Blog Jamilah

    • Home

    Muka Depan #pelukisjalanan

    Salam 'alaik gais. Okey tetiba rajin tahap apa tak tahu nak update blog marhean ni.

    Actually.... aku nak buat review satu buku ni and I think korang dah tahu tajuk buku tu apa sebab dah dinyatakan di tajuk entri.

    Aku tak tahu la yang penulis tu akan singgah atau tak untuk baca review dari insan marhean ni.

    Aku harap dia singgah lah. Ceh, berangan tak habih habih. Okey, harap harap tak sebab aku segan. Ehem!

    Tadi ada kasi review sikit dekat insta theawanofficial, so, meh aku nak sambung me-review buku ni.

    Aku cuma pembaca yang marhean. Dari awal hingga akhir, perasaan aku bercampur baur. Jadi aku tak sarankan hampa baca buku ni sebab dia dah berjaya buat aku menangis tak berlagu.

    Ha, k gurau gurau. Jangan marah.  Okey sambung.

    Masa baca nota penulisan dengan pengarang, entah, aku rasa macam sebak. Aku pun tak tahu kenapa. Nampak tak penangan karya yang lahir dari hati.

    Tiap lembaran coretan yang tercoret di dalam buku itu sering menyentuh hati aku. Sungguh aku terasa bagai berada di tempat sang penulis, bagai benar benar di tempat kejadian.

    "Ah, hiperbola la kau."

    K, sekati la nak kata apa. Ini apa yang aku rasa. Sungguh aku terasa ia bagai wayang yang berada di minda.

    Kadang aku ketawa sendiri. Kadang aku aku terada sebak tak menentu. last last aku tewas, keluar juga air mata bila masuk bab ayam goreng.

    Tapi bila masuk bab sabotaj, aku jadi geram. Aha aku jadi cam, weh kenapa kau aniaya orang. Dia tak buat salah apa pun.

    Tapi tu lah kan, bila Allah nak uji. Dari pelbagai perkara bisa terjadi. Sungguh tahap kesabaran masa tu memang tinggi. Aku salute dekat kau Teme sebab  tahan marah dan tak tumbuk si Orange tu.

    Dan, kehidupan ini tidak mudah dan tidak senang seperti yang kita jangkakan. Pasti punya dugaan dan ujian kiriman dari Ilahi.

    Buku ni seakan hidup bagi aku. Banyak benda aku belajar. Paling utama, aku lebih belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

    Kepada Teme, sungguh terima kasih karna sudi berkongsi kisah anda kepada kami.

    Banyak ibrah yang bisa kami ambil. Moga Allah balas jasa anda ini.

    Dan, jangan berhenti apa yang telah anda mulakan. Teruskan hingga akhir. InsyaAllah.

    "Keep it up up up till Syurga, Teme."

    Muka Belakang #PelukisJalanan

    Aku rasa sampai sini ja kot. Nanti marah pulak penulis. Aku banyak bebel ja tu.

    Kbue. Adios!

    Continue Reading

    [ Le Owner ]

    Salam 'alaik gais. So how are you today ?

    semua, yes semua entri dalam blog ni aku dah delete. All. Tak tinggal satu pun. Asalnya aku nak delete je blog ni sebab ada buat channel kat telegram.

    Tapi disebabkan ada yang tak ada telegram, then, I will active back this blog.

    Maaf, aku dah delete semua post dan insyaAllah, kita mula dari bawah okey ? Doakan aku.

    If korang ada karya macam cerpen, sajak, syair, usrah yang korang nak share, boleh la kasi tahu dekat aku.

    mention atau dm dekat twitter aku, : @sjmilah_ atau ask.fm aku : @sitijamilah atau dekat telegram aku sendiri : @sjmilah . Tu pun kalau korang nak aku share dekat blog dengan channel aku la.

    Btw, dekat blog ni jugak, aku akan share segala cerpen dan cerpan serta sajak, syair yang aku pernah buat dan akan buat.

    Mungkin aku akan share something yang bermanfaat untuk ummah. Doakan la.

    Kali ni aku nak buat dengan cara aku sendiri, aku nak jadi diri sendiri. Haha so, jika ada kesalahan, mohon tegur. Jangan biarkan aku terus hanyut.

    Kalau itu untuk kebaikan aku sendiri, why not right ?

    Rasanya cukup la aku bebel. sumpah rindu gila nak bebel dekat blog.

    Adios !

    Continue Reading
    Newer
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ►  2025 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (11)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  June (1)
    • ▼  2016 (2)
      • ▼  April (1)
        • Review Pelukis Jalanan
      • ►  January (1)
        • First Entri

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top