Saturday, June 04, 2016

The Awan


Salam 'alaik gais! Fuh, lama tak update blog. okey, penduduk The Awan apa habaq ? Sihat ? Moga sentiasa di dalam jagaan Ilahi, insyaAllah.

Actually guys, aku ada something nak tanya ni, if The Awan nak buat kontes hampa nak join dak ?

Oh please say yes. Tapi sokey, kami tak paksa.

Kenapa tanya ? Sebab .... ha aku nak kasi tahu la ni.

First at all, aku nak say thank you dekat awaa sebab kasi cadangan ni. Aku ada fikir jugak, tapi aku takut nak buat sebab takut takde sapa yang join.

Dengan persetujuan admins The Awan, alhamdulillah ia dapat ditunaikan.

Jadi, dengan lafaz bismillahi ar rahman ar rahim, buat julung julung kalinya kami ingin buat #kontestheawan .


Tu serba sedikit detail yang korang perlu tahu.

"Ada syarat syarat tak ?"

Eh, dah kontes mestilah ada syarat syarat. Tapi tak banyak pon yang korang kena follow.

Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Mestilah dalam bentuk cerpen. Nak best lagi, cerpen dicampur dengan puisi. Ikut kreativiti masing-masing.

2. Tidak melebihi 1,000 patah kata dan tidak kurang dari 600 patah kata.

3. Anda boleh karang cerita apa sahaja yang berkaitan dengan "Ramadhan". Jadi, ia adalah open story.

4. If ada selit hadith, pastikan ianya hadith sahih.

5. Taknak ada unsur unsur plagiat atau copy paste karya orang lain. No no no.

Boleh hantar dekat sini ...
👉 Email - theawanofficial@yahoo.com
👉 Telegram - @sjmilah
                         - @dekecik
                         - @sirsafwanjebat

"Semua orang mampu menulis. Jadi, ambil pen dan kertas. Mulalah menulis. Just write apa yang terlintas. Okey ?"

If korang join, mudah saja. Asal korang follow up rules tu pun kami dah bersyukur. Story best atau tak, tu belakang cerita. Format semua korang hentam saja.

Fuh, banyak kebebasan dah kami kasi ni. Jap sebelum aku bebel panjang lagi,

Bagi yang nak hantar melalui email, pastikan anda hantar dalam bentuk microsoft word. No format, jadi korang boleh langgar.

Bagi yang nak hantar melalui telegram, korang boleh hantar dekat salah sorang daripada tiga tu. 

Okey nak bebel sikit,

Rasa tak layak ? hasil karya macam sampah ? Buang saja rasa tu. Kalau nak diikutkan, aku punya karya lagi sampah.

Cuma satu aku fikir, kalau bukan diri kita nak hargai apa yang kita dah lakukan, siapa lagi nak hargai ?

Gais, semua orang mampu menulis. Serius aku tak tipu. Cuma kau kena asah tiap hari bakat tu. Takde benda mudah dalam dunia ni.

Usaha tangga kejayaan. Moga Allah bantu kalian, moga Allah beri ilham buat kalian. InsyaAllah.

Jadi gais support la kontes kami ni. First time kami anjurkan kontes ni. Hahaha mana tahu kalau disambut baik, boleh kami buat lagi.

Jika ada apa apa pertanyaan, boleh la dm dekat twitter aku atau email atau telegram atau wassep.

Gais, good luck. All the best! InsyaAllah.

Oh ya gais, aku lupa nak kasi tahu. Sesapa yang menang, insyaAllah akan dapat sedikit hadiah dari kami. Tapi tak la banyak, nak tahu ke hadiah apa ?

Haha okey memandangkan tempoh tamat kontes nak dekat dengan raya makanya kami fikir mahu kasi duit raya dan kad raya.

Aku ingat nak design sendiri kad raya tu, tapi tengok dulu macam mana. Ke korang nak kad yang dah ready made ?

Nanti aku tulis puisi dalam kad raya tu. Limited edition untuk korang je tau tulisan aku tu. Hahaha

Adios!