Monday, February 06, 2017

Cerpen // Cinta ?


Aku tidak tahu apa itu cinta,
Ia pernah hadir sekali dalam hidup aku,
Tetapi ia direntap begitu sahaja,
Kau fikir aku apa?

Aku tahu aku perlu kejar cinta Tuhan,
Dan pada dasarnya; cinta itu suci,
Tapi ia telah dinoda oleh bisikan nafsu serakah.

*****

Pelbagai analogi yang aku terima tentang cinta. Ada yang bilang ia bakal membawa kita seperti berada di awan awangan. Bagai terbang ke sana sini bak burung yang terbang bebas di udara. Kadang bikin insan tersenyum sendiri bagai orang gila.

Ya, cinta itu gila. Kadang ia bisa menjadi pelik dan aneh karna mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk pertahankan cinta.

Ada juga yang memperjualbelikan cinta. Realiti yang kalian bisa lihat sekarang. Cinta kelihatan begitu murah, ia tidak lagi mempunyai satu nilai yang sangat tinggi.

Bagi aku cinta itu sangat suci, bagai sehelai kain putih yang tidak bercorak dengan warna dan noda. Ia perlu dikawal dengan iman, cinta juga seperti awan yang berada di atas sana. Bergerak bebas tanpa sebarang halangan.

“Oh please, jawapan jangan cliche sangat.” Dia merenung tajam ke arah aku.

“Habis tu nak aku jawab macam mana lagi?” Aku mula menghirup mocha ais yang masih tersisa di dalam gelas. Enak dan berkrim sedikit.

Dia berhenti menaip dan memandang aku. “Then, bagi kau secara personal, cinta tu apa?”

“Like I said, cinta itu suci, perlu dikawal dengan iman. Kadang cinta ni mampu beri kekuatan pada insan untuk meneruskan kehidupan dan bertahan lebih lama. Yang penting, utamakan cinta yang utama.”

“More… maybe?” Dia sengih.

“More? Nak kena tunggu aku bercinta lagi la. Hahaha sebagai contoh, ada pesakit kanser yang masih bertahan hingga kini disebabkan cinta dan kasih sayang…”

“Ada? Siapa?”

“Tu, yang duduk dekat hujung sana.” Aku menunjukkan ke arah pasangan suami isteri yang asyik tersenyum sesama sendiri, tiada secalit duka hatta sedikit.

“Aku tengok dorang sihat je. Apa yang sakitnya?” Ujar Han pelik.

“Itu yang mata kasar kita lihat. Tiada apa, hanya bahagia dan kita rasa cemburu. Tapi kita sebagai penulis, kita perlu lihat dari perspektif yang lain macam kita lihat wajah dia tersenyum tapi air mata keluar. Kau boleh assume yang mungkin dia baru dapat berita gembira atau dia baru lepas dilamar.  Wujudkan sedikit spekulasi untuk karya. Tu perhati..” si isteri mula batuk. Agak kuat. Laju sahaja tangan si suami mencapai beberapa helai tisu.

“Darah?” Ya, mereka lihat darah. Tidak banyak, tetapi cukup untuk dilihat dari jarak beberapa meter. Han mula bangun dan ingin menuju ke arah mereka, tetapi si suami hanya tersenyum dan menggeleng.

Han duduk kembali di tempatnya. “Isteri dia hidap kanser hampir tiga tahun. Tapi masih bertahan sampai sekarang. Saluran kekuatan daripada insan tercinta. Ya cinta itu bisa menjadi pengubat segala penyakit. Meski sementara.”

“Tapi cop, mana kau tahu?”

“Husband dia selalu datang sini, kadang beli kek. Kasi surprise dekat wife dia.”

‘Kadang kita cuma melihat bahagia pada luaran. Dari kaca mata manusia lain, mereka bagaikan tiada masalah. Tetapi, jiwa dan perasaan mereka, tiada siapa yang tahu melainkan Yang Esa.’

“Dah dapat idea menulis la tu.” Han hanya tersengih.

“Yana, andai suatu hari nanti kau ditakdirkan jatuh cinta, then dia mainkan perasaan kau. Apa yang kau akan buat?"

“Mungkin aku akan ikat dia dekat pokok yang penuh dengan kerengga? Atau aku campak dia dekat lombong?” Aku ketawa sepuas hati tetapi tidak didengar oleh insan lain.

“Yana, memain pulak. Han serius ni.”

“Ahaha, okey okey. Nak dengar cerita tak?”

“Bout you?” Aku mengangguk kepala.

“Mestilah nak. Cinta pandang pertama?” Han menduga.

“Lebih kurang, tapi ni cinta alam maya. Tidak pernah lihat antara satu sama lain. Wajah dia, senyum dia, aku tak pernah tengok. Walau sekali….”

“Uih, tak rasa macam bahaya ke? Kot kot dia tipu kau ke?”

“Yes, itu rsiko yang aku kena hadapi.”

“Then?”

“Then kiteorang kenal macam biasa, mesej macam biasa, macam pasangan yang bercinta. One day tu kiteorang jumpa. Dari jauh aku lihat susuk tubuh dia. Tidak terlalu rendah atau tinggi. Lebih kurang aku. Dari jauh aku tersenyum. Bila aku berdiri depan dia, aku tak pandang langsung mata dia.
Sungguh aku segan. Sepatah yang ditanya, sepatah yang aku jawab. Aku ingat dia insan yang bakal mengisi hati aku, ternyata bukan.”

“Why? Hasrat cinta tak sampai? Atau dia ada perempuan lain?”

“Hasrat jatuh hati tu sampai, tapi belum sampai cinta. Cinta tu jauh lagi perjalanan dia, Mungkin kalau lama sikit mungkin aku jatuh cinta dekat dia. Ahaha then tak lama tu, hubungan yang dibina bagai tidak bertali. Tergantung begitu saja. Tiada kata putus.

Dalam sebulan macam tu, dia kata nak putus dan aku pelik sebab kiteorang tak pernah declare apa pun. Lagipun aku tahu dia ada someone. Aku cuma tunggu dia mengaku dan jujur.”

“Mesti sakitkan?”

“Sakit memang sakit. Cukuplah dia hancurkan kepercayaan aku dan mulai saat tu, aku dah tidak kenal apa itu cinta manusia. Yang ada cuma pura-pura. Mesti kau rasa macam, alah Yana ni bukannya baik sangat.”

“Mana ada, biasalah manusia. Asal tak langgar syariat sudah. Benda mudah je, kau jaga diri baik-baik. Tapikan, sampainya hati dia musnahkan kepercayaan kau.”

“Allah kata dia bukan yang terbaik. Anything can happen.”

“Andai kata dia ingin kembali dekat kau dan ingin hubungan lebih serius, apa kau buat?”

“Saat tu aku tak percaya tiap kata dia, Cuma perlukan bukti melalui perbuatan. Dah serik aku percaya dengan manusia. Tapi aku masih beri kepercayaan dekat manusia. Entah, aku sendiri tak tahu kenapa.” Aku melemparkan senyuman. Bagai tidak menyesal dengan apa yang telah terjadi.

‘Cinta itu pengorbanan. Dia sanggup mengorbankan segalanya demi cinta. Ya, dia lepaskan insan tersayang. Sungguh dia tabah. Meski sudah banyak kali hatinya dicalarkan, tetapi dia masih tersenyum indah di hadapan manusia. Kadang cinta itu tidak perlu diucapkan dengan kata-kata, cukuplah dibuktikan dengan perbuatan. Malah, cinta itu tersangat indah hingga tidak mampu diterangkan melalui bait aksara.’

“Banyak lagi?” soal aku.

“Just a little bit.”

“Han, cinta ni pada dasarnya suci, putih bagai awan. Penuh bahagia, tiada duka. Tetapi setelah bisikan bisikan anasir mengambil tindakan, ia mula ternoda. Mula menjadi celaru.

Memang benar kita perlu mengejar cinta Tuhan. Cinta itu perlu dipasakkan dengan iman dan taqwa. Tetapi cukup ke dengan itu sahaja?”

Ya, satu persoalan yang aku sendiri tidak tahu akan jawapannya.

Han masih lagi khusyuk menaip. Kadang matanya melihat pasangan tadi. Sungguh indah.

*****

Rata-rata mereka bicara bahawa cinta itu fitrah kena pandai kawal supaya tidak menjadi fitnah buat diri. Tetapi jika cinta itu diberi pada insan yang kita sendiri tidak pasti akan kewujudannya di muka bumi ini, entah wujud atau tidak, ia dikira bagaimana?

Kau punya jawapan? Share dengan aku, karna itu adalah persoalan yang terlintas difikiran aku dan masih tidak punya jawapan.

Kadang sebuah cerita tidak perlukan penamat yang bahagia atau sedih. Cukup ia berakhir dengan apa yang ingin penulis sampaikan. Senyum.

Tutup buku dan pandang langit.