Review Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga by Teme Abdullah
June 08, 2026Assalamualaikum!!!
Semua sihat ke tu? Terima kasih kepada yang masih singgah dan menjenguk blog saya yang entah berapa lama tak update ni. Moga yang baik baik sahaja untuk korang!
Kalau saya dah update blog ni, faham faham je lah kenapa. Teme Abdullah dah keluarkan EMPAYAR 4 GUYS!!! Setelah beberapa tahun, akhirnya penantian kita selama ini telah tiba. Korang dah habis baca ke belum Empayar 4? Kalau belum, baca dulu bagi habis sebab akan ada banyak spoiler dekat sini. Jadinya, read at your own risk dan akan berterabur sikit kisahnya hahahaha
Kepada Teme, saya minta maaf awal awal kalau ada yang saya salah taip atau cerita. Boleh bagitahu saya untuk saya betulkan kesilapan saya. Kalau Teme singgah blog ni, selamat datang Teme. Dah lama blog saya tak dapat kunjungan daripada Teme. Bila nak update blog Teme? Saya masih menunggu entri baru daripada tuan hamba.
Oh btw, tahun ini adalah tahun ke-10 Teme menulis buku. Kalau blog, rasanya lagi lama. Rasa macam kejap je kan dah 10 tahun berlalu. Dalam waktu tu, macam macam yang kita dah buat, emosi yang dilalui, pengalaman yang penuh dengan kemanisan dan juga pahit. I guess, we can get through all the storm that we think we cant. Big hug untuk diri sendiri. Ni nanti saya update di entri yang lain yaa.
Okey sambung...
Empayar 4 : Hikayat Pemburu Naga karya Teme Abdullah ✨
Setelah beberapa tahun menunggu, akhirnya di tahun yang ke-10 Teme menulis buku, keluar juga Empayar 4 Hikayat pemburu Naga. Menyambung kisah perjalanan kita bersama Sastra, Nenek Kebayan dan ramai lagi.
Untuk kisah kali ini, Teme kata kita boleh baca as stand alone. Tapi saya tetap nak cakap yang lebih baiklah korang baca dari Empayar 1 menurut urutan. Jadi, boleh la marathon baca Empayar untuk sesiapa yang belum baca. Tapi ikut korang lah sebab boleh je baca Empayar 4 tu sendiri. Teme kata macam tu, saya sebarkan je.
Seperti di dalam buku yang sebelum ini, Empayar 4 juga ada kod yang tersembunyi di bahagian isi kandungan. kalau korang gabungkan setiap huruf depan untuk setiap tajuk, korang akan dapat satu ayat.
"Ghaib ialah ilmu yang belum dibuka,
Sundagema wujud menunggu diteroka."
Perjalanan Sastra kali ini membawa kita dari Wilayah Kepayangan menuju ke Sundagema untuk mencari Rentaka yang digetarkan oleh keris Sastra semasa di akhir bab di Empayar 3. Ada juga muncul di dalam mimpinya. Mencari dan mengambil Rentaka semula. Tapi, di mana? Di mana terletaknya Rentaka? Di mana pula Sundagema ini?
Perjalanan demi perjalanan yang ditempuh, ujian demi ujian yang dilalui, korang rasa Sastra sampai ke dekat Sundagema tu? Haaa kena baca sendiri hahahaha
Haritu saya ada join teori untuk Empayar 4 yang Team Iman anjurkan. Saya ada tulis yang saya harap Sastra jumpa dengan moyang dia, si Nenek Kebayan. ADA YA SCENE TUUUUU, SAYA HAPPY AKHIRNYA SASTRA JUMPA BALIK MOYANG DIA SI NENEK KEBAYAN 😭
Btw, Team Iman tak nak annouce pemenang ke? Hahahahaha tapi saya rasa tiada pemenang sebab semuanya kelaut dalam 😂 ingat dalam buku je ada plot twist, ni dekat realiti pun ada. Teme, Teme. Ingatkan bersambung kisah di Tanah Semenanjung, rupanya berkelana ke daerah yang lain. Rasa kelakar bila ingat balik.
Part Warena tu membuatkan saya teringat dekat KTDD keadaan di Bokor tentang ada golongan elit, kelas kelas yang terbahagi. Kemudian setiap golongan tu ada peranan dan undang undang yang tersendiri.
![]() |
| Gambar Warena |
Now saya nak rant banyak, di awal pembacaan, Teme sajikan dengan lirik lagu Nenek Si Bongkok Tiga. Lagu yang kita selalu main masa kecil dulu. Rupanya ada lirik yang tidak disebut oleh ramai orang. Lirik yang tersembunyi.
Sambungan lirik tu sumpah menakutkan masa baca pertama kali. Like, ehhh Nenek Bongkok nak cari pengganti dia keee.
![]() |
| Gambar dari Thread akaun Teme |
Tengok la lirik tu. Agak menyeramkan. Dengan bersenandung, ingat Teme nak masukkan unsur mistik dekat Empayar 4 ni. Tapi alhamdulillah tiada. Tapi cantik ya pakaian Nenek Bongkok, dengan kasut terompahnya.
Masa baca Empayar ni kan, saya rasa macam kesian betul dekat Sastra ni. Sebab tengok dia terkontang kanting sensorang. I mean, dia dah la tak tahu apa apa tentang susur galur keluarga dia. Dari dekat Istana, dikhianati dengan orang yang dia rapat dan percaya. Dia bagitahu Sastra tentang apa yang ada dekat diri Sastra tu adalah sihir jin apa semua, padahal dia berdarah Badang.
Btw, korang ingat tak yang batu bersurat yang dekat rumah Anding Andika tu? Saya rasa tu Angger Anggering Jagad la. Tapi sebab tulisan tu dia macam tak faham, jadi Andika terus assume yang itu adalah sihir ke apa ntah hahaha ndak ingat laaaa 😅 kan, betul takkk?
Ada satu scene yang mana masa Sastra bertapa dekat tasik tu, masa dia tak pakai topi, rasa elok je. Macam tak ada apa, rasa biasa. Tapi bila dia pakai perisai kepala tu dia rasa macam extra sensetif dengan getaran dari tanah sampai rasa pening kepala and anxious.
Teringat kalau ada orang berlatih dia letak pemberat dekat tangan dengan kaki. Pastu bila tanggal pemberat tu, dia akan jadi lebih laju dari yang selalu dia berlatih.
Jadi kes Sastra ni, dia jadi extra sensetif dengan dia punya senses sebab kalau tak pakai perisai kepala, dia macam manusia biasa. Jadi bila dia pakai, dia jadi Badang dan dia punya sense tu jadi lebih tajam. Tapi bila sampai dekat Wilayah Kepayangan, dia jadi biasa biasa je. Sense tu ada, cuma kena berlatih lagi dan tak sangka ya latihan dia tu membuahkan hasil. Akhirnya Sastra dapat menyeru Naga 😆 jadi kalau ada sambungan Empayar 5, harapnya ada scene Sastra panggil Naga ke istana.
Ada part yang saya rasa macam ada secondhand embarrassment. Sastra, awak memang ada darah badang, tapi tidaklah sampai akan keluar cengkerang 😭😭😭 Nenek Kebayan pun, bukan main berkata kata hahahahahaha how, cengkerang!? 🤦🏻♀️
Lepastu part panggil ikan dengan menggunakan ilmu getaran (Getaran Sahabat). Saya faham Nenek Kebayan dah terangkan tentang ilmu getaran. Tapi, Sastra ni terlalu lurus. Dia panggil ikan macam ikan tu member dia, "Aku kemari sebagai sahabat. Mari berkumpul...." hmmmm penatlah 🫠
Apa lagi yaaa, ohhh part wayang kulit. 4 bencana tu mengingatkan saya tentang Bayang Sofea + Rahsia Danny, kemudian masuk ke dunia Selamat Tinggal Purnama dan akhir sekali Kapal Terakhir Di Dunia. Manusia yang memusnahkan dunia dengan rasa tamak. Haiwan yang digabung menjadi haiwan yang aneh dan pelik.
Masa baca part peperangan tu, saya rasa macam goosebumps dan sekejap sangat. I want more scene Nenek Kebayan boleh kawal haiwan tuuu. Saya boleh imagine dalam kepala saya. Rasa macam hebat betul Nenek Kebayan ni. Tapi tulah, scene ni juga membuatkan saya menangis. Ingatkan tak ada scene sedih, rupanya ada. Banyak pulak tuuuu. Orang seronok baca part Nenek Kebayan boleh mengawal haiwan, tapi saya menangis sebab lepas daritu Nenek Kebayan asyik menahan sakit sendiri dan taknak yang lain risau tentang dia.
Saya agak teruja bila baca bahagian tentang pertahanan Sundagema. Menara menara yang dibina untuk mempertahankan keseluruhan pulau Sundagema. Bukan menara biasa, tetapi menara gema yang menghasilakn gelombang getaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau pendengaran dan sesiapa yang tidak biasa atau tidak memakain topi khas, dia akan hancur daripada dalam.
Persahabatan Sastra dengan Mangkubumi tu sangat mudah ya. Teringat yang Sastra baru sedarkan diri, tiba tiba si Mangkubumi beradu tenaga dengan Sastra hahahha terpinga pinga member tu. Haih lahh. Nasib ada juga dorang berlawan masa Sastra nak gerak balik Semenanjung. Jadi cam, terubat sikit rasa.
Menjadi Sastra tidak mudah. Banyak persoalan dan rasa was was di dalam dirinya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu ingin merujuk kepada sesiapa. Soalan yang dia tidak pasti jawapan mana yang benar. Di penghujung cerita, saya mula faham kenapa dan mengapa Nenek Kebayan dan Nenek Bongkok seperti itu. Kadang jawapan yang kita cari tidaklah akan hadir begitu sahaja, kadang harus dijalani terlebih dahulu untuk kita benar benar faham tentang pengajarannya. Tapi saya tetap kesian dekat Sastra.
Dari sini juga saya yakin bahawa banyak hal yang Sastra mula belajar tentang bagaimana untuk mengawal diri, tentang kesabaran dan ilmu. Lagipula dia adalah bakal pemerintah untuk Aradhanapura.
Berada di Sundagema tidaklah seperti berada di daerah daerah lain. Di Sundagema, banyak rahsia dan amanat yang perlu disimpan rapi serta dirahsiakannya tentang kewujudannya dari manusia dan dunia luar yang penuh dengan tamak haloba inginkan kuasa.
"Keagungan, kejayaan tidak datang meledak secara tiba tiba Tengku Putera. Ia terbina daripada amalan dan latihan yang berulang ulang dalam senyap."
Teme, saya tunggu Empayar 5 ya . Walaupun tak tahu akan keluar bila, saya tunggu!
![]() |
Kepada yang nak beli Empayar 4, boleh tekan link ni —> Empayar 4 : Hikayat Pemburu Naga
***
Rasa macam dah lama tak tulis nota untuk Teme di blog ni.
Hi Teme!
How you doing? Harap yang baik baik sahaja untuk seorang Teme. Saya sekarang alhamdulillah baik baik sahaja. Moga Allah kurniakan sebaik baik kesihatan dan kesembuhan untuk Teme. Jadi Teme boleh menulis dan melukis. Teruskan berkarya!
Whatever you do, I will always support you. Like before. Its not an easy journey, but I know that you get through it. Take your time and do your best!
okey tu je. Jumpa di entri yang seterusnya.
Yang menaip,
Your old supporters,
Since 2013 and for many more years to come ✨🌻





0 comments
Dont forget to leave your words here! Thank you and hope you have a good day >.<