Satu Tahun 2019

December 31, 2019



Hari terakhir untuk tahun 2019. Satu tahun sudah berlalu. Satu tahun juga banyak memori yang tercipta.

Memori pahit. Memori manis. Tidak kira tentang apa pun, ia mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Menjadi lebih baik dari semalam. Menjadi lebih matang dari tahun sebelumnya. Menjadi lebih tahu yang mana baik dan buruk untuk diri.

Aku bersyukur untuk setiap satu memori yang kita cipta. Aku bersyukur untuk setiap rasa yang aku rasa. Aku bersyukur dengan apa yang Allah beri pada aku. Allah beri apa yang aku perlu di dalam kehidupan ini.

Di dalam satu tahun ini, ia banyak mengajar aku tentang kehidupan. Mengajar aku tentang jiwa. Mendidik aku serba sedikit menjadi manusia.

Hari terakhir ini, aku mahu menutupnya dengan baik. Memaafkan hal yang terasa di jiwa. Melupakan hal yang menyakitkan jiwa. Melepaskan hal yang menyesakkan jiwa.

Satu tahun ini, kita berjaya menempuhnya dengan baik walaupun ribut petir sering melanda. Masih ingat bagaimana kamu berjuang untuk terus hidup di saat getir? Masih ingat bagaimana kamu menangis setiap malam kerana kamu merasa kamu tidak boleh melakukannya lagi? Masih ingat bagaimana kamu jatuh dan mula bangkit untuk terus berjuang?

Hey, tahniah. Kamu sudah berjaya menempuh semuanya dengan baik sekali. Teruskan melangkah. Terus melangkah hingga kamu bertemu dengan Tuhan. Terus melangkah hingga kamu berpijak di syurga. Terus melangkah hingga kamu dapat berkumpul dengan insan yang kamu sayang.

Setiap penat lelah kamu akan terbalas. Jika bukan sekarang, pasti nanti. Jika bukan nanti, pasti Allah gantikan dengan hal yang tidak pernah kamu sangka sama sekali. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. Terus berharap pada Allah.

Di dalam satu tahun ini, ia banyak mengajar aku tentang harapan dan kehidupan.

Terima kasih kepada mereka yang berada di dalam garis masa kehidupan aku. Terima kasih kerana masih sudi menerima aku yang banyak buruk dari baik.

Untuk satu tahun di masa akan datang, moga Tuhan permudahkan semuanya. Moga Allah makbulkan setiap doa, harapan dan impian kamu.

Moga kamu sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga setiap kesedihan dan kekecewaan yang sedang kamu alami akan Allah gantikan dengan kebahagiaan dan rasa nyaman yang tidak pernah kamu jangka sama sekali.

Seburuk apa pun layanan mereka terhadap kamu, teruskan berbuat baik.

Untuk satu tahun di masa akan datang ini, aku cuma mahu merasa nyaman. Aku mahu tahu jawapan untuk setiap persoalan aku yang dulu. Aku mahu menulis sepuas hati aku. Aku mahu dekat dengan Allah. Aku mahu....bertemu kamu.


Untuk kamu, sang jiwa yang sedang mencari cahaya. Moga kamu bertemu cahaya yang kamu cari di lorong yang gelap ini. Moga tahun hadapan adalah cahaya untuk kamu.

Teruskan berjuang. Berjuang hingga akhir. Kamu adalah perwira untuk diri kamu. Usah risau tentang masa hadapan. Terus merancang apa sahaja yang kamu mahu. Terus usaha untuk mendapatkan apa yang kamu mahu.

Dan jangan lupa, apa pun keputusannya, baliklah kepada Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kamu.

Aku tahu kamu boleh melakukannya. Aku yakin dengan kemampuan diri kamu. Aku yakin dengan rancangan Tuhan untuk kamu.

Bahagia itu sentiasa ada. Meski di dalam rumah kecil di penghujung jalan.

Have a wonderful journey of life 💕

Kecewa itu cuma seketika dan bahagia juga cuma seketika. Jadi cukup saja dengan menikmati setiap detik itu dengan sebaik mungkin. Cukup secara sederhana.

Selamat tinggal 2019, terima kasih untuk setiap detik yang sangat berharga dan selamat datang 2020, moga kita boleh mencipta kenangan serta memori untuk setiap detik yang bakal hadir.

Yang Ikhlas,
sjmilah
🌸☁️

You Might Also Like

0 comments