Tuesday, May 03, 2016

/ Talking / Random Thought 5


Salam 'alaik gais, pernah dengar ayat ni ?

"Biar orang buat kita, jangan kita buat orang."

Ya, aku pegang kata kata tu. Sampai sekarang.

Aha, i hate sapa yang kasi ayat tu kat aku. Sungguh aku akan fikir banyak kali walaupun masa tu aku sakit hati tahap gila punya.

Ye lah, cuba kau fikir, dia buat kita, kita tak suka dia. Then, kita buat benda yang sama dekat dia. Tak rasa macam yang kita dengan dia sama je ke. Tak ada perbezaan.

Lepas tu mengarut dekat twitter, acah kau sorang je yang sakit hati. padahal kau tak tahu hati dia macam mana.

Aha, aku lebih kepada monolog hati sekarang ni. Cuba untuk luahkan segala akal fikiran. Aku malas nak overthinking. Sakit doe overthinking ni.

"Then, apa yang kita buat sekarang, one day akan balik kembali pada diri kita."

Oh seriously I hate you. Why you gave me that words. It kill me everytime I want to be cruel.

Tapi aku tak sangkal pun benda ni. Memang betul pun, apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Hari ni kau dekat atas, mana tahu kejap lagi kau akan berada di bawah.

Aku ni nak kata kejam, tak la kot sebab tiap kali nak jadi kejam mesti aku yang serba salah. Macam sekarang.

Kalau ikutkan, boleh je aku pura pura tak tahu dan tak buat. Tapi bila fikir perasaan orang lain, aku gigih la siapkan sikit.

Ah, perasaan orang. Aku paling lemah bab perasaan dan hati orang. Padahal hati dan perasaan sendiri dah ditolak tepi. Entah apa yang jadi, aku pun tak tahu. Dah mati agaknya. Mungkin.

Tapi, taknak tengok ke macam mana aku jadi kejam ? Tak curious ? Serius tak nak tengok ? Kot tak seteruk kekejaman kau ke.

Kita kan lain lain. Mana sama. Tambah bab hati, lagi la jauh beza.

"Kau tak luah dekat parents ka ?"

Parents ? Ahaha aku nak, tapi aku tak boleh. Aku bukan macam kau, boleh luah segala benda dekat parents.

Aku taknak dorang terbeban dengan apa yang aku hadapi. Cukuplah aku menjadi beban buat dorang, walaupun dorang kata aku bukan bebanan buat dorang.

Aku malas nak risaukan dorang dengan hal remeh temeh ni. Aha suka hati korang la nak cakap apa pun. Cukup aku happy depan dorang, acah gadoh dengan adik adik aku, dah cukup buat aku hilangkan segala masalah.

Ingat, family kita lain latar belakang. Kita punya kisah yang berlainan. Mungkin kau rapat dengan family kau, kau boleh perlekehkan aku, kata aku anak derhaka, lebihkan kawan dari family, ya ya, terserah mahu bilang apa.

Tapi kau tak tahu betapa dalamnya kasih dan sayang aku pada mereka. Itu yang kau tak tahu. Aku jenis tak reti nak express tiap rasa karna aku tidak diajar untuk melakukannya. Cukup aku simpan dan dorang tahu aku macam mana. But my umi said, aku jenis tak ada perasaan.

I bet it is true. Hahaha sebab aku akan tahan selagi mampu.

Tadi pun aku tahan ja nak menjerit. Sakit jugak la bila tak dapat nak luah segala yang terbuku di hati. Tapi tu lah, ini adalah kehidupan.

Nak taknak, kena teruskan. walau apa pun yang jadi. Kena corakkan kanvas ni sebaik mungkin.

Allah jangan lupa. apa pun kau buat, solat jangan tinggal. Bila dah penat dengan kehidupan, kau stop kejap. Kau luangkan masa dengan Dia.

Memang hal dunia bila dibicara tidak akan habis. Tapi bila bicara soal akhirat, sekejap saja dah berhenti.

And aku rasa macam nak undur dari dunia penulisan, entah, tiba tiba rasa nak undur diri. Aku keliru. Kadang aku rasa macam terperangkap dengan watak yang aku cipta.

Ya, aku terperangkap antara dunia fantasi dan dunia realiti.

Tapi aku rasa aku patut stop sampai sini. Nanti makin menjadi jadi pemikiran aku ni.

Adios!