Menulis.

May 06, 2016


Salam 'alaik gais, aku harap korang dalam keadaan baik baik saja. InsyaAllah. Entri kali ni aku tak tahu nak bebel apa. So, aku decide aku nak story pasal kenapa menulis.

Lain orang lain tujuannya. Macam hidup, lain orang lain matlamatnya tapi masih menuju ke jalan yang satu.

"Apa ?"

Menuju ke jalan Ilahi.

Pada asalnya aku saja saja menulis, takde apa pun. Isi pun mengarut ja lebih. Aku story pasal life aku, apa yang aku buat, apa yang aku rasa. Almost everything I write.

Kadang monolog hati datang menyinggah. Kadang bicara aksara bagai puisi yang keluar. Pelbagai cara ia hadir.

Aku suka dan aku terus menerus menulis tanpa henti. Aku rasa senang, terasa tiada beban di hati mahupun di bahu. Rasa bebas untuk bicara walau hanya melalui abjad.

Mulai saat tu, aku cuba untuk perbaharui niat aku. Aku niat aku nak sebar kebaikan Ilahi, aku nak cari redha Ilahi, aku nak menuju ke jalan Ilahi, aku nak pulang ke dakapan Ilahi, aku nak ia jadi saham akhirat aku.

Tapi siapa sangka, aku mula meninggalkan penulisan ini sedikit demi sedikit. Sakit weh, sungguh sakit.

Aku pernah menangis sebab tidak mampu menulis macam dulu. Banyak benda aku simpan dan pendam hingga aku jadi pendiam. Tidak bicara langsung hal hati dan perasaan.

Hanya melontar rasa bahagia dan senyuman. Tiada langsung secalit duka.

Tak sangka aku boleh jadi fake sampai macam tu sekali. Hahaha manusia kan, always fake. Including me.

Ada orang, dia menulis karna ingin dikenali, popular dikalangan manusia.

Ada orang, dia menulis karna ingin diingati oleh manusia lain dan ingin raih pujian dari manusia.

Ada orang, dia menulis karna ingin meluah segala rasa yang tersimpan dihati. Yang tidak terluah di mulut.

Ada orang dia menulis karna ingin mengajak insan lain mendekati Ilahi. Jadikan hasil penulisan dia sebagai saham di akhirat kelak.

Ada orang, dia menulis karna suka suka. Sekadar mengisi masa lapang

Bagi aku, menulis ni suatu yang sangat penting bagi aku. Ia bagai separuh jiwa aku. (Awak, maaf karna penulisan sudah milik separuh jiwa saya.)

"So, kau menulis sebab apa ?"

Aku menulis karna mungkin dengan penulisan aku yang hambar ni, aku bisa beri sedikit, atau seciput sumbangan untuk ummah.

Dorang dapat seciput manfaat pun dah syukur.

Penulisan ni luas. Sungguh ia sangat luas. Terserah pada tiap kaca mata yang memandangnya. Kalau dia pandang hanya satu sudut, maka sempitlah ia. Kalau dia pandang dari pelbagai sudut, maka luaslah pemikiran dia. Macam sel otak berhubung.

Tiap orang boleh menulis, serius. Tak caya ? Cuba tulis apa yang terbuku di hati tu atau apa yang ada difikiran tu.

Ada ? Terus grab pen dan kertas. Tulislah! Tunggu apa lagi. Kau mampu lakukan.

Teruskan menulis. Hadirkan jiwa dan hati kau dalam tiap penulisan. Supaya ia sampai kepada hati hati sang pembaca.

Tapi jangan lupa bahawa hati sang pembaca itu dipegang oleh Ilahi. Termasuk sang penulis.

Wahai jiwa penulis, teruskan apa yang telah kau mulakan. Tamatkan ia pada pengakhiran hidup kau. Dekatkan pembaca dengan sang Pencipta.

Okey last, buat kau yang dah habis baca entri ni, bagi kau, kenapa kau menulis ? Apa pendapat kau tentang penulisan ? Jangan lupa share jawapan dengan aku. Guna #theawan di twitter atau di insta.

Akhir kalam, selamat maju jaya. Keep it up up up till syurga. InsyaAllah.

Adios!

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter