Surat Terbuka Untuk Kamu #1

March 27, 2020


Assalamualaikum, hai!

Khabar kamu bagaimana? Moga baik baik saja kehendaknya. Bagaimana dengan harimu? Masih sama seperti kemarin atau sudah bosan? Atau kamu sedih kerana tidak boleh keluar?

Aku harap kamu baik baik saja dari segi fizikal dan mental. Jangan sedih kerana kamu tidak boleh keluar. Masih ramai yang sama seperti kamu. Aku juga tidak boleh keluar rumah.

Aku juga rindu dengan kawan kawan aku. Aku rindu aku punya little munchkin. Aku rindu nak gaduh dengan dorang, aku rindu nak gelak sambil makan dengan dorang.

Tapi, dengan keadaan begini, sabar sajalah. Kita usaha sama sama untuk hentikan rantaian yang sedia ada. Kita dengar dan ikut arahan yang mudah dari pihak yang lebih tahu.

Kita punya barisan hadapan sedang melakukan tugasan mereka sebaik yang mungkin. Mereka berjuang untuk segera pulihkan pesakit yang ada. Barisan hadapan itu juga lelah, jadi kita beri kerjasama sebaiknya.

Mereka sedang melakukan tugas mereka. Jadi kita juga harus melakukan tugasan kita. Duduk di rumah baik baik. Keluar bila ada hal yang penting sahaja.

Setiap usaha kita ini dikira. Ia tidak sia sia. Terima kasih kerana duduk di rumah. Terima kasih kerana mendengar arahan dengan baik. Sentiasa cuci tangan dengan sabun. Jaga kebersihan diri.

Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

Tidak tahu mahu melakukan apa di rumah? Kamu boleh membaca seperti yang kamu pernah tulis di bahagian hobi semasa di sekolah rendah dulu.

Atau kamu boleh melukis? Menulis. Memasak. Menjahit. Mengemas rumah. Cuci rumah. Selongkar kembali album album lama. Buka kitab sirah. Tulis journal. Tengok movie.

Dan jika sekarang ini jiwa kamu sudah merasa sesak, aku mahu kamu tulis setiap apa yang kamu rasa.

Aku tahu kita sedang panik dengan setiap berita yang muncul di media sosial. Aku juga tidak terkecuali. Jadi, aku mahu kalian menjauhkan diri dari media sosial. Tidak semua yang tersebar itu adalah berita yang betul.

Aku tahu ada di antara kita sunyi atau merasa tidak tenang berada di rumah. Hey, awak boleh wassep saya atau dm saya di mana mana media sosial saya okey. You can talk to me.

Aku mahu kamu bertahan. Aku mahu kita bertahan. Kita juga sedang berjuang. Jangan pentingkan diri sendiri. Kita semua mahu sihat.

Jadi,kita bantu barisan hadapan dengan berada di rumah.

Aku tahu kamu boleh. Hang in there! 🌸

Jangan putus asa. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk kita mula belajar agama. Belajar tentang hal yang sudah kita lupa. Dekatkan diri dengan Allah.

Have a nice day 😊

You Might Also Like

0 comments