Blog Jamilah

    • Home

     

    Bagaimana dengan hari kamu? Semuanya baik baik saja? Keadaan jiwa kamu bagaimana?

    Sudah lama tidak bertanya perihal kamu. Apa pun yang sedang kamu alami, moga Tuhan permudahkan. Aku tahu ia tidak pernah mudah,tetapi selagi ada Tuhan, dengan izinNya, semuanya akan dimudahkan.

    Berkenaan aku?

    Baik baik saja. Beberapa bulan yang kebelakang lepas agak melelahkan dan sedikit sesak. Tetapi aku merasa bahawa fasa untuk sembuh ini akan panjang. But its okey, everything gonna be fine and good.

    Kadang bila kita rasa kita berada di satu lorong yang gelap,tidak tahu ingin terus melangkah ke hadapan atau menuju ke belakang, kita berserah kepada yang selayaknya. Di saat itu kita merayu memohon agar kita bertemu cahaya tidak kira seberapa panjang perjalanan ini.

    Dan tanpa kita sedar, cahaya itu ada,ia sentiasa ada.  Kita akan menempuh jalan ini sebaiknya.

    Tidak salah untuk merasa apa yang kita rasa. Its okey to cry. Its okey to not be okey. Kerana kita hanyalah manusia. Ambil waktu kamu. Tetapi tidak aku sangkal sama sekali apabila menuju dewasa ini kita akan semakin menunda untuk merasa sedih.

    Its okey. I got you. Just know that youre doing a great job.  Pat your back. 

    Remember, youre your home. Youre matter. Youre important. At the end of the day, kita serahkan semuanya kepada Tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita ada rancangan kita sendiri dan Tuhan juga ada rancanganNya untuk kita. 

    Take care of yourself. Eat well. Rest well.

    Have a good day ⚘

    sj.

    Continue Reading

    Assalamualaikum, hai!

    Khabar kamu bagaimana? Moga baik baik saja kehendaknya. Bagaimana dengan harimu? Masih sama seperti kemarin atau sudah bosan? Atau kamu sedih kerana tidak boleh keluar?

    Aku harap kamu baik baik saja dari segi fizikal dan mental. Jangan sedih kerana kamu tidak boleh keluar. Masih ramai yang sama seperti kamu. Aku juga tidak boleh keluar rumah.

    Aku juga rindu dengan kawan kawan aku. Aku rindu aku punya little munchkin. Aku rindu nak gaduh dengan dorang, aku rindu nak gelak sambil makan dengan dorang.

    Tapi, dengan keadaan begini, sabar sajalah. Kita usaha sama sama untuk hentikan rantaian yang sedia ada. Kita dengar dan ikut arahan yang mudah dari pihak yang lebih tahu.

    Kita punya barisan hadapan sedang melakukan tugasan mereka sebaik yang mungkin. Mereka berjuang untuk segera pulihkan pesakit yang ada. Barisan hadapan itu juga lelah, jadi kita beri kerjasama sebaiknya.

    Mereka sedang melakukan tugas mereka. Jadi kita juga harus melakukan tugasan kita. Duduk di rumah baik baik. Keluar bila ada hal yang penting sahaja.

    Setiap usaha kita ini dikira. Ia tidak sia sia. Terima kasih kerana duduk di rumah. Terima kasih kerana mendengar arahan dengan baik. Sentiasa cuci tangan dengan sabun. Jaga kebersihan diri.

    Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat?

    Tidak tahu mahu melakukan apa di rumah? Kamu boleh membaca seperti yang kamu pernah tulis di bahagian hobi semasa di sekolah rendah dulu.

    Atau kamu boleh melukis? Menulis. Memasak. Menjahit. Mengemas rumah. Cuci rumah. Selongkar kembali album album lama. Buka kitab sirah. Tulis journal. Tengok movie.

    Dan jika sekarang ini jiwa kamu sudah merasa sesak, aku mahu kamu tulis setiap apa yang kamu rasa.

    Aku tahu kita sedang panik dengan setiap berita yang muncul di media sosial. Aku juga tidak terkecuali. Jadi, aku mahu kalian menjauhkan diri dari media sosial. Tidak semua yang tersebar itu adalah berita yang betul.

    Aku tahu ada di antara kita sunyi atau merasa tidak tenang berada di rumah. Hey, awak boleh wassep saya atau dm saya di mana mana media sosial saya okey. You can talk to me.

    Aku mahu kamu bertahan. Aku mahu kita bertahan. Kita juga sedang berjuang. Jangan pentingkan diri sendiri. Kita semua mahu sihat.

    Jadi,kita bantu barisan hadapan dengan berada di rumah.

    Aku tahu kamu boleh. Hang in there! 🌸

    Jangan putus asa. Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk kita mula belajar agama. Belajar tentang hal yang sudah kita lupa. Dekatkan diri dengan Allah.

    Have a nice day 😊
    Continue Reading

    Assalamualaikum,

    Hari ketiga #stayathome. Pesanan aku masih lagi sama. Jangan keluar rumah kalau tiada hal yang penting. Keluar beli makanan takpe, tapi jangan lama lama.

    Kerap basuh tangan. Jaga kebersihan. Stay safe and stay home. Take care of yourself and people around you. Dont be selfish okey.

    Buku kali ni pun aku simpan dan tak baca. Hari ni baru aku baca.

    Nota saya masih sama ya Teme, itu pun kalau Teme baca lah. Saya minta maaf jika ada kesalahan di dalam entri ini.

    Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis | Teme Abdullah


    Buku Empayar 2 kali ini lebih tebal sedikit berbanding Empayar yang pertama. Ia mempunyai 488 muka surat dan itu tidak termasuk dengan kulit buku. Oh ya, buku ni pun aku dapat bookmark. Jadi aku assume, setiap satu buku akan dapat satu bookmark.

    Empayar 2 ini adalah sambungan pengembaraan Pelatih pelatih di Madrasah Taming Sari. Untuk garis masa Empayar 2, aku rasa untuk 2 bab permulaan cerita tu adalah sedikit situasi throwback beberapa tahun yang lepas sebelum masuk ke situasi garis masa Madrasah Taming Sari.

    Tapi bila masuk je bab ketiga, aku terus rasa macam geram hahahaha i dont know why. Padahal aku rasa macam aku dah banyak lupa jalan cerita Empayar 1 tu. Tapi tiba tiba bila baca je nama Pelatih 1636, aku tak boleh lah. Dah la menyamar. Dasar ya kamu.

    Hahaha ya ya, sis bertenang.

    Dan betullah setiap kata kata itu boleh mengubah seseorang. Buktinya, Pelatih 1636 pandai berkata kata dan dia berjaya menawan kepercayaan para A-kaf.

    Tapi, setiap bicara kita akan memakan diri kita satu hari kelak. Jangan pernah berdusta dan menipu. Lebih baik diam dari berkata hal yang tidak benar.

    Oh, jangan tunggang agama kuat sangat. Jangan gunakan hadith dan ayat Quran semata mata nak puaskan nafsu kita serta menutup kesalahan kita.

    Kisah Empayar 2 adalah berkaitan dengan akidah kepercayaan kepada Tuhan. Tentang bagaimana fikiran kita akan rasa terpujuk dengan setiap kata-kata pujukan dari orang lain. Kan? Okey, tiba tiba aku rasa macam berat pulak. Jadi, aku nak korang baca sendiri okey.

    Aku suka la cara Teme terangkan dekat dalam Empayar 2 ni. Apa pun, terus percaya kepada Allah. Jangan ragu dengan Allah. Siasat sebelum berikan hukuman.

    Islam itu kesejahteraan bak kata Ben dan Bachok Andika.

    Cerita kali ini, ada karakter baru iaitu Abuja hahaha k tak tak, nama karakter tu bukan Abuja, tapi lain. Nak tahu baca la sendiri okeyyy. Pelatih 1636 tu boleh la geng dengan Abuja ni. Pandai betul main dengan ayat hadith dan Quran ikut nafsu sendiri.

    Antara isi kandungan Empayar 2

    Pembuka ayat pun sudah begini, apatah lagi kisahnya. 


    At first, aku mengharapkan si Pelatih 8492 buat comeback dengan Andika dan Kai dekat dalam Mendam Berahi tu, tapi itu cuma harapan saja ya. Empayar 2 tidak memunculkan Pelatih 8492, jadi saya mahukan Empayar 3. Boleh tak Teme?

    Dan plot twist tu saya tidak jangka sama sekali ya. Cuma ada la syak wasangka masa si 'dia' tu minta lilin banyak banyak sebab ye lah, nak buat apa banyak-banyak kan. Then aku kaitkan pulak dengan tajuk novel ni. Mesti akan ada salah seorang karakter dalam Empayar 2 ini akan menyembah Iblis.

    Jadi, anak-anak sekalian. Kalau ada rasa keliru, tanya dekat guru atau orang yang selayaknya untuk pertanyaan kamu itu yaa.

    Best la buku ni. Aku tak tahu nak taip apa dah hahaha Korang baca okey buku ni. InsyaAllah tak rugi langsung. Malah insyaAllah ilmu korang akan bertambah dan boleh lihat dari sisi yang berbeza.

    Jika tiada lagi ketua yang boleh diikuti, maka jadilah ketua. Sekurang-kurangnya ketua kepada diri sendiri. - Bab Penghulu Baharu | ms 155 

    Rate buku? 4/5 ⭐⭐⭐⭐

    So Teme, saya tunggu Empayar 3 pulak okey.

    Btw, masa aku baca buku ni aku rasa macam aku berada di satu dimensi yang lain. Dimensi yang mana keteguhan Iman dan Islam itu sangat kuat di dalam jiwa setiap orang. Aku suka dimensi tu. Ia membuatkan aku berfikir untuk menjadi lebih baik. Thank you Teme.

    Bye! Fi hifzillah.
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ▼  2026 (1)
      • ▼  June (1)
        • Review Empayar 4: Hikayat Pemburu Naga by Teme Abd...
    • ►  2025 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ►  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ►  April (5)
    • ►  2017 (10)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top