Wednesday, April 20, 2016

Review Pelukis Jalanan


Muka Depan #pelukisjalanan

Salam 'alaik gais. Okey tetiba rajin tahap apa tak tahu nak update blog marhean ni.

Actually.... aku nak buat review satu buku ni and I think korang dah tahu tajuk buku tu apa sebab dah dinyatakan di tajuk entri.

Aku tak tahu la yang penulis tu akan singgah atau tak untuk baca review dari insan marhean ni.

Aku harap dia singgah lah. Ceh, berangan tak habih habih. Okey, harap harap tak sebab aku segan. Ehem!

Tadi ada kasi review sikit dekat insta theawanofficial, so, meh aku nak sambung me-review buku ni.

Aku cuma pembaca yang marhean. Dari awal hingga akhir, perasaan aku bercampur baur. Jadi aku tak sarankan hampa baca buku ni sebab dia dah berjaya buat aku menangis tak berlagu.

Ha, k gurau gurau. Jangan marah.  Okey sambung.

Masa baca nota penulisan dengan pengarang, entah, aku rasa macam sebak. Aku pun tak tahu kenapa. Nampak tak penangan karya yang lahir dari hati.

Tiap lembaran coretan yang tercoret di dalam buku itu sering menyentuh hati aku. Sungguh aku terasa bagai berada di tempat sang penulis, bagai benar benar di tempat kejadian.

"Ah, hiperbola la kau."

K, sekati la nak kata apa. Ini apa yang aku rasa. Sungguh aku terasa ia bagai wayang yang berada di minda.

Kadang aku ketawa sendiri. Kadang aku aku terada sebak tak menentu. last last aku tewas, keluar juga air mata bila masuk bab ayam goreng.

Tapi bila masuk bab sabotaj, aku jadi geram. Aha aku jadi cam, weh kenapa kau aniaya orang. Dia tak buat salah apa pun.

Tapi tu lah kan, bila Allah nak uji. Dari pelbagai perkara bisa terjadi. Sungguh tahap kesabaran masa tu memang tinggi. Aku salute dekat kau Teme sebab  tahan marah dan tak tumbuk si Orange tu.

Dan, kehidupan ini tidak mudah dan tidak senang seperti yang kita jangkakan. Pasti punya dugaan dan ujian kiriman dari Ilahi.

Buku ni seakan hidup bagi aku. Banyak benda aku belajar. Paling utama, aku lebih belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Kepada Teme, sungguh terima kasih karna sudi berkongsi kisah anda kepada kami.

Banyak ibrah yang bisa kami ambil. Moga Allah balas jasa anda ini.

Dan, jangan berhenti apa yang telah anda mulakan. Teruskan hingga akhir. InsyaAllah.

"Keep it up up up till Syurga, Teme."

Muka Belakang #PelukisJalanan

Aku rasa sampai sini ja kot. Nanti marah pulak penulis. Aku banyak bebel ja tu.

Kbue. Adios!

Monday, April 18, 2016

Hikayat The Awan ©


LangitTersenyum buatkan. Saya suka!

Salam 'alaik gais! Ada warga theawan singgah sini tak ? Aha, saja je tanya.

Serius aku ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi join The Awan. Sungguh aku ucapkan terima kasih.

"Benda kecik je, orang join channel kau je pun."

Mungkin benda tu nampak kecik dekat mata kau, tapi bagi aku benda tu besar. Even dia just join, aku rasa macam Ya Allah, ada yang join. Sungguh aku senyum sampai telinga.

Habis aku lupa masalah aku. Terima kasih karna kalian menjadi asbab aku tersenyum walau sebentar.

Okey okey, hari ni aku nak story pasal The Awan. Masa first dulu aku cam ragu ragu jugak la nak buat sebab cam takde function.

Then, entah macam mana, aku TERbuat channel dekat telegram. Aku ter k, bukan sesaja.

Ia ditubuhkan pada 5 november 2015. Secara jujur aku tak tahu nak buat apa dekat channel tu. Memang aku pandang je. Tak taruk apa pun.

Memula acah nak jadi anon, tapi tak berapa nak menjadi. Hahaha sadis betul.

Tak lama lepas tu, muncul idea untuk share karya aku dalam tu. Aku share puisi puisi yang pernah aku buat dulu, then aku masukkan beberapa cerpen yang aku buat.

Tapi memula tu takde sapa baca pun. Memang kosong je. Hahaha lepas tu, han singgah channel aku, then I be like, aha segannya. Then dia share, dekat channel telegram dia ( The Contengan ) after that baru ada yang join.

Aku sebenarnya takde keyakinan pun dengan channel tu. After ada yang baca, komen, baru ada sedikit keyakinan untuk share dekat public.

Maka mulalah aku share dekat twitter. Alhamdulillah, ada yang join. Weh, terima kasih join channel marhean tu. Moga Allah balas jasa kalian dan aku harap korang dapat manfaat dari channel tu.

Alhamdulillah, channel tu masih bertahan hingga kini, dah 5 bulan 3 hari dia bertahan. Moga kekal sampai bila bila.

Pada asalnya aku sorang je yang handle. Then, I think last week, saya melamar someone untuk jadi admin The Awan dan Alhamdulillah, dia terima. Memang happy gila-gila-gila.

Ada partner untuk gerakkan The Awan. Then yesterday, dia terima ajakan aku. Awalnya aku just tweet random, tapi tak sangka pulak dia perasan.

But its okey, sebab aku cuma beri peluang untuk orang lain baca karya dia. Aku tengok catatan dengan puisi dia pun boleh tahan.

So, lepas je dorang diterima jadi admin The Awan,maka dorang adalah sebahagian dari The Awan. Jaga amanah ni sebaik mungkin.

"Nak tahu siapa admin The Awan."

Aku kasi nickname je la ye, sorang Kecik dan sorang lagi Awan.

Oh ya, dua dua kenalan alam maya.

"Kau percaya dorang ?"

Alhamdulillah, aku percaya dorang. Believe them is my choice.

Aku rasa takat tu je la kot.

Ha, sebelum terlupa, aku ada plan macam macam untuk The Awan pada masa hadapan. Nak tahu ? Tunggu aja deh. Doa moga Dia perkenankan.

Okey boleh cari The Awan dekat sini ;

Channel telegram - The Awan Official
Instagram - The Awan
Twitter - twitter.com/theawan_

Ha k gerak dulu. Nanti papehal roger.

Adios!

Saturday, April 16, 2016

/ puisi / Me-nu-lis



Melalui penulisan ini
Aku mula kenal jiwa dan hati yang sedang rabak
Aku mula kenal insan yang tabah
Tabah dalam hadapi norma hidup yang penuh liku

Tiap figura itu tetap utuh
Tidak roboh hatta sedikit
Mungkin mereka sudah melempar tiap rasa yang berada di hati

Melalui penulisan ini
Aku mula kenal kepingan hati yang; rapuh dan hancur
Ada yang masih mencari kepingan hati
Ada yang mencuba mencantum kembali tiap kepingan hati

Paling sadis
Apabila sudah dicantum
Ada manusia durjana hancurkan sekelip mata

Tidak sempat diberi kepada yang berhak

Paling penting --
Melalui penulisan ini
Allah ingin tunjuk bahwa masih ramai yang lebih parah dari aku

Ya, Dia ingin ajar aku erti syukur
Dia ingin ajar bahwa manusia bukan tempat bergantung

Kita perlu bergantung pada Tuhan sepenuhnya
Jangan ragu
Yakin dan percaya sama Dia

Bukankah tiap perancangan Dia sangat hebat ?

Rasa kecewa, putus asa itu biasa
Tapi jika kau percaya Dia
Maka bangkit dan lihat dari sudut positif

Moga moga tiap hati yang masih dalam proses pembaikan itu bakal kembali pulih seperti sedia kala.

#theawan
April 8,2016
23'54
Kuala Kangsar

Tuesday, April 12, 2016

/ Cerpen / Awan dan Syurga



Bila disebut awan,
pasti teringat akan seorang insan.
Insan yang cuba bangun,
dengan berusaha dekati Tuhan.
Awan dan Syurga. Mampukah untuk aku gapai dan melangkah masuk?

. . .

"Mila. Ida nak berhenti." Syamila yang sedang meneguk air milo tiba-tiba tersembur ke arah Saidah. Dia hanya tersengih walaupun air milo terkena sedikit di mukanya.

"Jangan memain dengan Mila la." Syamila mengambil tisu di dalam begnya dan mengelap lembut muka Saidah. Saidah masih tersengih seperti tadi dan tiba-tiba wajahnya kembali serius.

"Ida selalu main-main ke?" Syamila berhenti mengelap muka Saidah. Tajam Syamila merenung mata sahabatnya itu. Setelah agak lama dalam keadaan begitu, Syamila menunduk.

"Tak pernah."

Jeda seketika.

"Mila. Sudi tak awak ganti posisi Ida?" Syamila tergamam. Mustahil dia mahu gantikan tempat Saidah.

"But why Ida? Awak dah banyak berkorban. Kenapa nak berhenti? Semua perlukan awak. Mila tak layak nak gantikan tempat Ida. Please, jangan berhenti. Jangan pergi." Akhirnya apa yang ada di hati Syamila, diluahkannya. Ego sudah ditolak tepi. Sekarang yang utama ialah sahabatnya itu.

"Mila. Ida nak berhenti tak bermaksud akan selamanya. Cuma buat seketika. Ida nak mencari sesuatu. Ida nak kumpul semua kekuatan dulu.

Lagi pun, kan Usrah Awan sedang stabil sekarang? Mila just laksanakan macam yang kita selalu buat. Setiap petang Khamis dan Jumaat akan berbulatan. Semuanya sama sahaja. Boleh?"

"Tak sama." Syamila menarik nafas dalam.

"Sebab awak tak ada." Kali ini Saidah pula terdiam. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk teruskan semua ini.

Tangan Syamila digapainya. Digosok perlahan dan digenggam erat. "Nur Saidah binti Fuad dengan ini serahkan Usrah Awan kepada Siti Syamila Binti Mahad."

Semuanya bagaikan sebuah mimpi.

. . .

"Kak Mila!!" Fatihah berlari-lari anak mendapatkan Syamila dan dipeluk erat Kakak Naqibahnya yang tidaklah tinggi mana pun daripadanya. Lama berpelukan. Syamila mengusap belakang badan adik usrahnya itu. Fatihah melepaskan pelukannya.

"Petang ni jadikan bulatan gembira kita, akak?" Syamila mengangguk perlahan. Setelah dua minggu Fatihah berada di asrama, rindunya kepada Syamila membuak-buak. Ingin sahaja dia sentiasa ada di sisi Kakak Naqibahnya. Sentiasa ada untuk memberikan semangat dan nasihat. Tapi pelajaran perlu diutamakan.

Pertemuan Syamila dan Fatihah petang itu hanya ditemani bunyi air tasik dan burung yang berkicauan. Hari ini Syamila banyak berdiam dan termenung. Fatihah tidak pula ingin mengganggu. Dia lebih suka menatap wajah Kakak Naqibahnya itu.

"Dah puas tengok muka akak?" Syamila mencuit pipi Fatihah dan mereka berdua tertawa kecil.

"Macam mana dengan masalah akak?" Syamila tersenyum mendengar soalan daripada Fatihah.

"Masih sedang bertahan." Ringkas jawapan Syamila membuatkan dahi Fatihah berkerut. Risau pula dia dengan Kakak Naqibahnya itu.

"Akak, kalau Tiha tanya something boleh?"

"Boleh. Tanyalah."

"Kak Ida masih tiada khabar?" Syamila mendongak memandang langit. Matanya dipejamkan. Menarik nafas dalam dan hembus. Tenang.

"Belum. Doakan dia baik-baik ye?" Itu sahaja jawapan daripada Syamila.

"Akak, orang cakap, sakit bila kehilangan seseorang. Akak kehilangan Kak Ida dan tak tau apa dah jadi pada Kak Ida. Tapi akak nampak kuat. Tak sakit ke kak?" Bagaikan peluru tepat menusuk hati Syamila.

"Siapa kata tak sakit?" Perlahan suara Syamila menuturkan ayatnya itu.

"Sakit memang sakit. Tapi jangan lupa, dia milik Allah. Bukan milik akak. Akak tak boleh nak halang. Akak masih sedang belajar redha tapi doa dan harapan tak pernah akak putus. Dia akan balik. Itu janji dia. Selagi akak masih bernafas, akak akan tunggu dia. Kalau tak sempat di dunia, di Syurga nanti."

"Tabahnya Kak Mila."

"Tak seperti yang kamu nampak, dik." Syamila tersenyum memandang awan. Usrah Awan. Bila disebut awan, pasti teringat akan seorang insan. Insan yang cuba bangun, dengan berusaha dekati Tuhan.

"Mila tak layak untuk galas posisi ini, Ida."

"Ida kenal Mila. Ida tahu Mila boleh. Posisi ini telah Ilahi beri kepada Mila. Manfaatkan untuk bantu ummah ye."

InsyaAllah..

. . . .

'Diantara berjuta-juta bintang, hanya satu bintang yang paling terang. Diantara berjuta-juta orang, hanya kamu INSAN paling aku sayang. Diantara berjuta-juta bintang, hanya satu bintang yang paling terang. Diantara berjuta-juta orang, di hatiku tetap dirimu sayang.'

Syamila merenung mesej whatsapp daripada Saidah. Setelah hampir tiga bulan menghilang, hanya itu yang Saidah hantar kemudian terus block semula nombor Syamila. Bila telefon atau mesej Saidah, dia tak pernah jawab mahupun balas.

Syamila tersenyum. Harapannya masih sentiasa ada. Harapannya yang bersandarkan kepada Tuhan, tak pernah lentur.

'Syamila. We need to meet.' Tiba-tiba masuk mesej daripada Izhan.

Syamila menghembus nafas berat. Masalah dengan manusia tak pernah habis. Ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati sehingga melemparkan fitnah.

Sungguh, Syamila kalah dengan hasutan Syaitan supaya jadi lemah dengan fitnah yang tiba. Sejak fitnah itu, Syamila makin kurus. Tidak lalu untuk menjamah apa-apa.

Tapi selepas teringatkan Usrah Awan, dia bangun semula. Masalah tidak akan selesai jika kita lari. Kita perlu hadapi masalah dan ujian yang diberi. Ini baru sedikit Allah uji. Tak akan mahu lemah selamanya?

Moga hari ini semuanya selesai. Moga Allah permudahkan segalanya. Syamila terus bangun dan menyiapkan diri.

. . .

"Macam mana dengan istikharah akak?"

"Alhamdulillah. Akak terima. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk tutup semua fitnah."

"Alhamdulillah." Terdengar kelegaan dari suara lelaki itu, Izhan yang berdiri di belakang Izzati, adiknya.

Izzati tersenyum bahagia membuatkan Syamila turut tersenyum.

Fitnah bahawa Syamila dan Izhan bercouple memang tidak masuk akal. Syamila dan Izhan ialah sepupu. Mana mungkin mereka tidak berjumpa dan berborak?

Tapi yang lebih memeranjatkan lagi, Izhan datang melamar ketika fitnah itu tengah hangat. Kata adiknya, Izzati bahawa abangnya itu memang sudah lama menyimpan niat untuk jadikan Syamila bakal bidadarinya. Izhan takut lebih lama dipendam, lebih kuat rasa cinta itu. Jadi dia ambil jalan yang InsyaAllah diredhai.

Dia mengajar di universiti tempat Syamila belajar. Memandangkan Syamila juga sudah berjaya selesaikan semester akhirnya. Tak sangka semuanya berjalan lancar.

"Kalau dah jodoh, tak kemana." Mereka bertiga ketawa kecil mendengar komen dari Izzati. Syamila dan Izhan pula memang tidak saling memandang. Segan mula menguasai diri.

Aku bakal menjadi seorang isteri. Tersenyum manis Syamila ketika itu. Setelah bersalaman dan bersurai, Syamila masih di tasik itu. Merenung awan.

Saidah. Mila mahu kebahagiaan ini dikongsi bersama. Mila mahu Ida turut merasai. Tapi Ida di mana? Bila Ida akan muncul? Aku kena kuat kan? Aku kena terus berjalan menuju Tuhan. Bukan terus jatuh ke dalam lubang yang sama. Aku boleh!

'Akak, esok ada surpriss!' Syamila memandang kosong srin telefonnya itu. Mesej daripada Fatihah yang katanya mahu meraikan birthday Syamila esok hari. Surpriss apa pula? Nak baling tepung ke? Atau nak kasi iphone? Haha.

. . . .

"Akak dah ready?"

"Alhamdulillah. Dah." Syamila tersenyum manis memandang Fatin yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Akak, akak tak nak tau ke kami nak bawa akak ke mana?" Fatihah tersengih di seat belakang.

"Macamlah kamu semua nak bagitahu." Satu kereta ketawa mendengar jawapan Syamila. Katanya hari ini nak raikan hari jadi Syamila di sebuah kafe. Syamila ikut ja, dia tak kisah sangat. Kalau tak raikan pun tak apa katanya.

"Kak Mila, kerja dekat bank tu dah dapat ke?" Aimi bertanya dari belakang.

"Alhamdulillah sudah. Kerja biasa-biasa je memula ni. Dalam masa yang sama, akak nak buka sebuah kafe." Syamila tersenyum mengenangkan impiannya. Semua yang ada di dalam kereta tersebut tersengih-srngih. Pelik Syamila dibuatnya.

Walaupun reaksi Syamila nampak gembira, di hatinya ada sedikit duka. Rindu pada Saidah yang selalu menjadi orang pertama mendoakan dan memeluknya ketika hari jadinya. Sakit menahan rindu itu cuba untuk dikurangkan. Di mulutnya tak henti beristighfar.

Akhirnya, perjalanan yang memakan masa setengah jam itu, sampai jua di destinasi yang dituju mereka berlima.

Syamila turun dan tangannya di tarik lembut oleh Fatihah. Tak sempat Syamila melihat nama kafe tersebut. Adik usrah yang lain pula seakan kaku seperti mahu Syamila yang masuk dahulu ke dalam. Setelah sampai di pintu masuk, Fatihah membisikkan sesuatu dan menolak Kakak Naqibahnya itu ke dalam.

Syamila terpinga-pinga. Kata kafe, tapi kenapa macam berhantu? Suasana di dalam sedikit gelap tetapi masih bisa dilihat. Susun atur semuanya kelihatan kemas.

Eh, kenapa banyak sangat corak-corak awan? Alas meja bercorak awan. Dinding di tampal dengan corak awan. Di syiling juga ada corak awan dan ada langit. Cantik. Awan. Awan? Saidah?

Syamila berpusing-pusing cuba mencari kelibat Saidah. Harapannya untuk bertemu dengan Saidah. Rindunya dia pada sahabatnya itu.

Ting. Pintu masuk berbunyi.

"Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Mila sayang. Selamat hari jadi."

"Selamat hari jadi Kak Mila!" Teriakan datipada adik-adik usrahnya.

Syamila berdiri kaku. Insan itu, dalam suasana yang samar insan itu mendekatinya perlahan sambil membawa kek berwarna putih kebiruan. Makin dia dekat, Syamila perasan bentuk kek tersebut. Awan!

Air mata sungguh tak mampu untuk di tahan lagi. Rindunya pada insan itu. Rindu segalanya tentang insan itu. Dia berpurdah. Cantik. Sungguh, membuatkan Syamila terus terpegun.

"Syamila. Selamat hari lahir." Tertutup sedikit mata empunya badan menunjukkan yang dia sedang tersenyum. Matanya kelihatan berair. Syamila sudah tersedu-sedu. Mereka berdua saling menatap. Pecah empangan air mata keduanya. Fatihah cepat-cepat berlari mendapatkan mereka dan mengambil kek di tangan gadis berpurdah itu.

Dia menghampiri Syamila dan mengelap air mata yang tidak henti mengalir di pipi sahabtnya itu. Symila terus memeluknya. "Ida! Mila rindukan Ida." Dia menangis teresak-esak. Sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.

"Mila. Ida dah pulang. Ida minta maaf." Syamila menggeleng menandakan bahawa tidak perlu memohon maaf.

"Mila sayang Ida."

"Ida juga sayang Mila. Terima kasih sebab bertahan selama dua empat bulan. Terima kasih." Hanya tangisan yang didengari daripada Syamila.

"Kafe Awan ini kita usahakan sama-sama ya?" Syamila sedikit terkejut. Kafe Awan? Kepalanya di angkat dari bahu Saidah. Kemerahan mukanya. Dia melepaskan pelukan dan berjalan laju ke luar. Adik-adik usrahnya terkejut kerana fikir mereka, Syamila mahu pergi. Saidah hanya tersenyum.

Syamila berada di hadapan kedai. Mendongak memandang papan tangan kafe tersebut. Kafe Awan. Dihujungnya ada corak seketul awan. Nice. Syamila mengelap air mata yang bersisa dan masuk semula ke dalam.

"Ida. Apa semua ni?"

"Alhamdulillah. Allah aturkan yang terbaik buat Ida. Semua urusan dipermudahkan. Ini lah hasilnya. Impian daripada sahabat Ida."

"Kenapa buat seorang diri? Kenapa tak nak kita buat sekali?"

"Sebab namanya hadiah. Hadiahkan berbalut cantik dan penerima hanya perlu membuka balutannya." Saidah membuka purdahnya dan sungguh wajahnya berseri sekali.

"Semua urusan pasai kafe ni dah selesai ke?"

"Hehe sikit je lagi. Jangan risau, Abah Ida banyak tolong sebab Abah Ida kan dah ada dua buah butik pakaian. Jadi urusan macam ni senang je." Ida tersenyum ceria. Hadiahnya buat sahabat tercinta berjalan lancar.

"Akak, rezeki Allah itu datang tanpa diminta, datang juga dalam pelbagai cara." Saidah dan Syamila tersenyum mendangar komen daripada Fatihah yang sudah tersengih seperti kerang wangi. Hehehe.

"Hari ini, kita rasmikan Kafe Awan!" Semua bertepuk tangan mendengar ayat Saidah. Syamila mendekati Saidah dan memluknya kembali. Adik-adik usrahnya yang lain turut memeluk mereka berdua.

"Terima kasih, Ida."

"Terima kasih juga Mila sebab masih bertahan."

Usrah Awan dan juga Kafe Awan. Moga ia membawa kita ke Syurga.


Tamat. Awan dan Syurga.

Budak2kecik
April 10,2016

Wednesday, April 06, 2016

/ Cerpen / Cinta Gula Gula Kapas



Cinta gula gula kapas,
Seindah awan di atas,
Cinta dan kasih antara dua insan,
Yang berlandaskan iman dan taqwa,
Moga moga Ilahi redha.

*****

'Ya Rabb, telah banyak aku lalai. Aku lalai dengan dunia. Aku lalai dengan tiap nikmat yang Engkau beri. Aku minta maaf. Sungguh aku mohon keampunan daripadaMu.' Tiap hari dia berdoa akan hal yang sama. Tidak pernah untuk putus asa. Diulang banyak kali tanpa jemu.

Ulang alik ke masjid sudah menjadi perkara biasa apabila punya kelas seharian. Dia mahu berubah, tetapi manusia sekeliling asyik mencaci dan menghina. Siapa tidak sedih. Dicemuh dihadapan umum. Tiada siapa disisi, hanya sendirian.

Cuma satu dia pegang, "Aku mahu redha Ilahi, aku mahu raih perhatian Ilahi. Aku ingin berubah karna Ilahi, bukan karna manusia durjana yang hanya bicara tanpa segan silu."

Kisah ini sangat cliche, sungguh. Aku kenal dia bukan dalam perancangan aku. Tiada langsung terlintas di fikiran tentang kewujudan dia.

Aku dan dia hanya manusia biasa-biasa. Sangat biasa biasa, tiada apa yang istimewa. Tetapi aku lihat, dia punya cita-cita yang sangat besar dan alhamdulillah kami berganding bahu untuk laksanakannya. Pertama kali aku dengar hasrat dia, terus aku terima. Demi ummah.

Dia yang aku kenali ialah Imani dan aku adalah Amani. Ya, ramai yang bilang kami kembar hanya atas dasar nama. Tetapi tidak, kami bukan kembar. Kami hanya saudara seislam.

Saat pertama kali kami bertentang mata agak aneh juga karna aku sama sekali tidak menyangka bahawa kami bisa menjadi serapat ini.

Hari itu mendung, awan kelabu. Angin agak kencang dan aku masih dimasjid menanti kelas pukul 3 petang. Sedang asyik sendiri, aku sering perhatikan manusia keluar dan masuk ke dalam masjid. Pelbagai kerenah aku lihat. Syukur karna masih terbit senyuman di bibir mereka.

Tetapi aku suka pandang satu makhluk Ilahi ni. Sungguh, tiap hari aku lihat dia sendiri bagai tiada teman di sisi. Aku ingin mendekat karna terasa bagai ada sesuatu yang istimewa tentang dia.

Aku lalui hari itu seperti biasa dan tanpa aku sedari aku telah tertukar buku semasa terleka di masjid tadi. Aku selak dan terlihat nombor telefon empunya buku. Segera aku membuat panggilan, nasib baik kelas batal, kalau tidak memang aku nganga la nak jawab midterm tu.

Satu kali deringan...dua kali deringan.. tiga kali...

"Assalamualaikum, boleh saya bicara dengan... Imani."

"Wa'alaikumsalam, ye saya Imani. Ada apa ye ?"

"Saya rasa saya dah terambil buku awak ni. Macam mana saya nak pulangkan ek ? Hihi." Amani masih melilau mencari tempat untuk duduk.

"Patut la saya cari buku saya tak jumpa. Hmm, macam ni lah. Awak ada dekat mana ?"

"Saya masih dalam area kolej."

"Ha, sama lah kita..." sedang Imani asyik bicara dan matanya melilau mencari tempat duduk, dia terlanggar someone.

"Ya Allah cik. Maaf maaf. Saya tak sengaja." Nasib bukan lelaki yang dilanggarnya. Kalau tidak, habis jatuh saham aku. Terus aku ajak kahwin, eh, tak tak. Aku gurau je.

"Sokey sokey, sikit je ni. But kejap. Imani right ?"

'Eh minah ni, mana tahu nama aku. Sekati je sebut nama aku.' Desis hati Imani. Wajahnya terukir senyuman sedikit.

"Ha, ye saya. Mana tahu ye ?"

"Ni." Amani menunjukkan kad pelajar milik Imani. Imani hanya ketawa. Bagaimana la dia tidak perasan tentang kad pelajarnya tu. Bikin malu saja.

Semenjak daripada itu, Imani dan Amani bagaikan belangkas. Asyik berkepit berdua sahaja. Tidak berenggang, jika berenggang pun saat masing masing punya kelas.

Semakin lama hubungan mereka semakin akrab. Bagai adik beradik kembar yang tidak dapat dipisahkan. Banyak perubahan yang terjadi kepada mereka. Daripada gadis biasa, mencuba untuk menjadi muslimah luar biasa.

Banyak liku kehidupan yang telah mereka harungi bersama. Ya, mereka hadapi bersama sama karna mereka yakin pada Ilahi. Sama sama menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam.

Suatu hari Imani menyatakan hasratnya untuk membina sebuah usrah kecil.

"Are you serious Imani ?" Ujar Amani seakan tidak percaya. Bukan dia tidak setuju, cuma takut tersalah dalam menyampaikan ilmu.

"Yap, im one-hundred-percent sure with my decision. Ingat nak conduct dengan awak sekali. Kira cam kita dua bergabung and create satu usrah yang kecil."

"Tapi saya takut la Imani. Amanah ni sungguh berat. Takut saya tak mampu untuk pikul."

"Jangan risau, kita pikul sama-sama. Kita serahkan segalanya kepada Allah. Ingat tak yang kita mahu bina syurga kecil dan taman indah di dunia meski sementara. Malah kita mahu sampaikan bahawa pengharapan itu sentiasa ada." Imani tersenyum kecil.

"I know that. Entah, cuma takut."

"Its okey Amani. Saya taknak paksa awak."

"Hmm, bila awak nak mula usrah kecil ni ?"

"Awak join ? Berganding bahu dengan saya ? Kita berdua ? Bagai awan dan langit ?"

"Awak ni pun, jangan la excited sangat."

"Awak, jangan punahkan harapan saya. Please." Akhirnya Amani termakan juga dari hasil pujuk rayu Imani.

Kini, mereka telah bina sebuah usrah kecil. Tidak ramai, cuma 6 orang sahaja termasuk mereka. Cukup kecil dan mudah dikawal. Tiap kali perkongsian, ia bakal di-update di laman sosial.

Ada yang minta untuk dibuat di group whatsapp, tetapi hal itu masih dipertimbangkan lagi karna risiko yang bakal dihadapi sangat tinggi.

Matlamat mereka cuma satu, mereka ingin hadirkan tiap jiwa dan hati itu. Mereka ingin hati dan jiwa itu merasa cinta dan kasih yang disampaikan melalui hati. Ya, penuh dengan rasa cinta bagai gula-gula kapas yang manis.

Harap ia sampai kepada --- hati hati yang sangat dahagakan kasih dan sayang dari Ilahi.

Mereka ingin menunjukkan bahawa tiap manusia ini masih punya harapan dan pengharapan untuk berubah. Ternyata hidup ini bagai awan. Pada mulanya ia putih berseri, tapi siapa sangka bahawa pada pertengahannya ia mula bertukar menjadi kelam dan gelap.

Hari demi hari, semakin ramai yang mahu masuk usrah kecil itu. Ya, diterima sahaja bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah, yang ingin meraih perhatian Ilahi.

Dalam diam ada yang mencuba jatuhkan usrah kecil mereka. Walau tidak se-gah usrah yang ada. Masih wujud manusia yang iri hati. Dalam berusrah kemain cakap hindarkan diri dari sifat-sifat keji, tapi apa semua ini ?

Jatuhkan sesama sendiri, mahu bilang usrah dia sahaja yang benar, yang lain semua tidak betul. Inikah yang diajar oleh Islam ? Bukankah kita patut bersatu ?

Ya, makin lama makin parah penyakit hati ini. Itu salah satu sebab Imani menubuhkan usrah kecil ini.

"Kak Amani, macam mana ni ? Tadi Dila tengok dorang tampal kertas ni dekat dinding. Dila risau pasal kak Imani. Mesti dia sedih." Adila, anak usrah yang sedang berhijrah. Jiwa dia sangat kental. Sudah pernah dimalukan dikhalayak ramai.

"Sokey, biarkan mereka. Ini bukan Islam ajar. Something wrong with their heart. Sekarang, kita doa supaya Allah lindungi kita dan tunjukkan kebenaran. Pasal kak Imani, Dila jangan risau, karna dia kuat. Mulut manusia memang begitu. Kita serahkan segalanya kepada Tuhan."

Imani datang mencelah saat mereka bicara, "Ha, salam 'alaikum. Hmm, korang okey tak ni ?"

Senyuman masih terukir dibibir dia.

"Ni, tadi Dila kasi, dorang mula tampal cakap kita buat ajaran sesat, usrah ntah apa-apa."

"Ouh..."

"Kak Imani okey tak ni ? Nak Dila keluarkan silat gayung, hentam dorang ?" Ujar Dila yang kelihatan sedikit gusar.

"Apa Dila keluar silat gayung, stapler mulut dorang je. Ahaha takdelah, InsyaAllah akak okey. Jangan risau."

"Kenapa akak akak Dila ni tabah sangat ?" Hampir menitis air mata Adila.

"Karna syurga Ilahi itu bukan percuma. Biarlah berapa ramai yang membenci, asalkan ada Tuhan yang sentiasa di sisi. Lagipun ada korang dengan anak anak buah yang lain, parents akak ada, paling penting ada Dia."

"Lagi pun mereka sekadar bicara mulut dan tampal kertas entah apa-apa ni. I feel like seriously, macam budak-budak. So, nothing much, I can handle this." Amani senyum nipis.

"Nope, WE can handle this. Kitakan keluarga." Sampuk Adila dan mereka saling berpelukan.

"Ya ya, kita sebuah keluarga yang sangat kuat dan dipilih Tuhan untuk hadapi ujian ini bersama."

"So, nak buat meeting bout this ?" Ujar Adila.

"I think, tak payah lah. But if it getting worse, then we meet up and settle it."

"Gais, I have an idea." Ujar Amani.

"Apa ?" Adila dan Imani menjawab serentak.

"Kita grab peluang ni dengan buat satu program."

"Contoh ?"

"Kita buat open talk dekat mana-mana je. Anyone can come."

"Hmmm, macam best je Amani. Takpe, nanti aku handle. Set semua."

"Kak, Dila nak tolong, atau akak bahagi-bahagikan tugasan."

"Ha, boleh jugak. Nanti kita buat meeting dan Imani ada berita gembira buat korang."

"Apa dia Imani ?" Ujar Amani yang kelihatan agak terkejut. Begitu juga dengan Adila.

"Semalam Imani bincang dengan parents Imani, then dorang setuju..."

Belum sempat Imani menghabiskan bicaranya, Amani memotong,"Imani nak nikah ? Dengan sapa ? Ke hasrat cinta saya sudah sampai ke hati Imani ? Eh eh," Amani ketawa sendiri.

"Ish Amani, awak ni dah kelaut ni, nanti pulang ke darat semula k. Masuk terus ke hati saya."

"Ehem ehem, hello, Dila dekat sini, jangan abaikan saya."

"Ala Dila ni, kak Amani baru nak buat pickupline sikit. Jangan merajuk k."

Ketawa mereka masih bersisa. "Okey, can I proceed ?" Sambung Imani.

"Yeah, sure."

"Imani dah buat keputusan untuk melebarkan lagi sayap Usrah Cinta Gula² Kapas ni. Setelah dilihat agak ramai permintaan dari muslimin. Cuma satu masalah, Imani tak tahu nak contact sapa untuk handle usrah muslimin. Ada cadangan ?"

"Seriously ? Nak lebarkan sayap. Waaa, tahniah." Adila tersenyum lebar, begitu juga dengan Amani.

"Kalau pasal tu Imani jangan risau, nanti Amani cuba kawtim dengan kawan Amani. I think he can. Nanti Amani roger Imani."

"Alhamdulillah, nanti kalau dia boleh handle, kita meeting."

"InsyaAllah, tapi tanggungjawab dan amanah kita makin berat. Amani risau."

"InsyaAllah akak boleh, bukan saja saja Allah beri amanah ini untuk akak. Dia beri karna Dia yakin dengan akak." Pujuk Adila yang dalam diam memyuntik semangat kembali. Amani hanya tersenyum.

Imani dan Adila meminta diri untuk menuju ke kelas memandangkan mereka sekelas. Amani menuju ke kafe dan menghantar pesanan ringkas kepada sahabatnya, Nadia.

Bincang punya bincang, then Nadia beri greenlight bahawa adiknya boleh handle usrah muslimin. Terus dia beritahu Imani berita gembira tersebut.

*****

Semakin lama khabar angin itu makin menghilang. Sudah lesap mungkin. Aku sendiri tidak tahu, yang aku tahu sebentar lagi program kami bakal di laksanakan. Sungguh aku berdebar.

Just a simple program. Dibuat di tepi tasik, agak ramai yang hadir, kami sediakan sedikit makanan dan air bagi menghilangkan dahaga mereka.

Alhamdulillah, program yang dijalankan berjalan dengan lancar, tiap perkongsian yang dilakukan sangat ringkas dan padat.

"Manusia itu cuma makhluk Allah, kita juga makhluk Allah, jadi tiada beza antara kita. Yang berbeza cuma iman dan taqwa kita. Malah, tiap pakaian yang kita pakai ini bukan pengukur tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Dia. Jangan tertipu dengan syaitan, ia bisa menyesatkan kita."

Itu antara isi yang aku sampaikan sendiri, sungguh aku ingin sampaikan bahawa aku pernah rasa apa yang mereka rasa. Mereka tidak pernah keseorangan.

Selesai sahaja program tu, terus mereka berjumpa dengan adik kepada Nadia.

Dia sedang menanti Imani dan Amani di kafe. Lebih terbuka dan tidak menimbulkan fitnah. Mungkin.

"Salam 'alaka, Faris right ?" Tegur Amani santai.

"Wa'alaikumsalam, ye saya. Kak Amani right ? Yang kak Nadia cakap kemarin saya kena handle usrah."

"Ye, saya lah tu. So, macam mana ? Sanggup terima amanah dan tanggungjawab ni ?"

"InsyaAllah saya terima, lagipun saya nak tambah lagi pengalaman yang ada buat masa depan."

Sedang asyik sembang dan berbincang perihal usrah kecil, dalam diam ada yang mengambil kesempatan untuk menabur fitnah lagi.

Keesokannya Amani terlihat kertas bersama sekeping gambar bertampal di dashboard kolej. Ya, gambar dia bersama Faris semalam. Hanya berdua karna waktu itu Imani membeli air untuk mereka.

'Ya Rabb, apa pulak kali ni. Apa yang mereka mahu lagi.' Rintih hati Amani sendiri.

"Salam 'alaik Amani." Entah dari mana munculnya Imani daripada belakang dan terus dia menarik kertas yang Amani genggam.

"Apa lagi budak budak ni buat. Makin hebat permainan dorang. Tak cukup cukup lagi tabur fitnah. Amani, awak okey ? "

"Saya okey. Cuma terkilan dengan sikap manusia yang masih iri hati. Imani, saya ni tak berjaya sentuh hati hati mereka lagi ke ? why I feel useless. Dengan sikap dorang macam ni, saya rasa saya belum berjaya untuk sampaikan risalah Ilahi."

"Hey, awak lupa satu hal, ingat tak saat malam yang kita lihat bulan dan bintang bertaburan di langit tu, semasa kita mula-mula bina usrah kecil kita ni."

"Hmmm..."

"Awak sendiri cakap bahawa kita tak mampu untuk menyentuh dan mengubah hati mereka. Kita cuma mampu sampaikan tiap bicara yang kita hidup ini sentiasa ada pengharapan untuk kembali kepada Ilahi. Kita tak mampu untuk ubah hati mereka Amani karna hati itu Ilahi yang pegang. Kita cuma mampu berdoa agar Dia bisa lembutkan hati mereka. Terus berdoa Amani."

Amani menangis, niatnya sudah tersasar sedikit. Syukur karna Allah masih menegurnya melalui Imani.

"Terima kasih Imani sebab ingatkan saya kembali. Sungguh niat ini sudah tersasar jauh."

"Sokey, sama sama kita ubah. Jangan lupa, puji Ilahi banyak sikit." Imani mengusap belakang Amani.

*****

Aneh, tebaran fitnah itu sudah lesap bagai magik. Kini, Amani dan Imani masih lagi berjuang dalam menyampaikan sedikit ilmu yang mereka miliki. Ya, menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Dia tiap masa.

Hidup ini tidak indah selamanya, kadang badai datang menghampiri, teguhkan lah hati dan jiwa, peganglah pada tali Ilahi,

Tidak semua kisah bakal berakhir dengan bahagia, kadang ia berakhir dengan tangisan dan derita, kita cuma hamba, ini adalah kehidupan bukan sebuah dongengan, kisah kita dicipta Ilahi, sedangkan cerpen dan cerita tulisan cuma karangan manusia. Percaya dan yakin pada Ilahi, terserah kepada tiap kaca mata yang melihat tiap kehidupan itu.

Moga moga kebahagiaan milik kamu, hatta cuma sebentar.

Moga moga kamu sentiasa di dalam rahmat dan dakapan Ilahi ---

budak2kecik
sjmilah_
April 6,2016

Monday, April 04, 2016

/ Puisi / Berubah


Perubahan, hijrah,
Hati kecil itu bicara, "aku sudah penat."
Dia mahu berubah,
Sudah letih dengan khilaf yang dilakukan,
Dia mahu perbaharui tiap amalannya,
Dia mahu perbaharui tiap liku hidupnya,

Cuma satu dia takut,
Dia takut dengan pandangan manusia,
Takut dengan hinaan yang bakal dilempar,
Cercaan dan fitnah yang ditabur,
Sungguh itu yang dia takuti,

Wahai sayang,
Dalam perubahan hijrah memang begitu,
Allah uji sedikit untuk melihat sama ada kamu benar benar ingin berubah atau sekadar bicara kosong,

Jika benar ingin berubah
Jangan risau
Allah sentiasa ada untuk lindungi kamu
Jangan khawatir
Karna Ilahi bakal hadirkan insan hebat yang bisa membantu kamu,

Andai suatu hari dia pergi meninggalkan kamu,
Ketahuilah bahawa Allah ingin melihat sama ada kamu mencari dia atau Dia,

Perit memang perit,
Tapi ini kehidupan kamu,
Kamu yang mencorakkannya,
Tiap yang hadir cuma bisa menghulurkan sedikit madu; atau racun,

Allah tidak pernah kejam,
bukankah Allah Maha Penyayang ?

Jom, pulang ke fitrah diri yang sebenar ---

#theawan
April 4,2016.