/ Cerpen / P E R E M P U A N

February 13, 2016


"Perempuan. Wanita.

Siapa tidak kenal dengan golongan ini.
Suatu golongan yang tersangatlah ayu, lemah lembut, penuh dengan kasih sayang, terserlah segala kechantikan dan pelbagai sifat lagi.

If nak saya senaraikan, MasyaAllah, panjang dan banyak sangat.

Hanya Allah sahaja yang tahu.
Allah kata wanita ini adalah perhiasan dunia, sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah. Awak semualah wanita solehah itu. Para bidadari pun jeles tau.

Pada zaman dahulu, wanita dilayan tidak sama seperti sekarang. Kalau dulu wanita hanya dilayan untuk melepaskan nafsu dan dijadikan seperti hamba, tetapi sampai suatu saat, Rasulullah SAW telah mengangkat darjat dan martabat wanita untuk lebih dihormati dan dihargai. Allahu.

Tapi, kenapa kita, kita ni masih cuba untuk menjatuhkan martabat kita sendiri ?

Menjatuhkan maruah kita sendiri ?

Setelah Rasulullah SAW berpenat lelah menaikkan martabat kita.

Kenapa perlu kita memberi mata-mata lelaki untuk 'meratah' setiap inci tubuh badan kita ?

Kenapa merelakan mereka untuk menyentuh kulit kita yang super duper mahal ni ?

MasyaAllah, kita ni sangat berharga, kalah berlian sayang."

Itulah serba sedikit perkongsian dari kakak naqibah aku. Aku tak pernah amik peduli pun.

Yes, memang aku pergi setiap usrah dan talk yang telah dijadualkan. Tapi, hati, jiwa dan roh aku tak pernah ada sekali. Hanya jasad.

Dah banyak kali kakak naqibah aku tegur aku. Tapi, aku buat tidak endah saja. Cuma omong kosong bagi aku. Bosan.

"Nak tahu tak kenapa kita kene tutup aurat kita ?" ujar kakak naqibah aku, nak pancing minat anak-anak usrahnya.

Ramai yang macam teruja nak tahu. Memasing buat mata bulat, muka pula ala-ala comel gitu.

Terdetik jugak dekat hati aku ni nak tahu. Aku pun fokus.

"Agak-agak, siapa tahu ?"
"Sebab Allah sayang dekat kita berlipat lipat kali ganda ?"

"Sebab Allah nak bagi pahala dekat kita."

"Sebab Allah nak lindungi kita dari dimamah oleh mata-mata ajnabi ?"

Masing-masing dok bawak keluar pendapat sendiri. Tiba-tiba, kakak naqibah pandang aku. Dia tahu aku selalu tak beri tumpuan. Tumpuan aku cuma 50 50.

"Apa pendapat kamu pulak Fyn ?" Dia senyum. MasyaAllah, manis dia kalah gula-gula kapas yang aku selalu makan tu. Cair. Melting.

Inilah pertama kali dalam berbulatan gembira aku terasa seperti ada yang ambil peduli tentang aku.

"Pendapat saya, sebab kenapa kita perlu menutup aurat ni..." tudia aih, semua pandang aku. Terasa payah nak telan air liur.

".....sebab Allah yang suruh. Allah minta kita sebagai kaum wanita untuk menutup aurat supaya kita dijauhkan dari segala kejahatan, dari dipandang oleh kaum lelaki yang matanya seperti kamera DSLR.

Allah cuma minta kita untuk menjaga maruah kita, menjaga maruah agama Islam. Nak pakai apa pun pakailah, berfesyenlah. Tak kisah. Sebab segalanya adalah harus, kecuali ada dalil yang menyatakan ianya haram.

Tapi, pastikan utamakan syariat. Pastikan tudung labuh melepasi dada. Tak kiralah nak pakai tudung apa pun, asalkan aurat kita terjaga.

Baju longgar melepasi punggung. Seluar tidak ketat, dan tidak juga jarang. Sebelum keluar, fikir, adakah pakaian yang kita pakai itu membawa ke syurga atau ke neraka.

Jangan tabarruj, ana maksudkan tabarruj di sini adalah, kita jangan memakai pakaian yang boleh menarik perhatian ajnabi untuk melihat kita dan jangan pakai pakaian yang boleh mengikut bentuk tubuh badan kita. Pakaian yang menampakkan tubuh badan kita."

Aku berhenti. Agak terkejut bila aku boleh bercakap macam tu. Aneh. Mungkin puan hidayah dah berjaya mengetuk dan masuk ke dalam hati ni. Alhamdulillah.

"Maaf kalau ada salah atau tidak menjawab pertanyaan ukhti." Aku sengih.

"MasyaAllah. Hmmm, Fyn ,ana ada satu soalan. Boleh tak Fyn ceritakan lagi yang pasal mata lelaki macam kamera DSLR tu."
Allahu. Amanah berat ni.

Bismillah hirrahman nirrahim.

"As we know, mata lelaki ni boleh scan just a few second. Macam tangkap gamba, sekilas pandang je dah klik. Siap boleh simpan dalam folder lagi. Mudah untuk scan tapi bukan mudah untuk dorang lupakan dan 'delete' gambar tu. Bahaya tu.

They also know what we wear inside
, kiranya dorang tahu semualah. Tapi, itu untuk sesetengah orang, bagi ana sendiri, semua lelaki ni sama je. Dorang baik macam mana sekali pun, ana tetap tak percaya dekat depa.

If kita dapat pinjam mata dorang untuk beberapa minit, ana yakin yang kita, wanita ni tak akan berani keluar rumah, dan terus akan pakai sarung guni rasanya. hahaha

Jadi, sebab tu kita kena tutup aurat kita, bukan balut aurat kita. Sama-sama tolong. Kita tolong dorang yang baru nak berjinak-jinak untuk berubah. Kita sama sama tundukkan pandangan kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Katakanlah[Muhammad] kepada para lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat", dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, " Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka...."
[ Surah An-Nur : 30 - 31 ]

Tapi, jangan sampai terlanggar tiang sudahla ye. Maksud tundukkan pandangan ni bukannya bermakna kita kena tunduk kepala 24 jam. Bukan.

Bila kita terlihat sesuatu yang tak sepatutnya kita lihat seperti aurat orang lain, tundukkan pandangan. Alihkan pandangan.

Seperti mana yang Rasulullah SAW pernah berkata, pandangan yang pertama dimaafkan kerana tidak sengaja. Tetapi, jangan diikuti oleh pandangan yang kedua.

Sekarang ni, seringkali kita lihat ramai lelaki mempersoalkan tentang aurat wanita. Mereka asyik kata, "Wahai wanita, mohonlah tutup auratmu. Kasihanilah kami yang baru hendak merangkak untuk mengenal Islam."

Yes, betul dorang kata tu. Tapi, ingat balik apa yang Allah kata, Allah minta lelaki terlebih dahulu untuk menundukkan pandangan dan pelihara kemaluan mereka. Allah utamakan siapa ? Lelaki."

"Ana nak mencelah boleh ?" aku angguk, memberi laluan dekat Amira.

"Macam mana pulak dengan aurat lelaki ? secara umumnya, kita semua dah tahu yang aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. Jadi, kenapa dorang susah nak tutup aurat ?"

" Bismillah. Satu je masalah dia, hati dan iman. Kalau kita cerita, ajak, habaq macam mana sekali pun, hati dia kata tak mau, sampai bila-bila dia tolak. Iman kita ni walau senipis mana pun, sekali orang nasihat, insyaAllah terdetik untuk berubah.

Nak berubah bukan boleh secara drastik. Kena slow slow. Dari satu tingkat, ke satu tingkat. Kunci dia sabar dan solat. Jangan lupa untuk sentiasa istiqamah. Wallahu a'lam.
Ana rasa macam tak menjawab soalan ukhti je." Aku senyum kelat.

Pertama kali mencuba. Memang betul hidayah itu milik Allah. Hampir minitis jugak air mata aku. Tak sangka dapat cakap macam tu. Mungkin teguran dari Allah secara tak langsung.

"MasyaAllah, ukhti. Tak sangka ana. Lepas ni boleh lah ukhti pulak bawak gerabak dakwah dan tarbiah ni. Cuma satu je ana nak tambah boleh ?" semua angguk kepala.

"Betul apa yang dibicara oleh Fyn, Mira, Aida dan Rabia tu. Allah minta kita sebagai wanita untuk menutup aurat supaya diri kita terpelihara dan mendapat pahala berlipat kali ganda. MasyaAllah.

Malah, kita juga mendapat ganjaran syurga. Yang penting niat kita. Niat kita mesti kerana Allah SWT.

Antunna nak tahu tak, setitik peluh yang menitis kerana menutup aurat, Allah SWT akan hapuskan dosa-dosa kecil kita. Subhanallah. Betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan pada kita,kan? Jadi, kita seharusnya bersabar dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Panas di dunia hanyalah sementara kalau nak dibandingkan dengan panas di akhirat kelak. Setiap suruhanNya bukanlah sia-sia." kakak naqibah pandang kami dengan penuh kasih sayang.

Pertama kali aku merasa indahnya berbulatan gembira. Pertama kali aku merasa manisnya ukhuwah.

"Ana rasa, sampai sini sajalah pertemuan kita. InsyaAllah, kita berbulatan gembira lagi esok."
Handfone aku bergetar menandakan waktu asar bakal menjengah tak lama lagi. Waktu untuk dating dan bercerita dengan si Dia.

Kami bersalaman, bercipika cipiki. Kemudian kakak naqibah aku bisik,
" Alhamdulillah, Allah dengar doa ana. Teruskan berdakwah adikku, serapkan segala ilmu dan hadirkan
setiap roh dan jiwamu ke dalam gerabak tarbiah ni. Jazakillah khair, Fyn."

Menitis air mata aku. "Waiyyaki ukhti. Syukran jazilan."

Senyum. Lap air mata.

Syurga | 07042015 | 2007
Editor : Kak Mus

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter