/ Cerpen / Awan

February 12, 2016


Awan
Ditulis oleh sjmilah
12022016
15'50

Awan itu putih,
Sebersih kapas,
Sedangkan aku hina,
Dosa aku tinggi melangit,
Layakkah aku untuk meraih keampunanNya ?

---------------------------------------------------------

Pagi itu sangat dingin. Embun mula membasahi bumi. Kabus kelihatan di mana-mana sahaja. Awan masih berdiri teguh di atas sana tanpa sebarang alat.

Hebatkan Allah ? Aku senyum. Itu sekadar luaran aku. Dalaman aku ? Aku serabut, aku kusut, aku putus asa. Aku seakan hilang dan sesat tanpa arah tuju.

Aku mencapai telefon bimbit Lenovo dan mula menaip setiap bait perkataan, aku cuma perlukan seseorang untuk meluah.

Tiba-tiba aku berhenti menaip, "Kenapa aku perlu meluah ? Sedangkan belum tentu dia nak dengar. Hm." Terus aku tekan butang delete setiap aksara yang telah ditaip dari A sampai Z.

Entah, aku rasa macam tak tenang. Aku rasa jiwa aku kosong. Lantas aku capai kunci kereta dan menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Nasib dekat dengan rumah aku.

Aku ambil tempat betul betul di hadapan tasik. Air pancut mula berirama.

Awan. Masih teguh di atas sana. Aku dongak, ya Allah kenapa hati aku tak tenang.

Tetapi, saat itu, aku merasa sedikit ketenangan. Aku menghela nafas dengan perlahan.

" Mengapa masih meminjam ketenangan alam, sedangkan kau boleh mencapai ketenangan kau sendiri."

Aku terkejut, seorang wanita menegur aku. Aku menoleh, aku tersenyum. Dia sahabat aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Aku tahu, tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Aku rasa kosong. Aku rasa malu."

"Kalau malu, sampai bila-bila kau akan rasa kosong. Isilah jiwa tu dengan ayat cinta Dia. Nanti aku ajar kau nak mula dari mana. Now, tell me your story."

"Tapi, macam mana kau tahu aku ada dekat sini ?"

"Babe, aku dah kenal kau lebih 5 tahun. Kau kalau ada problem mesti kau cari tempat yang tenang. Macam sekarang." Syie senyum.

"Dan, mana kau tahu aku ada problem ?" Ujar aku perlahan.

"Sebab tadi aku on whatsapp, ingat nak ajak kau keluar, tapi aku tengok kau typing, lama jugak la aku tunggu kau sent, tapi tak ada conversation pun. Tu yang aku terus drive sini."

"Ouh." Aku masih senyap. Cuba untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

"Tadi, aku cuba menulis, idea banyak dalam fikiran, bila aku duduk depan laptop aku, aku diam. Aku macam tak tahu nak buat apa. Otak blank, tak tahu nak susun ayat. Dah la kena hantar lagi 2 minggu. Serabut lah."

Syie mendengar setiap bait bicara aku tanpa menyelit.

"Now, kau bertenang. Kau fikir balik apa yang kau dah buat selama ni." Aku hanya patuh arahan Syie.

"Pagi tadi aku terlepas subuh, sedar je dah pukul 8.00 pagi. Terus aku bangun tunaikan solat subuh." Aku malu. Aku segan.

"Minta ampun dekat Allah tak ?" Aku menggeleng.

"Jadi, jom kita mohon keampunan daripada Allah." Dia senyum dan mengenggam tangan aku.

"Allah nak ke terima aku ? Allah nak ke pandang aku ? Aku hina. Dosa aku tinggi melangit. Solat pun masih terkapai-kapai, ikhtilat aku kelaut. Aku banyak sakitkan hati manusia, masih ada ruang untuk aku dapatkan keampunan Allah? "

Air mata aku laju saja turun. Segala rasa aku luahkan. Syie memeluk aku erat. Dia mengusap belakang aku.

"Farah, kau lupa ke, Allah itu Maha Pengampun. Dia sentiasa ampunkan segala dosa setiap hambaNya. Allah tak kejam sayang. Malah, Allah sayangkan kita."

"Aku rasa aku serabut bukan sebab hal pagi tadi, sebab dosa aku. Aku banyak dosa weh. Dosa aku, aku rasa tinggi melangit. Nak ke Allah ampunkan aku ?"

Esakan aku semakin menjadi.

"Alhamdulillah, kau sedar. Tapi, Farah lupa lagi ke ? Ingat tak potongan ayat Quran yang Syie kasi minggu lepas ?" Aku menggeleng. Masih memeluk Syie.

"Allah SWT telah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud :

Katakanlah ( wahai Muhammad ): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),  janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Allah Maha Pengampun Farah. Banyak mana sekali pun dosa kita, hatta bergunung-gunung, Dia tetap mengampunkan segala dosa kita.

Allah itu Maha Penyayang. Dia sangat sayangkan kita. Ni semua ujian Dia. Ujian perasaan yang mana kau rasa diri kau tak berguna, rasa lost, dan  kosong.

Saat itu syaitan mula menghasut kau untuk buat benda bukan-bukan, tapi kau lawan, malah kau hebat, kau tak duduk sendirian, kau keluar ambil angin, cari ketenangan, lihat awan. Allah sayangkan kau Farah. Dia rindu nak dengar luahan hati kau. " Syie senyum.

Aku meleraikan pelukan aku. Melihat awan. Aku teringin nak capai awan, tapi layak ke aku ? Hati aku hitam, sedangkan awan itu putih bersih.

"Syie, aku nak berubah." Sebaris kata yang bikin Syie tersenyum lebar. Dah lama dia nasihat aku, tapi aku buat tidak endah saja. Entah mengapa hari ini aku punya kekuatan untuk menyatakan hasrat hati yang sudah lama terpendam, atau mungkin aku sudah turunkan ego aku.

“ Alhamdulillah.” Dia peluk aku.

“Apa yang perlu aku buat Syie ?” aku masih buntu. Tidak tahu hendak mulakan daripada mana.
“Jom aku tunjukkan dekat kau apa yang kita perlu lakukan untuk langkah pertama.” Syie menarik tangan aku dan berjalan menuju ke arah keretanya,

“Syie, kereta aku ?”

“Alah, kereta kau nanti kita amik. insyaAllah tak hilang. Dah masuk.” Aku hanya menurut.

“Kita nak pergi mana ?”

“Masjid.”

Masjid ? dah lama aku tak jejakkan kaki ke sana. Air mata aku menitis lagi. Syie memandang ke arah aku. “ Laa, menangis kenapa lagi ni ? Senyum sikit.” Aku menggeleng dan ukir senyuman di wajah.

Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, aku hanya mendiamkan diri. Tidak banyak bicara.

Masih mencari bait bicara untuk Tuhan. Bicara yang sudah lama aku tidak merasa. Sungguh aku rindu.

*****

Takdir Allah tiada siapa boleh persoalkan, Syie kini telah menghadap Ilahi. Satu-satunya sahabat yang sangat aku kagumi.

Dia hadiahkan aku segala jenis pakaian dan tudung dia kepada aku. “Syie, terima kasih kerana tak lekang menasihati aku. Kau sahabat dunia akhirat aku. Terima kasih untuk segalanya, kau lah tempat aku meluah, kaulah tempat aku suka duka. Terima kasih kerana tunjukkan jalan ini dekat aku.”

“Dia Sahabat Terakhir” karya Farah Amirah

“Syie, buku ni khas untuk kau. Kau sahabat terakhir aku. Aku dedikasikan buku ni untuk kau. Segala kebaikan kau, aku sebarkan, buat tontonan dan bacaan ummah, itu yang kau mahukan Syie ? Moga kau tenang di alam sana. Moga syurga buat kau Syie. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Kau berehatlah. Aku sentiasa kuat di sini.” Farah tersenyum.

Dia bernafas lega kerana tugasnya kini telah selesai. Farah mendongak dan melihat awan yang berarak perlahan. “Aku harap aku bisa jadi pilot untuk kau,tapi, aku cuma seorang penumpang di sini. Masih terkapai-kapai dek angin kencang. Aku berpaut pada awan, berharap ianya cuma sementara. Kini, kau jadi pilot untuk aku. Bimbing aku menuju ke arah Dia. Terima kasih Syie.”

*****
Hey kamu,
Teguhlah seperti awan,
Kuat berdiri di atas sana,
Tak kira bagaimanapun ujian,
Hujan, petir, kau terus teguh,
Tanpa putus asa,Yakin dengan Dia.

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter