Buku | Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis karya Teme Abdullah
March 20, 2020Assalamualaikum,
Hari ketiga #stayathome. Pesanan aku masih lagi sama. Jangan keluar rumah kalau tiada hal yang penting. Keluar beli makanan takpe, tapi jangan lama lama.
Kerap basuh tangan. Jaga kebersihan. Stay safe and stay home. Take care of yourself and people around you. Dont be selfish okey.
Buku kali ni pun aku simpan dan tak baca. Hari ni baru aku baca.
Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis | Teme Abdullah
Buku Empayar 2 kali ini lebih tebal sedikit berbanding Empayar yang pertama. Ia mempunyai 488 muka surat dan itu tidak termasuk dengan kulit buku. Oh ya, buku ni pun aku dapat bookmark. Jadi aku assume, setiap satu buku akan dapat satu bookmark.
Empayar 2 ini adalah sambungan pengembaraan Pelatih pelatih di Madrasah Taming Sari. Untuk garis masa Empayar 2, aku rasa untuk 2 bab permulaan cerita tu adalah sedikit situasi throwback beberapa tahun yang lepas sebelum masuk ke situasi garis masa Madrasah Taming Sari.
Tapi bila masuk je bab ketiga, aku terus rasa macam geram hahahaha i dont know why. Padahal aku rasa macam aku dah banyak lupa jalan cerita Empayar 1 tu. Tapi tiba tiba bila baca je nama Pelatih 1636, aku tak boleh lah. Dah la menyamar. Dasar ya kamu.
Hahaha ya ya, sis bertenang.
Dan betullah setiap kata kata itu boleh mengubah seseorang. Buktinya, Pelatih 1636 pandai berkata kata dan dia berjaya menawan kepercayaan para A-kaf.
Tapi, setiap bicara kita akan memakan diri kita satu hari kelak. Jangan pernah berdusta dan menipu. Lebih baik diam dari berkata hal yang tidak benar.
Oh, jangan tunggang agama kuat sangat. Jangan gunakan hadith dan ayat Quran semata mata nak puaskan nafsu kita serta menutup kesalahan kita.
Kisah Empayar 2 adalah berkaitan dengan akidah kepercayaan kepada Tuhan. Tentang bagaimana fikiran kita akan rasa terpujuk dengan setiap kata-kata pujukan dari orang lain. Kan? Okey, tiba tiba aku rasa macam berat pulak. Jadi, aku nak korang baca sendiri okey.
Aku suka la cara Teme terangkan dekat dalam Empayar 2 ni. Apa pun, terus percaya kepada Allah. Jangan ragu dengan Allah. Siasat sebelum berikan hukuman.
Islam itu kesejahteraan bak kata Ben dan Bachok Andika.
Cerita kali ini, ada karakter baru iaitu Abuja hahaha k tak tak, nama karakter tu bukan Abuja, tapi lain. Nak tahu baca la sendiri okeyyy. Pelatih 1636 tu boleh la geng dengan Abuja ni. Pandai betul main dengan ayat hadith dan Quran ikut nafsu sendiri.
Antara isi kandungan Empayar 2 |
Pembuka ayat pun sudah begini, apatah lagi kisahnya. |
At first, aku mengharapkan si Pelatih 8492 buat comeback dengan Andika dan Kai dekat dalam Mendam Berahi tu, tapi itu cuma harapan saja ya. Empayar 2 tidak memunculkan Pelatih 8492, jadi saya mahukan Empayar 3. Boleh tak Teme?
Dan plot twist tu saya tidak jangka sama sekali ya. Cuma ada la syak wasangka masa si 'dia' tu minta lilin banyak banyak sebab ye lah, nak buat apa banyak-banyak kan. Then aku kaitkan pulak dengan tajuk novel ni. Mesti akan ada salah seorang karakter dalam Empayar 2 ini akan menyembah Iblis.
Jadi, anak-anak sekalian. Kalau ada rasa keliru, tanya dekat guru atau orang yang selayaknya untuk pertanyaan kamu itu yaa.
Best la buku ni. Aku tak tahu nak taip apa dah hahaha Korang baca okey buku ni. InsyaAllah tak rugi langsung. Malah insyaAllah ilmu korang akan bertambah dan boleh lihat dari sisi yang berbeza.
Jika tiada lagi ketua yang boleh diikuti, maka jadilah ketua. Sekurang-kurangnya ketua kepada diri sendiri. - Bab Penghulu Baharu | ms 155
Rate buku? 4/5 ⭐⭐⭐⭐
So Teme, saya tunggu Empayar 3 pulak okey.
Btw, masa aku baca buku ni aku rasa macam aku berada di satu dimensi yang lain. Dimensi yang mana keteguhan Iman dan Islam itu sangat kuat di dalam jiwa setiap orang. Aku suka dimensi tu. Ia membuatkan aku berfikir untuk menjadi lebih baik. Thank you Teme.
Bye! Fi hifzillah.
0 comments