Cerpen

December 16, 2016


Assalamualaikum, bagaimana khabar kamu wahai pembaca ? Moga moga masih dalam keadaan sihat dan sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi.

Okey, aku tahu aku dah lama tak update blog ni. Maaf. Hari ni ada something aku nak kasi tahu.

"Apa dia ?"

Baca la kat bawah ni.

ALHAMDULILLAH, dah setahun sebulan The Awan dibina. Patutnya november 15 aku kasitahu, tapi terlupa. Itu pun Yinn yang ingatkan hihi

Jadi hari ni aku nak kasi cerpen baru untuk The Awan. Hoyeahh. Nak baca ? Tunggu habis ucapan ni.

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang join channel The Awan. Sungguh meski ia kelihatan kecil bagi kalian, tetapi ia sangat besar dan bermakna bagi aku.

Aku akan rajinkan diri untuk update The Awan. If korang nak req atau share apa apa, boleh mention twitter aku @sjmilah_ atau @theawan_ atau personal dekat telegram.

TERIMA KASIH

Selamat membaca cerpen!

Kisah Tiada Tajuk

Aku mula menghirup sipi air kopi panas. Masih memikirkan cadangan dia. Mahu atau tidak. Tetapi sebelah hati aku merasa ragu dan sebelah lagi merasa sangat yakin. Aku ? Masih tersepit ditengah.

"Jadi, macam mana ?"

"Aku tak sure la. Aku risau aku tak mampu."

"Aku yakin kau mampu, sebab tu aku kasi cadangan ni dekat kau. Lagipun aku tengok ramai yang suka baca karya kau."

"Yea, walaupun karya aku kebanyakannya merepek."

Dia ketawa. "Mana ada merepek. Ada je manfaat, cuma kau je yang tak sedar. Lagipun aku tengok kau dah banyak improve."

"But still aku rasa masih banyak yang kurang."

"Jangan humble sangat please."

"Aku kena ada humble tu sebab aku takut one day aku akan lupa siapa diri aku. So yea, kita kena merendah diri."

"Sebab ni la aku suka kau. So, macam mana ?"

"Hmmm aku cuba."

*****

Angin dingin memasuki jendela yang terbuka luas. Tiada bintang mahupun bulan. Cuma kelam dan gelap. Kosong.

Aku masih lagi asyik mengarang cerita buat mereka. Buat seketika aku berhenti menaip dan memandang ke arah dia.

"Weh, aku nak tanya sikit boleh ?"

"Apa dia ?"

"Kenapa kau taknak join aku open channel tu ?"

"Sebab aku yakin kau mampu. Lagipun aku tak pegang fone sangat. Tapikan, kenapa kau nak letak nama Awan ? Kenapa taknak nama yang aku pilih kemarin ?"

"Nama Lembaran Aksara tu ? Bukan tak suka, aku suka je cuma tak berkenan. Sorry.

Nama Awan ? Sebab kita kan suka Awan ahaha taklah, sebab Awan ni dia macam unik bagi aku. Masa cerah dia ada, masa pelangi timbul dia ada dan masa gelap malam pun dia ada.

Awan sentiasa ada bersama bumi walau apa pun yang terjadi. Dia menjadi saksi untuk segala kejadian meski kadang dia menurunkan hujan dan merasa guruh dan petir sendirian. Macam kau, always ada dengan aku dan aku cuba untuk sentiasa ada di sisi kau.?

"Tapi kena ingat, Allah itu sentiasa di sisi kau. Aku ni cuma pinjaman Dia untuk kau. Bila bila masa je Dia boleh ambil aku kembali."

"Iye lah. Hmmm, nak minta izin boleh ? Boleh tak aku nak ajak kawan aku handle sekali channel Awan tu ?"

"Boleh. Aku suka kawan kau tu. Dia baik dengan kau."

Dia senyum dan terus berlalu pergi.

*****

Hampir setiap hari channel itu dimasukkan dengan puisi, cerpen dan quote. Ada juga perkongsian dari channel yang lain.

"Weh, ramai la yang follow channel kita." Aku tunjuk paparan skrin telefon dekat dia.

"Alhamdulillah, suka kau ye."

"Mestilah, walaupun nampak kecil, tapi ia sangat besar untuk aku. Aku terharu dengan dorang sebab sudi join channel marhean ni."

"Bagusla kalau macam tu. Jadi, jangan berhenti menulis."

Aku mengangguk.

*****

Tetapi semakin lama, idea dan ilham berlalu pergi. Writers block semakin menjadi jadi. Tiada apa yang boleh diletakkan, hanya memandang kosong dan tidak diusik walau sedikit.

Sumpah aku rasa nothing dan tak bermanfaat lagi. Aku give up sebab aku rasa aku dah tak mampu nak beri apa apa dekat mereka.

Lama aku berhenti menulis, dia asyik memberi dorongan. Tetapi masih tiada perubahan. Mungkin tiba masa untuk aku berhenti berehat dari menulis.

"Takpelah, kau take five dulu. Aku tahu kau boleh. Mohon doa dekat Allah. Minta ampun dekat Allah." Dia senyum dan bangun dari tempat duduk dia.

"Jangan tinggalkan aku sendirian. Aku lemah. Aku dah tak mampu nak menulis macam dulu lagi. Aku. Rindu."

"Aku sentiasa ada. Tapi aku tak selamanya ada dengan kau. Jadi, kau perlu berdiri dengan kaki kau sendiri. Tanpa bantuan aku pun kau mampu sebab kau dah ada Tuhan yang sentiasa membantu."

Mata aku terasa hangat.  Air mata mula jatuh satu persatu. Tidak pernah aku rasa sebegini. Rasa tidak mampu untuk mengeluarkan aksara walaupun sebaris ayat.

Aku pergi menjauh dan tinggalkan segalanya. Aku mencari diri yang hilang. Aku mencari aksara yang lenyap.

*****

Hari ini genap setahun Awan dibina. Aku kembali dengan semangat yang baharu. Diri yang hilang kini sudah kembali.

Aku cuba dan terus mencuba. Dalam menghilang, aku masih tetap mengupdate channel. Meski tidak selincah dahulu. Kawan aku dan dia sering juga update channel tersebut.

"Welcome back Awan."

"Terima kasih sebab jagakan Awan untuk aku. Sekarang aku dah ada sebab untuk terus kuat dan terus mengarang cerpen."

"Apa dia ?"

"Salah satu sebabnya adalah Awan."

"Good to hear that. Teruskan bina Awan hingga Syurga. Ingat, kau adalah pilot untuk Awan. Aku dengan kawan kau hanya mampu jadi co-pilot."

Aku tersenyum. "Apa apa jadi kat aku, aku serah dekat co-pilot."

______

Segala kisah mungkin tidak bermakna bagi kau, tetapi bagi dia, ia sangat bermakna.

Tidak semua kisah perlukan watak hero dan heroin, cukuplah kita saling membantu untuk menjadi lebih baik.

Kadang kita perlukan sesuatu yang sakit untuk peroleh bahagia. Kadang kita perlukan sedikit memori bahagia untuk terus kuat hadapi kehidupan.

Teruskan mengirim doa seusai solat, karna doa senjata orang mukmin. Pinta apa saja kepada Allah, karna Dia Maha Pemurah.

sjmilah
#theawan
Disember 15, 2016

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter