/ Cerpen / Jatuh

March 04, 2016



Kini aku jatuh,
Aku sendirian,
Tiada teman di sisi,
Wahai diri, kuatlah,
Yakin Tuhan sentiasa di sisi.

*****

Pagi itu aku sendirian. Seusai solat subuh, aku masih ditikar sejadah. Tidak tahu ingin lakukan apa. Masih buntu.

Aku sendiri tidak tahu apa perasaan ini.

"Ya Allah, apa perasaan ini. Kenapa aku rasa sakit. Kenapa aku rasa ingin menangis. Kenapa ?"

Aku asyik ulang perkataan yang sama. Tubir mata terasa hangat. Air mata mula mengalir perlahan. Semakin lama, dengan tersendiri ia keluar. Teras hangat. Terasa. Damai.

Aku fikir akan ada manusia yang menepuk bahu aku, lantas memeluk aku. Tapi itu cuma harapan. Aku lupa. Mereka tiada di sisi.

oh hai, nama aku Imani. Aku cuma seorang gadis kampung yang sangat biasa. Aku juga seorang pelajar di sebuah kolej. Normal sebagai manusia untuk jatuh right ?

Pintu terkuak sedikit.

"Imani, hari ni kelas batal."

"O-okey Isya." Terus Isya keluar. Imani melipat sejadah dan menanggalkan telekung.

Lantas dia menyarung sehelai baju kurung yang hampir 4 tahun usianya. Masih terletak elok di badannya.

Tepat pukul 9 pagi, dia keluar daripada rumah sewanya. Berjalan kaki menuju ke arah kolej.

Dia mendongak, terlihat awan tersergam indah di atas sana. Sedang asyik melihat awan, hampir saja dia berlanggar dengan gadis purdah itu.

"Maaf." Dan mereka pun membawa haluan masing-masing.

Tiba di pondok, dia mengambil tempat agak terlindung sedikit. Pemandangan yang damai. Tasik yang sangat nyaman. Aku rindu pantai dan laut.

Aku keluarkan telefon bimbit Lenovo daripada poket, aku mula taip, taip dan terus menaip. Macam macam aku story. Dari A sampai Z dan ulang lagi.

'Kenapa aku nak story dekat dia, bukan dia peduli pun.' Lantas, aku terus tekan butang delete sampai habis aksara yang ada.

'Kenapa aku perlu luah dekat dia. Ada kerja yang lagi penting dia kena buat.' Terus aku membatalkan hasrat untuk menceritakan masalah aku dekat dia. Aku tekan butang back hingga ke screen home.

Wallpaper hasil tangkapan sendiri. Ya, aku sendiri yang snap. Walaupun kurang menarik di mata orang lain, tapi tetap menyukainya.

Aku hanya memandang kosong screen telefon. Masih memikirkan sesuatu. I need to change but I dont know. I just feel lost. I lost myself.

Sekali lagi aku menekan aplikasi whatsapp. Terus aku tekan nama dia.

Isya, I need to talk.

Tak lama lepas tu, telefon aku berbunyi tanda mesej masuk.

Bout what ?

Heart (?) Feeling (?)

So, tell me. I will read and hear your problem.

Hm, I just dont know what to do. I dont know how to start. I want to change. So much sins I already done. I feel so useless. I feel bad. I feel so confused. With. EVERYTHING.

Then, go change now. Haha

Aku serius dia main main pulak. Laju saja jari aku menari di keypaid.

tapi, Allah nak ampunkan ke dosa aku ?

Allah sentiasa mengampunkan setiap doa hambaNya. better now than never. Belum terlambat lagi Imani.

But I already did so many sins. T_T Isya, aku rasa lost. Macam..... hmm, entah.

Yet, Allah still forgive you dear. No but. Just do it. Change now. I know you really want badly. I can see. Now, awak pergi ambil wudhuk, then buat solat sunat taubat. Minta ampun daripada Allah. Imani, jangan dilayan sangat perasaan tu. Itu semua hasutan makcik syaitan gemok sebelah kau.

Okey Sya. Thanks.

My pleasure dear. Now go, jumpa Allah. Allah sayang awak. Isi jiwa kosong awak dengan kalam cinta Ilahi.

Terus aku bangun dan menuju ke arah masjid. Lantas ambil wudhuk. Setiap titisan air yang mengalir terasa dingin.

Sejadah aku bentang, telekung terletak elok di badan aku. Aku mula mengangkat takbir. Setiap bacaan terasa indah. Dah lama tidak merasai.

Air mata mengalir perlahan. Ya Allah, dah lama aku tidak merasa tenang seperti ini. Aku rindu. Sungguh aku rindu.

Di dalam sujud itu, aku meluahkan segalanya yang tersimpan di dalam hati. Aku mohon keampunan kepada Dia. Air mata bercucuran lagi, dan pada masa yang sama aku merasa lapang, selapang lapangnya.

How can I forget bout this feeling ? I always busy with dunya, sehingga aku lupa perasaan tenang ini. Ampunkan aku ya Allah.

Ting ! You get one message.

Selesai saja menunaikan solat, aku capai phone.

So, hows the feeling ?

Sya ni macam tahu tahu je. Aku senyum sendiri.

I feel more better than before. Aku rasa tenang.

So now, tell me if you want me to hear your problem.

I want, but I still dont know where to start my story.

Then, we meet ?

When ?

Tomorrow, maybe ?

InsyaAllah, where ?

Tomorrow, dekat taman yang selalu kita pergi, pukul 9 pagi. Deal ?

Haha, Taman Titiwangsa ? Okey deal. See you tomorrow. InsyaAllah.

Okey then. InsyaAllah.

Tiba-tiba ada seorang gadis mendekati Imani. Dia berpurdah. Asyik melihat Imani sedari tadi lagi. Mungkin baru punya kekuatan untuk bertegur.

"Salam 'alaik, ingat saya tak ?"

Imani hanya tersenyum dan mengangguk. "Maaf, tadi saya hampir nak langgar awak."

"Its okey."

"Tunggu kelas ke ?"

"Aah. By the way, may I ask you a question ?"

"Yes."

"Awak ada masalah ye ? Hm, saya Umairah."

"Mungkin. Saya Imani." Imani hanya tersenyum.

"Tengah mencari diri ye ?"

Imani hanya berdiam. Tidak bercakap walau sepatah.

"Saya faham perasaan awak, Imani. Tiap hari saya rasa perkara yang sama. Tapi, itu perkara biasa dalam hidup kita. Tetiba kita rasa sedih. Tetiba rasa macam tak guna.

Tetiba rasa macam nak masuk gua, biar tak ada sapa jumpa. Tetiba rasa nak masuk gaung, sebab seronok dok sorang sorang dalam tu, rasa tak nak naik naik dah. Tetiba rasa nak nangiissss je.

I bet you feel all this, right Imani ?"

Imani mengangguk. Air mata mula berjuraian kembali. Umairah mengusap belakang Imani perlahan.

"Semua ni berpunca dari hati. Jadi, cuba Imani kawal dengan iman dan taqwa. Allah sentiasa ada untuk Imani.

Dekatkan diri kembali kepada Ilahi. Memang Umai tak sangkal bahawa manusia paling lemah bab hati. Umai yakin Imani mampu.

Paling penting, kita kena sentiasa muhasabah. Jangan pendam sorang. Nak menangis, menangis je. Jangan tahan. Biar kita terlihat lemah di hadapan Allah, tetapi tampak kuat di hadapan manusia."

Terus Umai memeluk Imani.

"Imani penat Umai."

"Di dalam surah al-an'am ayat 32, Allah berfirman yang bermaksud,

 Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Dunia ini sekadar permainan Imani. Penat memang penat. Tapi, sabar dan solat. Allah ada. Sentiasa ada."

Mereka meleraikan pelukan. Umai menusap air mata Imani.

"Sabar dan percaya Dia ye."

Imani hanya mengguk perlahan. Siapa sangka pertemuan ini bisa membuatkan aku kembali ingat Dia. Siapa sangka Tuhan hadirkan orang luar untuk beri semangat kembali kepada aku. Terima kasih Tuhan.

Kini aku bisa tersenyum. Tersenyum lebar dengan setiap masalah.

Memang benar, ada kala kita jatuh tersungkur.
Ada kala kita berdiri teguh di atas sana,
Tapi jangan sesekali lupa Tuhan,
Kerana Dia kau berada di atas,
Andai kau jatuh, jangan sesekali kau persoalan kenapa dan apa,
Muhasabah kembali,
Dia ingin beri ujian kerana Dia sayang.

*****

Aku masih dalam pembaik pulih hati dan jiwa.
Aku masih dalam situasi jiwa yang kosong.
Aku masih dalam dilema dalam mencari identiti diri.
Kembalilah kepada Allah.
Sabar dan solat.
Isi hati dan jiwa dengan kalam Ilahi.

Dan, aku masih merasakannya hingga kini.

-----------

sjmilah_
March 4,2016.
15'49

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter