/ Cerpen / Cinta Gula Gula Kapas

April 06, 2016



Cinta gula gula kapas,
Seindah awan di atas,
Cinta dan kasih antara dua insan,
Yang berlandaskan iman dan taqwa,
Moga moga Ilahi redha.

*****

'Ya Rabb, telah banyak aku lalai. Aku lalai dengan dunia. Aku lalai dengan tiap nikmat yang Engkau beri. Aku minta maaf. Sungguh aku mohon keampunan daripadaMu.' Tiap hari dia berdoa akan hal yang sama. Tidak pernah untuk putus asa. Diulang banyak kali tanpa jemu.

Ulang alik ke masjid sudah menjadi perkara biasa apabila punya kelas seharian. Dia mahu berubah, tetapi manusia sekeliling asyik mencaci dan menghina. Siapa tidak sedih. Dicemuh dihadapan umum. Tiada siapa disisi, hanya sendirian.

Cuma satu dia pegang, "Aku mahu redha Ilahi, aku mahu raih perhatian Ilahi. Aku ingin berubah karna Ilahi, bukan karna manusia durjana yang hanya bicara tanpa segan silu."

Kisah ini sangat cliche, sungguh. Aku kenal dia bukan dalam perancangan aku. Tiada langsung terlintas di fikiran tentang kewujudan dia.

Aku dan dia hanya manusia biasa-biasa. Sangat biasa biasa, tiada apa yang istimewa. Tetapi aku lihat, dia punya cita-cita yang sangat besar dan alhamdulillah kami berganding bahu untuk laksanakannya. Pertama kali aku dengar hasrat dia, terus aku terima. Demi ummah.

Dia yang aku kenali ialah Imani dan aku adalah Amani. Ya, ramai yang bilang kami kembar hanya atas dasar nama. Tetapi tidak, kami bukan kembar. Kami hanya saudara seislam.

Saat pertama kali kami bertentang mata agak aneh juga karna aku sama sekali tidak menyangka bahawa kami bisa menjadi serapat ini.

Hari itu mendung, awan kelabu. Angin agak kencang dan aku masih dimasjid menanti kelas pukul 3 petang. Sedang asyik sendiri, aku sering perhatikan manusia keluar dan masuk ke dalam masjid. Pelbagai kerenah aku lihat. Syukur karna masih terbit senyuman di bibir mereka.

Tetapi aku suka pandang satu makhluk Ilahi ni. Sungguh, tiap hari aku lihat dia sendiri bagai tiada teman di sisi. Aku ingin mendekat karna terasa bagai ada sesuatu yang istimewa tentang dia.

Aku lalui hari itu seperti biasa dan tanpa aku sedari aku telah tertukar buku semasa terleka di masjid tadi. Aku selak dan terlihat nombor telefon empunya buku. Segera aku membuat panggilan, nasib baik kelas batal, kalau tidak memang aku nganga la nak jawab midterm tu.

Satu kali deringan...dua kali deringan.. tiga kali...

"Assalamualaikum, boleh saya bicara dengan... Imani."

"Wa'alaikumsalam, ye saya Imani. Ada apa ye ?"

"Saya rasa saya dah terambil buku awak ni. Macam mana saya nak pulangkan ek ? Hihi." Amani masih melilau mencari tempat untuk duduk.

"Patut la saya cari buku saya tak jumpa. Hmm, macam ni lah. Awak ada dekat mana ?"

"Saya masih dalam area kolej."

"Ha, sama lah kita..." sedang Imani asyik bicara dan matanya melilau mencari tempat duduk, dia terlanggar someone.

"Ya Allah cik. Maaf maaf. Saya tak sengaja." Nasib bukan lelaki yang dilanggarnya. Kalau tidak, habis jatuh saham aku. Terus aku ajak kahwin, eh, tak tak. Aku gurau je.

"Sokey sokey, sikit je ni. But kejap. Imani right ?"

'Eh minah ni, mana tahu nama aku. Sekati je sebut nama aku.' Desis hati Imani. Wajahnya terukir senyuman sedikit.

"Ha, ye saya. Mana tahu ye ?"

"Ni." Amani menunjukkan kad pelajar milik Imani. Imani hanya ketawa. Bagaimana la dia tidak perasan tentang kad pelajarnya tu. Bikin malu saja.

Semenjak daripada itu, Imani dan Amani bagaikan belangkas. Asyik berkepit berdua sahaja. Tidak berenggang, jika berenggang pun saat masing masing punya kelas.

Semakin lama hubungan mereka semakin akrab. Bagai adik beradik kembar yang tidak dapat dipisahkan. Banyak perubahan yang terjadi kepada mereka. Daripada gadis biasa, mencuba untuk menjadi muslimah luar biasa.

Banyak liku kehidupan yang telah mereka harungi bersama. Ya, mereka hadapi bersama sama karna mereka yakin pada Ilahi. Sama sama menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam.

Suatu hari Imani menyatakan hasratnya untuk membina sebuah usrah kecil.

"Are you serious Imani ?" Ujar Amani seakan tidak percaya. Bukan dia tidak setuju, cuma takut tersalah dalam menyampaikan ilmu.

"Yap, im one-hundred-percent sure with my decision. Ingat nak conduct dengan awak sekali. Kira cam kita dua bergabung and create satu usrah yang kecil."

"Tapi saya takut la Imani. Amanah ni sungguh berat. Takut saya tak mampu untuk pikul."

"Jangan risau, kita pikul sama-sama. Kita serahkan segalanya kepada Allah. Ingat tak yang kita mahu bina syurga kecil dan taman indah di dunia meski sementara. Malah kita mahu sampaikan bahawa pengharapan itu sentiasa ada." Imani tersenyum kecil.

"I know that. Entah, cuma takut."

"Its okey Amani. Saya taknak paksa awak."

"Hmm, bila awak nak mula usrah kecil ni ?"

"Awak join ? Berganding bahu dengan saya ? Kita berdua ? Bagai awan dan langit ?"

"Awak ni pun, jangan la excited sangat."

"Awak, jangan punahkan harapan saya. Please." Akhirnya Amani termakan juga dari hasil pujuk rayu Imani.

Kini, mereka telah bina sebuah usrah kecil. Tidak ramai, cuma 6 orang sahaja termasuk mereka. Cukup kecil dan mudah dikawal. Tiap kali perkongsian, ia bakal di-update di laman sosial.

Ada yang minta untuk dibuat di group whatsapp, tetapi hal itu masih dipertimbangkan lagi karna risiko yang bakal dihadapi sangat tinggi.

Matlamat mereka cuma satu, mereka ingin hadirkan tiap jiwa dan hati itu. Mereka ingin hati dan jiwa itu merasa cinta dan kasih yang disampaikan melalui hati. Ya, penuh dengan rasa cinta bagai gula-gula kapas yang manis.

Harap ia sampai kepada --- hati hati yang sangat dahagakan kasih dan sayang dari Ilahi.

Mereka ingin menunjukkan bahawa tiap manusia ini masih punya harapan dan pengharapan untuk berubah. Ternyata hidup ini bagai awan. Pada mulanya ia putih berseri, tapi siapa sangka bahawa pada pertengahannya ia mula bertukar menjadi kelam dan gelap.

Hari demi hari, semakin ramai yang mahu masuk usrah kecil itu. Ya, diterima sahaja bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah, yang ingin meraih perhatian Ilahi.

Dalam diam ada yang mencuba jatuhkan usrah kecil mereka. Walau tidak se-gah usrah yang ada. Masih wujud manusia yang iri hati. Dalam berusrah kemain cakap hindarkan diri dari sifat-sifat keji, tapi apa semua ini ?

Jatuhkan sesama sendiri, mahu bilang usrah dia sahaja yang benar, yang lain semua tidak betul. Inikah yang diajar oleh Islam ? Bukankah kita patut bersatu ?

Ya, makin lama makin parah penyakit hati ini. Itu salah satu sebab Imani menubuhkan usrah kecil ini.

"Kak Amani, macam mana ni ? Tadi Dila tengok dorang tampal kertas ni dekat dinding. Dila risau pasal kak Imani. Mesti dia sedih." Adila, anak usrah yang sedang berhijrah. Jiwa dia sangat kental. Sudah pernah dimalukan dikhalayak ramai.

"Sokey, biarkan mereka. Ini bukan Islam ajar. Something wrong with their heart. Sekarang, kita doa supaya Allah lindungi kita dan tunjukkan kebenaran. Pasal kak Imani, Dila jangan risau, karna dia kuat. Mulut manusia memang begitu. Kita serahkan segalanya kepada Tuhan."

Imani datang mencelah saat mereka bicara, "Ha, salam 'alaikum. Hmm, korang okey tak ni ?"

Senyuman masih terukir dibibir dia.

"Ni, tadi Dila kasi, dorang mula tampal cakap kita buat ajaran sesat, usrah ntah apa-apa."

"Ouh..."

"Kak Imani okey tak ni ? Nak Dila keluarkan silat gayung, hentam dorang ?" Ujar Dila yang kelihatan sedikit gusar.

"Apa Dila keluar silat gayung, stapler mulut dorang je. Ahaha takdelah, InsyaAllah akak okey. Jangan risau."

"Kenapa akak akak Dila ni tabah sangat ?" Hampir menitis air mata Adila.

"Karna syurga Ilahi itu bukan percuma. Biarlah berapa ramai yang membenci, asalkan ada Tuhan yang sentiasa di sisi. Lagipun ada korang dengan anak anak buah yang lain, parents akak ada, paling penting ada Dia."

"Lagi pun mereka sekadar bicara mulut dan tampal kertas entah apa-apa ni. I feel like seriously, macam budak-budak. So, nothing much, I can handle this." Amani senyum nipis.

"Nope, WE can handle this. Kitakan keluarga." Sampuk Adila dan mereka saling berpelukan.

"Ya ya, kita sebuah keluarga yang sangat kuat dan dipilih Tuhan untuk hadapi ujian ini bersama."

"So, nak buat meeting bout this ?" Ujar Adila.

"I think, tak payah lah. But if it getting worse, then we meet up and settle it."

"Gais, I have an idea." Ujar Amani.

"Apa ?" Adila dan Imani menjawab serentak.

"Kita grab peluang ni dengan buat satu program."

"Contoh ?"

"Kita buat open talk dekat mana-mana je. Anyone can come."

"Hmmm, macam best je Amani. Takpe, nanti aku handle. Set semua."

"Kak, Dila nak tolong, atau akak bahagi-bahagikan tugasan."

"Ha, boleh jugak. Nanti kita buat meeting dan Imani ada berita gembira buat korang."

"Apa dia Imani ?" Ujar Amani yang kelihatan agak terkejut. Begitu juga dengan Adila.

"Semalam Imani bincang dengan parents Imani, then dorang setuju..."

Belum sempat Imani menghabiskan bicaranya, Amani memotong,"Imani nak nikah ? Dengan sapa ? Ke hasrat cinta saya sudah sampai ke hati Imani ? Eh eh," Amani ketawa sendiri.

"Ish Amani, awak ni dah kelaut ni, nanti pulang ke darat semula k. Masuk terus ke hati saya."

"Ehem ehem, hello, Dila dekat sini, jangan abaikan saya."

"Ala Dila ni, kak Amani baru nak buat pickupline sikit. Jangan merajuk k."

Ketawa mereka masih bersisa. "Okey, can I proceed ?" Sambung Imani.

"Yeah, sure."

"Imani dah buat keputusan untuk melebarkan lagi sayap Usrah Cinta Gula² Kapas ni. Setelah dilihat agak ramai permintaan dari muslimin. Cuma satu masalah, Imani tak tahu nak contact sapa untuk handle usrah muslimin. Ada cadangan ?"

"Seriously ? Nak lebarkan sayap. Waaa, tahniah." Adila tersenyum lebar, begitu juga dengan Amani.

"Kalau pasal tu Imani jangan risau, nanti Amani cuba kawtim dengan kawan Amani. I think he can. Nanti Amani roger Imani."

"Alhamdulillah, nanti kalau dia boleh handle, kita meeting."

"InsyaAllah, tapi tanggungjawab dan amanah kita makin berat. Amani risau."

"InsyaAllah akak boleh, bukan saja saja Allah beri amanah ini untuk akak. Dia beri karna Dia yakin dengan akak." Pujuk Adila yang dalam diam memyuntik semangat kembali. Amani hanya tersenyum.

Imani dan Adila meminta diri untuk menuju ke kelas memandangkan mereka sekelas. Amani menuju ke kafe dan menghantar pesanan ringkas kepada sahabatnya, Nadia.

Bincang punya bincang, then Nadia beri greenlight bahawa adiknya boleh handle usrah muslimin. Terus dia beritahu Imani berita gembira tersebut.

*****

Semakin lama khabar angin itu makin menghilang. Sudah lesap mungkin. Aku sendiri tidak tahu, yang aku tahu sebentar lagi program kami bakal di laksanakan. Sungguh aku berdebar.

Just a simple program. Dibuat di tepi tasik, agak ramai yang hadir, kami sediakan sedikit makanan dan air bagi menghilangkan dahaga mereka.

Alhamdulillah, program yang dijalankan berjalan dengan lancar, tiap perkongsian yang dilakukan sangat ringkas dan padat.

"Manusia itu cuma makhluk Allah, kita juga makhluk Allah, jadi tiada beza antara kita. Yang berbeza cuma iman dan taqwa kita. Malah, tiap pakaian yang kita pakai ini bukan pengukur tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Dia. Jangan tertipu dengan syaitan, ia bisa menyesatkan kita."

Itu antara isi yang aku sampaikan sendiri, sungguh aku ingin sampaikan bahawa aku pernah rasa apa yang mereka rasa. Mereka tidak pernah keseorangan.

Selesai sahaja program tu, terus mereka berjumpa dengan adik kepada Nadia.

Dia sedang menanti Imani dan Amani di kafe. Lebih terbuka dan tidak menimbulkan fitnah. Mungkin.

"Salam 'alaka, Faris right ?" Tegur Amani santai.

"Wa'alaikumsalam, ye saya. Kak Amani right ? Yang kak Nadia cakap kemarin saya kena handle usrah."

"Ye, saya lah tu. So, macam mana ? Sanggup terima amanah dan tanggungjawab ni ?"

"InsyaAllah saya terima, lagipun saya nak tambah lagi pengalaman yang ada buat masa depan."

Sedang asyik sembang dan berbincang perihal usrah kecil, dalam diam ada yang mengambil kesempatan untuk menabur fitnah lagi.

Keesokannya Amani terlihat kertas bersama sekeping gambar bertampal di dashboard kolej. Ya, gambar dia bersama Faris semalam. Hanya berdua karna waktu itu Imani membeli air untuk mereka.

'Ya Rabb, apa pulak kali ni. Apa yang mereka mahu lagi.' Rintih hati Amani sendiri.

"Salam 'alaik Amani." Entah dari mana munculnya Imani daripada belakang dan terus dia menarik kertas yang Amani genggam.

"Apa lagi budak budak ni buat. Makin hebat permainan dorang. Tak cukup cukup lagi tabur fitnah. Amani, awak okey ? "

"Saya okey. Cuma terkilan dengan sikap manusia yang masih iri hati. Imani, saya ni tak berjaya sentuh hati hati mereka lagi ke ? why I feel useless. Dengan sikap dorang macam ni, saya rasa saya belum berjaya untuk sampaikan risalah Ilahi."

"Hey, awak lupa satu hal, ingat tak saat malam yang kita lihat bulan dan bintang bertaburan di langit tu, semasa kita mula-mula bina usrah kecil kita ni."

"Hmmm..."

"Awak sendiri cakap bahawa kita tak mampu untuk menyentuh dan mengubah hati mereka. Kita cuma mampu sampaikan tiap bicara yang kita hidup ini sentiasa ada pengharapan untuk kembali kepada Ilahi. Kita tak mampu untuk ubah hati mereka Amani karna hati itu Ilahi yang pegang. Kita cuma mampu berdoa agar Dia bisa lembutkan hati mereka. Terus berdoa Amani."

Amani menangis, niatnya sudah tersasar sedikit. Syukur karna Allah masih menegurnya melalui Imani.

"Terima kasih Imani sebab ingatkan saya kembali. Sungguh niat ini sudah tersasar jauh."

"Sokey, sama sama kita ubah. Jangan lupa, puji Ilahi banyak sikit." Imani mengusap belakang Amani.

*****

Aneh, tebaran fitnah itu sudah lesap bagai magik. Kini, Amani dan Imani masih lagi berjuang dalam menyampaikan sedikit ilmu yang mereka miliki. Ya, menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Dia tiap masa.

Hidup ini tidak indah selamanya, kadang badai datang menghampiri, teguhkan lah hati dan jiwa, peganglah pada tali Ilahi,

Tidak semua kisah bakal berakhir dengan bahagia, kadang ia berakhir dengan tangisan dan derita, kita cuma hamba, ini adalah kehidupan bukan sebuah dongengan, kisah kita dicipta Ilahi, sedangkan cerpen dan cerita tulisan cuma karangan manusia. Percaya dan yakin pada Ilahi, terserah kepada tiap kaca mata yang melihat tiap kehidupan itu.

Moga moga kebahagiaan milik kamu, hatta cuma sebentar.

Moga moga kamu sentiasa di dalam rahmat dan dakapan Ilahi ---

budak2kecik
sjmilah_
April 6,2016

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter