Monday, July 04, 2016

/ Puisi / Kuat


"Dont be so weak."

"Dude, im trying to stay strong okey."

Satu ketika
Kita merasa sangat lemah
Terasa futur
Terasa ingin jauh dari makhluk yang bernama manusia

Satu ketika
Kita merasa seperti tidak berguna
Terasa hancur jiwa
Terasa tiada pengharapan lagi

Satu ketika
Manusia mula meninggalkan kita
Pergi menjauh
Hilang entah kemana

Satu ketika
Kita sedar satu perkara
Tiada guna untuk terus futur
Tiada guna untuk terus tangisi
Tiada guna untuk terus putus asa

Kita mula bangkit
Bina kembali kekuatan dalam diri
Sedangkan kita tahu ia payah
Tapi kita cuba

Kuat itu perlu dalam diri
Buat tempuh ujian Ilahi
Hal dunia cuma perkara kecil
Andai disandar terus pada Ilahi

Aku tahu kau kuat sebab tu kau masih bertahan sampai sekarang. Lihat kembali perjalanan hidup kau. Dah banyak liku kau tempuh. Tahniah!

Kuat dari perpisahan kematian
Perlu dibina bertahun lamanya
Karna perlu ada istilah redha

Moga kau tabah
Moga kau cekal
Doa agar disalurkan kekuatan dari Tuhan...

sjmilah
Julai 4,2016

Ha k done puisi merepek. Hahaha nanti ada masa aku taip pepanjang pasal kuat ni. InsyaAllah. ^_^