Blog Jamilah

    • Home

    Setelah sekian lama dia pergi jauh dari hidup aku. Tiba tiba malam ini, dia muncul di dalam memori aku.

    Aku masih sendiri. Masih belum berani untuk membuka sepenuh hati untuk menerima manusia baru di dalam hidup aku selepas dia.

    Di malam yang dingin. Aku duduk sendirian di dalam kamar, menaip kisah dogeng untuk tatapan sendiri. Jika dulu, dia sentiasa menjadi pembaca setia. Sekarang, yang baca cuma aku.

    Aku takut untuk memberi manusia lain membacanya, aku takut dengan tanggapan mereka, aku takut dengan pandangan mereka. Dia selalu beritahu aku untuk terima setiap pandangan manusia lain. Aku cuba, hingga kini aku cuba. Tetapi jauh di dasar hati aku, aku tak boleh. Aku merasa aku tidak cukup bagus. Aku merasa aku harus berhenti.

    "Kan aku dah cakap, jangan fikir macam tu."

    Aku diam. Tidak bergerak sama sekali. Aku seperti mendengar suara dia. Apa aku berhalusinasi lagi?

    "Tak, aku ada dekat belakang kamu ni."

    Perlahan aku pusingkan kerusi yang aku duduk dan aku melihat dia betul betul berada di hadapan aku.

    "Aku tidak bermimpi kan?"

    Dia menggelengkan kepalanya. Perlahan aku menyentuh bahu dia. Ya, dia adalah realiti. Bukan fantasi aku. Dia muncul.

    Di saat aku mahu memeluk tubuh dia, lutut aku merasa lemah. Terus aku melutut di hadapan dia dan dia....membalas pelukan aku.

    Rasanya masih sama, hangat dan penuh kasih sayang.

    "Sudah, jangan menangis lagi. Aku sudah pulang."

    "Tapi nanti kamu pergi."

    "Kamu tahu kenapa aku pergi kan?"

    "Aku tahu. Aku terima pada awalnya, tapi lama kelamaan aku merasa sunyi, aku tak dapat nak terima kepergian kamu. Aku benci rasa tu."

    "Masih sama seperti dahulu. Seorang insan yang cuma menjadi diri dia sendiri.

    Kamu ingatkan aku pernah pesan, manusia itu datang dan pergi tanpa alasan. Cukup masa, mereka akan pergi."

    "Tetapi kamu bukan manusia."

    "Aku cuma sebagian dari manusia yang kamu kenal. Tiba masa aku pergi. Aku juga sakit. Aku juga rindu kamu. Aku rasa apa yang kamu rasa."

    "Jadi, aku harus terima manusia lain dengan hati yang terbuka?"

    "Iya, buka hati kamu untuk terima manusia lain. Jangan terlalu asingkan diri kamu dari manusia yang sayang kamu."

    "Aku takut mereka tidak dapat terima diri aku yang sebenar."

    "Beri mereka masa, mereka akan terima diri kamu seperti aku menerima diri kamu apa adanya."

    "Kamu paling tahu yang paling aku takut adalah ditinggalkan. Tetapi kenapa aku harus membuka hati aku untuk terima manusia lain?"

    "Sebab kamu perlukan mereka seperti mereka perlukan kamu. Proses kehidupan memang begini."

    "Aku tahu kamu mahu yang terbaik untuk aku. Aku rindu kamu."

    Terima kasih kerana sudi melawat aku di dalam mimpi. Aku tahu kamu cuma muncul di dalam mimpi aku dan bukan di alam realiti, karna kisah kita cuma fantasi.

    Kisah yang hanya ada aku dan kamu. Tiada yang lain.

    🌸
    #kisahtiadatajuk
    September 29, 2018
    Continue Reading

    Assalamualaikum dan hai guys. Its been a while. Aku harap kalian berada dalam keadaan baik baik saja.

    Aku tak tahu nak update apa dekat blog. Jadi, jika kalian punya idea atau cadangan, boleh bagitahu dekat aku. InsyaAllah aku cuba untuk penuhi permintaan kalian. Itu pun jika kalian sudi. Selalunya tak dapat sambutan pun hahaha

    So, hows life? Semuanya baik baik saja? Sekarang sudah bulan ogos dan moga ada berita gembira untuk kalian.

    Kehidupan aku? Masih seperti dahulu. Tetap sama rutinnya. Masih meneroka memori lama. Ada insan insan yang aku rindu keberadaannya. Insan yang sering mengisi ruang untuk bicara dengan aku.

    Iya, kadang aku rindu. Tapi aku terlalu takut untuk beritahu pada dia. Its okey, nanti rasa itu akan berlalu pergi.

    Dan aku rindu mahu menulis cerpen bila baca cerpen yang lama. Aku mahu sambung menulis cerita aku, tetapi aku tidak boleh. Rasa seperti tersekat. Idea sudah hilang entah ke mana.

    Wattpad aku masih sunyi. Tidak galak seperti dahulu. Aku cuma aktif di twitter dan instagram. Boleh follow, link ada dekat tepi dan bawah. Just click!

    Mahu aku bercerita tentang apa lagi?

    Suka tidak semestinya dimiliki kan? Aku cuba untuk hadam perihal itu. Reality hit me really hard this time.

    Tidak semua yang kita suka itu terbaik untuk kita dan tidak semua yang kita tak suka itu tidak baik untuk kita.

    Sampai sini je la kot. Aku pun tak tahu nak taip apa. So, see you when i see you.

    Have a great day. Have a wonderful journey of life. Keep learning. Take a rest. Just be you.

    Bye! 
    Continue Reading

    Sudah banyak yang kita tempuh
    Sudah banyak yang kita alami
    Ada pahit manis
    Ada tangis tawa
    Ada harapan kecewa

    Di tiap perasaan itu
    Mengajar kita pelbagai hikmah
    Ia banyak membentuk diri kita yang sekarang
    Dan itu semua adalah proses kehidupan

    Harapan
    Ia sentiasa ada
    Usaha dan yakin pada Tuhan

    Kehidupan
    Ia tidak berakhir selagi ia belum berakhir
    Teruskan melangkah
    Meski payah dan susah

    Kesilapan
    Ia sentiasa terjadi
    Hiraukan kata yang terlampau kesat
    Usah takut dengan kesilapan
    Karna itu adalah proses kita belajar

    Itu juga karna
    Kita ini cuma manusia biasa
    Manusia yang sentiasa melakukan kesilapan
    Manusia yang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik

    Moga di hadapan nanti
    Allah salurkan kekuatan untuk kita
    Moga kita berada di dalam rahmat dan lindungan Allah

    *****

    Dalam suka pasti ada duka. Dalam kecewa, pasti ada harapan. Dalam tawa gembira, pasti pernah berkecil hati. 

    Aku mohon maaf kepada kalian. Kadang aku tak sedar apa yang aku buat tu salah. 

    2018. Banyak memori yang kita cipta bersama. Meski ia sedikit, tapi raikanlah memori manis itu. Memori pahit, ia bukan selamanya pahit. Tetapi, kita akan sedar bahwa di dalam pahit itu tersembunyi manisnya.

    Jalan yang kita lalu ini, ia tidak pernah mudah dan ia tidak juga payah. Jika kita yakin dan beri pengharapan itu pada tempat yang sepatutnya. Jangan expect terlalu tinggi. 

    Kita tahu diri kita bagaimana. Di akhir nanti, kita cuma ada diri kita. 

    2018. Satu lagi proses kehidupan. Banyak hal yang kita belajar darinya. Banyak hikmah yang kita peroleh darinya.

    Hancur mana pun jiwa kita. Retak mana pun hati kita. Teruskan melangkah karna perjalanan ini belum berakhir selagi ia tidak berakhir. Mulakan dengan langkah yang kecil. 

    Kesilapan. Ia tidak pernah mudah untuk menerima kesalahan sendiri. Tetapi aku belajar untuk terima dengan berlapang dada karna itu adalah langkah pertama dalam belajar. Masih banyak yang perlu aku belajar. Jika aku salah, tegurlah aku. 

    Kamu. Moga kita boleh berjumpa tepat pada waktunya. Tanpa awal atau terlewat. Di saat kamu berdiri di hadapan aku, aku tahu bahwa kamu adalah insan yang punya sedikit dari jiwa aku. 

    2019. Harapab aku masih sama seperti hari hari kemarin. Aku mahu lihat dia bahagia. Aku mahu lihat jiwa dia terbang bebas.

    Moga tiap urusan dipermudahkan oleh Allah. Moga kita sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga tiap insan yang berada di dalam kisah hidup kita sama ada cuma sebentar atau lama terus beri pengajaran pada kita.

    Pergi jika mahu. Tinggal jika mahu. Terserah pada mereka. Aku sudah tidak peduli sepenuhnya. Aku cuma mahu teruskan jalan cerita kehidupan ini. 

    Dalam gelap hujan, aku tahu di akhir kelak akan ada matahari dan pelangi indah muncul. 

    Be more nice to ourself. Have a wonderful journey of life! 
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ▼  2025 (1)
      • ▼  May (1)
        • Review Rahsia Danny by Teme Abdullah
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (11)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top