/ Cerpen / Awan dan Syurga

April 12, 2016



Bila disebut awan,
pasti teringat akan seorang insan.
Insan yang cuba bangun,
dengan berusaha dekati Tuhan.
Awan dan Syurga. Mampukah untuk aku gapai dan melangkah masuk?

. . .

"Mila. Ida nak berhenti." Syamila yang sedang meneguk air milo tiba-tiba tersembur ke arah Saidah. Dia hanya tersengih walaupun air milo terkena sedikit di mukanya.

"Jangan memain dengan Mila la." Syamila mengambil tisu di dalam begnya dan mengelap lembut muka Saidah. Saidah masih tersengih seperti tadi dan tiba-tiba wajahnya kembali serius.

"Ida selalu main-main ke?" Syamila berhenti mengelap muka Saidah. Tajam Syamila merenung mata sahabatnya itu. Setelah agak lama dalam keadaan begitu, Syamila menunduk.

"Tak pernah."

Jeda seketika.

"Mila. Sudi tak awak ganti posisi Ida?" Syamila tergamam. Mustahil dia mahu gantikan tempat Saidah.

"But why Ida? Awak dah banyak berkorban. Kenapa nak berhenti? Semua perlukan awak. Mila tak layak nak gantikan tempat Ida. Please, jangan berhenti. Jangan pergi." Akhirnya apa yang ada di hati Syamila, diluahkannya. Ego sudah ditolak tepi. Sekarang yang utama ialah sahabatnya itu.

"Mila. Ida nak berhenti tak bermaksud akan selamanya. Cuma buat seketika. Ida nak mencari sesuatu. Ida nak kumpul semua kekuatan dulu.

Lagi pun, kan Usrah Awan sedang stabil sekarang? Mila just laksanakan macam yang kita selalu buat. Setiap petang Khamis dan Jumaat akan berbulatan. Semuanya sama sahaja. Boleh?"

"Tak sama." Syamila menarik nafas dalam.

"Sebab awak tak ada." Kali ini Saidah pula terdiam. Ya Allah, kuatkanlah aku untuk teruskan semua ini.

Tangan Syamila digapainya. Digosok perlahan dan digenggam erat. "Nur Saidah binti Fuad dengan ini serahkan Usrah Awan kepada Siti Syamila Binti Mahad."

Semuanya bagaikan sebuah mimpi.

. . .

"Kak Mila!!" Fatihah berlari-lari anak mendapatkan Syamila dan dipeluk erat Kakak Naqibahnya yang tidaklah tinggi mana pun daripadanya. Lama berpelukan. Syamila mengusap belakang badan adik usrahnya itu. Fatihah melepaskan pelukannya.

"Petang ni jadikan bulatan gembira kita, akak?" Syamila mengangguk perlahan. Setelah dua minggu Fatihah berada di asrama, rindunya kepada Syamila membuak-buak. Ingin sahaja dia sentiasa ada di sisi Kakak Naqibahnya. Sentiasa ada untuk memberikan semangat dan nasihat. Tapi pelajaran perlu diutamakan.

Pertemuan Syamila dan Fatihah petang itu hanya ditemani bunyi air tasik dan burung yang berkicauan. Hari ini Syamila banyak berdiam dan termenung. Fatihah tidak pula ingin mengganggu. Dia lebih suka menatap wajah Kakak Naqibahnya itu.

"Dah puas tengok muka akak?" Syamila mencuit pipi Fatihah dan mereka berdua tertawa kecil.

"Macam mana dengan masalah akak?" Syamila tersenyum mendengar soalan daripada Fatihah.

"Masih sedang bertahan." Ringkas jawapan Syamila membuatkan dahi Fatihah berkerut. Risau pula dia dengan Kakak Naqibahnya itu.

"Akak, kalau Tiha tanya something boleh?"

"Boleh. Tanyalah."

"Kak Ida masih tiada khabar?" Syamila mendongak memandang langit. Matanya dipejamkan. Menarik nafas dalam dan hembus. Tenang.

"Belum. Doakan dia baik-baik ye?" Itu sahaja jawapan daripada Syamila.

"Akak, orang cakap, sakit bila kehilangan seseorang. Akak kehilangan Kak Ida dan tak tau apa dah jadi pada Kak Ida. Tapi akak nampak kuat. Tak sakit ke kak?" Bagaikan peluru tepat menusuk hati Syamila.

"Siapa kata tak sakit?" Perlahan suara Syamila menuturkan ayatnya itu.

"Sakit memang sakit. Tapi jangan lupa, dia milik Allah. Bukan milik akak. Akak tak boleh nak halang. Akak masih sedang belajar redha tapi doa dan harapan tak pernah akak putus. Dia akan balik. Itu janji dia. Selagi akak masih bernafas, akak akan tunggu dia. Kalau tak sempat di dunia, di Syurga nanti."

"Tabahnya Kak Mila."

"Tak seperti yang kamu nampak, dik." Syamila tersenyum memandang awan. Usrah Awan. Bila disebut awan, pasti teringat akan seorang insan. Insan yang cuba bangun, dengan berusaha dekati Tuhan.

"Mila tak layak untuk galas posisi ini, Ida."

"Ida kenal Mila. Ida tahu Mila boleh. Posisi ini telah Ilahi beri kepada Mila. Manfaatkan untuk bantu ummah ye."

InsyaAllah..

. . . .

'Diantara berjuta-juta bintang, hanya satu bintang yang paling terang. Diantara berjuta-juta orang, hanya kamu INSAN paling aku sayang. Diantara berjuta-juta bintang, hanya satu bintang yang paling terang. Diantara berjuta-juta orang, di hatiku tetap dirimu sayang.'

Syamila merenung mesej whatsapp daripada Saidah. Setelah hampir tiga bulan menghilang, hanya itu yang Saidah hantar kemudian terus block semula nombor Syamila. Bila telefon atau mesej Saidah, dia tak pernah jawab mahupun balas.

Syamila tersenyum. Harapannya masih sentiasa ada. Harapannya yang bersandarkan kepada Tuhan, tak pernah lentur.

'Syamila. We need to meet.' Tiba-tiba masuk mesej daripada Izhan.

Syamila menghembus nafas berat. Masalah dengan manusia tak pernah habis. Ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati sehingga melemparkan fitnah.

Sungguh, Syamila kalah dengan hasutan Syaitan supaya jadi lemah dengan fitnah yang tiba. Sejak fitnah itu, Syamila makin kurus. Tidak lalu untuk menjamah apa-apa.

Tapi selepas teringatkan Usrah Awan, dia bangun semula. Masalah tidak akan selesai jika kita lari. Kita perlu hadapi masalah dan ujian yang diberi. Ini baru sedikit Allah uji. Tak akan mahu lemah selamanya?

Moga hari ini semuanya selesai. Moga Allah permudahkan segalanya. Syamila terus bangun dan menyiapkan diri.

. . .

"Macam mana dengan istikharah akak?"

"Alhamdulillah. Akak terima. Mungkin ini jalan yang terbaik untuk tutup semua fitnah."

"Alhamdulillah." Terdengar kelegaan dari suara lelaki itu, Izhan yang berdiri di belakang Izzati, adiknya.

Izzati tersenyum bahagia membuatkan Syamila turut tersenyum.

Fitnah bahawa Syamila dan Izhan bercouple memang tidak masuk akal. Syamila dan Izhan ialah sepupu. Mana mungkin mereka tidak berjumpa dan berborak?

Tapi yang lebih memeranjatkan lagi, Izhan datang melamar ketika fitnah itu tengah hangat. Kata adiknya, Izzati bahawa abangnya itu memang sudah lama menyimpan niat untuk jadikan Syamila bakal bidadarinya. Izhan takut lebih lama dipendam, lebih kuat rasa cinta itu. Jadi dia ambil jalan yang InsyaAllah diredhai.

Dia mengajar di universiti tempat Syamila belajar. Memandangkan Syamila juga sudah berjaya selesaikan semester akhirnya. Tak sangka semuanya berjalan lancar.

"Kalau dah jodoh, tak kemana." Mereka bertiga ketawa kecil mendengar komen dari Izzati. Syamila dan Izhan pula memang tidak saling memandang. Segan mula menguasai diri.

Aku bakal menjadi seorang isteri. Tersenyum manis Syamila ketika itu. Setelah bersalaman dan bersurai, Syamila masih di tasik itu. Merenung awan.

Saidah. Mila mahu kebahagiaan ini dikongsi bersama. Mila mahu Ida turut merasai. Tapi Ida di mana? Bila Ida akan muncul? Aku kena kuat kan? Aku kena terus berjalan menuju Tuhan. Bukan terus jatuh ke dalam lubang yang sama. Aku boleh!

'Akak, esok ada surpriss!' Syamila memandang kosong srin telefonnya itu. Mesej daripada Fatihah yang katanya mahu meraikan birthday Syamila esok hari. Surpriss apa pula? Nak baling tepung ke? Atau nak kasi iphone? Haha.

. . . .

"Akak dah ready?"

"Alhamdulillah. Dah." Syamila tersenyum manis memandang Fatin yang sedang menghidupkan enjin kereta.

"Akak, akak tak nak tau ke kami nak bawa akak ke mana?" Fatihah tersengih di seat belakang.

"Macamlah kamu semua nak bagitahu." Satu kereta ketawa mendengar jawapan Syamila. Katanya hari ini nak raikan hari jadi Syamila di sebuah kafe. Syamila ikut ja, dia tak kisah sangat. Kalau tak raikan pun tak apa katanya.

"Kak Mila, kerja dekat bank tu dah dapat ke?" Aimi bertanya dari belakang.

"Alhamdulillah sudah. Kerja biasa-biasa je memula ni. Dalam masa yang sama, akak nak buka sebuah kafe." Syamila tersenyum mengenangkan impiannya. Semua yang ada di dalam kereta tersebut tersengih-srngih. Pelik Syamila dibuatnya.

Walaupun reaksi Syamila nampak gembira, di hatinya ada sedikit duka. Rindu pada Saidah yang selalu menjadi orang pertama mendoakan dan memeluknya ketika hari jadinya. Sakit menahan rindu itu cuba untuk dikurangkan. Di mulutnya tak henti beristighfar.

Akhirnya, perjalanan yang memakan masa setengah jam itu, sampai jua di destinasi yang dituju mereka berlima.

Syamila turun dan tangannya di tarik lembut oleh Fatihah. Tak sempat Syamila melihat nama kafe tersebut. Adik usrah yang lain pula seakan kaku seperti mahu Syamila yang masuk dahulu ke dalam. Setelah sampai di pintu masuk, Fatihah membisikkan sesuatu dan menolak Kakak Naqibahnya itu ke dalam.

Syamila terpinga-pinga. Kata kafe, tapi kenapa macam berhantu? Suasana di dalam sedikit gelap tetapi masih bisa dilihat. Susun atur semuanya kelihatan kemas.

Eh, kenapa banyak sangat corak-corak awan? Alas meja bercorak awan. Dinding di tampal dengan corak awan. Di syiling juga ada corak awan dan ada langit. Cantik. Awan. Awan? Saidah?

Syamila berpusing-pusing cuba mencari kelibat Saidah. Harapannya untuk bertemu dengan Saidah. Rindunya dia pada sahabatnya itu.

Ting. Pintu masuk berbunyi.

"Selamat hari jadi. Selamat hari jadi. Selamat hari jadi Mila sayang. Selamat hari jadi."

"Selamat hari jadi Kak Mila!" Teriakan datipada adik-adik usrahnya.

Syamila berdiri kaku. Insan itu, dalam suasana yang samar insan itu mendekatinya perlahan sambil membawa kek berwarna putih kebiruan. Makin dia dekat, Syamila perasan bentuk kek tersebut. Awan!

Air mata sungguh tak mampu untuk di tahan lagi. Rindunya pada insan itu. Rindu segalanya tentang insan itu. Dia berpurdah. Cantik. Sungguh, membuatkan Syamila terus terpegun.

"Syamila. Selamat hari lahir." Tertutup sedikit mata empunya badan menunjukkan yang dia sedang tersenyum. Matanya kelihatan berair. Syamila sudah tersedu-sedu. Mereka berdua saling menatap. Pecah empangan air mata keduanya. Fatihah cepat-cepat berlari mendapatkan mereka dan mengambil kek di tangan gadis berpurdah itu.

Dia menghampiri Syamila dan mengelap air mata yang tidak henti mengalir di pipi sahabtnya itu. Symila terus memeluknya. "Ida! Mila rindukan Ida." Dia menangis teresak-esak. Sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.

"Mila. Ida dah pulang. Ida minta maaf." Syamila menggeleng menandakan bahawa tidak perlu memohon maaf.

"Mila sayang Ida."

"Ida juga sayang Mila. Terima kasih sebab bertahan selama dua empat bulan. Terima kasih." Hanya tangisan yang didengari daripada Syamila.

"Kafe Awan ini kita usahakan sama-sama ya?" Syamila sedikit terkejut. Kafe Awan? Kepalanya di angkat dari bahu Saidah. Kemerahan mukanya. Dia melepaskan pelukan dan berjalan laju ke luar. Adik-adik usrahnya terkejut kerana fikir mereka, Syamila mahu pergi. Saidah hanya tersenyum.

Syamila berada di hadapan kedai. Mendongak memandang papan tangan kafe tersebut. Kafe Awan. Dihujungnya ada corak seketul awan. Nice. Syamila mengelap air mata yang bersisa dan masuk semula ke dalam.

"Ida. Apa semua ni?"

"Alhamdulillah. Allah aturkan yang terbaik buat Ida. Semua urusan dipermudahkan. Ini lah hasilnya. Impian daripada sahabat Ida."

"Kenapa buat seorang diri? Kenapa tak nak kita buat sekali?"

"Sebab namanya hadiah. Hadiahkan berbalut cantik dan penerima hanya perlu membuka balutannya." Saidah membuka purdahnya dan sungguh wajahnya berseri sekali.

"Semua urusan pasai kafe ni dah selesai ke?"

"Hehe sikit je lagi. Jangan risau, Abah Ida banyak tolong sebab Abah Ida kan dah ada dua buah butik pakaian. Jadi urusan macam ni senang je." Ida tersenyum ceria. Hadiahnya buat sahabat tercinta berjalan lancar.

"Akak, rezeki Allah itu datang tanpa diminta, datang juga dalam pelbagai cara." Saidah dan Syamila tersenyum mendangar komen daripada Fatihah yang sudah tersengih seperti kerang wangi. Hehehe.

"Hari ini, kita rasmikan Kafe Awan!" Semua bertepuk tangan mendengar ayat Saidah. Syamila mendekati Saidah dan memluknya kembali. Adik-adik usrahnya yang lain turut memeluk mereka berdua.

"Terima kasih, Ida."

"Terima kasih juga Mila sebab masih bertahan."

Usrah Awan dan juga Kafe Awan. Moga ia membawa kita ke Syurga.


Tamat. Awan dan Syurga.

Budak2kecik
April 10,2016

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter