Monday, June 06, 2016

Contengan Hati


Contengan itu bukan biasa biasa,
Tetapi satu conteng dari hati,
Yang tidak terluah dek manusia,
Karna itu lembaran kosong menjadi pilihan,
Harap diterima Ilahi.

*****

Kisah ini cuba disampai dari lubuk hati yang paling dalam dan aku harap ia sampai kepada hati hati yang sedang membaca.

Kisah ini bukan kisah islamik atau romantik komedi, tapi ini kisah aku dan contengan yang aku susun rapi. Tiap bait aksara yang punya maksud tersendiri.

Hai, just know me as a baker. Aku sudah punya kafe sendiri, yang diberi nama Awan's Cafe sebab aku minat awan dari dulu hingga kini. Alhamdulillah, aku ber-partnership dengan sahabat dari kejauhan.

Meski jauh, itu tidak menghalang aku untuk bersahabat dengan dia. Trust her is my choice. Prove me wrong is her choice.

Ya, kami sudah ketemu in real life dan menjadi semakin akrab.

Aku juga merupakan seorang penulis buku dan kadang aku menjadi rakus dalam menulis bait kata.

Aku suka menconteng contengan di dalam diari, buat tatapan aku sendiri tatkala aku jatuh merudum. Agak berkesan. Tapi tiap kali menulis, aku sangat berhati-hati karna aku takut apa yang aku tulis bakal menjadi ujian buat aku atau memakan diri aku sendiri.

Di balik contengan itu, terselit seribu satu kisah yang aku tidak cerita pada umum. Hanya aku dan Dia sahaja yang ketahui. Ya, cukup sekadar itu.

*****

Petang itu langit membiru, sungguh ciptaan Ilahi sangat aku kagumi. Punya seni yang tersendiri. Hingga bikin aku senyum sendiri.

"Awak, cepat sikit. Sidang media dah nak mula, lima minit dari sekarang." Laju sahaja dia menarik tangan Syamila. Sidang media tentang penerbitan bukunya buat pertama tama kalinya.

Buka sahaja pintu dewan itu, pihak wartawan telah menawan setiap genap inci kamar itu. Penuh dan sesak. Flash dari kamera mula mengambil alih. Tiap perbuatan diambil gambar.

Syamila dan Saidah hanya tersenyum. Saidah masih mengenggam erat tangan Syamila. Tidak dilepas walau seketika. Tiba sahaja di hadapan lautan manusia itu, mereka duduk di kerusi yang disediakan.

Pengacara majlis cuba menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Acara yang dijalankan tidak terlalu serius, diselit juga beberapa jenaka.

"Okey, sekarang kalian boleh la bertanya soalan yang berkaitan kepada Cik Han kita." Akhirnya pengacara majlis memberi peluang kepada wartawan untuk bertanyakan soalan.

"Ida, Mila takut la." Ujar Syamila separuh berbisik.

"Bertenang. Mila mampu lakukan. Jangan risau, Ida ada." Saidah tersenyum manis. Tangan mereka masih kemas tergenggam erat.

"Cik Han, saya ada satu soalan. Kenapa cik Han tidak menggunakan nama sebenar cik Han atau gunakan nama Awan ?" Wartawan wanita itu bersuara seakan penasaran.

"Salam 'alaik, okey jangan risau, saya akan menjawab tiap soalan kalian satu persatu. Bissmillahi ar-rahmah ar-rahim.

Just panggil saya Han atau Mila. Tak payah cik cik. As you know nama saya Syamila, saya hanya menggunakan nama Han sebagai nama pena saya...."

"Like hon--ney ?" Salah seorang wartawan mencelah. Syamila hanya ketawa.

"Maybe. okey, asalnya saya nak gunakan nama saya sendiri, tapi macam level confident saya kurang, jadi saya guna nama yang terlintas di fikiran saya. Masa tu terlintas nama Han. I feel like, nice juga nama ni. Then I used it till now. Nama Awan itu telah saya beri khas buat si dia. Jadi, nama tu sebagai sampingan saja bagi saya." Senyuman di bibir tidak lekang hatta sedikit.

"Apa tujuan Han menulis dan keluarkan buku ni ?"

"Tujuan saya menulis ni untuk beritahu yang lain bahwa bukan mereka sahaja punya hati yang rapuh. Masih ramai lagi yang hatinya sama seperti mereka dan mereka tidak keseorangan.

Malah penulisan ini, ia ibarat separuh jiwa saya. Melalui penulisan saya mula kenal hati hati yang persis seperti saya.

Ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk diberi kepada ummah selain daripada kafe yang saya dan Saidah bina. Cukup la secebis saya bisa bantu ummah. Buat saham akhirat. Haha." Dia senyum.

"Next question, kenapa Han nak masuk dalam dunia penulisan ni. Sedangkan kita semua tahu sudah ramai penulis yang berada di luar sana. Apa istimewanya hasil karya Han ?"

Dia tersenyum lebar. Soalan yang dinanti telah tiba. Dipandang Saidah dengan penuh kasih dan sayang.

*****

"Ida! Kafe kita apa cerita ?" Begitu riang sekali suaranya di hujung talian.

"Alhamdulillah, baik baik saja. Ni bila nak sampai kafe ni ?"

"Lagi sejam, sebab nak kena tutup akaun bank ni, then nak settle dokumen pinjaman pelanggan."

"Oh, okey Mila. Settle pelan pelan. Jangan kalut. Okey la, Ida nak layan customer ni. Salam 'alaik. Drive bebaik nanti."

"Okey, insyaAllah Ida. Wa'alaik salam." Panggilan ditamatkan. Laju sahaja dia mengira.

"Encik Naim, dokumen untuk pelanggan yang apply pinjaman tadi saya dah settlekan. Saya dah letak atas meja encik."

"Ha, okey. Terima kasih."

"Sama sama Encik Naim. Jadi saya balik dulu."

Diambil beg galasnya yang berada di atas meja dan terus keluar daripada pejabatnya. 'Ahh, nyaman udara luar. Habis sakit hidung aku asyik hirup udara aircond.' Ditenyeh hidungnya yang agak tersumbat.

Masuk sahaja ke dalam kereta, terus dia memecut laju menuju ke arah kafe kesayangannya. Penuh dengan awan dan sangat simple dia design.

Dengan bertemakan ala ala kampung dan english. Sungguh tenang dan damai. Sesekali terdengar alunan merdu dari qari cilik.

"Assalamualaikum." laungan suaranya memenuhi segenap inci kafe itu. Nasib tiada lelaki, kalau tak buat malu sahaja. Jatuh saham akhlak. Ahaha k gurau je.

"Wa'alaikumsalam Kak Awan. Kak Ida ada dekat belakang. Sibuk hias kek."

"Okey Fatihah. Terima kasih." Laju saja langkah dia menuju ke arah dapur. Tiba dipintu dapur, dia berhenti dan hanya melihat Saidah yang sedang asyik menghias kek.

' Ya Rabb, aku tidak tahu apa yang bakal terjadi jika mereka tiada kelak, tiap telatah mereka sentiasa bikin lelah aku hilang. Mereka sering bikin aku tersenyum sendiri. Kau peliharalah mereka, andai Engkau ambil mereka, mohon dikuatkan hati aku ini.' Contengan hati telah bermula. Tidak diluah hatta sedikit. Contengan antara dia dan Ilahi.

"Hello, Mila. Awak dah sampai mana ? Dubai ?" Saidah berdiri betul betul di hadapan Syamila sambil tersenyum.

"Ida, saja tau. Berapa lama dah perhati Mila ?"

"Baru je." Saidah tersengih. "Ni nak apa apa tak ?"

"Macam selalu. Nanti suruh Fatihah hantarkan. Then awak pergi balik berehat okey. Yang selebihnya, biar Mila settle-kan." Dia usap wajah Saidah yang tercalit sedikit tepung.

"Alah, sikit je. ha, okey, mocha ais on the way." Syamila menuju ke arah sebuah meja yang agak tersorok di hujung kafe.

Dikeluarkan sebuah buku hitam dan pen. Diselak tiap helaian, sudah penuh dengan tulisan tangannya. Hampir separuh buku dipenuhi puisi dan catatan.

Dibuka lembaran kosong dan mula menulis.

'Awan itu masih kelam
Menanti cahaya untuk menyinar
Moga Ilahi beri petunjuk
Aku cuma mampu berdoa dari kejauhan --'

Diketuk pen di meja, memikirkan perkataan seterusnya. Setelah ketemu ayat yang sesuai, laju sahaja dia menulis.

'Pengharapan itu masih punya
Buat tiap hamba Ilahi
Dia tidak kejam
Manusia itu yang suka membanding'

Segala suka dan duka, tercalit indah di dalam buku itu. Dari kejauhan Fatihah menangkap gambar Syamila.

"Fatihah! Suka snap gambar akak senyap senyap." Dihulurkan air mocha ais kepada Syamila. Dihirup sipi. Terasa enak dan manis.

"Alah, bukan selalu. So, macam mana. Manis tak air tu ?"

"Tawar. Cuba Teha senyum sikit." Fatihah melemparkan senyum.

"Ha, dah manis."

"Akak! Sajakan. " mereka ketawa riang.

"So, usrah Awan macam mana ? Okey ? Ada problem ?"

"Alhamdulillah, setakat ni semua baik baik. Tiada masalah. Cuma dorang rindu dekat akak dengan kak Saidah."

"Oh, nanti kirim salam dekat dorang. InsyaAllah ahad ni kita gathering."

"Gather !? Serious kak ?" Syamila mengangguk. Sudah lama tidak ketemu dengan anak anak usrah. Urusan dunia bikin dia sibuk sentiasa.

*****

Seusai bertemu dengan anak anak usrah, Fatihah menarik tangan Syamila.

"Kenapa Teha ?"

"Teha nak melamar akak ni. Boleh tak ?" Saat itu, jantungnya berdegup kencang.

"Teha, teha tahukan yang akak dah bertunang. Lagi sebulan nak bernikah. Teha jangan buat hal." Suaranya sedikit bergetar.

"Ya Allah serius kak. Teha nak melamar akak untuk keluarkan sebuah buku.." Syamila tergamam. Tidak tahu ingin bicara apa. Cuma hatinya tidak henti mengucap syukur kepada Ilahi.

"Tapi, dari syarikat mana ?"

"Kakak saudara Teha, dia ada syarikat penerbitan dan dia dah baca semua karya akak yang dekat blog. And dia tertarik dengan apa yang akak tulis tu."

"Ya Allah Teha, akak tak tahu nak cakap apa." Air matanya merembas keluar. Impiannya sudah tercapai satu-per-satu.

"Jadi akak terima tak ?" Laju Syamila mengangguk kepala. Saidah berjalan menuju ke arah mereka setelah melihat Syamila menitiskan air mata.

"Ni apa yang Teha buat sampai kak Awan menangis ni ?"

"Teha lamar dia untuk terbit buku. Tu yang menangis." Fatihah hanya sengih dan meminta diri untuk pulang.

"Alhamdulillah, Allah tunaikan impian awaa."

"Tapi Mila takut la. Terasa amanah semakin berat."

"Mila mampu. Ida yakin. Jangan putus asa, Ida sentiasa sokong Mila dari pelbagai sudut. Peluang dah ada depan mata, terus grab.

Dah banyak Mila lalui, kali ni Ida nak Mila bahagia. Tiada lagi duka. Cukup Mila noktahkan tiap duka itu." Semangat sahaja Saidah bicara.

Malam itu dinyatakan hasrat kepada orang tuanya dan tidak menyangka mereka bersetuju. Ya, Ilahi permudahkan.

*****

Suasana yang sesak itu cuba di atasi sebaik mungkin. Beberapa soalan sudah dijawab. Dengan penuh senyuman, dia menjawab soalan seterusnya.

"Pada mulanya, saya sengaja melibatkan diri dengan dunia penulisan ni. Sungguh tidak terniat untuk masuk secara serius. Tapi bila difikirkan kembali hakikat yang sebenar, dunia nyata sentiasa bikin saya bisu dari berkata kata.

Jadi, sebab itu saya suka meluahkan semua dalam bentuk tulisan sebab melalui bait aksara saya bebas untuk meluahkan apa yang saya rasa dan apa yang saya pendam selama ni.

Err, Saya menjawab soalan ke ?" Bicara Syamila meminta kepastian.

"Menjawab, tapi apa beza penulisan Han dengan penulis yang lain ?"

Ditarik nafas sedalam yang mungkin dan menghembus perlahan.

"Saya cuba untuk sampaikan dari hati saya yang paling dalam supaya ia sampai kepada tiap hati yang membacanya kelak. Saya cuba sumbangkan sedikit buat ummah."

"Buku pertama buat Han, apa yang Han jangka ?"

"Saya harap ia diterima oleh masyarakat dan buku ini khas buat Awan, Saidah dan mereka yang ingin bina pengharapan."

"Awan ? Siapa Awan Han ? Banyak kali saya dengar Han sebut pasal Awan." Bicara salah seorang wartawan di situ dan yang lain masih menanti jawapan daripada Syamila.

"Allahu. Saya ingat tiada siapa ingin bertanya soalan tu." Syamila tersenyum simpul.

"....Okey, Awan itu adalah seorang insan yang hebat, dan sentiasa hebat di mata saya. Saya masih tidak ketahui siapa dia. Cukup saya pinta Allah jaga dia walau di mana sahaja dia berada."

"Bakal suami han ?"

Syamila hanya ketawa dan tidak menyatakan apa-apa.

"InsyaAllah, apa apa nanti saya inform kalian. Doakan yang baik baik untuk saya. Jadi, saya harap buku Contengan Hati ini bisa bantu ummah walaupun sedikit."

Cover buku yang sangat simple, diguna kertas warna sedikit coklat. Moga buku itu bisa beri saham pahala kepada dia.

Majlis itu berjalan dengan lancar hingga akhir. Syukur kepada Allah.

*****

Di padang yang luas itu, kelihatan sosok tubuh dua orang manusia sedang baring di rumput. Tiada insan lain. Hanya mereka berdua.

Memandang awan dan langit.

"Ida, terima kasih."

"Untuk ?"

"Segalanya."

"Syukur pada Allah, karna ini semua Dia yang beri. Ingat tak ayat awak, puji Ilahi banyak sikit."

"Ouh, dah pandai sekarang. Ahaha terima kasih ingatkan."

-----

Kisah kita berlainan, tetapi menuju ke destinasi yang sama.

Aku meluah melalui contengan pada lembaran kosong. Hanya bait aksara yang tersusun rapi. Tiap insan punya cara tersendiri.

Moga Ilahi bantu.
Moga Ilahi permudah.

Kita masih perlu teruskan perjalanan karna kita belum tiba di garisan penamat.

Selamat maju jaya --

/ Alhamdulillah Tamat /

sjmilah_
April 14,2016

Saturday, June 04, 2016

The Awan


Salam 'alaik gais! Fuh, lama tak update blog. okey, penduduk The Awan apa habaq ? Sihat ? Moga sentiasa di dalam jagaan Ilahi, insyaAllah.

Actually guys, aku ada something nak tanya ni, if The Awan nak buat kontes hampa nak join dak ?

Oh please say yes. Tapi sokey, kami tak paksa.

Kenapa tanya ? Sebab .... ha aku nak kasi tahu la ni.

First at all, aku nak say thank you dekat awaa sebab kasi cadangan ni. Aku ada fikir jugak, tapi aku takut nak buat sebab takut takde sapa yang join.

Dengan persetujuan admins The Awan, alhamdulillah ia dapat ditunaikan.

Jadi, dengan lafaz bismillahi ar rahman ar rahim, buat julung julung kalinya kami ingin buat #kontestheawan .


Tu serba sedikit detail yang korang perlu tahu.

"Ada syarat syarat tak ?"

Eh, dah kontes mestilah ada syarat syarat. Tapi tak banyak pon yang korang kena follow.

Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Mestilah dalam bentuk cerpen. Nak best lagi, cerpen dicampur dengan puisi. Ikut kreativiti masing-masing.

2. Tidak melebihi 1,000 patah kata dan tidak kurang dari 600 patah kata.

3. Anda boleh karang cerita apa sahaja yang berkaitan dengan "Ramadhan". Jadi, ia adalah open story.

4. If ada selit hadith, pastikan ianya hadith sahih.

5. Taknak ada unsur unsur plagiat atau copy paste karya orang lain. No no no.

Boleh hantar dekat sini ...
👉 Email - theawanofficial@yahoo.com
👉 Telegram - @sjmilah
                         - @dekecik
                         - @sirsafwanjebat

"Semua orang mampu menulis. Jadi, ambil pen dan kertas. Mulalah menulis. Just write apa yang terlintas. Okey ?"

If korang join, mudah saja. Asal korang follow up rules tu pun kami dah bersyukur. Story best atau tak, tu belakang cerita. Format semua korang hentam saja.

Fuh, banyak kebebasan dah kami kasi ni. Jap sebelum aku bebel panjang lagi,

Bagi yang nak hantar melalui email, pastikan anda hantar dalam bentuk microsoft word. No format, jadi korang boleh langgar.

Bagi yang nak hantar melalui telegram, korang boleh hantar dekat salah sorang daripada tiga tu. 

Okey nak bebel sikit,

Rasa tak layak ? hasil karya macam sampah ? Buang saja rasa tu. Kalau nak diikutkan, aku punya karya lagi sampah.

Cuma satu aku fikir, kalau bukan diri kita nak hargai apa yang kita dah lakukan, siapa lagi nak hargai ?

Gais, semua orang mampu menulis. Serius aku tak tipu. Cuma kau kena asah tiap hari bakat tu. Takde benda mudah dalam dunia ni.

Usaha tangga kejayaan. Moga Allah bantu kalian, moga Allah beri ilham buat kalian. InsyaAllah.

Jadi gais support la kontes kami ni. First time kami anjurkan kontes ni. Hahaha mana tahu kalau disambut baik, boleh kami buat lagi.

Jika ada apa apa pertanyaan, boleh la dm dekat twitter aku atau email atau telegram atau wassep.

Gais, good luck. All the best! InsyaAllah.

Oh ya gais, aku lupa nak kasi tahu. Sesapa yang menang, insyaAllah akan dapat sedikit hadiah dari kami. Tapi tak la banyak, nak tahu ke hadiah apa ?

Haha okey memandangkan tempoh tamat kontes nak dekat dengan raya makanya kami fikir mahu kasi duit raya dan kad raya.

Aku ingat nak design sendiri kad raya tu, tapi tengok dulu macam mana. Ke korang nak kad yang dah ready made ?

Nanti aku tulis puisi dalam kad raya tu. Limited edition untuk korang je tau tulisan aku tu. Hahaha

Adios!