#7harimenulis // Loneliness

December 03, 2017


Hari kedua | December 3, 2017

Kisah Tiada Tajuk.
Since 2012.

Petang itu aku sendirian. Duduk di kerusi putih sambil perhatikan langit.

Selalu pada waktu ini kamu sentiasa menemani aku melihat awan dan langit. Duduk disebelah aku tanpa bicara apa pun.

Kamu sering beritahu aku bahwa awan akan sentiasa menemani aku. Begitu juga dengan diri kamu.

Tetapi sekarang, kamu tiada lagi di sisi aku. Kamu sudah jauh dan tidak akan kembali lagi.

Sebelum kehadiran kamu, aku sudah terbiasa sendiri. Bagi aku kesepian itu tidak bermakna apa pun. Tetapi semenjak kehadiran kamu di dalam hidup aku, kamu sudah mengajarkan aku tentang kesepian.

Aku tidak suka pada rasa itu. Rasanya sakit dan aku benci. Banyak cerita yang mahu aku cerita pada kamu, tapi aku tidak bisa melakukannya lagi.

Aku tahu masih banyak insan disekeliling aku, tetapi aku masih tetap merasa sunyi. Kehadiran mereka tidak sama seperti kamu.

"Tengah buat apa tu?" Tegur dia sambil duduk di sebelah aku.

"Tak ada buat apa. Teringat memori lama."

"Ingat aku?"

Aku cuma mengangguk dan tersenyum kecil.

"Aku tahu kamu cuma mainan imaginasi aku. Usah khawatir tentang aku ya. Aku baik baik saja di sini."

"Usah merasa sendiri, aku sentiasa ada di sisi kamu."

"Iya, aku tahu hal itu."

Dia menepuk perlahan bahu aku dan terus berlalu pergi.

"Terima kasih karna singgah sebentar." Ujarku perlahan.

You Might Also Like

1 comments