Buku | Impian Jalanan karya Teme Abdullah

November 11, 2018


Assalamualaikum.

Akhirnya sampai juga buku yang aku mahu 😍😍😍

Dari jauh buku ni terbang, akhirnya bulan lepas sampai dekat tangan aku. Terima kasih kepada sang pemberi. Okey, sebenarnya aku nak taip yang konon Teme kasi dekat aku, tapi aku tak ada ayat yang sesuai hahaha k berangan je.

Terima kasih Balqis sebab sudi belikan dan poskan dekat Kekla. Bak kata Qis, dari Teme keluar buku baru masa PBAKL 2018 sampailah Teme dah keluarkan T Planner 2019, baru buku ni sampai dekat tangan. Tapi takpe, yang penting sekarang buku buku ni dah ada depan mata aku.

Aku tak pandai nak review buku. Aku cuma kongsi apa yang aku rasa pasal buku ni. Setiap buku pasti ada cerita disebaliknya. Cerita tentang kisah yang tidak pernah diketahui oleh pembaca. Meski sudah banyak 'hint' yang diberikan oleh penulis.

Seperti entri yang sebelum ini, Teme ada menjengah blog aku dan membaca isi dalamannya. Kali ini aku tahu pasti sama ada Teme baca atau tak. Aku tengok makin ramai yang mengikuti perkembangan Teme.

Jika Teme membaca blog saya kali ini, saya sangat menghargai masa Teme kerana sudi membaca apa yang saya merepek ni. Buatlah macam blog sendiri.

Saya minta maaf jika ada salah dan silap semasa menaip dan menulis di entri ini. Jika ada tersalah informasi, boleh beritahu dan saya akan betulkan dengan serta merta.


Impian Jalanan | Teme Abdullah


Siri Jalanan sudah masuk buku yang ke-3. Yang pertama, Pelukis Jalanan. Yang kedua, Arkitek Jalanan dan yang ketiga, Impian Jalanan. Untuk buku kali ini, aku tidak mengambil masa yang lama untuk memulakan pembacaan seperti buku Teme yang lepas iaitu Arkitek Jalanan. Aku taknak menyesal seperti kemarin.

Seperti biasa, dalam buku ni ada nota dari penerbit, ada isi kandungan. Ia mengandungi 347 muka surat [tidak termasuk kulit buku] dan ia memuatkan sebanyak 27 bab. Antara bab yang aku ingat is Teme Abdullah, London, Pakcik Troli, Rezeki dan banyak lagi sebenarnya. Cukuplah setakat itu aku beritahu.

Then Teme ada kasi sedikit teaser, dah macam movie pula hahaha okey, kemudian disambung dengan sedikit nota dari Teme. Dannnn budak yang Teme sangaaaat kenal tu is you kan? Biarkan soalan ni tergantung.

I think garis masa untuk buku Jalanan kali ini adalah semasa Iskandar atau The T guy kecil dan selepas tamat belajar. Apa yang aku perasan pada buku ni, Teme ada cerita sedikit pada penghargaan di dalam buku Arkitek Jalanan tentang waktu kecilnya dahulu.

Ia kelihatan sama, tetapi aku tidak tahu kebenarannya seperti apa. Cuma Teme saja yang tahu. 

Antara persoalan yang Teme terbit adalah, bahagia dan berjaya itu bagaimana sebenarnya? Bagi aku, berjaya ni macam kita puas dengan apa yang kita lakukan. Kita lakukan dengan sedaya upaya kita. Bahagia adalah bila kita merasa tidak terikat dengan perasaan lain. Kita merasa bebas.

Kita bahagia melihat insan lain tersenyum dengan pemberian kita yang kecil. Meski ia kecil, ia sudah membuat hati dan jiwa kita lapang.

Aku suka cara Teme kongsikan tentang bagaimana Iskandar berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tidak semua orang ada bakat semula jadi seperti mereka yang lain. Tidak semua orang beruntung dan punya semuanya. Sebagiannya perlu usaha upaya pagi hingga malam. Sebagian lagi perlu berlatih setiap hari tanpa henti untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Manusia lain tidak melihat usaha. Mereka cuma mahu melihat hasil lalu mengatakan yang dia itu berbakat sejak lahir lagi. Mana mungkin dia boleh berbakat tanpa berusaha sedikit pun. Setiap insan yang berbakat, pasti ada sejuta kisah yang dia sembunyikan dari masyarakat.

Sedikit intipan dari bab Batu dan Ranting | ms 288

Aku suka bab ni. Bab 24 | Batu dan Ranting. Muka surat 273 - 290. Sedikit sebanyak aku faham apa yang Teme dan Ahmad cuba sampaikan sebab ia sangat kena dengan apa yang aku cuba untuk tulis, tapi tak tahu nak pilih ayat apa yang sesuai.

Secara keseluruhannya, buku ni buat aku bercampur emosi sikit la. Ada masa aku tersenyum sendiri, ada masa aku rasa macam nak peluk je Iskandar masa kecil tu, ada masa aku rasa macam nak pulas je telinga si Arif tu [Btw, Teme jumpa lagi tak si Arif tu sekarang?], ada masa aku sebak nak menangis, ada masa aku ketawa sampai sakit perut.

Sorry Teme saya ketawa part yang kereta tu. Saya dapat bayangkan bagaimana keadaan kereta tu. Kereta tu masih ada sampai sekarang kan? Wait, Teme drive kereta tu masa pergi PBAKL ke?

Oh ya, buku kali ini Teme memuatkan lagi galeri di bahagian terakhir seperti buku Pelukis Jalanan-nya dahulu. 

Sedikit aku beri sebagai intipan untuk kalian.



Moga budak bercermin mata dan berbaju kemeja kotak kotak hitam putih itu terus berjaya dunia akhirat. Terus menulis dan memberi inspirasi buat yang lain.


Penantian aku dalam menunggu buku ini tiba di tangan aku adalah tidak sia sia. Malah, aku rela menanti dengan lebih lagi karna aku tahu waktu penantian aku berbaloi. Ia tidak terbuang seperti itu saja.

Kali ini aku tidak membuat sebarang gambar quote Impian Jalanan. Maaf ya.

Nota buat Teme, nanti aku kasi untuk entri seterusnya. Tentang buku Empayar.

Okey, jumpa nanti.

You Might Also Like

0 comments