Cerpen // Seindah Pelangi

February 08, 2017


Hadirnya ujian sebagai peneman,
Peringatan diri bahawa kita milik Tuhan,
Ujian itu bagaikan pelangi ,
Bukan sekadar badai yang melanda,
Allah uji tanda sayang.

*****

Sendirian. Masih mencuba untuk menafsir segala rasa yang bersarang di hati. Aku sendiri bingung dengan rasa ini. Ia seperti terlalu sakit yang mana sukar untuk ditafsirkan oleh bicara mulut.

Can we meet ?
Send.

Dada terasa sesak. Tidak tahu ingin meluah kepada siapa dan lebih teruk lagi, aku sendiri tidak tahu untuk bicara apa.Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan. Aku rasa lost, aku seolah-olah tidak tahu ingin merasa apa.

Ting! You got one message.

Laju saja dia membuka pesanan ringkas itu.

Dia : Boleh. Dekat mana ?
Aku : Tempat selalu.
Dia : Okey, insyaAllah nanti aku sampai.

Aku hanya senyap dan mula menikmati alam ciptaan Ilahi. Lupakan sebentar masalah dunia. Mataku pejam dan menghembus nafas yang agak berat, aku mula tenggelam dalam dunia aku sendiri.

*****

Saat bicara mulut tidak terluah,
Hanya air mata yang menemani,
Aku masih sendiri dalam mencari jiwa,
Aku masih terkapai mencari cahaya Ilahi.

*****

Aku ingin berubah, tetapi mereka memandang aku seperti pesalah besar. Aku tidak tahu hendak melakukan apa bagi mereka berkata hal aku.

“Hey, asal monyok je ni ?”

“Awak, salam awak mana ?” dia hanya tersengih. Aku suka senyuman dia. Sangat tenang dan damai.

“Salam ‘alaik.”

“Wa’alaik salam. By the way, saya okey je. insyaAllah.”

“Tadi kata nak jumpa. So feel free to share with me.”

Lama aku mendiamkan diri. Tidak tahu hendak mula dari mana dan menyatakan apa kerana aku sendiri tidak tahu.

Ehem, ehem.

“Awak tahu kan saya macam mana, baik buruk saya.” Dia mengangguk.

“…saya pernah bercinta, abai perintah Allah, segala suruhan Dia, saya tak follow, tapi segala jenis fesyen saya sentiasa up-to-date. Sunnah pun saya tak tahu. Mengaji apatah lagi. Saya nak berubah, tapi pandangan mereka dekat saya, membuatkan saya takut untuk berubah.

Mereka asyik bercakap tentang masa silam saya. Mereka asyik hina saya. Macam saya ni memang tak layak nak jadi lebih baik. Saya penat awak.”

Aku menangis semahunya. Siapa yang tahan bila diri sentiasa dihukum oleh orang luar yang tidak pernah kenal diri kita sendiri.

Dia mengusap belakang aku perlahan.

“Sabar. Sabar. Sabar. Allah ada. Saya ada. Family awak ada.”

“Sampai bila ?”

“Sampai bila-bila. Allah uji tanda Dia ingin melihat sama ada kita betul-betul serius untuk berubah atau sekadar permainan bicara sahaja.”

“Tapi pandangan manusia…”

“Awak, manusia boleh bercakap apa sahaja tanpa sebarang fakta. Kita tahu siapa kita, apa yang kita mahu. Manusia sering terperangkap dengan masa silam seseorang hingga terlupa akan masa hadapan. Saya tahu lidah mereka telah banyak sakitkan awak, cuma satu yang boleh awak lakukan. Abaikan mereka. They're nothing. Cuma satu jasad yang kosong dan dipenuhi hasad dengki. "

*****

Aku fikir dengan jalan ini aku bahagia,
Rupanya duri yang menyambut aku,
Ujian tidak henti menerjah,
Ya Allah, kuatkan aku.

*****

“Sabar dan solat. Awak peganglah dua perkara tersebut, insyaAllah awak akan sentiasa dalam keadaan baik baik. Mereka lupa bahawa awak punya Allah.”

Dia bangun dan terus berlalu. Perlahan-lahan dia menghilang dari pandangan aku. Meninggalkan aku sendiri. Mencuba untuk menghadam segala bicaranya.

Kini hanya bicara aku dengan Tuhan.

“Ya Allah, apa yang patut aku lakukan. Aku tidak tahu hendak mula dari mana. Aku sudah kehilangan sahabat yang sentiasa membimbing aku. Dia kini berada dekat denganMu. Sungguh aku cemburu. Aku titipkan dia kepadaMu ya Rabb.

Aku banyak melakukan dosa, tapi kau masih menutup segala aib aku. Kadang aku merasa malu apabila mereka bilang aku sangat baik. Tetapi realitinya, hanya Kau dan aku sahaja yang tahu. Terima kasih ya Rabb.

Aku banyak melakukan maksiat dalam diam, tapi Engkau sentiasa beri aku nikmat yang tidak terhingga iaitu nyawa. Kau hidupkan aku kembali tiap-tiap hari. Aku malu ya Tuhan. Tersangat malu. Ampunkan aku.

Aku lebihkan dunia berbanding Engkau, tetapi Engkau tetap memberi rezeki kepada aku. Padahal Engkau bisa menarik segala nikmat rezeki yang Engkau beri. Aku bersyukur ya Allah. Kini aku sedar, aku telah banyak lalai.

Aku ingin berubah ya Rabb. Aku ingin kembali kepadaMu. Bimbing aku.”

Bicara monolog bersama Ilahi membuatkan aku lebih tenang. Aku bahagia. Aku lega selega leganya. Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Aku hanya tersenyum memandang awan.

*****

Pada mulanya kita fikir tiada ribut,
Padahal badai sentiasa ada,
Berpautlah pada tali Ilahi,
Bertahan sehingga akhir,
Kerana pada pengakhiran,
Kau akan ketemu pelangi yang sangat indah,
Cerita kita sudah diatur oleh Ilahi,
Kerana itu ia seindah pelangi selepas hujan.


March 11, 2016
16’39
Kuala Kangsar, Perak

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter