Blog Jamilah

    • Home

    Harapan itu sentiasa ada
    Cuma --
    Terserah pada diri
    Mahu terus percaya
    atau berhenti untuk percaya

    Tiap dari kita
    Pasti punya kesempatan kedua
    Satu peluang untuk baiki kesilapan lalu

    Tuhan itu tidak kejam
    Malah Dia Maha Penyayang
    Cuma kita yang sering berlaku kejam pada diri sendiri

    Jadi, hamba seperti aku ini
    Apa masih layak diberi harapan untuk masuk syurga?

    Setelah banyak dosa aku lakukan
    Setelah banyak perintah aku abaikan
    Apa aku masih layak untuk terima kasih dan sayang dari Dia?

    -- Buat kita, si hamba Tuhan
    Tiap sat yang kita peroleh adalah kesempatan dan peluang dari Tuhan
    Kesempatan untuk kembali kepada Dia
    Peluang untuk menuju ke rah Dia kembali
    Jadi,manfaatkan waktu itu sebelum kita terlambat

    December 25, 2017
    Continue Reading

    Di antara banyak bintang di langit malam
    Aku cuma perhatikan kamu
    Kerlipakn yang sederhana
    Tidak terlalu bersinar seperti yang lain

    Entah kenapa
    Aku senang melihatnya
    Jika ditanya sebabnya
    Aku sendiri tidak tahu
    Ya, hati aku yang memilih kamu

    Hampir tiap malam aku perhatikan kamu
    Tanpa rasa jemu
    Tanpa rasa lelah

    Aku senang begini
    Meski aku jauh dari kamu
    Melihat kehadiran kamu saja sudah bikin aku gembira
    Malah--
    Aku sering cerita tentag kamu pada angkasa

    Aku minta supaya mereka menjaga kamu sebagik mungkin
    Cuma itu, tidak lebih

    kamu itu istimewa
    Jadi karna itu
    Aku gelarkan kamu bintang aku

    Bintang yang hanya bersinar di dalam hidup aku
    Bintang yang sering beri keceriaan di wajah aku

    Kamu selamanya tetap menjadi bintang aku
    Tanpa ragu.

    December 22, 2017
    Continue Reading


    Menuju senja itu mudah
    Tetapi untuk menanti kehadirannya tiba
    Untuk menikmati lebih lagi
    Waktu seakan berjalan dengan pantas

    Apa waktu cemburu pada senja?
    Karna senja lebih mendapat perhatian aku
    Karna itu senja cuma sebentar?

    Warna jingga langit itu cantik
    Bersama taburan awan di langit
    Lukisan Tuhan buat tiap hambaNya

    Sudah lama tidak bicara tentang awan
    Ternyata ia masih teguh dan kukuh di atas sana

    Aku sentiasa perhatikan kamu dari bawah
    Untuk bersama --
    Ia adalah mustahil

    Terima kasih kerana banyak mengajar aku erti kehidupan
    Terima kasih kerana sentiasa ada dan memahami

    "Senja itu cuma sebentar, sama seperti kamu."

    Januari 31, 2018 
    Continue Reading

    Susah sudah di angkat
    Lalu jatuh
    Dibangkit lagi
    Lalu jatuh lagi
    Diulang ulang hingga akhir hayat

    Mereka bilang sebabnya karna Tuhan sayang
    Merek bilang lagi--
    Karna kita masih belum ada di syurga Tuhan

    Aku tahu itu semua
    Tahu sangat
    Tapi kenapa?
    Aku tahu Tuhan sayang
    Aku tahu ada ganjaran
    Aku tahu ada hikmah

    Tapi kenapa aku harus jatuh disebabkan ujian dari Tuhan?
    Aku sendiri sedar bahwa
    Ujian Tuhan bukan saja saja
    Ujian Tuhan untuk menguatkan aku
    Ujian Tuhan untuk siapkan jiwa aku untuk masa akan datang

    Adakah itu jawapan untuk soalan aku selama ini?

    Tuhan --
    Aku perlu petunjuk dariMu

    Jatuhnya aku disebabkan ujian ini cuma sebuah ujian untuk aku kan?
    Ujian untuk kukuhkan lagi kepercayaan aku padaMu
    Untuk kukuhkan lagi tali kebergantungan aku kepadaMu

    iya kan?
    Dan aku pasti jawapanMu adalah ya
    Karna ini adalah kehidupan untuk menuju ke arahMu

    April 28, 2018
    Continue Reading


    Takdir
    Tidak tahu bagaimana rupanya
    Tidak tahu bagaimana mahu mengagaknya

    Tapi apa yang telah terjadi
    Dan telah berlaku
    Hingga menjadi kenangan
    Itu adalah takdir

    Takdir berjalan seiring dengan tiap tindakan kita

    Dan takdir perpisahan
    Tuhan sudah tetapkan hingga di garis masa itu sahaja
    Tidak lebih dan tidak kurang

    Meski kita sudah menjaganya sebaik mungkin
    Ataupun sudah berjanji untuk setia hingga akhir
    Jika tidak diizinkan Tuhan untuk terus bersama
    Kita tidak akan boleh terus bersama

    Dan doa
    itu sangat penting
    serahkan semuanya pada Tuhan
    Langkahlah mengikut waktu yang Dia telah tetapkan

    Karna --
    Tiap perancangan Dia
    Itulah yang terbaik untuk diri kita

    Dan kita --
    Harus terima dengan redha dan ikhlas

    March 24, 2018
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Jamilah

    Lets have a wonderful journey of life together.

    Follow Me

    • twitter
    • instagram
    • Tiktok

    Blog Archive

    • ►  2025 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2024 (2)
      • ►  June (2)
    • ►  2023 (1)
      • ►  May (1)
    • ►  2021 (1)
      • ►  October (1)
    • ►  2020 (3)
      • ►  March (3)
    • ►  2019 (3)
      • ►  December (1)
      • ►  October (1)
      • ►  August (1)
    • ▼  2018 (8)
      • ►  December (1)
      • ►  November (2)
      • ▼  April (5)
        • Lil words // Tentang harapan
        • Lil Words // Kamu tetap menjadi bintang aku
        • Lil Words // Tentang senja #1
        • Lil Words // Tentang Jatuh
        • Tentang takdir Tuhan untuk perpisahan
    • ►  2017 (11)
      • ►  December (8)
      • ►  November (1)
      • ►  October (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  January (1)

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top