Disember 2017
December 31, 2017Buat kamu yang dilahirkan pada bulan Disember. Aku punya sedikit kata buat kamu.
Youre doing great today by the way. Im proud of you. Tidak kira apa pun yang sedang kamu alami, kamu sudah lakukan yang terbaik untuk terus bertahan.
Saya tahu dunia tidak mudah untuk kamu harungi sendirian. Tetapi siapa sangka, kamu masih berdiri teguh di tempat kamu.
Buat kamu yang lahir pada bulan disember, usah merasa ia adalah satu kekurangan buat kamu.
Saat teman yang dilahirkan pada tahun yang sama sudah bisa merangkak dan berjalan, kita masih lagi terkial kial untuk belajar meniarap.
Saat insan lain sudah banyak teroka dunia, kita baru keluar melihat dunia. Kita baru mahu kenal apa itu dunia.
Dari situ aku belajar satu perkara, meski kita sama tetapi proses pencapaian dan pelajaran kita adalah berbeza. Kelak pencapaian hidup kamu akan tiba. Sabar dan terus usaha.
December 15, 1995. Hari Jumaat yang sering aku nanti setiap tahun. Aku sendiri tidak tahu kenapa, tapi aku sangat suka bila tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat.
Sebenarnya nak minta wish dari Teme, tapi tulah tak dapat. Cuba tahun depan pulak la.
Jangan tanya kenapa aku nak wish dari Teme sebab aku sendiri tak tahu apa sebabnya.
****
Tiap langkah yang sudah kamu ambil
Moga diberi kekuatan untuk teruskan perjalanan
Meski sudah lelah
Aku harap kamu bisa menamatkannya
Ambil masa untuk berehat
Untuk merawat kembali jiwa yang lemah itu sebelum memulakan perjalanan kembali
Hari ini
Hari terakhir bagi tahun 2017
Helaian ke-365 dari 365
Terima kasih untuk setiap rasa
Terima kasih untuk setiap memori
Dalam buruk ada cantiknya
Tidak semua yang buruk itu buruk
Tidak semua yang indah itu indah
Memori yang kemarin
Sudah aku nukil di dalam helaian kertas
Untuk diulang baca saat rindu hadir menerpa
Untuk tahun 2018
Moga kita sentiasa di dalam lindungan Tuhan
Tidak banyak yang aku pinta
Aku cuma mahu terus menulis tanpa tahu erti lelah
Doakan.
Btw, hari ni december 31, 2017 birthday Ahmad kawan pada Teme.
Selamat ulang tahun yang ke-?? Haha btw Teme kasi Ahmad baca ke ni?
Kalau kasi Ahmad baca, saya cuma nak cakap yang
Hai Ahmad, kita lahir bulan yang sama. Jadi kita istimewa sikit dari Teme. Have a good day! May Allah bless you!
I dont know you, tapi macam mana nak jumpa Ahmad? Ada dekat perak kan? Hahaha
Okey dah dah. Btw, aku nak ajak korang tulis surat untuk diri sendiri. Surat yang korang akan baca bila tiba di penghujung tahun.
Mudah je. Korang just tulis apa apa yang korang nak. Tak kisah la pasal kata kata semangat, positif, target, harapan, impian, anything. Alah macam tulis surat untuk orang, tapi ni tulis surat untuk diri sendiri.
Aku pun akan tulis. Lepas dah siap tulis, aku share sampul dia k haha
Selamat menulis surat untuk diri sendiri!
Nak words dari aku? Dm je la. Nanti aku reply.
Have a lovely day guys.
0 comments