Thursday, March 31, 2016

/ Cerpen / Semanis Senyuman


Senyuman dia
Wajah dia
Tawa riangnya
Sentiasa bikin aku cair
Tetapi di balik senyuman manis itu
Terselit seribu duka
Moga sentiasa tabah

*****

Hampir tiap hari ada yang memberi sejambak bunga ros warna merah. Padahal aku tersangatlah tidak suka pada bunga. Bukan alahan, cuma entah. Aku kurang gemar. Kadang ada juga warna pink. Cantik memang cantik. Tapi tu lah, aku tak minat.

Tiap kali mesti menjadi tatapan di dalam bakul sampah. Tapi bila difikirkan kembali, membazir pula aku buang. Akhirnya, aku ambil dan simpan buat dekorasi. Jika mahu dibilang, memang penuh rumah aku dengan jambakan bunga ros.

Tapi ia bukan sahaja berada di atas meja kerja aku, tetapi juga di rumah aku. Pelik. Aneh.

"Sapa yang kasi ?"

Secara jujur, aku sendiri tidak pasti. Ye lah, aku ni manusia biasa-biasa. Tidak punya apa. Pernah juga aku bertanya kepada rakan kerja aku, mereka bilang, mereka juga tidak tahu.

Haih, sungguh aku penasaran. By the way, nama aku Nadia. Seorang banker. Aku sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah kafe sendiri. Doakan aku. InsyaAllah.

Satu hari, masa pulang daripada kerja, aku menerima dua jambak bunga, merah dan pink putih.

Macam biasa, ia terletak cantik di atas pagar aku. Kadang bila difikirkan, rasa scary pun ada. Ye lah, siapa kasi pun aku tak tahu. Nak syak orang, aku tak berani.

Jambangan merah dibuka dan diletakkan di dalam bekas. Cantik.

'Kadang berisiko juga bila aku main ambil je bunga ni. Ye lah, takut ada yang iri hati hantar benda bukan bukan.'

Setelah selesai menggubah, Nadia mula mengambil sejambak bunga ros yang berwarna pink putih. Kali ini unik sedikit, kerana di bahagian bawah bunga ada desert strawberi di dalam bekas kecil. Dia keluarkan dan mula memakannya.

"Weh kak, awat banyak sangat bunga ros dekat rumah ?" Entah dari mana muncul Faris, adik kepada Nadia.

"Aku pun tak tahu. orang kasi, aku amik. Nak buang membazir. Mahal kot."

"Apa tu ?" Faris memuncungkan mulut menunjukkan ke arah desert tersebut.

"Strawberi."

"Nak!!!"

"Ahhh, tak boleh tak boleh. Aku punya."

"Alah, tak payah nak kedekut dengan aku. Aku ungkit nanti."

"Oh, dah pandai mengungkit sekarang. Ye lah yelah. Nah."

"Ha, macam ni la kakak yang solehah. Hmm, kak, nak tanya sikit boleh ?"

Belum sempat Faris memasukkan ke dalam mulut, Nadia menarik sudu yang berada di tangan Faris.

"Jap, ni apa ?" Dia menunjukkan ke arah sesuatu seperti cincin. Dia menarik keluar dan menuju ke singki untuk membasuhnya. Cantik. Simple and nice. Warna yang dia sendiri tidak pernah melihat.

Ada 2 bentuk, satu besar dan satu lagi agak kecil. Warnanya seakan hijau, dia menyarungkan cincin tersebut di jari manisnya. Muat, tidak terlalu longgar dan tidak juga ketat.

"Cantik ? Btw, kau nak tanya apa tadi ?" Faris buat tidak endah sahaja.

"Hmm, if someone datang masuk minang kau, kau terima tak ?"

"Sapa la yang malang nak kawin dengan aku tu...." Nadia ketawa sendiri.

"Ish, orang serius ni kak. Faris dah tanya umi dengan abah, dorang setuju je, tapi tu lah, nak kena tanya tuan badan dulu la sebab kau yang nak kahwin."

"Sungguh dia malang sebab pilih aku." Masih bersisa ketawanya.

"Kak Nad, serius la."

"Ye ye, serius la ni. If his dien is awesome, kenapa perlu aku tolak kan. Tapi apa pun, kasi aku waktu, dalam 3 hari untuk fikir dan tanya Ilahi. And can I have his picture or his social media ? Or his mother phohe number ?"

"Ehem, you cant have his picture, I will show you later, nombor phone mak dia, nanti kau minta dekat umi. Sosial media dia ? I think dia ada insta dengan blog, fb dengan twitter, im not sure. Lagipun aku tengok cam umi dengan abah berkenan je dekat dia."

"Nanti pass dekat aku username dengan link blog dia. Btw, sapa dia tu ? Did I know him ?"

"I think you deeply know him. Okey la, aku gerak dulu. Kelas pukul 3."

"Nak aku hantar tak ?"

"No no, terima kasih. Kau fikir la bebaik, sebab aku dah siasat segala latar belakang dia and I found something special bout him. Just like you ma sister." Faris senyum dan berlalu pergi.

Nadia masukkan kuntuman bunga ros di dalam bekas dan membawanya masuk ke dalam bilik. Entah, terasa istimewa pada bunga ros tersebut. Dia merenung cincin yang tersemat indah di jarinya.

'Siapa si penghantar bunga dan siapa dia. Ya Rabb, bantu aku. Sungguh aku keliru, sungguh aku tidak ketahui apa-apa.'

Malam itu seusai isya', mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu kecuali Faris.

Ehem! Ehem!

Dengar sahaja itu, Nadia sudah bersedia untuk mendengar apa sahaja bicara abahnya.

"Kakak,..."

"Hmmm" Sebaik mungkin Nadia memasang telinga.

"Kalau ada orang datang minang, kakak setuju tak ?"

"Seriously ? Sapa yang nak datang minang tu ?" Nadia hanya ketawa, menutup gundah di hati. Bukan tidak suka bicara soal nikah, minang, tetapi ada hal yang lagi penting dia perlu lakukan.

"Semalam ada orang telefon abah, dia cakap nak masuk minang kakak."

"Jadi ?"

"Umi dengan abah ada jumpa dia tadi, "

"Okey, then ?"

"Jadi umi dengan abah berkenan la. Tapi abah tak kisah pun, sebab kakak yang nak nikah."

Lama Nadia berdiam diri. Berfikir.

"Okey macam ni, tadi akak dah cakap dekat Faris kasi masa untuk fikir selama 3 hari. Lepas 3 hari, akak kasi keputusan. Then, if akak setuju, akak taknak buat mewah mewah, cukup secara sederhana. Mahar jangan tinggi, ikut kemampuan dia. Nak jimat lagi, takyah ada hantaran. Cuma satu akak minta dari umi dengan abah, mudahkan hal nikah ni dan jangan susahkan. After kahwin lagi banyak nak guna duit." Nadia hanya senyum. Sungguh dia serahkan sebulat suara kepada Ilahi.

*****

Selama 3 hari dia sendirian, berfikir segalanya. Hatinya terasa tenang. Sungguh, sangat damai. Blog si dia yang dilihat semalam, sangat bermanfaat. Si dia dalam bidang baking rupanya. Menjadi chef di sebuah kafe. Mencari gambar empunya diri, tidak ketemu hatta sekeping.

Sungguh aku terasa malu. Si dia tidak meletakkan sekeping gambar di dalam media sosialnya, tetapi aku, sudah banyak gambar bersepah di laman sosial.

Saat itu juga aku delete segala gambar yang ada. Akaun instagram aku mula tutup, hanya tinggal twitter, blog dan facebook.

Kemarin Faris menunjukkan gambar si dia dekat aku. Aku jadi semakin penasaran tentang diri dia. Entah terasa ingin tahu dia dengan lebih dekat. Wajahnya biasa biasa, berkulit hitam manis, tidak terlalu cerah mahupun gelap. Sawo matang mungkin.

Redupan matanya, senyuman yang terukir itu bagai punya seribu satu cerita. Tidak terlalu tinggi, cukup lepas untuk tidak membuli aku. Badannya tidak terlalu kurus mahupun gemuk. Pakaian yang sangat biasa-biasa. Faris bilang dia masih dalam proses menghafal quran.

Petang itu aku nyatakan jawapan aku.

"Hmm, umi, abah." kedua mereka memandang tepat ke arah Nadia.

"Jawapan akak, insyaAllah terima."

"Alhamdulillah."

"Tapi, terus buat majlis nikah, tak payah tunang."

"Tak sabar dah ke ?" Faris mencelah. Nadia ketawa.

"Tak sabar apanya, orang nak jimat duit. Takyah membazir."

"Ye lah tu."

"Hahaha sekati kau la Faris." Nadia terus bangun dan meninjau ke arah luar rumah. Sudah 3 hari dia tidak menerima bunga ros. Mungkin dia sudah tahu bahawa aku bakal bernikah tidak lama lagi.

Keesokannya, keluarga dia hadir. Bincang hal nikah dan hantaran. Aku hanya mendengar dan mencelah berapa ketika sahaja. Oh ya, dia tidak hadir ketika itu. Ibunya bilang dia punya hal di luar negara.

Keluarganya sangat simple, aku senang melihatnya. Secara jujur, aku beritahu segala kekurangan aku. Aku bilang aku tidak tahu memasak, if baking aku reti. Tapi aku juga bicara bahawa aku sedang berubah. Mereka seakan menerima aku seadanya. Mereka bilang, mereka akan membantu aku.

Ya Rabb, apa yang telah aku lakukan hingga mendapat bakal mertua yang sangat baik.

Selesai sahaja perbincangan, tarikh pernikahan sudah ditetapkan, 2 bulan daripada sekarang. Banyak persiapan yang bakal dilakukan.

*****

"Isikan nama, no ic dan tandatangan." Nadia menghulurkan sekeping resit pengeluaran tunai kepada lelaki tersebut.

'Baihaqi, nice name.' Monolog Nadia sendiri.

"Papa, lama lagi ke ? I want to eat something." Rengek seorang kanak perempuan, comel.

'Dah ada anak rupanya.' Lincah sahaja tangannya mengira wang yang bakal bertukar tangan sebentar lagi. Senyuman dibibir sentiasa terukir.

"So, here sir. Thank you."

Wang kini bertukar tangan. Nadia menghadiahkan sekuntum senyuman kepada kanak kecil tadi dan senyumannya di balas dengan lambaian.

Jam menunjukkan hampir pukul 5. Pelanggan sudah tiada. Masa untuk menutup segala akaun yang ada. Hari ini ramai yang membuat transaksi pengeluaran. Mungkin sudah tengah bulan.

Seusai pengiraan selesai, terus Nadia keluar dan menuju pulang ke rumah.

Dia melihat sekuntum bunga di atas dashboard kereta. Sudah layu. Baunya masih wangi. 'Dah lama tak dapat kiriman bunga.' Desis hati kecil Nadia.

Dia memecut perlahan. Sampai sahaja dirumah, dia berehat sebentar.

Baru sahaja dia mencapai tuala, kedengaran bunyi ketukan pintu biliknya. "Masuk ah."

Muncul kepala adiknya Faris. "Ha, kau nak apa ?"

Faris hanya tersengih. "Kau free tak esok ?"

"InsyaAllah, esokkan sabtu. Aku off day. Asal ?"

"Aku ingat nak ajak kau keluar esok. Aku tension ah nak hadap assignment, task, kuiz. Pergi memana je la yang boleh tenangkan fikiran aku. Lagi pun kau kan nak kahwin dah."

"Alasan la Faris. Pergi masjid weh. Dekat diri dengan Tuhan." Selamba sahaja Nadia menjawab.

"Aku tahu tu, but I need some fresh air."

"Ye lah, ye lah. Esok pukul berapa ?"

"09'00 pagi. Weh, dah tak dapat kiriman bunga ros dah ke ?"

"Okey, insyaAllah. Tu la, aku pun pelik. Selalu tiap hari aku dapat. Tapi semenjak sebulan ni, aku dah tak dapat."

"Mungkin dia tahu kau nak nikah dah kot."

"But I miss the suprise. Ah, dah la. Pi keluaq sana. Aku nak mandi, melekit dah ni. Pi siapkan assignment."

Faris ketawa dan terus keluar dari bilik Nadia.

'Am I really miss it ?' satu persoalan yang tiada jawapan.

Persiapan untuk pernikahan sudah siap 90 percen. Tinggal untuk mencuba baju dan edarkan kad perkahwinan. Siapa sangka aku bakal bernikah.

Yea, aku bakal bernikah dengan insan yang langsung tidak aku kenal sikapnya yang sebenar. Aku tidak tahu bagaimana amarahnya, sedihnya. Moga Ilahi bantu.

*****

Seusai subuh, terus Nadia menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Perutnya asyik mendendangkan lagu yang agak hardcore. Senyum sendiri bila dia mendengar bunyi perutnya.

Nasi goreng kosong, telur mata menjadi juadah pagi itu. Cukup untuk isi perut.

Tepat pukul 09'00 pagi, mereka keluar daripada rumah. Nadia hanya memandu mengikut arahan Faris. Layan sahaja kehendak adik seorang tu.

Okey, actually ada lagi sorang adik, perempuan. Nama dia Farisya, dia dekat asrama. Tahun ni SPM, so banyak bengkel dan jarang balik rumah.

Tiba sahaja di sebuah mall di tengah kota raya, Nadia dan Faris keluar daripada kereta.

"Weh, asal singgah sini ? Apa best ?"

"Alah, kau follow je aku. Hari ni aku belanja."

"Serious ?" Nadia memberikan senyuman yang agak sinis.

"Takat makan, boleh lah."

"Ceh, baru nak pau banyak sikit." Nadia ketawa dan berjalan di belakang Faris. Laju sahaja langkahnya.

Mereka tiba di sebuah kafe. Agak moden dan ditambah sedikit suasana kampung. Sungguh Nadia terpikat dengan kafe tersebut.

"Assalamualaikum, cik nak order apa ?" Seorang pelayan mencuba untuk mengambil pesanan mereka.

"Wa'alaikumsalam, kasi Mocha ais satu dengan ban mexican dua." Ujar Nadia selamba. Adik nak belanja, ambil peluang. Jangan lepaskan.

"Kasi saya Milo ais dengan mini piza." Terus pelayan tersebut beredar.

Mata Faris seakan mencari seseorang. Kejap kejap dilihatnya telefon pintar.

"Kau cari sapa ?"

"Ha ?" Wajahnya kelihatan kaget dan tersengih.

"Kau ajak aku keluar ni bukan saja-saja kan ?" Nadia cuba untuk serkap jarang Faris.

"Hmmm...."

"Far, baik kau cakap." Sengaja Nadia membuat wajah garangnya. Dia tahu, dari kecil lagi adiknya takut kepada dia sebab Nadia tersangatlah garang.

"Kau ingat tak yang kau pernah cakap yang kau nak jumpa bakal husben kau a week before korang akad nikah ? "

Nadia hanya mengangguk. "Jadi ?"

"Asal la kau ni blur sangat kak oi. Kan lagi seminggu kau nak nikah. Jadi hari ni aku bawak kau jumpa dia. Bakal husben kau." Melopong mulut Nadia. 'Like seriously ? Gila weh, komfem aku senyap tak cakap apa.' Desis hati Nadia.

"Dah tutup mulut tu. Tak payah nak terkejut sangat, tak payah nak control  ayu."

Pesanan mereka sudah tiba di meja. Laju sahaja Nadia mengunyah ban mexican. Sedap. Manis.

Telefon pintar Faris bergetar, Nadia memandang sekilas nama pemanggil, 'Nama tu,....'

Ya, perasaan gusar mula mengambil alih.

Dupdapdupdap.

Dup.

Dap.

Dup.

Dap.

'Ya Rabb, kenapa ni. halaaa, jangan la nak berdebar lelebih, mengada haih.' Desis hati Nadia.

"Kak, dia kata dia dah sampai." Terus Nadia tersedak air mocha. Segera Faris mengambil tisu dan menghulurkan kepada Nadia.

"Kau ni kak. Nervous pun, jangan la sampai macam ni."

'Ah, bebel la dia ni. Macam mak nenek.' Nadia kasi pandangan tajam kepada Faris.

"Ni kau bawak aku jumpa dia ni, umi dengan abah tahu tak ?"

"Tahu, lagipun dorang yang suruh bawak and dorang suruh aku temankan korang. Tu yang aku cipta alasan baik punya."

"Seriously alasan baik punya ? Alasan lapuk kau kasi. Tension assignment konon."

Tak lama lepas tu, Faris melihat seseorang datang menghampiri dan jantung Nadia berdegup kencang. Ya, sedaya upaya dia berlagak tenang. Sapa tak nervous nak jumpa bakal husband wehhh. (K, penulis over. Maaf )

"Assalamualaikum Faris."

"Wa'alaikumsalam, duduk la. Nak order pape tak."

Nadia buat tidak endah sahaja. 'Bau perfume ni. Suara tu. Macam pernah dengar. Tapi dekat mana !?...'

"Hmmm, americano satu."

"Tu je ?" Dia hanya menganggukkan kepala. Faris menuju ke kaunter untuk menambah pesanan. Tinggal si dia dan Nadia sahaja.

Tetapi Nadia hanya memandang tempat lain dan tidak mahu bertembung mata dengan dia. Sambil mengunyah ban mexican yang masih bersisa.

"Hmm, awak."

"Ye, saya." Nadia beralih wajahnya memandang dia, tetapi masih menunduk dan matanya asyik memandang tempat lain. Tidak berani untuk melihat wajah dia.

"Awak tak ingat saya ?"

"Sorry.."

"Alah, saya yang pernah, hmmm....." entah dari mana muncul sejambak bunga ros berwarna pink dan putih. Ya, sudah menjadi bunga dan warna fav Nadia.

'Mana dia tahu aku suka warna ni.' Dia menghulurkan bunga tersebut kepada Nadia. Mata Nadia asyik tertancap pada bunga tersebut. Berfikir sesuatu.

'How can he.... cop, bau bunga ni sama dengan yang sebelum ni. Perfume ni juga. Ya Rabb, ingatkan aku kembali.'

Ya, bau bunga yang dicampur dengan perfume.

"Rindu bunga ?" Nadia hanya membatu. Masih mencari ruang untuk selesaikan misteri siapa si pemberi bunga dan si dia yang bakal di nikahi minggu hadapan. Adakah insan yang sama, atau berlainan ?

"Asal senyap je ni ?" Faris kembali tiba dengan secawan americano yang di pesan oleh dia.

Dia hanya ketawa. "Kak, mana kau dapat bunga tu ?"

Senyap.

"Alah, memalu pulak. Tadi kemain kata nak sakat bakal husband la, nak buli la." Sengaja Faris bicara seperti itu.

"Far, kau bebaik sikit. Aku tak cakap pun." Hambik, hilang habis ayu aku. Keh!

"Awak nak buli saya Nad ?" Aduh mak, suara dia. Kenapa gentle sangat. Habis cair hati aku bagai coklat yang mencair. Fiuh fiuh ~

"Ha, mana ada buli. Far je yang memandai cakap macam tu."

"Betul ni ? Saya ready je kalau awak nak buli saya."

'MasyaAllah Ya Rabb. Kenapa kenapa kenapa. Suara dia, iman aku dah cair gais. Please, help me. I cant laaa.' Ronta hati Nadia. Mukanya sudah merah menahan malu. Nasib jambangan bunga ros tu menutup sebahagian wajahnya.

"Okey dah stop. Btw, boleh tak saga nak tanya soalan yang serius ?"

"Soalan serius ? InsyaAllah boleh."

"Faris, can you seat there ?"

"Yeah, sure, jangan cakap bebukan. Kalau tak aku tumbuk kau." Faris dah kasi amaran gais. Faris terus bangun dan menuju ke arah meja yang agak jauh sedikit sambil memerhati gelagat mereka.

"Ehem. Hmm I think you already know my name and else."

"kalau kita taaruf secara official ?"

"Yeah, sure. My name is Baihaqi bin Kamal. Bekerja sebagai chef di sebuah kafe....."

'Baihaqi ? Cop cop, penulis, is it Baihaqi yang datang dengan budak kecik tu ke ? Oh no, im confius.'

"Hello.. hello... Nadia ?" Nadia tersedar dari lamunannya.

"Ye. Ha, hmm, saya Nadia binti Adam. I think you already know me, right ?"

"Maybe."

"Jangan macam macam Haq. Tapi kejap, bukan ke awak yang datang semalam, dengan budak kecik. Bukan awak dah kahwin ke ? Saya rasa saya pernah nampak dan bertembung dengan awak. am I right ?"

"No, im not married yet. Budak kecik semalam tu anak kakak saya. Saya jaga dari kecik semenjak kakak dengan abang saya meninggal. And yes, kita pernah bertembung. Saya minta maaf sebab semakkan rumah dan tempat kerja awak dengan bunga ros yang banyak...."

"Stop there Haq. Jadi selama ni, bunga ros yang banyak-banyak tu, awak yang kasi ? Seriously ? but why ? Awak mesti tahu yang saya tak suka bunga. But why you keep give it to me ? " Nadia mencuba untuk menghadam segala informasi yang baharu saja diterima.

"Yes, i know bout that, tapi entah. Saya rasa awak sangat sesuai dengan bunga ros. Saya nak tunjuk dekat awak bahawa tiap kuntum itu umpama sebuah ujian dan tiap ujian  yang awak alami adalah sangat indah. Karna Ilahi sayang awak."

"Jadi, awaklah 'si pemberi bunga yang misteri' tu. Tapi awak dah habiskan banyak duit awak dengan bunga. Why Haq ? Im not special. Im just an ordinary human. Tiada yang istimewa." Suaranya semakin mendatar.

"Itu yang membuatkan awak istimewa di mata saya. Awak sangat tabah. Sungguh sejak pertama kali saya ketemu, hati saya bagai direntap dengan kuat. Sangat sakit, tetapi terasa indah. Entah, saya rasa senang bila lihat senyuman awak. Semalam saya cuba beranikan diri untuk bertemu awak walaupun bukan secara official."

Suara Haq turut mendatar.

"Kenapa saya Haq ? Cincin pada bunga last yang awak kasi tu ?"

"Sebab Dia hantar awak kepada saya. Cincin tu sebagai tanda yang saya akan masuk minang awak. Saya hasratkan dekat adik dengan parents awak. Tak sangka Allah mudahkan. Sebab tu saya stop hantar bunga ros. Saya serahkan segalanya dekat Ilahi dan tak sangka awak pakai cincin tu." Haq menunjukkan ke arah jari manis Nadia.

Sungguh air mata Nadia ingin jatuh, tapi ditahan semampu mungkin.

"Jadi, sudikah awak, Nadia untuk bernikah dan menjadi bonda kepada bakal anak-anak saya nanti ?"

Haq mengeluarkan bekas cincin dan menghulurkan kepada Nadia. Tidak tahu ingin bicara apa, hanya air mata sebagai bicara. Dari kejauhan Faris dan keluarga kedua belah pihak hanya memerhati.

Nadia mengangguk dan menyarungkan cincin tersebut. Sungguh, sangat simple.

Senyuman terukir di wajahnya. Sangat manis. 'Aku janji, aku akan sentiasa bahagiakan kau. Bantu aku ya Rabb.' Bisik hati Haq.

*****

Hari ini hari indah buat Haq dan Nadia. Hari yang berjalan dengan lancar. Moga Ilahi redha.

Hampir sebulan mereka bernikah. Salah faham itu perkara biasa, kena pandai kawal. Banyak perubahan yang terjadi kepada Nadia. Tiap hari dia belajar memasak dengan Haq.

Dan tiap hari juga kena bebel. Ya, Haq kuat bebel. Nasib sayang. Tapi satu yang aku suka tentang Haq, dia tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada aku. Tiap hari ada sahaja celoteh dan cerita dia. Story yang dia simpan bertahun-tahun lamanya, dari kecil hinggalah sekarang.

Dia suka bercerita, aku suka mendengar. Aku suka tiap kisah yang dia cerita. Akhir cerita, mesti dia kasi nasihat. Maklumlah, dulu dia nakal. Jadi dia minta aku tabah jikalau dapat anak anak yang nakal.

Tiap malam aku berfikir, 'Ya Rabb, apa yang telah aku lakukan hingga Kau kurniakan Haq sebagai suami yang sangat baik untuk aku. Kau kurniakan keluarga dan insan yang sangat sangat baik. Apa pun, terima kasih ya Rabb.'

Menitis air mata Nadia.

"Hey, kenapa menangis ni ?" Haq mengambil tempat di sebelah Nadia.

"Tak ada apa, cuma terfikir. Kenapa Ilahi temukan saya dengan lelaki yang sangat baik ni."

"Saya baik ? Memang pun."

"Habis laa. Kembang dah hidung dia."

Mereka ketawa.

Malam itu bulan penuh. cantik, sangat cantik. Moga moga Allah redha. Moga moga cinta ini hingga Syurga Dia.

Terima kasih ya Rabb.


sjmilah_
March 31,2016