Lil Words // Tentang sahabat kesayangan
April 29, 2018Sahabat
Mereka insan yang paling dekat
Yang terima baik buruk
Yang terima diam bising
Yang sanggup menegur diri disaat kesilapan dilakukan
Sahabat
Mereka tidak sentiasa berada di sisi
Tetapi --
Mereka sering muncul diwaktu yang tepat
Tanpa beritahu apa pun
Sahabat
Sekadiran mereka selepas keluarga
Mereka miliki sebagian dari jiwa ini
Yang berjaya membuat aku jatuh sayang pada manusia lain
Yang berjaya membuat aku percaya bahwa masih ada manusia yang boleh aku percaya
Berkongsi rahsia bersama
Tangis tawa bersama
Bergaduh dan berbaik semula
Itu semua adat dalam bersahabat
Untuk membuat kita lebih dekat
Dan lebih erat
Terima kasih karna wujud di dalam buku kehidupan aku
Terima kasih karna sudi menerima diri aku
Moga persahabatan ini kekal hingga akhir hayat kita
Moga Tuhan sentiasa merahmati ukhuwah kita
Terima kasih sahabat.
April 28, 2018
0 comments