715

Wednesday, January 20, 2016

/ Cerpen / Sahabat Terakhir


Dia sentiasa di sisi
Tetapi aku masih mencari
Aku lupa untuk hargai
Hingga dia sudah mengadap Ilahi

Suatu pagi nan indah, masih sunyi, kelihatan dua orang gadis yang sedang asyik mengambil angin pagi.

Farah dan Aliya merupakan kawan sebilik di tempat mereka belajar. Kiranya satu universiti merangkap teman sebilik.

Farah merupakan seorang gadis yang agak sosial, maklum sajalah, anak orang berada. Malah dia juga tidak menjaga hubungannya dengan Allah. Memang out bab agama. Solat ? Apatah lagi..

Tapi, bila masuk hal belajar, memang dia nombor satu, study sampai lewat malam, tak kira masa.

Aliya pula seorang yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah, setiap hari dia bangun tahajjud mohon keampuanan daripada Allah.

Malah, hampir setiap hari Aliya menegur dan menasihati Farah supaya berubah. Tetapi Farah buat tidak endah sahaja. Bahkan, dia memarahi Alia kembali.

"Kubur masing masing weh, kau tak payah sibuk hal aku okey ?" sinis saja Farah membalas. Aliya tetap juga bersabar.

Suatu hari, setelah berpenat di kolej, Aliya pulang semula ke asrama. Tiba di dalam biliknya, dia melihat Farah menangis semahunya.

"Kenapa dunia ni tak adil. Penat aku usaha, tapi kenapa gagal ? Aliya, kenapa Tuhan tak adil ?"

"Adil ? Farah cakap pasal adil ? Farah cuba fikir balik dekat mana adilnya."

"Aliya, aku study sampai lewat malam. Aku hafal semua. But why I still fail this paper ?" dia mencampak kertas soalan tersebut.

"Yes you did, but think, macam mana Allah mahu beri sedangkan Farah lupakan Dia. How can He give, Farah, Allah tahu apa yang terbaik untuk Farah. Tabah okey."

Aliya mengusap bahu Farah. Farah masih juga menangis, masih mempersoalkannya.

"Sabar la Farah."

Akibat penat menangis, akhirnya Farah tertidur.

Seminggu berlalu. Farah kelihatan sudah ceria kembali. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke arah kafe, tiba tiba langit menjadi gelap semakin lama semakin legam.

"Apa dah jadi ni." Dia melihat manusia bertebaran berlari. Keadaan menjadi kucar kacir. Dia masih berdiri di tempatnya. Tidak tahu hendak melakukan apa.

Tiba-tiba angin taufan datang, seperti puting beliung. Kuat sangat angin, dia merasa seperti berterbangan. Farah berada jauh di langit sana. Berpusing-pusing. Masih memikirkan nasibnya.

'Ya Allah, aku tak tutup aurat, solat aku ke mana, aku banyak lalai. Ya Allah, kasi aku peluang lagi.'

Dia memejam mata rapat, dan dia terlanggar sesuatu semasa di awangan, dia tekejut dan membuka mata.

'Allah.'.
Itu yang terpacul di bibirnya. Tubir matanya mengeluarkan air mata. Ya, dia menangis. Segera dia bangun dan mencari Alia.

Tetapi Aliya tiada. Merata rata dia mencari, masih juga tidak ketemu.

"Ya Allah, mana Alia. Alia, aku perlukan kau sekarang. Mana kau pergi."

Setelah lama mencari Alia, akhirnya Farah mengambil tempat di sebuah kerusi. Otaknya ligat mengingati sesuatu.

'Baru aku perasan, lama aku tak nampak Alia, katil dia kemas. Macam tak disentuh.'

Otaknya memproses lagi memori beberapa hari lepas. Kemudian, terus dia berlari menuju ke bilik dan mencapai kunci kereta.

Dia memecut laju menuju ke arah kampung halaman Alia.

'Nasib aku pernah pergi kampung Alia, ingat lagi jalannya.' monolog Farah sendiri.

Tiba sahaja di kampung Alia, terus Farah memberi salam.

"Wa'alaikumsalam, eh Farah. Masuklah." Ibu Alia yang menjawab. Farah terus masuk dan mencari Alia.

"Makcik sihat ? Hm, makcik, Alia ada tak ?"

Riak wajak ibu Alia berubah, tetapi tetap tersenyum. "Alhamdulillah sihat. Alia..."

"Kenapa dengan Alia makcik ? Kelibat dia pun saya tak nampak. Mana dia makcik."

"Alia ada tinggalkan sesuatu untuk kamu." Ibu Alia mengambil sebuah beg dan menyerahkan kepada Farah.

"... Alia sebenarnya sudah meninggal semalam. Lama dah dia sakit, menghidap kanser hati tahap 4."

Bagai tersentak Farah mendengar berita tersebut. Dalam tidak percaya, Farah cuba mencerna sekali lagi apa yang dikatakan oleh ibu Alia.

"Tak tak, makcik tipu. Minggu lepas saya tengok dia sihat je."

"Dia memang sihat. Dia tak tunjukkan sebarang tanda yang dia hidap kanser sebab dia percaya Allah."

Laju saja ibu Alia menyeka air matanya. Farah hanya menangis. Menangis semahunya.

"Sabar Farah. Jangan risau, doakan Alia ye. Tabahkan hati, percaya pada Allah."

Farah melihat ke dalam beg yang diberi oleh ibu Alia tadi. Terdapat sepucuk surat dan tudung buat Farah.

Intipatinya berkaitan solat dan Aliya memberitahu bahawa dia sangat menyayangi Farah sebagai sahabat dunia dan akhirat. Malah, dia selalu berharap Farah diberi hidayah.

"...Farah, kau jaga diri, jaga iman, aku nampak kau nak berubah tapi kau tak tahu macam mana. So, here your first step, solat dan tutup aurat. Love you, Alia."

Dia memandang tudung dan menangis. Sebelum pulang, dia menziarahi pusara Aliya, gadis yang telah meninggalkannya tanpa permisi. Sekali lagi, empangan air matanya p
ecah, mengalir deras di pipinya.


Mulai haritu, Farah mula buka hati dan berubah, bukan sahaja untuk Aliya, tetapi juga untuk Allah. ❤

Farah yakin sahabat seperti Aliya hanya hadir dalam ruang makna hidup nya hanya sekali. Namun, dia redha akan pemergian sahabatnya itu kerana dia pasti Allah lebih menyayangi Aliya lebih daripadanya.

15012016📝

Kolaborasi bersama,
FatinAzira ft sjmilah

First Entri


[ Le Owner ]

Salam 'alaik gais. So how are you today ?

semua, yes semua entri dalam blog ni aku dah delete. All. Tak tinggal satu pun. Asalnya aku nak delete je blog ni sebab ada buat channel kat telegram.

Tapi disebabkan ada yang tak ada telegram, then, I will active back this blog.

Maaf, aku dah delete semua post dan insyaAllah, kita mula dari bawah okey ? Doakan aku.

If korang ada karya macam cerpen, sajak, syair, usrah yang korang nak share, boleh la kasi tahu dekat aku.

mention atau dm dekat twitter aku, : @sjmilah_ atau ask.fm aku : @sitijamilah atau dekat telegram aku sendiri : @sjmilah . Tu pun kalau korang nak aku share dekat blog dengan channel aku la.

Btw, dekat blog ni jugak, aku akan share segala cerpen dan cerpan serta sajak, syair yang aku pernah buat dan akan buat.

Mungkin aku akan share something yang bermanfaat untuk ummah. Doakan la.

Kali ni aku nak buat dengan cara aku sendiri, aku nak jadi diri sendiri. Haha so, jika ada kesalahan, mohon tegur. Jangan biarkan aku terus hanyut.

Kalau itu untuk kebaikan aku sendiri, why not right ?

Rasanya cukup la aku bebel. sumpah rindu gila nak bebel dekat blog.

Adios !