Tuesday, March 22, 2016

/ Cerpen / Sabar ? Sampai bila


Sabar.
Mudah diucap.
Sentiasa ada limit.
Manusia cakap.

Padahal,
Manusia itu sendiri yang meletakkan limitnya,
Sabar itu tiada limit.

---------

Catatan 06 Jan 2016

Pagi itu seperti biasa, bangun, mandi, gosok gigi, solat, then terus bersiap untuk ke kelas. Tapi hari tu, terasa lain.

Terasa seperti mahu lari mereka.
Mood memang out. Dah kelaut mungkin.
Sengaja aku mengasingkan diri dari mereka semua.
Malas untuk ambil tahu.
Biarkan mereka. Mereka bukan peduli hal aku.

"Jadi, buat apa aku peduli hal mereka. Buat apa aku ambil kisah hal amarah, merajuk mereka. Sedangkan sikit pun mereka tidak peduli dekat aku. Heh." Monolog aku sendirian.

Oh hai, nama aku Wirda. Masih seorang student. Life aku sumpah bosan. Aku dah penat dengan manusia. Lebih tepat, aku penat dengan lakonan dunia.

30 minit berlalu.....

"Weh, lect tak masuk ke ?"

Semua geleng kepala. Aku senyap saja. Angkat beg, terus keluar.

Menjadi kebiasaan pelajar, cukup 30 minit tiada pensyarah masuk, maknanya pensyarah tiada.

"Ish, kenapa la puan tak cakap."

"Alaaa, kelas batal. Hadui."

"Penat je bersiap, datang awal masuk kelas...."

Aaaarghhh, wehh, jangan banyak complain boleh tak. Aku pandang je dorang yang meroyan tu.

"Dah kelas batal, madam tak masuk, nak buat mcm mana. Dakwah sana sini, kata jangan merungut, syukur, sabar. Tapi bila jadi macam ni, semua kelaut." Bebel aku sendirian.

"Weh, kau okey tak ?"

"......"

"Okey ke tak ?"

"Hm, okey... kot." Aku senyum kelat.

"Aku tahu ada something ni. Story dekat aku cepat. Tapi sebelum tu, dah luah dekat Dia belum ?"

"Dia ?.... " Aku geleng. Air mata jatuh. Sedaya upaya aku tahan. Akhirnya, jatuh juga. Aku tewas. Aku penat. Aku give up.

Give up dengan mereka.

"Hey, jangan menangis. Hm, dah jom balik. Sampai rumah terus kau ambil wudhuk, kau solat 2 rakaat."

Aku angguk.

Petang. Selepas asar.

"weh Sofia, ingat tak pagi tadi kau tanya aku kenapa ?"

Hmm.

"Sofia, aku give up. Aku give up dengan semuanya."

"Termasuk Allah ?" Aku menggeleng.

"Then, masih punya harapan. Kau perlu cari, kau perlu gali dalam hati kau."

"Tak, kau tak faham Sofia, aku penat dengan mereka.

Kadang, kenapa aku rasa dunia ni tak adil ?Aku rasa aku dipinggirkan. Kadang rasa, aku ni orang luar ke. Ye la, mungkin aku kurang bergaul.

Kadang aku rasa tak nak kenal dengan mereka. Sebab ye lah, amarah, merajuk mereka, segala perasaan mereka aku kena jaga. Sedangkan mereka, sedikit pun tidak ambil tahu perasaan aku. Kadang tugasan pensyarah kasi, aku yang kelam kabut buat. Dorang senyap je.

Selama ni aku sabar je. Sabar aku ada limit jugak. Aku diam. Aku senyap. Sikit pun dorang tak tanya. Kenapa dorang tak adil ?" Aku menangis.

"Hey hey, asal kau cakap macam tak percayakan Allah ni ? Aku tahu kau jenis suka duduk sensorang. Tapi kau kena jugak bergaul dengan dorang.

Dah dah, tak nak menangis lagi. Sabar k. And, sabar ni tiada limit. Siapa kita nak letak limit. Sedangkan Allah sentiasa beri kita peluang.

Ingat tak Allah pesan, sabar dan solat. Dalam surah al-Baqarah ayat ke 45, Allah berfirman yang bermaksud,

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Walau apa pun yang jadi, kau kena sabar, bukan saja saja Allah temukan kau dengan mereka. Bukan saja saja benda ni jadi kat kau.

Allah nak ajar kau yang dunia ni sementara. Allah nak ajar kau yang manusia ni tak perfect, taknak berusaha, tahu nak mengarah dan berada di puncak.

Kita hamba Allah. Buat apa yang Allah suka.
Kita bukan hamba manusia. "

"Weh, sampai bila aku kena sabar ? Sabar, sabar sabar, aku penat weh."

"Kau kena sabar sampai bila bila. Kau kena kuat. Sikit je lagi ni." Dia usap belakang aku.

"Sampai bila weh ?"

"Sampai kita semua jejak kaki dekat syurga Dia."

" Mesti kau rasa macam aku mangsa keadaan kan ? haha Hm, mungkin aku yang cegeng sngat kot. Tapi aku taknak la time aku dah takde nanti dorang sibuk update pasal aku, kata rindu bagai, padahal time aku susah, aku sensorang."

"Tak la, aku tahu kau macam mana. Aku nak kau kuat. Okey. Dah dah, taknak cakap pasal ni lagi."

Aku angguk.

"Terima kasih."

"Sama sama"

*****

"Wirda, boleh tolong aku tak ?"

Manusia yang sudah lama menyepi, kini datang menegur.

"Tolong apa ?"

"Boleh tak nak pinjam kereta kau ? Aku nak cepat ni. Emergency."

"Emergency ? Meh la aku hantar kau."

"Eh takpe takpe, biar aku yang drive." Laju sahaja tangannya mencapai kunci kereta Wirda.

Selang beberapa hari selepas itu, Wirda terlihat kawan dia yang meminjam keretanya kemarin. Niat di hati ingin bertegur sapa, tetapi dia buat tidak endah sahaja.

'Seriously ? Ini namanya kawan ? Time susah kau cari, time senang kau sepak, kau buang.'

Takpe wirda takpe. Ingat pesan Sofia, sabar. Biarkanlah dia. Kau bantu dia pun, kau dapat pahala. Now, lupakan.

Terus dia mengukir senyuman, tetapi hatinya tetap sakit.

Terus dia mengambil tempat di meja belakang sekali.

"Weh, tu Wirda." Seorang perempuan menyiku kawannya disebelah.

"Aku dengar dia dulu free hair, lepak, pegang tangan dengan lelaki."

"Ish, kau ni, biar betul."

Diam sahaja Wirda mendengarnya dan dia menoleh ke arah mereka berdua. Terus mereka tersenyum sinis.

"Tudung labuh ni nak tutup aib yang dulu ke ?"

Pedas weh pedas. Sabar Wirda sabar.
"Aah, tak payah nak bajet alim la Wirda."

Belum sempat Wirda melemparkan bicara, Sofia terlebih dahulu meluah kata.

"Korang kenapa ? Asyik cari salah orang. Dah rasa diri perfect. Oh, aku lupa. Semua tu memang tugas korang. Takpe teruskan tugas korang tu. Moga Allah redha."

Entah dari mana Sofia muncul. Wirda hanya diam dan mula menarik tangan Sofia. Pelajar tadi hanya membatu dan terus berlalu pergi.

"Sofia, dah la. Apa yang dorang cakap tu semuanya betul."

"Wirda, dah banyak kali tau...."

"Sofia, kau sendiri yang kata sabar. Aku sedang sabar dengan bicara mereka."

"Kenapa sahabat aku sorang ni tabah sangat ?"

"Aku tabah sebab kau yang nasihat suruh sabar.."

"Kenapa la kau tabah sangat Wirda."

"Sebab aku ada kau, aku ada family aku. Paling penting aku ada Ilahi. Yea, mereka lupa bahawa aku punya Ilahi."

Air mata mula turun. Sofia menyeka dan menghadiahkan senyuman manis. "Moga kau sentiasa tabah Wirda. Ya Rabb, kuatkan hati dia." Bisik hati Sofia.

*****

Setahun berlalu,

Langit kelihatan cerah. Tetapi Sofia masih menahan air matanya, dia teringat kata terakhir Wirda,

"Aku penat nak jaga hati manusia. Sofia, aku nak berehat dari dunia."

"Wirda, dah sebulan kau pergi. Kau dah tak perlu jaga hati manusia dah Wirda. Kau berehat la puas puas dekat sana. Cari port yang terbaik, nanti boleh kita lepak sama.

Wirda, kini aku faham apa yang kau rasa, kawan yang dibilang 'kawan' mula menyatakan rindu kepada kau, padahal saat kau susah, tiada siapa yang menjenguk.

Aku kasihan, mereka bilang sayang, tapi mereka bermuka.

Mereka bilang mereka cinta,
Tetapi mereka pura pura,
Mereka kata ukhuwah,
Ternyata ianya sampah."

Sofia membuka laman sosial, bersepah 'sahabat' menyatakan rindu terhadap Wirda.

: Aku rasa baru semalam jumpa dengan Wirda, sekarang dia dah kembali ke alam sana. Aku rindu Wirda.

: Wirda, lepas ni aku nak story dekat sapa lagi. Aku rindu kau.

Wirda itu, wirda ini, bla bla bla. Terus ditekan butang home.

"Sudahla dengan bicara kosong kalian, buktikan dengan tindakan. dan anda, jangan abaikan kawan anda. Tanya dia. Hargai sahabat anda. Hari ni mereka ada, esok belum tentu."

-Tamat-

sjmilah_ | 06012016