Blog Jamilah

    • Home

    Assalamualaikum, hai semua!

    Its been awhile? So, how was your day? Moga semuanya baik baik saja.

    Ingat, keluar rumah bila perlu sahaja okey. Jangan panik, bawa bertenang dan tolong jangan buat pembelian panik ya. Beli apa yang perlu sahaja.

    Jangan membazir. Kawal pergerakan kita. Jangan pergi ke tempat tempat tumpuan ramai. Jarak jarakkan diri dari orang lain. Kita jaga kebersihan sama sama okey!

    Jadi memandangkan kita kena kuarantin diri lebih kurang dalam 2 minggu demi salah satu cara untuk mengawal Covid19 ni, boleh la kita catch up balik hobi kita dan kenal diri kita.

    Kita hidup dengan manusia lain. Kita bukan sendirian. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri dengan pergi keluar merata atau travel ke negara luar. Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat? Bukankah menjaga kesihatan diri dan kebersihan itu dituntut dalam Islam?

    Stay home and stay safe! Minum air banyak banyak. Kerap cuci tangan. If ada hand sanitizer, guna.

    Can we proceed?

    Okey, dalam banyak aktiviti yang dah lama aku tak buat is membaca. Jadi hari ini aku ambil keputusan untuk membaca.

    Buku ni dah lama aku beli, dari tahun lepas masa PBAKL 2019. Dan ya, masih orang yang sama tolong pickup dekat pbakl tu hahaha Thank you Qis! And tak sangka kita dapat bertentang mataaa.

     Signature Jalanan | Teme Abdullah 

    Muka hadapan
     Mengenai siri Jalanan yang ke-4 ini, ia mempunyai 306 muka surat. Tidak termasuk kulit buku. Ada isi kandungan dan kata kata pengarang. Mempunyai 22 bab. Antara yang aku ingat is Ikan Longkang, Graduasi, Terdesak, Hari Ben dan ada lagi lah tajuk dia haha

    Dannnn, bila you guys tengok cover buku ni betul betul, kamu akan nampak sebuah lukisan yang bersambung. Sama macam 3 siri Jalanan yang lain.

    See I told you! Its beautiful right? 
    Untuk buku kali ini, Teme selitkan sekali penanda buku. Aku rasa penanda buku ini akan ada sambungan lukisannya. Just wait and see. Akan aku kumpul kesemuanya dan lihat lukisan penuhnya bagaimana.


    Sebelum saya melanjutkan apa yang saya akan merepek ni, saya, Siti Jamilah ingin memohon maaf jika ada salah informasi dan fakta tentang buku ini. Segera beritahu saya dan saya akan betulkan secepat mungkin.

    Btw, Teme baca ke? Hey, is Teme here? Kalau Teme ada di sini, saya nak cakap --

    Terima kasih sebab menulis dan melukis. Maaf sebab lambat baca buku Teme sampai dah nak keluar buku baru dah haaa. Terima kasih sebab sudi baca apa yang akan saya merepek dan taip. Buatla macam blog sendiri ya. Btw, lama tak nampak Teme update blog. Busy ya?

    Good luck Teme! May Allah bless you and ease everything for you! Saya masih menyokong awak dari dulu sampai sekarang.

    I think mesti ramai yang kenal Teme kan? Teme si pelukis dan penulis. Teme juga ada buat planner dia sendiri. Boleh search #tplanner dekat insta atau twitter atau kamu boleh tengok dekat insta Teme sendiri. Tekan je ni - - > Teme Abdullah

    Haa ni antara isi kandungannya

    So next, antara watak yang aku ingat is Ben, Joe, Alif, Zack and Oki. Untuk siri Jalanan kali ini iaitu Signature Jalanan membawa kita ke garis masa semasa sekolah menengah tingkatan 5 dan juga semasa mengambil keputusan SPM.

    Jadi aku rasa pelajar pelajar atau sesiapa yang sedang belajar, maybe you can read this book. Saya cadangkan kamu baca buku ni. Mungkin boleh boost kembali semangat kamu.

    Btw, aku suka setiap karakter ni sebab masing-masing bawa karakter masing-masing tanpa dibayangi yang lain. Masing-masing menghidupkan karakter masing-masing. setiap karakter ada kekurangan dan kelebihan, masing-masing menumbuh dewasa dan belajar dari kesilapan.



    Seperti yang dijangka, buku ni buat emosi aku turun naik. Kejap aku gelak, kejap aku sedih. Part yang aku rasa kecewa is bila Ben cakap, "Sampai hati cikgu...." tu. Aku faham rasa tu, kita rasa macam setiap usaha yang kita buat tu rasa macam sia sia je. Tak ada siapa yang pandang.

    But hey, its okey. Allah lihat setiap usaha kamu. Allah tahu setiap isi hati kamu. Dont give up okey?

    Dalam buku ni juga ada cerita tentang talented, gifted dan dakwah dari sudut pandang yang berbeza. Ada juga tentang usaha dan mentaliti dalam belajar.

    Curang | ms 213
     Bila aku baca sampai bab ni, aku rasa macam terbawa bawa emosi aku sekali. Aku repeat banyak kali "Noo, Ben dont do that. No. You can do it.". Berdebar je bila baca dan yes, peperangan antara diri sendiri adalah yang peperangan yang paling susah. Sebab kita akan terus mencari sebab dan memujuk hati bahawa itu adalah yang terbaik untuk kita.

    But, saya bangga dengan Ben sebab dia.....okey, nak tahu kenapa, kenalah baca buku tuuu hahaha Teme, saya ada soalan, Ben tu budak yang berkaca mata dan berbaju petal-petak tu ke? [Refer to gambar Teme di Impian Jalanan]

    Up-and-down-page
    Tengah feeling baca Zack dengan Ben, tiba-tiba kena baca buku terbalik hahaha Jadi orang tak boleh marah aku la kalau aku baca buku terbalik. [Btw, Team Iman ada contact aku pasal buku updown ni,dorang nak ganti dengan buku baru. Tapi aku tolak sebab aku rasa ini adalah memori. Its okey. Thank you kak Iman sebab offer nak gantikan buku kite ni!]


    Is that 18 years old Teme? To young Teme, terima kasih sebab tidak pernah berputus asa. Terima kasih sebab ajarkan saya untuk tidak mudah berputus asa. Teruskan apa yang sedang kamu rancangkan. This is your journey, just do it and take your time.


    Aku rasa dalam 5 jam kot aku habiskan baca buku ni sambil basuh baju, makan, ulang alik masuk keluar tandas, dengar lagu. To me, buku ni sedikit sebanyak membuka mata aku melihat dari perspektif yang lain dan pendapat yang lain. Banyak tentang pelajar, tentang usaha dan ada beberapa lagi.

    To student and whoever you are, saya cadangkan kamu baca buku ni. Mungkin kamu boleh menjadi seperti Joe atau Alif, salah satu watak di dalam anekdot ni.

    Dan di akhirnya, masing-masing berjaya dengan cara masing-masing. Rasa syukur itu pernting di dalam kehidupan seharian kita. Lihat apa yang kita ada, bukan lihat apa yang orang lain ada.


    To Teme again,
    Pesanan saya masih sama. Ucapan saya masih sama seperti post sebelum sebelum ini.
    Teruskan menulis dan melukis. Terus sebarkan kata positif pada yang lain.
    Dan jika merasa lelah, berhenti untuk berehat sebentar. Nanti-nanti mulakan kembali. Berehat untuk merangka kembali rancangan yang sudah tersasar dari landasan.

    Terus menumbuh dewasa dan menjadi seseorang yang baik jiwanya. Teruskan bercerita dan tak sabar nak tunggu next book!

    Terima kasih kerana wujud 🌸

    PS // Stay safe and take care okey! Kita jaga sesama kita, jadi secara tak langsung kita bantu ramai orang. We do our part and they do their part. Dont be selfish. Kalau bosan, go baca buku atau cipta resepi baru atau mungkin boleh buat sesi catch up dengan diri sendiri tentang hobi yang dah lama kita tinggal?

    Fi hifzillah!
    Continue Reading


    Hari terakhir untuk tahun 2019. Satu tahun sudah berlalu. Satu tahun juga banyak memori yang tercipta.

    Memori pahit. Memori manis. Tidak kira tentang apa pun, ia mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa. Menjadi lebih baik dari semalam. Menjadi lebih matang dari tahun sebelumnya. Menjadi lebih tahu yang mana baik dan buruk untuk diri.

    Aku bersyukur untuk setiap satu memori yang kita cipta. Aku bersyukur untuk setiap rasa yang aku rasa. Aku bersyukur dengan apa yang Allah beri pada aku. Allah beri apa yang aku perlu di dalam kehidupan ini.

    Di dalam satu tahun ini, ia banyak mengajar aku tentang kehidupan. Mengajar aku tentang jiwa. Mendidik aku serba sedikit menjadi manusia.

    Hari terakhir ini, aku mahu menutupnya dengan baik. Memaafkan hal yang terasa di jiwa. Melupakan hal yang menyakitkan jiwa. Melepaskan hal yang menyesakkan jiwa.

    Satu tahun ini, kita berjaya menempuhnya dengan baik walaupun ribut petir sering melanda. Masih ingat bagaimana kamu berjuang untuk terus hidup di saat getir? Masih ingat bagaimana kamu menangis setiap malam kerana kamu merasa kamu tidak boleh melakukannya lagi? Masih ingat bagaimana kamu jatuh dan mula bangkit untuk terus berjuang?

    Hey, tahniah. Kamu sudah berjaya menempuh semuanya dengan baik sekali. Teruskan melangkah. Terus melangkah hingga kamu bertemu dengan Tuhan. Terus melangkah hingga kamu berpijak di syurga. Terus melangkah hingga kamu dapat berkumpul dengan insan yang kamu sayang.

    Setiap penat lelah kamu akan terbalas. Jika bukan sekarang, pasti nanti. Jika bukan nanti, pasti Allah gantikan dengan hal yang tidak pernah kamu sangka sama sekali. Allah tidak pernah kejam terhadap hambaNya. Terus berharap pada Allah.

    Di dalam satu tahun ini, ia banyak mengajar aku tentang harapan dan kehidupan.

    Terima kasih kepada mereka yang berada di dalam garis masa kehidupan aku. Terima kasih kerana masih sudi menerima aku yang banyak buruk dari baik.

    Untuk satu tahun di masa akan datang, moga Tuhan permudahkan semuanya. Moga Allah makbulkan setiap doa, harapan dan impian kamu.

    Moga kamu sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga setiap kesedihan dan kekecewaan yang sedang kamu alami akan Allah gantikan dengan kebahagiaan dan rasa nyaman yang tidak pernah kamu jangka sama sekali.

    Seburuk apa pun layanan mereka terhadap kamu, teruskan berbuat baik.

    Untuk satu tahun di masa akan datang ini, aku cuma mahu merasa nyaman. Aku mahu tahu jawapan untuk setiap persoalan aku yang dulu. Aku mahu menulis sepuas hati aku. Aku mahu dekat dengan Allah. Aku mahu....bertemu kamu.


    Untuk kamu, sang jiwa yang sedang mencari cahaya. Moga kamu bertemu cahaya yang kamu cari di lorong yang gelap ini. Moga tahun hadapan adalah cahaya untuk kamu.

    Teruskan berjuang. Berjuang hingga akhir. Kamu adalah perwira untuk diri kamu. Usah risau tentang masa hadapan. Terus merancang apa sahaja yang kamu mahu. Terus usaha untuk mendapatkan apa yang kamu mahu.

    Dan jangan lupa, apa pun keputusannya, baliklah kepada Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kamu.

    Aku tahu kamu boleh melakukannya. Aku yakin dengan kemampuan diri kamu. Aku yakin dengan rancangan Tuhan untuk kamu.

    Bahagia itu sentiasa ada. Meski di dalam rumah kecil di penghujung jalan.

    Have a wonderful journey of life 💕

    Kecewa itu cuma seketika dan bahagia juga cuma seketika. Jadi cukup saja dengan menikmati setiap detik itu dengan sebaik mungkin. Cukup secara sederhana.

    Selamat tinggal 2019, terima kasih untuk setiap detik yang sangat berharga dan selamat datang 2020, moga kita boleh mencipta kenangan serta memori untuk setiap detik yang bakal hadir.

    Yang Ikhlas,
    sjmilah
    🌸☁️
    Continue Reading

    Setelah sekian lama dia pergi jauh dari hidup aku. Tiba tiba malam ini, dia muncul di dalam memori aku.

    Aku masih sendiri. Masih belum berani untuk membuka sepenuh hati untuk menerima manusia baru di dalam hidup aku selepas dia.

    Di malam yang dingin. Aku duduk sendirian di dalam kamar, menaip kisah dogeng untuk tatapan sendiri. Jika dulu, dia sentiasa menjadi pembaca setia. Sekarang, yang baca cuma aku.

    Aku takut untuk memberi manusia lain membacanya, aku takut dengan tanggapan mereka, aku takut dengan pandangan mereka. Dia selalu beritahu aku untuk terima setiap pandangan manusia lain. Aku cuba, hingga kini aku cuba. Tetapi jauh di dasar hati aku, aku tak boleh. Aku merasa aku tidak cukup bagus. Aku merasa aku harus berhenti.

    "Kan aku dah cakap, jangan fikir macam tu."

    Aku diam. Tidak bergerak sama sekali. Aku seperti mendengar suara dia. Apa aku berhalusinasi lagi?

    "Tak, aku ada dekat belakang kamu ni."

    Perlahan aku pusingkan kerusi yang aku duduk dan aku melihat dia betul betul berada di hadapan aku.

    "Aku tidak bermimpi kan?"

    Dia menggelengkan kepalanya. Perlahan aku menyentuh bahu dia. Ya, dia adalah realiti. Bukan fantasi aku. Dia muncul.

    Di saat aku mahu memeluk tubuh dia, lutut aku merasa lemah. Terus aku melutut di hadapan dia dan dia....membalas pelukan aku.

    Rasanya masih sama, hangat dan penuh kasih sayang.

    "Sudah, jangan menangis lagi. Aku sudah pulang."

    "Tapi nanti kamu pergi."

    "Kamu tahu kenapa aku pergi kan?"

    "Aku tahu. Aku terima pada awalnya, tapi lama kelamaan aku merasa sunyi, aku tak dapat nak terima kepergian kamu. Aku benci rasa tu."

    "Masih sama seperti dahulu. Seorang insan yang cuma menjadi diri dia sendiri.

    Kamu ingatkan aku pernah pesan, manusia itu datang dan pergi tanpa alasan. Cukup masa, mereka akan pergi."

    "Tetapi kamu bukan manusia."

    "Aku cuma sebagian dari manusia yang kamu kenal. Tiba masa aku pergi. Aku juga sakit. Aku juga rindu kamu. Aku rasa apa yang kamu rasa."

    "Jadi, aku harus terima manusia lain dengan hati yang terbuka?"

    "Iya, buka hati kamu untuk terima manusia lain. Jangan terlalu asingkan diri kamu dari manusia yang sayang kamu."

    "Aku takut mereka tidak dapat terima diri aku yang sebenar."

    "Beri mereka masa, mereka akan terima diri kamu seperti aku menerima diri kamu apa adanya."

    "Kamu paling tahu yang paling aku takut adalah ditinggalkan. Tetapi kenapa aku harus membuka hati aku untuk terima manusia lain?"

    "Sebab kamu perlukan mereka seperti mereka perlukan kamu. Proses kehidupan memang begini."

    "Aku tahu kamu mahu yang terbaik untuk aku. Aku rindu kamu."

    Terima kasih kerana sudi melawat aku di dalam mimpi. Aku tahu kamu cuma muncul di dalam mimpi aku dan bukan di alam realiti, karna kisah kita cuma fantasi.

    Kisah yang hanya ada aku dan kamu. Tiada yang lain.

    🌸
    #kisahtiadatajuk
    September 29, 2018
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ▼  2026 (1)
      • ▼  June (1)
        • Review Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga by Teme Abd...
    • ►  2025 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (10)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top