Monday, June 26, 2017

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum, sihat ke tu? Lama betul tak update blog. Aku tak tahu nak update apa sebenarnya.

Okey, sebetulnya aku malas nak menaip panjang panjang. Ada je yang kasi tajuk, tapi malas nak menaip.

So, how was your day ? Okey ?

Hey, keep going. Take a rest. Dont stop. You can do it. Take your time.

Moga Tuhan gantikan dengan yang lebih baik dan terbaik untuk diri kamu.

Dengan rendah hati dan diri, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Mana yang kurang daripada diri aku, The Awan, mana mana karya aku terkurang tu, aku minta maaf ye.

Kalau rasa karya aku tak best, aku mohon maaf. Boleh baca karya orang lain. Terima kasih sebab sudi baca walaupun tak best hihi

Moga Tuhan membalas setiap kebaikan daripada korang.



Aku tahun ni #teamkelabu ,ada yang geng tak ? Hahaha

Raya baik baik ye. Nanti dah habis raya kita diet sama sama balik.

Selamat hari raya gais! Senyum sikit ;)

Raya ke-2 sarung tshirt je

Friday, May 05, 2017

Talk // Pilihan


Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin bicara tentang Pilihan.

Hidup ini adalah pilihan. Terserah kamu ingin memilih apa atau siapa, sebab itu pilihan kamu.

Tapi, hati hati dengan tiap pilihan tersebut. Dalam setiap perkara yang kita lakukan seharian, kita perlu membuat pilihan. Maka, pilih la dengan bijak.

Kena ingat, setiap pilihan yang kita buat tu, kita tidak tahu akan akibatnya. Sama ada ia akan membawa bahgia atau derita. Sama ada ia baik atau pun sebaliknya.

Maka, teruskan berdoa supaya Tuhan permudahkan. Terus bergantung kepada Dia. Jangan putus harapan sebab kita tidak tahu akan akibatnya sehinggalah ia terjadi.

Setelah ia terjadi, maka jadilah ia sebagai takdir buat kita. Ya, itu adalah takdir yang telah ditetapkan untuk kita walaupun kita sudah berhati hati.

Tidak kira apa yang jadi, pasti punya hikmah. Buat pengajaran untuk masa akan datang.

Kamu boleh pilih sesiapa sahaja untuk hadir di dalam hidup kamu. This is your life. Tapi jangan berhenti untuk mengenal manusia.

Belajar dari mereka. Ambil yang baik, jangan ulangi kesilapan. Tidak semua yang kita kenal itu sikapnya sama seperti insan yang lepas.

Okey, tajuk pilihan ni sangat luas. Saya tidak tahu ingin cerita apa lagi.

Pilihan pasangan hidup? Ha yang ini kena tunggu saya ketemu dulu baru boleh bicara.

Saya sudah kehabisan idea. Kalau korang ada idea nak tambah untuk Pilihan, boleh suarakan di twitter @sjmilah_ atau di kotak chit chat tu. InsyaAllah aku masukkan ke dalam entry ini.

Annyeong!

Thursday, May 04, 2017

Book // Dangsin Jasin [Diri Sendiri]


Assalamualaikum gais, hope you guys doing well.


Tahu tidak buku siapa tu ?

Betul, tepat sekali tekaan anda. Itu adalah buku 당신 지신 ( Dangsin Jasin ) atau maknanya Diri Sendiri karya Dai Wan Dazrin.

Ustaz singgah ke blog saya ni? Okey, i guess not haha orait, back to the topic.

Sedikit feedback daripada saya yang marhean tentang buku Dangsin Jasin.

Secara menyeluruh, buku ni sangat best. Segala isi di dalamnya tidak terlalu berat. Mudah untuk dibaca dan mudah untuk saya faham. Saya merupakan sejenis manusia yang sangat susah nak hadam tentang satu satu perkara yang berat dan saya perlu ulang dua tiga kali untuk memahami ayat tersebut. Jadi, buku ni sesuai untuk pembaca macam saya.

Ada satu bab yang membuat saya berimaginasi seakan saya melihat drama. Bab mana? Bab yang ustaz terang pasal jantung.

This book is all about you. Pasal diri sendiri dan bukan orang lain sebab segala benda yang terjadi adalah bermula dari diri sendiri. Macam niat.

Setiap perkara atau pilihan yang kita buat, kita tidak tahu akan akibatnya. Sama ada baik atau sebaliknya. Kita sudah lakukan yang terbaik. Apa pun yang terjadi, itu adalah takdir buat kita. Redha.

Kita sendiri yang membentuk fikiran dan hati kita. Malah akhlak juga. Dalam buku ni insyaAllah ada tentang jawapan yang anda cari.

Maaf jika saya terkeluar daripada landasan yang sepatutnya. Okey sambung.

Buku Dangsin Jasin ini lain daripada yang lain. Pada saya ia tidak tertumpu dan melibatkan satu sudut sahaja. Tetapi ia melibatkan pelbagai sudut. Nak tahu ? Baca lah.

Buku ini juga ada membuka minda saya dari beberapa sudut, macam cara kita berfikir. Apa yang kita fikir, itu yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan kita. Saling membantu, bukan saling menjatuhkan.

Ramai yang kata bila baca buku ni rasa macam berdepan dengan Dai Wan, but not me sebab saya tak pernah pergi ceramah atau talk dai Wan. But i really love this book. Mungkin akan diulang baca lagi.

Dalam buku ni pun ada words/quotes yang best. Paling saya suka, "A beautiful thing about you is yourself." So, love yourself more more moreee and moreeee.

Segala kunci di dalam dunia ini adalah bermula dari Diri Sendiri. Dangsin Jasin. Be you. Be the best of you. Be kind. Behave. You can do it.

Smile.

Thanks for the book Dai Wan. May Allah bless you.


Nak tahu lagi ? Bacalah buku Dangsin Jasin. InsyaAllah tak rugi.

Maaf kalau ada yang menyimpang jauh. Saya suka merepek sikit. Okey, bye.

Oh by the way, for now you guys boleh dapatkan buku ni dekat pesta buku antarabangsa kuala lumpur di pwtc. Dekat bahagian mana saya tak pasti, korang pusing la satu pwtc tu yee.

Untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai buku ni, boleh la follow insta dan twitter dai Wan dengan username @wandazrin

"Nanti kalau jumpa ustaz, kirimkan salam saya yeeee."

Annyeong!