Masih ingat tidak tentang entri aku yang kemarin? Aku ada cerita yang aku lagi sedang menulis satu novel yang tajuknya Puisi Bunga buat Jaka.
Sekarang aku sedang menulis bab 12. Bila dah lama tak menulis novel ni, lain pula rasa dia. Dulu aku pernah tulis novel, tapi filenya sudah aku padam :')
Semestinya aku menyesal. Tapi tidak mengapa, aku akan mula kembali. Aku rasa ini kali ke-5 aku cuba membuat novel. Yang empat sebelumnya ternyata gagal untuk aku lanjutkan. Ditinggalkan tidak sampai suku bahagian.
Doakan novel ni aku berjaya tulis hingga bab akhir. Bahagian akhir yang mungkin akan menjadi pengakhiran yang bahagia atau akan menjadi pengakhiran yang sedih.
Aku masih berfikir tentang hal itu. Doa saja yaa. Apa lagi ya, hmmm aku tulis novel ini ada sebabnya. Sebabnya adalah karna dia.
Siapa dia? Aku juga tidak pasti. Tapi karna dia, aku mau novel ini ditulis hingga akhir. Meski ada beberapa ketika aku merasa putus asa karna ada ceritanya sudah merepek dan tidak masuk akal.
Tapi tidak mengapa, aku akan cuba betulkan dan beri masuk akal kembali.
Jadi, mau baca tidak? Di bawah ini aku beri sedikit ya, jika mahu di baca lagi, boleh pergi ke wattpad aku. Jangan risau, aku beri linknya kepada kalian di akhir entri ini.
Selamat membaca ya.
*****
Seusai subuh, terus dia mengeluarkan buku nota hitam dan mula menulis. Pen yang dipegang menari di atas kertas kosong. Bait aksara sudah terlihat dan membentuk menjadi perkataan.
“Sudah subuh?” tegur teman sebiliknya. Dia hanya mengangguk perlahan.
“Hari ini kelas kamu jam berapa?” dia berhenti menulis dan memberi fokus kepada temannya.
“Jam 8 pagi. Kamu?” jawabnya.
“Sama lah kita. Nanti kita pergi sekali je la.”
“Boleh saja, Fatina.”
“Bunga, kamu mahu sarapan? Kalau mahu aku nak buatkan.”
“Hmmm, boleh juga. Sempat lagi ni.”
“Okey. Aku buatkan sarapan dulu ya.” Dia hanya mengangguk dan Fatina sudah hilang dari pandangan.
‘Mekarnya bunga seperti cintanya hamba kepada Sang Pencipta
Tiap zikir yang terucap dibibir bagaikan air yang mencambahkan biji benihnya
Tiap solat yang dilakukan bagai baja yang ditabur pada tanahnya
Tiap alunan kalam cintaNya bagaikan matahari yang memancar untuk menghidupkannya
Terus cambahkan cinta kita pada Tuhan
Sampai kapan pun. Tanpa henti, karna kasih Dia tidak pernah terhenti.’
Dia tersenyum puas. Pen diletakkan dan buku nota ditutup rapi. Terus dia menyarungkan baju kurung dan menuju ke ruang dapur.
“Mahu aku bantu apa-apa?” soal Bunga kepada Fatina yang masih asyik menggoreng nasi.
“Tidak perlu. Semuanya sudah siap. Cuma ambilkan pinggan dan makan.”
Fatina mula mengaut nasi yang sudah siap digoreng ke dalam mangkuk besar. Aroma planta yang wangi mula menusuk masuk ke dalam rongga hidung Bunga.
“Sedapnya bau.”
“Mesti la sedap. Lihat saja siapa yang memasaknya. Chef Fatina.” Fatina sudah mula memuji dirinya sendiri.
Mereka berdua duduk di meja makan dan Bunga menyedok nasi ke dalam pinggan.
“Bunga, Tania sudah bangun ke belum?”
“Sudah rasanya. Lepas tu dia tidur balik.”
Fatina hanya mengangguk kecil. Mereka mula mengisi perut yang sudah berkeroncong. Jam sudah menunjukkan pukul 07’15. Masih berbaki lagi 30 minit sebelum bertolak menuju ke kolej.
Pergi awal ke kolej sudah menjadi rutin harian bagi mereka. Biar pelajar yang menunggu gurunya.
Sambungannya boleh di baca di sini --> Puisi Bunga buat Jaka
Di situ, kalian boleh tekan vote dan share yaa. Terima kasih, moga Tuhan membalas setiap kebaikan kalian.
Adios!