Book // Dangsin Jasin [Diri Sendiri]

May 04, 2017


Assalamualaikum gais, hope you guys doing well.


Tahu tidak buku siapa tu ?

Betul, tepat sekali tekaan anda. Itu adalah buku 당신 지신 ( Dangsin Jasin ) atau maknanya Diri Sendiri karya Dai Wan Dazrin.

Ustaz singgah ke blog saya ni? Okey, i guess not haha orait, back to the topic.

Sedikit feedback daripada saya yang marhean tentang buku Dangsin Jasin.

Secara menyeluruh, buku ni sangat best. Segala isi di dalamnya tidak terlalu berat. Mudah untuk dibaca dan mudah untuk saya faham. Saya merupakan sejenis manusia yang sangat susah nak hadam tentang satu satu perkara yang berat dan saya perlu ulang dua tiga kali untuk memahami ayat tersebut. Jadi, buku ni sesuai untuk pembaca macam saya.

Ada satu bab yang membuat saya berimaginasi seakan saya melihat drama. Bab mana? Bab yang ustaz terang pasal jantung.

This book is all about you. Pasal diri sendiri dan bukan orang lain sebab segala benda yang terjadi adalah bermula dari diri sendiri. Macam niat.

Setiap perkara atau pilihan yang kita buat, kita tidak tahu akan akibatnya. Sama ada baik atau sebaliknya. Kita sudah lakukan yang terbaik. Apa pun yang terjadi, itu adalah takdir buat kita. Redha.

Kita sendiri yang membentuk fikiran dan hati kita. Malah akhlak juga. Dalam buku ni insyaAllah ada tentang jawapan yang anda cari.

Maaf jika saya terkeluar daripada landasan yang sepatutnya. Okey sambung.

Buku Dangsin Jasin ini lain daripada yang lain. Pada saya ia tidak tertumpu dan melibatkan satu sudut sahaja. Tetapi ia melibatkan pelbagai sudut. Nak tahu ? Baca lah.

Buku ini juga ada membuka minda saya dari beberapa sudut, macam cara kita berfikir. Apa yang kita fikir, itu yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan kita. Saling membantu, bukan saling menjatuhkan.

Ramai yang kata bila baca buku ni rasa macam berdepan dengan Dai Wan, but not me sebab saya tak pernah pergi ceramah atau talk dai Wan. But i really love this book. Mungkin akan diulang baca lagi.

Dalam buku ni pun ada words/quotes yang best. Paling saya suka, "A beautiful thing about you is yourself." So, love yourself more more moreee and moreeee.

Segala kunci di dalam dunia ini adalah bermula dari Diri Sendiri. Dangsin Jasin. Be you. Be the best of you. Be kind. Behave. You can do it.

Smile.

Thanks for the book Dai Wan. May Allah bless you.


Nak tahu lagi ? Bacalah buku Dangsin Jasin. InsyaAllah tak rugi.

Maaf kalau ada yang menyimpang jauh. Saya suka merepek sikit. Okey, bye.

Oh by the way, for now you guys boleh dapatkan buku ni dekat pesta buku antarabangsa kuala lumpur di pwtc. Dekat bahagian mana saya tak pasti, korang pusing la satu pwtc tu yee.

Untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai buku ni, boleh la follow insta dan twitter dai Wan dengan username @wandazrin

"Nanti kalau jumpa ustaz, kirimkan salam saya yeeee."

Annyeong!

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter