Blog Jamilah

    • Home

    Assalamualaikum dan hai guys. Its been a while. Aku harap kalian berada dalam keadaan baik baik saja.

    Aku tak tahu nak update apa dekat blog. Jadi, jika kalian punya idea atau cadangan, boleh bagitahu dekat aku. InsyaAllah aku cuba untuk penuhi permintaan kalian. Itu pun jika kalian sudi. Selalunya tak dapat sambutan pun hahaha

    So, hows life? Semuanya baik baik saja? Sekarang sudah bulan ogos dan moga ada berita gembira untuk kalian.

    Kehidupan aku? Masih seperti dahulu. Tetap sama rutinnya. Masih meneroka memori lama. Ada insan insan yang aku rindu keberadaannya. Insan yang sering mengisi ruang untuk bicara dengan aku.

    Iya, kadang aku rindu. Tapi aku terlalu takut untuk beritahu pada dia. Its okey, nanti rasa itu akan berlalu pergi.

    Dan aku rindu mahu menulis cerpen bila baca cerpen yang lama. Aku mahu sambung menulis cerita aku, tetapi aku tidak boleh. Rasa seperti tersekat. Idea sudah hilang entah ke mana.

    Wattpad aku masih sunyi. Tidak galak seperti dahulu. Aku cuma aktif di twitter dan instagram. Boleh follow, link ada dekat tepi dan bawah. Just click!

    Mahu aku bercerita tentang apa lagi?

    Suka tidak semestinya dimiliki kan? Aku cuba untuk hadam perihal itu. Reality hit me really hard this time.

    Tidak semua yang kita suka itu terbaik untuk kita dan tidak semua yang kita tak suka itu tidak baik untuk kita.

    Sampai sini je la kot. Aku pun tak tahu nak taip apa. So, see you when i see you.

    Have a great day. Have a wonderful journey of life. Keep learning. Take a rest. Just be you.

    Bye! 
    Continue Reading

    Sudah banyak yang kita tempuh
    Sudah banyak yang kita alami
    Ada pahit manis
    Ada tangis tawa
    Ada harapan kecewa

    Di tiap perasaan itu
    Mengajar kita pelbagai hikmah
    Ia banyak membentuk diri kita yang sekarang
    Dan itu semua adalah proses kehidupan

    Harapan
    Ia sentiasa ada
    Usaha dan yakin pada Tuhan

    Kehidupan
    Ia tidak berakhir selagi ia belum berakhir
    Teruskan melangkah
    Meski payah dan susah

    Kesilapan
    Ia sentiasa terjadi
    Hiraukan kata yang terlampau kesat
    Usah takut dengan kesilapan
    Karna itu adalah proses kita belajar

    Itu juga karna
    Kita ini cuma manusia biasa
    Manusia yang sentiasa melakukan kesilapan
    Manusia yang sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik

    Moga di hadapan nanti
    Allah salurkan kekuatan untuk kita
    Moga kita berada di dalam rahmat dan lindungan Allah

    *****

    Dalam suka pasti ada duka. Dalam kecewa, pasti ada harapan. Dalam tawa gembira, pasti pernah berkecil hati. 

    Aku mohon maaf kepada kalian. Kadang aku tak sedar apa yang aku buat tu salah. 

    2018. Banyak memori yang kita cipta bersama. Meski ia sedikit, tapi raikanlah memori manis itu. Memori pahit, ia bukan selamanya pahit. Tetapi, kita akan sedar bahwa di dalam pahit itu tersembunyi manisnya.

    Jalan yang kita lalu ini, ia tidak pernah mudah dan ia tidak juga payah. Jika kita yakin dan beri pengharapan itu pada tempat yang sepatutnya. Jangan expect terlalu tinggi. 

    Kita tahu diri kita bagaimana. Di akhir nanti, kita cuma ada diri kita. 

    2018. Satu lagi proses kehidupan. Banyak hal yang kita belajar darinya. Banyak hikmah yang kita peroleh darinya.

    Hancur mana pun jiwa kita. Retak mana pun hati kita. Teruskan melangkah karna perjalanan ini belum berakhir selagi ia tidak berakhir. Mulakan dengan langkah yang kecil. 

    Kesilapan. Ia tidak pernah mudah untuk menerima kesalahan sendiri. Tetapi aku belajar untuk terima dengan berlapang dada karna itu adalah langkah pertama dalam belajar. Masih banyak yang perlu aku belajar. Jika aku salah, tegurlah aku. 

    Kamu. Moga kita boleh berjumpa tepat pada waktunya. Tanpa awal atau terlewat. Di saat kamu berdiri di hadapan aku, aku tahu bahwa kamu adalah insan yang punya sedikit dari jiwa aku. 

    2019. Harapab aku masih sama seperti hari hari kemarin. Aku mahu lihat dia bahagia. Aku mahu lihat jiwa dia terbang bebas.

    Moga tiap urusan dipermudahkan oleh Allah. Moga kita sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah. Moga tiap insan yang berada di dalam kisah hidup kita sama ada cuma sebentar atau lama terus beri pengajaran pada kita.

    Pergi jika mahu. Tinggal jika mahu. Terserah pada mereka. Aku sudah tidak peduli sepenuhnya. Aku cuma mahu teruskan jalan cerita kehidupan ini. 

    Dalam gelap hujan, aku tahu di akhir kelak akan ada matahari dan pelangi indah muncul. 

    Be more nice to ourself. Have a wonderful journey of life! 
    Continue Reading

    Assalamualaikum,

    Okey aku sambung dari entri yang lepas. Aku ingat nak tulis 2 buku dalam satu entri. Tapi macam tak best. Jadi aku asingkan. Mudah untuk aku cari nanti.



    Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama | Teme Abdullah

    Buat kali pertama Teme menampilkan satu hasil penulisan yang berbeza dari siri Jalanan, iaitu satu kisah fiksyen. Ilham dari persoalan persoalan yang Teme terbitkan dari minda dia. Okey im not sure pasal ni. Tapi boleh baca entri Teme yang aku dah sediakan. Tekan sini.

    Aku suka kulit buku dia, macam buku-buku klasik dahulu kala. Tapi aku yakin garis masa di dalam buku ini bukan di zaman dahulu kala, tetapi ia berada di zaman hadapan yang paling hadapan. Betul tak Teme? Ke salah?

    Ia dimuatkan 16 bab dan 347 muka surat [Tidak termasuk kulit buku] Bak kata penerbit, jika anda mendapati dahi anda berkerut sewaktu pembacaan - Youre not alone. Betul la tu. Ada certain part yang berkerut juga la dahi aku fikir nama pahlawan dan pelatih tu.

    Dari muka surat pertama aku mula meneroka kisah di Madrasah Taming Sari hingga akhir muka surat, aku sangat berpuas hati. Aku dapat setiap gambaran yang Teme cuba ceritakan. Dah lama aku tak bermain dengan imaginasi macam ni. Bila dapat bayangan tentang cerita tu aku rasa puas.

    Ada satu bahagian di dalam buku Empayar ni Teme letakkan gambaran Madrasah Taming Sari. Sikit je aku nak cakap, detail gila. Lukisan Teme semua detail detail. Geram je aku tengok. Tak percaya? Tengok la sendiri dalam buku Empayar tu.

    Aku suka gaya penceritaan dia. Tak terlalu bosan. Tak terlalu cepat. Jalan cerita pun cantik. Setiap watak memainkan peranan masing-masing. Cuma ada certain part yang buat aku baca dua tiga kali. Mungkin sebab aku lambat untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

    Pada awal pembacaan semuanya berjalan dengan lancar. Aku cuba untuk ingat setiap nama pelatih dan pahlawan. Ternyata aku tewas. Ada yang aku lupa dan kena selak balik muka surat sebelumnya.

    Boleh tak kalau aku nak katakan yang aku geram sangat sangat sangat sangat sangat dekat Pahlawan 1636 tu? Aku rasa macam piat-piat[pulas] je telinga dia. Dah la masa berbahas tak kasi orang menyampuk. Tapi dia menyampuk boleh pulak.

    Orang lain buat, semua tak boleh. Dia buat semua boleh. It just surat yang dikirim seminggu sekali. Ya Allah, nasib aku dah habis baca. Ni kalau baca balik, aku bunuh je Pahlawan 1636 tu dalam fikiran aku.

    Benda mudah, sengaja disusahkan. Sesuka hati meletakkan hukum mengikut nafsu. Berpura-pura menjadi putera yang hilang.

    hahahaha sorry gais, sis done emosi. Banyak kali juga la masa baca tu aku geram dekat Pahlawan 1636.

    Aku just nak cakap yang watak Pahlawan 1636 itu ditulis dengan baik sekali sebab ia berjaya mempengaruhi emosi aku. Ya, bagi aku begitu. Jika satu kisah itu berjaya mempengaruhi emosi aku yang sangat susah untuk disentuh, aku kira cerita itu sangat bagus.

    Aku sarankan kepada kalian untuk membaca Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama ni. Okey, aku tak tahu nak taip apa dah. Rasa janggal pun ada. 

    Apa yang dapat dan faham dari buku ni, banyak mana pun ilmu kita, banyak mana pun pengetahuan kita, jangan sesekali kita gunakan untuk puaskan nafsu kita semata-mata. Jangan kita letakkan hukum sesuka hati. Jangan kita terlalu bermegah dengan apa yang kita ada. Kita harus berlapang dada dalam menerima teguran. Jangan terlalu ego hingga tidak mahu mengaku salah sendiri.

    Jadi penunggang agama is not good. Ia membuatkan Islam itu kelihatan seperti sangat susah. Semua haram, jadi apa yang halal? Semua salah dan kau seorang yang benar is not good. Kita nasihat orang boleh, bila orang nasihat kita, kita tolak tepi dengan mengatakan bahwa dia sesat. Its not good you know.

    Kita semua pernah buat salah. Kita semua pernah tersalah pilihan. Allah tidak sekejam itu. Jika tidak tahu akan sesuatu perkara, lebih baik kita berdiam dan bertanya kepada yang lebih arif dan boleh dipercayai tentang budi pekertinya.

    Watak Pelatih 8492 pula, aku suka sebab dia menjadi tukang jawab bagi kenyataan kenyataan yang dilontarkan oleh Pahlawan 1636. Okey, aku rasa macam aku ingat dah dorang punya nombor hahaha

    Pelatih 8492 ni dia tak macam Pahlawan 1636. Mereka adalah dua watak berbeza. Tetapi bagi aku watak mereka ini melengkapi antara satu sama lain. Itu apa yang aku rasa la. Lain orang, lain pandangannya.

    Btw, korang boleh dapatkan buku ni kedai-kedai buku yang berdekatan. Jika anda berada di Taiping, aku ada nampak buku Empayar dan Impian jalanan ni Gallery Bookstore yang berada di dalam Tesco dan juga di kedai Popular yang berada di AEON Taiping. Selain dari tu aku tak pasti.

    Kalau nak beli online juga boleh. Kalian boleh ke laman sesawang Iman Publication dan korang boleh juga tengok buku-buku yang lain.

    and again, aku minta maaf. Quote untuk Empayar juga aku tak buat. Aku nak buat, tapi nanti ya.

    *****

    Nota kecil buat Teme,

    Terima kasih karna sudi berkongsi cerita.
    Terima kasih kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk meneroka kisah siri Jalanan.
    Terima kasih kerana wujud di dunia ini.
    Terima kasih kerana menjadi satu inspirasi baru buat yang lain.
    Terima kasih kerana menjadi Teme Abdullah.

    If  Teme rasa tiada siapa yang membaca karya Teme, just want you know yang saya sentiasa membaca karya Teme.

    Cumanya saya tenggelam di antara ramai pembaca Teme yang lain. Saya cuma insan kecil yang berada jauh di belakang yang sentiasa menyokong Teme.

    Teruskan menulis.
    Moga cepat sembuh.
    Moga berjaya dunia dan akhirat.
    Moga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah.
    Moga boleh curi-curi masa untuk menulis buku.

    Have a day Teme! Have a day gais!

    Untuk baca apa yang aku merepek pasal buku siri Jalanan Teme Abdullah boleh scroll ke bawah -
    Pelukis Jalanan | Arkitek Jalanan | Impian Jalanan

    Pingat Bunga Kuntum Sepuluh 

    Saya tunggu buku Empayar II: Hikayat Putera Tanpa Nama ya Teme, sebab ceritanya tergantung dan saya nak tahu ke mana pula Pelatih 8492 membawa diri. Terima kasih sebab buat saya yang tak mudah beremosi ni emosi.

    Keep writing!

    Nota kecil - Jika ada info yang salah, boleh beritahu. Dengan serta merta saya betulkan. 
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ▼  2026 (1)
      • ▼  June (1)
        • Review Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga by Teme Abd...
    • ►  2025 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (10)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top