Saturday, May 21, 2016

/ Talking / Move On #1


Salam 'alaik gais!

Okey, sebenarnya aku tak tahu nak update pasal apa sebab aku cam dah takde idea. Patut delete ke blog ni ? Hahaha

Kalau korang ada idea, share share la dengan aku. Mana tahu aku boleh story. Tapi selalunya aku akan blur. Hihi

Nak talk pasal move on tak ?

"kau tanya pun bukan ada yang jawab. So, sekati kau la."

Eh, biar la. Aku dah biasa cakap sensorang ni.

Ya ya, i know betapa susahnya nak move on. Ye lah, nak kena lepaskan kot. Tapi ada jugak yang salah tafsir pasal move on ni.

Hey, move on tak semestinya kau perlu lupakan perkara tu atau kau perlu buang jauh jauh. Tak, cukup kau lepaskan ia. Sudah memadai.

Aku tak minta kau lupakan, aku cuma minta lepaskan. Lepas bukan bererti lupa.

"Ahhh, kau ni cakap je lebih. Kau tahu tak susah nak move on, aku susah nak lupakan."

I mean like seriously ? Weh, dengan hang bercakap dan meluah dan bercerita tu manusia tau, ada perasaan. Dia bukan robot. Dia pun pernah alami, cuma situasi yang berbeza.

Tolong la jangan cakap dia tak faham hang.

"Tak kena diri hang, boleh la hang kata lagu tu."

Perghh, hati gua lawan gua balik. Ahaha weh, semua orang pernah alami situasi move on. Macam aku cakap tadi, kita berbeza cuma pada situasi.

Kalau kita tak lepaskan kisah lama, bagaimana kita ingin bina kisah baru ?

Kita kata kita yakin dan percaya Dia, tapi mengapa masih diungkit hal kemarin kemarin ?

Again, aku tahu betapa susahnya kau struggle untuk lepaskan memori lama, slow slow. Just take your time.

Hidup kena teruskan. Sampai kapan mahu terperangkap dek memori lama. Bangkit dan bina kisah baru. Kau mampu, aku yakin.

Moga berjaya buat jiwa yang sedang move on. InsyaAllah.

Adios!