­

Review Rahsia Danny by Teme Abdullah

May 11, 2025

Assalamualaikum guys! 

Alhamdulillah dengan ini saya ingin memberitahu bahawa saya telah menamatkan pembacaan saya tentang Rahsia Danny. 

Wait, apa Rahsia Danny? Okey lets talk bout it 😆

Pada 1 mei yang lepas, Teme Abdullah comeback dengan buku baru yang bertajuk Rahsia Danny, dwilogi untuk buku Bayang Sofea. Preorder kalini Teme naikkan ke 10,000 naskhah berbanding Bayang Sofea yang hanya 5,000 naskhah sahaja. Buku Rahsia Danny dijual bersama dengan bookmark dan juga book badge. Dannnn 10,000 naskhah tu terjual hanya dalam 25 minit sahaja! (Tahniah Teme, nampaknya semakin ramai mengenali seorang Teme Abdullah)


Photoshoot buku Rahsia Danny dan Bayang Sofea

Jadi, apa sebenarnya Danny dan Sofea ni. Adakah mereka ni betul betul wujud, atau hanya salah seorang yang wujud dan lagi satunya hanya bayangan? Atau ada kisah yang kita tidak tahu sama sekali? (Ni adalah persoalan sebelum saya baca Rahsia Danny) 

Tapi jika diikutkan dari kisah Bayang Sofea, Danny ni wujud sebab dorang dua kenalan dari zaman sekolah lagi dan bertemu semula semasa masing masing sudah bekerja dan sedang membina karier masing masing. TAPI! ending dari Bayang Sofea pula seakan samar samar tentang Danny. Then Teme pula mengeluarkan beberapa teori perihal Danny. Boleh baca di sini -> Teori Bayang Sofea

Saya tidak meletakkan apa apa jangkaan untuk Rahsia Danny, tapi sebab Teme adalah penulisnya, mesti akan ada kod kod rahsia yang dia selitkan. Banyak contoh yang korang boleh tengok dekat instagram Teme. Saya kasi contoh satu, gambar yang Sofea lari tu. Rupanya ada je terselit hint hint, tapi sumpah tak perasan hahahaha 

Dan alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk memiliki karya Teme Abdullah yang satu ini. Agak berdebar juga ya masa nak tunggu pembayaran tuu sebab kena beratur hahahaha and this is few photoshoot yang saya buat khas untuk Rahsia Danny! Thanks to kak Anem sebab kasi idea ni >< dan inspo tu mestilah daripada gambar yang Teme lukis untuk Rahsia Danny tu.




Sangat kaya dengan plot twist yaaa

Okey sambung, sebenarnya masa taip ni saya tak baca lagi Rahsia Danny, but! Masa unboxing buku Rahsia Danny tu saya ada selak and tertumpu dekat bahagian isi kandungan tu sebab rasa macam jumpa satu kod rahsia (Teme kan suka selit selit kod rahsia) 

Ayat yang saya jumpa tu --

"THEY WHISPER. I WONT KNEEL, I BEAR FIRM AND FIGHT. I SHALL NOT FLEE" 

Betul ke tanda baca tu Teme? Hahahaha saya letak je ni. 

The secret code when you put the first letter for each chapter untuk Rahsia Danny tuu. Before this pun Teme ada buat macam tu juga, tak ingat untuk buku yang mana. Saja nak gabungkan semua first letter tu, tak sangka jumpa ayat macam tuu. Sumpah excited! Hahahaha

Apapun, saya ingin membiarkan Rahsia Danny bercerita tentang kisahnya. So see you later! (bila saya dah habis baca)

Masuk bab pertama, secara automatik minda saya seakan memainkan layar wayang yang gambarnya bergerak mengikut apa yang sedang mata saya baca. Seperti lampu pentas teater yang menyala satu persatu sambil dipenuhi dengan pemain pemain yang berdialog kuat dan peralatan berjalan seakan hidup di dunia itu. 

Satu persatu wujud seperti sebuah movie dan saya duduk santai sambil makan popcorn. Tetapi tidak untuk mental saya kerana setiap scene itu penuh dengan debaran. Emosi saya turun dan naik. Baru masuk bab ke 7, saya dah menangisss sebab itu adalah unexpected situation. Jadi, whatever you do Danny, buat je la. Saya faham apa yang kamu rasa. 

Ada beberapa scene yang memerlukan saya untuk melepaskan dan menenangkan diri, rasa dan emosi yang sedang dirasa. Jika kamu merasakan hal yang sama, just take your time okay. 

Dan disebalik plot twist merata rata, masih terselit hal yang membuatkan saya rasa the moment tu sangat cuteee dan lucu ><

'Movie' ni bergerak dengan sangat dramatik ya di dalam kepala saya. Dari satu scene ke scene yang lain tu membuatkan saya sedikit keliru. Tapi faham je perjalanan masa yang diceritakan.

Dah, saya taknak tulis panjang panjang dah. Taknak update live dah (tapi korang baca lepas saya update, its like korang rewatch balik apa yang saya dah rasa) korang baca la Rahsia Danny tu sendiri. Saya pun dah termenung teruk sangat dah ni. Dia punya mind blowing tu, tak tahu nak kabo cemana. Merata rata Teme letak plot dia. 

Dah rahsia, ada lagi rahsia yang lain. Seperti bayangan dalam bayangan, mimpi dalam mimpi. Begitulah perumpamaan untuk Rahsia Danny dari kaca mata saya. Banyak yang diceritakan, banyak yang tersurat dan tersirat. Tapi, apa yang rahsia tu, biarlah menjadi rahsia hahahaha

Kita punya la tak letak apa apa ekspetasi, last last Teme yang meletakkan ekspetasi tu setinggi gunung Everest. Princess bows to you Teme. Ini bukan setakat good or nice, I respect you Teme. Pinjam sikit idea menulis tu, saya sentiasa kekurangan idea hahahaha

Oh lupa, baca Rahsia Danny ni memang ia membuatkan fikiran saya seperti melihat movie yang ditayangkan di wayang. Saya 'nampak' setiap scene tu dalam kepala saya. 

Ni last, saya baru perasan sebenarnya yang nickname Danny tu Shadow. Jadi, adakah Bayang Sofea equal to Shadow Sofea dan ia memang dari awal adalah kisah Danny dan Sofea(?) [Uodate:Jangkaan saya tepat] Jadi Danny adalah Bayang untuk Sofea. Gitu ke? Hahaha

Kepada kalian, selamat menyelami kisah Danny dan Sofea. Hidup ini tidak seperti apa yang kita sangkakan. Akan sentiasa ada plot twist yang kita tak jangka sama sekali. Wujud tanpa pengetahuan kita walaupun kita sentiasa peka dengan sekeliling.

Untuk sesiapa yang tak sempat grab Rahsia Danny haritu, InsyaAllah Rahsia Danny akan ada di semua platform pada 15 mei nanti, jangan lupa grab satu! Baca baik baik okieeee dan tak perlu berfikir terlalu dalam, cukup merasai apa yang diceritakan. 


Salah satu muka surat dari Rahsia Danny

The bookmark

The bookbadge

Macam biasa, 

Hai Teme! Singgah blog saya tak? Hahahaha terima kasih kerana menulis kisah ini. Terima kasih kerana sudi bercerita dengan kiteorang.

Penulisan Teme kalini agak smooth ya. Saya hampir nak pening kepala, tapi alhamdulillah masih berada di garis masa yang betul hahahaha

Tahniah untuk comeback buku kalini. Moga Allah sentiasa kurniakan sebaik baik ilham untuk Teme! Rahsia Danny sangat tinggi ya ekspetasi dia. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Macam mana Teme boleh terfikir nak letak plot plot macam tu?

Ternyata Teme, Danny dan Sofea dah lama rancang, saya je yang lalai hahahahaha but it feel so nice to read something like this. 

Untuk saya, buku Teme adalah buku yang I must buy!

Like always, terima kasih kerana menulis and proud of you ✨


From your artworks fans, 

sjmilah_


Btw korang boleh beli di sini --> Rahsia Danny ✨🌻

You Might Also Like

0 comments