Blog Jamilah

    • Home

    Assalamualaikum guys! 

    Alhamdulillah dengan ini saya ingin memberitahu bahawa saya telah menamatkan pembacaan saya tentang Rahsia Danny. 

    Wait, apa Rahsia Danny? Okey lets talk bout it 😆

    Pada 1 mei yang lepas, Teme Abdullah comeback dengan buku baru yang bertajuk Rahsia Danny, dwilogi untuk buku Bayang Sofea. Preorder kalini Teme naikkan ke 10,000 naskhah berbanding Bayang Sofea yang hanya 5,000 naskhah sahaja. Buku Rahsia Danny dijual bersama dengan bookmark dan juga book badge. Dannnn 10,000 naskhah tu terjual hanya dalam 25 minit sahaja! (Tahniah Teme, nampaknya semakin ramai mengenali seorang Teme Abdullah)


    Photoshoot buku Rahsia Danny dan Bayang Sofea

    Jadi, apa sebenarnya Danny dan Sofea ni. Adakah mereka ni betul betul wujud, atau hanya salah seorang yang wujud dan lagi satunya hanya bayangan? Atau ada kisah yang kita tidak tahu sama sekali? (Ni adalah persoalan sebelum saya baca Rahsia Danny) 

    Tapi jika diikutkan dari kisah Bayang Sofea, Danny ni wujud sebab dorang dua kenalan dari zaman sekolah lagi dan bertemu semula semasa masing masing sudah bekerja dan sedang membina karier masing masing. TAPI! ending dari Bayang Sofea pula seakan samar samar tentang Danny. Then Teme pula mengeluarkan beberapa teori perihal Danny. Boleh baca di sini -> Teori Bayang Sofea

    Saya tidak meletakkan apa apa jangkaan untuk Rahsia Danny, tapi sebab Teme adalah penulisnya, mesti akan ada kod kod rahsia yang dia selitkan. Banyak contoh yang korang boleh tengok dekat instagram Teme. Saya kasi contoh satu, gambar yang Sofea lari tu. Rupanya ada je terselit hint hint, tapi sumpah tak perasan hahahaha 

    Dan alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya untuk memiliki karya Teme Abdullah yang satu ini. Agak berdebar juga ya masa nak tunggu pembayaran tuu sebab kena beratur hahahaha and this is few photoshoot yang saya buat khas untuk Rahsia Danny! Thanks to kak Anem sebab kasi idea ni >< dan inspo tu mestilah daripada gambar yang Teme lukis untuk Rahsia Danny tu.




    Sangat kaya dengan plot twist yaaa

    Okey sambung, sebenarnya masa taip ni saya tak baca lagi Rahsia Danny, but! Masa unboxing buku Rahsia Danny tu saya ada selak and tertumpu dekat bahagian isi kandungan tu sebab rasa macam jumpa satu kod rahsia (Teme kan suka selit selit kod rahsia) 

    Ayat yang saya jumpa tu --

    "THEY WHISPER. I WONT KNEEL, I BEAR FIRM AND FIGHT. I SHALL NOT FLEE" 

    Betul ke tanda baca tu Teme? Hahahaha saya letak je ni. 

    The secret code when you put the first letter for each chapter untuk Rahsia Danny tuu. Before this pun Teme ada buat macam tu juga, tak ingat untuk buku yang mana. Saja nak gabungkan semua first letter tu, tak sangka jumpa ayat macam tuu. Sumpah excited! Hahahaha

    Apapun, saya ingin membiarkan Rahsia Danny bercerita tentang kisahnya. So see you later! (bila saya dah habis baca)

    Masuk bab pertama, secara automatik minda saya seakan memainkan layar wayang yang gambarnya bergerak mengikut apa yang sedang mata saya baca. Seperti lampu pentas teater yang menyala satu persatu sambil dipenuhi dengan pemain pemain yang berdialog kuat dan peralatan berjalan seakan hidup di dunia itu. 

    Satu persatu wujud seperti sebuah movie dan saya duduk santai sambil makan popcorn. Tetapi tidak untuk mental saya kerana setiap scene itu penuh dengan debaran. Emosi saya turun dan naik. Baru masuk bab ke 7, saya dah menangisss sebab itu adalah unexpected situation. Jadi, whatever you do Danny, buat je la. Saya faham apa yang kamu rasa. 

    Ada beberapa scene yang memerlukan saya untuk melepaskan dan menenangkan diri, rasa dan emosi yang sedang dirasa. Jika kamu merasakan hal yang sama, just take your time okay. 

    Dan disebalik plot twist merata rata, masih terselit hal yang membuatkan saya rasa the moment tu sangat cuteee dan lucu ><

    'Movie' ni bergerak dengan sangat dramatik ya di dalam kepala saya. Dari satu scene ke scene yang lain tu membuatkan saya sedikit keliru. Tapi faham je perjalanan masa yang diceritakan.

    Dah, saya taknak tulis panjang panjang dah. Taknak update live dah (tapi korang baca lepas saya update, its like korang rewatch balik apa yang saya dah rasa) korang baca la Rahsia Danny tu sendiri. Saya pun dah termenung teruk sangat dah ni. Dia punya mind blowing tu, tak tahu nak kabo cemana. Merata rata Teme letak plot dia. 

    Dah rahsia, ada lagi rahsia yang lain. Seperti bayangan dalam bayangan, mimpi dalam mimpi. Begitulah perumpamaan untuk Rahsia Danny dari kaca mata saya. Banyak yang diceritakan, banyak yang tersurat dan tersirat. Tapi, apa yang rahsia tu, biarlah menjadi rahsia hahahaha

    Kita punya la tak letak apa apa ekspetasi, last last Teme yang meletakkan ekspetasi tu setinggi gunung Everest. Princess bows to you Teme. Ini bukan setakat good or nice, I respect you Teme. Pinjam sikit idea menulis tu, saya sentiasa kekurangan idea hahahaha

    Oh lupa, baca Rahsia Danny ni memang ia membuatkan fikiran saya seperti melihat movie yang ditayangkan di wayang. Saya 'nampak' setiap scene tu dalam kepala saya. 

    Ni last, saya baru perasan sebenarnya yang nickname Danny tu Shadow. Jadi, adakah Bayang Sofea equal to Shadow Sofea dan ia memang dari awal adalah kisah Danny dan Sofea(?) [Uodate:Jangkaan saya tepat] Jadi Danny adalah Bayang untuk Sofea. Gitu ke? Hahaha

    Kepada kalian, selamat menyelami kisah Danny dan Sofea. Hidup ini tidak seperti apa yang kita sangkakan. Akan sentiasa ada plot twist yang kita tak jangka sama sekali. Wujud tanpa pengetahuan kita walaupun kita sentiasa peka dengan sekeliling.

    Untuk sesiapa yang tak sempat grab Rahsia Danny haritu, InsyaAllah Rahsia Danny akan ada di semua platform pada 15 mei nanti, jangan lupa grab satu! Baca baik baik okieeee dan tak perlu berfikir terlalu dalam, cukup merasai apa yang diceritakan. 


    Salah satu muka surat dari Rahsia Danny

    The bookmark

    The bookbadge

    Macam biasa, 

    Hai Teme! Singgah blog saya tak? Hahahaha terima kasih kerana menulis kisah ini. Terima kasih kerana sudi bercerita dengan kiteorang.

    Penulisan Teme kalini agak smooth ya. Saya hampir nak pening kepala, tapi alhamdulillah masih berada di garis masa yang betul hahahaha

    Tahniah untuk comeback buku kalini. Moga Allah sentiasa kurniakan sebaik baik ilham untuk Teme! Rahsia Danny sangat tinggi ya ekspetasi dia. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Macam mana Teme boleh terfikir nak letak plot plot macam tu?

    Ternyata Teme, Danny dan Sofea dah lama rancang, saya je yang lalai hahahahaha but it feel so nice to read something like this. 

    Untuk saya, buku Teme adalah buku yang I must buy!

    Like always, terima kasih kerana menulis and proud of you ✨


    From your artworks fans, 

    sjmilah_


    Btw korang boleh beli di sini --> Rahsia Danny ✨🌻

    Continue Reading

     Assalamualaikum, hai guys!

    Macam mana harini? Okey ke takkk? Saya harap yang baik baik sahaja untuk kalian! Its okey, you can get through it. Take your time okiee ~

    Jadi, kalini Teme comeback dengan buku baru! The title is ✨ Bayang Sofea ✨ Minta maaf lambat sikit review buku ni 🥹 Sesungguhnya saya baru habis membacanyaa. Ini review cara saya 🌱

    Lets start our review story!

    This time the amount of preorder is only 5000 pieces! I mean, dengan Temerity dah berkembang luas. Dah ramai yang kenal Teme, is it possible for me to get it? Ramai yang dah familiar dengan nama Teme Abdullah dan mesti ramai yang sudah memiliki karya penulisannya. Jadi sudah semestinya akan ramai yang mahu memiliki karyanya yang paling terbaru. Kan!? 

    And Alhamdulillah I get the book ✊🏻 dah la masa hari preorder tu saya tengah busy dengan komitmen kerja hahahaha punya risau takut terlupa waktu preorder Bayang Sofea. But everything went well ✨

    Kali ini Teme menawarkan button badge dan dua kad bookmark as freebies dengan buku Bayang Sofea. I love the button badge!!! At first its look like a brain, but no, actually its Rice and Noodle! 

    The inclusion 🌱

    Masuk ke dalam dunia Bayang Sofea membuatkan saya sedikit culture shock. Mungkin sebab dah lama tak berimaginasi di dunia penulisan. Ini adalah buku pertama setelah sekian lama saya tidak membaca. Sedang cuba untuk memupuk kembali habit untuk membaca. 

    Pembacaan Bayang Sofea dari awal hingga akhir, what I can say, i mean write is, the twist dalam buku ni membuatkan saya ter-twist sekali yaaaa hahahaha I mean dia macam mimpi dalam mimpi yang tiada effect sama sekali, you can see the flow of the story sangat smooth!

    Hampir tiga kali ulang juga la pada plot sebab ehhhh betul ke ni. Betul ke apa yang jadi. But Teme said buku ni santai santai je. Memang santai, tapi otak saya yang tak santai sebab fikir kenapa Sofea macam tu. It feel kinda heavy vibe but not so heavy (?) 

    Flow cerita how Sofea rasa semua yang dia buat or dapat itu cuma dengan bernasib baik, padahal ia lebih daripada apa yang dia sangka. She thought that some organisation help her to get what she have right now, but turns out.... Go read it yourself 😉 hihi

    Then Sofea berjumpa kembali Danny setelah beberapa tahun tak berjumpa, mula berkomunikasi antara satu sama lain hingga merungkai kembali kisah lampau. 

    I bet Bayang Sofea punya time line is sebelum wujudnya zaman Latif Purnama di Selamat Tinggal Purnama. Kannn!? Now I know how they do the tag project and how they apply it masa STP. Sistem jalur dan Bread. 


    Ada few babak yang membuat saya sedikit geram, sakit hati dan rasa nak masuk betul betul dalam dunia Bayang Sofea sebab nak tarik rambut Jess tuuu 😂 

    And ada few babak yang membuatkan saya senyum senyum sendiri. Romantik juga ya Danny menghias jalan belakang yang selalu Sofea lalu untuk pergi kerja. But I need to know more about Danny dengan organisasi dia tu. Because the ending is a bit off. Its like an open ending and we (readers) can choose our own ending.

    Tapi ending yang saya rasa is something happened to Danny because Sofea said she rarely eat ubat sebab dia memerlukan bayang tu untuk hal hal yang perlu. 

    To me, Danny dan Sofea adalah satu gabungan yang you can sense their chemistry walaupun hubungan dorang macam tu before they marriage to each other.


    Btw out of context, I played with shadow because the title of the book is Bayang Sofea ✊🏻 kinda fun hahahaha

    Bayang Sofea is such a great book. Walaupun terasa sedikit heavy, but im good 👍🏻 I can digest it well. But untuk seorang Jamilah, dia tidak mahu mewujudkan sebarang persoalan atau apa apa yang membuat dia curious sebab nanti dia tak boleh tidur sebab pertanyaan tu akan berlegar di dalam fikiran dia. Jadi, saya enjoy the book tanpa mewujudkan banyak pertanyaan, walaupun sebenarnya ada je pertanyaan yang nak di tanya. But for now, saya hanya membaca pada tahap permukaan sahaja tanpa menyelam dengan lebih dalam.

    I do saw few tweets about Bayang Sofea theory dekat X (Twitter), tapi tak ambil tahu sangat sebab kalau saya ambil tahu, saya memerlukan Teme untuk mengeluarkan artikel tu dengan kadar segera hahahahaha 

    Teme, you read this blog? Dah lama kan tak singgah blog saya? Hahahaha ye ye je Teme singgah blog 😂 tapi apa apa pun, kudos Teme untuk buku yang diluar kotak fikiran saya. Sebab saya bosan dengan alur cerita yang saya boleh agak jalan ceritanya. Sebab tu dah lama tak baca buku dan tak beli buku. Jadi, ini adalah buku pertama saya baca setelah lama tidak membaca. 

    Btw I found a few typo, but saya masih faham the words. 

    And again, tahniah untuk comeback Bayang Sofea yang mendapat sambutan dengan sangat baik dan tahniah juga untuk meet and greet yang berjalan dengan lancar setelah 6 tahun Teme tak berjumpa dengan Temerity aka Teme Abdullah museum. 

    Akhir kata dari saya untuk posting ini, 
    Terima kasih kerana menulis. Terima kasih untuk kisah dan cerita yang dikongsi. Teruskan berkelana di muka bumi bersama kisah kisah yang penuh hikmah dan pengajaran.

    Terus terbang tinggi. Tapi jangan terus berhenti. Take your time. You can do it! 


    Moga direzekikan lagi untuk bertemu dengan Teme 🥹


    See you when I see you! 🌻


    Kalau korang nak beli Bayang Sofea, boleh beli di sini -->Bayang Sofea
    Continue Reading

     Assalamualaikum, sekian lama saya tidak update blog. How you doing my youth? Is everything okey? Still trying to figure it out how to overcome it? Its okey, take your time. The answer is always there.

    This blog is like a time line to my life. You can see how my writing change from time to time. Dah lama sangat tak update sebab tak tahu nak update apa. Kalau dulu, semua hal akan di-update dekat sini seperti buku diari. Tetapi mungkin waktu sudah berubah dan kita sedang upgrade diri sendiri dan lebih suka menjadi manusia yang menjaga privasi. 

    Apa pun yang sedang kamu alami, moga Allah mudahkan. Moga kamu sentiasa berada di dalam lindungan Allah. 

    Okey sebenarnya saya nak bercerita sesuatu. Satu kisah yang tidak pernah saya terfikir akan menjadi satu kenyataan untuk seorang Jamilah. I bet my 19-years-old Jamilah tengah berada di awangan. She didn't expect this going to happen to her.

    You guys tahu tentang Meet and greet bersama Teme Abdullah? The writer yang saya selalu review buku dekat sini dan buku terakhir yang saya review is Penulis Jalanan. Buku yang saya menangis setiap kali buka bab 2. I dont know, setiap kali baca, mesti menangis. 

    FINALLY AFTER 6 YEARS!!! 🥹 Happy sebenarnya, but at the same time rasa macam, "Teme, tengoklah supporters Teme dah bertambah sekarang. Dah makin ramai terinspirasi dengan seorang Teme Abdullah. Dah ramai yang suka dengan karya Teme. Im proud of you. I see how you struggle dulu, but now, look at you. You're more than what you think." moment. 

    Kisahnya begini, so last Saturday, Jun 1,2024. The day that I will remember for a long time. FOR THE FIRST TIME, I MEET TEME ABDULLAH at his second Meet and Greet with Teme Abdullah after 6 years.  The first one 2018, I cant join because Im not very sure that time. But this year, memang rezeki saya dapat bertemu dengan Teme di waktu yang tepat.




    At that time, saja saja cakap macam tu. But turns out, memang direzekikan untuk bertemu dengan Teme. Sumpah rasa Tuhan makbulkan doa di waktu yang sangat tepat.

    It such an amazing memories core. Like, I DIDNT EXPECT THIS AT ALL. Everything went so smooth, but masa battle tiket ada sedikit kecewa dan menangis lah sebab tetiba dah sold out 🥹

    Butttt, after try a few times, ALHAMDULILLAH I GOT THE TICKET 😆 but syifaa didn't get the ticket 🥹

    Then the journey begin, from Taiping to PBAKL untuk jumpa Teme! And when I said everything went so smooth, I really mean it. Semuanya seakan dipermudah oleh Allah. Dari Teme drop the hint and I just dengan tawakalnya check out barang untuk gift Teme, then print gambar untuk Temerity. 


    This the picture that I give to Temerity. Just gambar lukisan Teme. Bukan gambar Teme yaaa, gambar lukisan yang dilukis oleh Teme Abdullah. No, i didnt take any order or jual. Because, I cant do that. If I want to jual, I need permission from Teme. But I only do this as freebies. From tengok dari layar, to print it out as physical postcard. 

    Out of context, I really love the outcome of the pictures! Sumpah cantik sangat sangattt!!! 

    Btw, I do this dengan penuh tawakal dan doa moga betul ada Meet and Greet. Alhamdulillah, two days after that, Teme drop yang betul akan ada meet and greet. It such a thrill moment hahahahaha then Kak Anem pun macam menggalakkan kite untuk buat je. Jadi, kite pun buatlahhh hahaha Thank you kak Anem! 


    The outcome sampul untuk postcard 🩷🩵 sendiri buat, sendiri suka yaaa hahahaha btw, any Temerity yang dapat, feel free to tag me on Instagram/Twitter yaaaa. Nak tag Teme sekali pun bolehhhh 😂

    Ohhh yaa, taip panjang panjang ni. Tak cerita lagi kenapa Temerity. I mean whos Temerity. Okey, Temerity ni adalah supporters Teme Abdullah. Like Seventeen have Carat, Exo has Exo-l. So why not kita letak satu nama untuk supporters Teme. 

    Jadi bila ingat Teme Abdullah, ingatlah Temerity. Teme Abdullah has Temerity ✨ Where you get the Temerity? Saya ambil Temerity dari blog Teme Abdullah, Teme Temerity because why not? Temerity is Teme Abdullah museum for a lifetime. Teme, nak tanya ni, bolehkan saya panggil supporters Teme as Temerity? Because I already sebarkan Temerity as Teme Abdullah supporters 😆

    Okey sambung balik, dekat pesta buku tu sangat ramai yaaaaa. Penuh dengan lautan manusia. Tengok mula mula tu terus rasa nak balik, because I cant stand with crowded place. But still, tetap excited nervous nak jumpa Teme. 

    And Temerity is so nice and kind. Theyre not screaming and just silently follow the rules. Such a good moment. 

    Masa melangkah masuk dewan tu, I saw Teme dekat depan. Wearing black suit with half face mask and glasses too! Cute hahaha


    Nampak tak secoet Teme dekat depan tuuuu!!!! Masa ni dah rasa macam, betul ke Jamilah dapat jumpa Teme ni. Rasa macam mimpi. Sumpah! 

    Then we take our turns and bila turn saya, sumpah otak terus blank ya. Nak ajar Junranghae pun tak boleh hahahaha but all I include in one phrase, "Terima kasih kerana menulis." satu ayat yang memang tiap kali tweet or apa apa, mesti nak cakap tu dekat Teme. Sebab i love his words.

    At first, tak sangka direzekikan untuk jumpa Teme walaupun hanya sekejap. Tahu tahu saya dah keluar dewan tu. Momen yang sedikit, tetapi akan diingati setiap waktu.


    To Teme Abdullah, 

    Thank you for the amazing memories. I will treasure it for a very long time. If you ask me what is comfort, my answer is you. Youre one of my comfort places for me to breathe and thank you for be so kind.

    Teruskan melukis dan menulis. Terus menjadi seorang Teme Abdullah. Jaga kesihatan baik baik. Take a good care of yourself okieee ~

    Thank you for existing as Teme Abdullah! Supporting you since 2013 till now is the best decision ever! Sedar tak sedar dah 11 tahun ya support Teme 🥹 But the truth is, I love his arts, drawings before his writing. Then suddenly he write a masterpiece called "Pelukis Jalanan" hahahaha

    Saya tak jangka ya yang seorang Teme menjadi penulis buku sekarang. Rasa macam, wow, dah jauhhhhh Teme melangkah and Im proud of you Teme!

    Last but not so last, thank you for every single thing that happened. Hingga ke saat ini, masih belum percaya yang saya dapat jumpa Teme 🥹

    So, see you when I see you ✨ hope you have a good time and have a wonderful day 🩵🩷


    I hope that you like the gifts ✊🏻


    Continue Reading
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ▼  2025 (1)
      • ▼  May (1)
        • Review Rahsia Danny by Teme Abdullah
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (11)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top