Helaian terakhir

January 02, 2017


Akhir tahun. Helaian terakhir. Aksara terakhir bagi sebuah buku tebal yang mengandungi pelbagai jenis genre.

Ada suka, duka.
Tangis, tawa.
Kecewa, harapan.
Terpisah, pertemuan.
Karna ini adalah kehidupan.

Untuk tahun ini,
Terima kasih untuk segalanya.
Aku sangat maksudkannya.

Untuk kau,
Yes kau yang sedang membaca ni,
Terima kasih karna masih bertahan hingga kini.

Setiap penghargaan adalah permulaan bagi sebuah buku. Tetapi, penghargaan sebenarnya dibuat akhir sekali setelah penat lelah menulis.

2017,
Kita mulakan dengan bismillah,
Moga lebih banyak memori yang bisa kita cipta bersama,
Moga Allah permudahkan segalanya,
Moga kita semakin dekat dengan Allah.

Moga Allah sentiasa salurkan kekuatan buat kamu.

Teruskan melangkah. Usah berhenti. Ada perjalanan yang sangat manis buat kamu. Moga senyuman kamu hari ni akan bertahan hingga esok.

Fi hifzillah sahabat.

#theawan
Disember 31, 2016

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter