Monday, February 22, 2016

/ Talking / Belajar. Pelajar.


Salam 'alaik readers,

[ Le Owner ]

So, aku minta maaf sesangat sebab cam lama tak update an. Haha *macam ada yang tunggu*

Ah, abaikan. aku tahu tak ada yang tunggu latest entri dari aku, kan ? Ha, see, mana ada readers. Hahaha paling pun, aku je yang baca balik entri. :')

Okey, hari ni kita talk pasal belajar. Tapi sebelum tu, result spm bakal keluar 3/3/2016. Dah ready belum nak amik result ? 

Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk korang. InsyaAllah  korang dah buat yang terbaik, jadi moga setimpal dengan usaha korang.

Ingat, apa pun yang korang dapat, ucap "Alhamdulillah". Tak kira berapa. Okey ? Okey.

Sebab tak semua orang dapat macam korang. Jadi, bersyukur. Aku dulu nak amik result dan dah dapat result memang tak ada feeling. Haha serius, aku rasa cam, hm, okey. Aku dah dapat result. So, whats next plan.

Tapi, syukur tetap syukur. Entah, aku cuma fikir, apa yang aku nak buat seterusnya. Sekolah dah habis. Jadi, aku duduk rumah je sebelum sambung belajar.

Oh ya, dulu masa form 4 dengan form 5, aku amik kos bakeri. Alah, kos yang masak masak tu, aku buat roti buku, kek, kuih, donut, piza, waffle, piza, roti segala jenis roti, hias kek, dan percayalah, saya fail bab menghias kek. Hahahaha

Macam-macam aku belajar masa sekolah dulu. Aku rindu sebenarnya, :')

Masa dah lama aku belajar dekat situ, memang aku rasa give up, penat kot, seharian duduk dalam bengkel. Terkejar sana sini. Bergaduh dengan kawan-kawan. Masam muka. 

Tapi aku tetap positifkan diri, mungkin ada sebab kenapa Allah campak aku dalam bidang ni. Then, terbitlah niat untuk membantu ummah. Aku nak bantu umat Islam sendiri. Beri makan pada yang berkeperluan.

Tak, ni bukan nak tunjuk lagak, atau nak tunjuk alim. Aku nak cakap yang, aku tak makpu beri apa-apa kepada mereka. Cukuplah aku kasi secebis pertolongan kepada mereka.

Then masa sambung belajar, cer korang teka, aku sambung bakeri atau ambil bidang lain ?

"Sambung bakeri ? Amik kulinari ?"

Tak, aku tak sambung pun bidang tu. Aku dapat bidang perbankan dan kewangan Islam.

Gila kan ? Dari baking, bidang memasak, terus terjun bidang banking, bidang ekonomi, perniagaan. Masa mula-mula masuk, sumpah aku kena kejutan budaya. Dengan ada akaun, lejar, jalan kira-kira, imbang duga segala bagai, jenis-jenis bank. Aku rasa cam, susahnya benda benda alah ni. Boleh ke aku grad tepat pada waktunya ? Boleh ke aku bawak benda benda ni sampai akhir. 

Cuma satu, sebab aku minat math je aku apply kos ni. 

Dan sekali lagi, aku give up. Aku ingat lagi, masa sem 3. Aku menangis sebab tak faham satu apa pun pasal akaun. Masa tu memang jatuh, down semua ada. Tak, aku tak kasi tahu parents aku pun.

Aku taknak dorang risau. Biar aku pendam sorang. Aku menangis depan Allah. Masa study pun aku nangis. Cengeng kan ? Haha

Last last, memang aku tawakal gila dekat Allah. Aku jawab je segala jenis soalan dan nombor tu. Aku rasa masa tu memang teruk ah. Pointer pun jatuh.

Tapi, Alhamdulillah, tak jatuh merudum sangat. Dan Alhamdulillah, akaun aku lepas.

Dan persoalan yang terbit masa sem satu dulu, kini terjawab. Aku mampu lakukan hingga akhir. Buktinya aku masih teguh di sini untuk semester akhir. Doakan aku.

Jadi point aku dekat sini, tiada perkara yang mudah dan tiada perkara yang susah. Kau belajar dulu benda tu, then dapat result. Baru kau cerita susah atau senang.

Ni tak, sebelum belajar dah kata susah. Kalau macam tu, sampai bila-bila susah. Jadi, belajarlah. Kau tak rugi pun. Ilmu dan kemahiran kau yang akan bertambah.

Tak kisah bidang apa pun yang kau ambil, percayalah, bukan saja saja Allah letak kau dalam bidang tu. Mungkin suatu hari nanti kau dapat bantu ummah.

Paling penting, letakkan Islam yang pertama. Zahirkan ciri ciri islamik dalam sesuatu bidang tu. Mesti kau punya minat dan lebih teruja untuk lebih ketahui lebih lagi ciptaan Allah.

Ingat, Allah bukan saja saja nak kasi kau masuk dalam sesuatu bidang tu. Mesti punya sebab.

Niat aku tu, sampai sekarang masih tersimpan dan Allah beri aku lebih lagi. Moga moga dengan bidang ni, aku dapat bantu ummah dengan lebih lagi. Doakan aku.

Walaupun sebenarnya aku takut dengan bidang yang berkaitan dengan ekonomi ni. Aku takut terdedah dengan rasuah, riba' dan seangkatan dengannya. Doakan aku.

Jadi, aku undur diri dulu. Apa yang baik, korang ambil. Yang tak baik, tinggalkan. Moga yang aku story ni, dapat motivasi korang yang memang lari dari kos asal. 

Yakin dengan Allah. Jangan putus asa dengan Allah.

Adios!

Friday, February 19, 2016

/ Cerpen / Aku


Bicara memang mudah,
Trend terkini menjadi igauan,
Segala larangan ditolak tepi,
Agama kini tinggal sepi,
Tiada siapa ambil peduli.

---------------

"Seringkali akhi usrah tekankan isu akhlak seperti hati. Akhlak itu mudah disebut, tetapi mahu menjaganya sangat payah." cuma monolog hati aku yang kecil.

Oh hai, just know me as Haq. Macam rare kan nama aku ? Keh! Tolak troli sendiri betul.

Dulu sebelum aku masuk dalam trek ni, aku mana tahu apa itu ukhuwah lillah, dakwah, tarbiah dan ikhwah.

Aku cuma seorang pemuda. Pemuda biasa yang inginkan kebebasan, tidak mahu dikongkong. Come on, masa tu aku dah 23 kot. Takkan asyik nak dengar cakap parent aku.

Dulu, aku pun macam korang jugak, hari-hari work-out, kasi sado. tambah tambah masa main bola, pakai seluar pendek atas lutut, lengan baju disinsing hingga atas.

Nak tunjuk otot yang ada, ye lah, buat apa aku work-out kalau tak ditunjukkan dekat perempuan kan. Mana tahu dapat tackle dua tiga orang.

Dah dapat memang rezeki lah. Hidup aku memang serba mewah, semua aku minta, aku dapat. Alhamdulillah.

Tuhan ? Apa tu ? Aku mana tahu apa-apa pasal agama. Parent aku hantar pergi mengaji, aku lari. Tak ada kelas, aku anak orang kaya, mana main mengaji ni.

Solat aku entah ke mana, puasa ? Lagi lah aku tak buat. Selamba je aku makan masa bulan puasa, berpura-pura sakit.

Islam ? Hanya pada ic bro. Zaman dah maju, Islam tolak tepi, yang penting trend terkini perlu diikuti. Jangan berfikiran jumud (sempit) sangat. Segala jenis trend aku follow hingga sunnah pun aku dont know.

Masjid ? Apa barang pergi masjid, pergi kelab bro, release tension. Tapi seteruk-teruk aku pun, aku tak akan sentuh perempuan, ambil dadah dan minum arak. Menyusahkan diri.

Suatu hari ayah aku bersuara. Masa tu aku baru balik lepak dengan kengkawan.

"Baihaqi, abah nak kamu pergi belajar agama dekat pondok, tuntut ilmu agama."

"Abah, Haq taknak pergi pondok." Aku memberontak. Gila apa lelaki bandar macam aku nak pergi pondok. Jatuh maruah aku.

"Atau, kamu nak abah potong setiap elaun kamu, tarik balik kereta yang kamu pakai tu. Pilih kamu nak yang mana."

Aku buntu. Aku serabut.

"Abah, tak aci la main pilih-pilih. Ibu, Haq taknak pergi pondok. Tolonglah." Aku cuba meraih simpati daripada ibu. Nak tinggikan suara memang aku tak berani, aku masih tahu hormat orang tua aku.

"Pergi sajalah Haq. Ini untuk kebaikan Haq dan juga ibu dengan abah. Pergilah nak." Ibu cuba memujuk aku.

Terus aku bangun. Nak taknak, aku kena pergi jugak, kalau tak elaun dengan kereta kesayangan aku kena tarik. "Okey." Sepatah aku jawab.

Wajah orang tua Haq tersenyum lebar.

"Esok pagi kita gerak."

"Seriously esok pagi ?"

"Jangan bantah." Aku terus beredar daripada situ. Aku melangkah masuk ke dalam bilik aku.

Barang semua sudah di kemas, hanya tinggal untuk di angkat. Apa yang akan jadi nanti. Lama kelamaan mata Haq terus tertutup. Enak dibuai mimpi.

Esoknya, dia bersiap dan hanya menurut tanpa bantah. Entah, aku rasa macam rela nak masuk pondok tu, sebenarnya dah banyak kali abah aku suruh masuk, tapi ada sahaja alasan yang aku kasi. Jadi kali ni aku tak dapat nak elak dah.

First day masuk pondok, aku rasa macam janggal. Aku lihat serban, songkok dan kopiah tidak terlepas daripada kepala. Mungkin dorang taruk emas kot.

Petang esoknya tu aku ambil angin, melihat keadaan sekeliling, aku pelik, satu benda aku tak nampak. Perempuan.

Setahu aku pondok ni ada lelaki dan perempuan, tapi di manakah perempuan ?

Heh, perempuan ada je, cuma aku yang tak pernah terserempak dengan dorang. Bila dorang nampak je lelaki daripada jauh terus tukar laluan, sanggup tawaf satu pondok ni.

Ingat dapat la tackle sorang dalam masa sebulan ni tapi kalau begini la caranya, nampaknya tak ada mangsa lah.

"Salam 'alaika Haq." Dia menghulurkan tangan.

"Wa'alaikumsalam." Aku sambut huluran salam tersebut. Okey, dia sebilik dengan aku. Nama dia Umar. Kiranya senior aku lah. Dah 3 tahun dia duduk sini.

"Jom ikut aku pergi usrah."

"Usrah ?" Aku tersenyum kelat. Alah, malas la. Tolong la faham. Dalam sebulan ni, dah banyak kali si Umar ni ajak aku pergi usrah, tapi faham-faham lah, banyak alasan aku kasi, tapi rasanya kali ni tak boleh kasi alasan.

"Ye, jom." Aku hanya mengikut Umar daripada belakang. Sampai saja dekat perkarangan masjid aku lihat 2 orang manusia melambai ke arah aku dan paling tepat ke arah Umar. Aku hanya tersenyum.

Aku lihat pakaian mereka sangat simple, berseluar track dan t-shirt. Tapi tak pakai songkok.

Aku ada la dengar dorang cakap yang usrah ni best, seronok, jadi why not aku cuba an. Mana tahu aku boleh berubah.

Be-ru-bah ? Hmm.

"Assalamualaikum, ni aku kenalkan roommate aku. Nama dia Baihaqi." Aku menyambut huluran salam Aidil dan Zul.

"Panggil aku Haq je." Mereka menganggukkan kepala.

"Jadi, hari ni kita nak talk pasal apa ? Korang kasi secara general, then I will talk bout it and we discuss." Ujar Zul setelah kami berborak lama.

Aidil mencadangkan tentang mengapa lelaki tidak menjaga aurat, sedangkan ianya mudah.

Laju saja Zul menjawab, "Sebab banyak alasan yang diberi, contohnya sebab trend terkini, main bola. Lagi satu, sebab iman dan hati. Kita nasihat macam mana sekali pun, kalau hati taknak terima, memang dorang tak terima.

Jadi, iman semakin lemah. Kadang aku nampak dorang nak berubah, cuma takut dengan pandangan manusia.

Manusia ni perkara mudah sengaja ambil perkara tu berat untuk ditunaikan, contohnya macam solat berjemaah."

Apa yang dorang tengah cakap ni, tapi satu je, aku rasa macam ada satu perasaan yang aneh dalam diri aku. Aku hanya mendiamkan diri. Lebih tepat lagi, aku hanya mendengar.

"Releks, hari ni kita santai je. Kau tak ada benda nak tanya ke ? Dari tadi aku tengok termenung je." Ujar Umar sambil menepuk bahu aku. Yeah, aku masih cuba menghadam setiap butir Zul.

"Tak ada kot."

"Zul..." Aidil bicara perlahan. Aku lihat wajahnya berubah. Sedih.

"Kenapa Aidil ?"

"Zul, kenapa aku rasa jiwa aku kosong." Zul menepuk bahu Aidil dan tersenyum.

"Normal bagi manusia merasa kosong atau sudah terlalu penuh hingga merasa kosong. Ujian bro, Allah rindu kau. Penuhkan dengan kalam Allah, dengan zikrullah.

Mungkin kau dah banyak lalai. Allah nak sedarkan kau balik. Percayalah, kau sangat rindukan Ilahi."

Aidil hanya tersenyum.

Setelah lama Zul kupas pasal hijrah, aku dengan Umar meminta izin untuk pulang ke asrama.

Cuma satu ayat yang membuatkan aku tersentap dalam diam, "Kita siapa untuk tidak mematuhi setiap arahan Allah. Kita cuma hamba Dia yang hina. Dia ciptakan kita. Dia beri segala keperluan kita.

Tapi kita, masih bongkak, bersifat seperti langit. Sekali Dia tarik nikmat, we are nothing."

We are nothing without Him. Teruknya aku. Aku tenggelam dengan dunia. Aku terlalu asyik dengan dunia.

Seminggu kemudian, selepas isya'. Aku dengan Umar masih di beranda masjid.

"Umar, aku nak berubah."

Satu perkataan yang telah lama aku pendam sejak seminggu lepas. Aku malu. Aku segan. Aku rasa ego aku tercalar.

Entah, aku sendiri tidak tahu kenapa dan apa yang membuatkan aku ingin berubah.

"Syukur alhamdulillah." Umar tersenyum lebar.

"Tapi aku malu Mar, dosa aku banyak. Solat pun terkebil-kebil. Mengaji pun masih merangkak. Aku takut mereka kecam aku."

"Allah ada berfirman di dalam surah az-Zumar ayat 53 dan 54 yang bermaksud,

(53) Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(54) "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

Belum terlambat lagi Haq. Takpe, kau jangan risau, aku dengan yang lain ada untuk bantu kau."

Umar menepuk bahu aku.

"Aku nak mula dari mana dulu Mar ?"

"Kita solat taubat dulu. Taubat sebenar-benar taubat."

Taubat ? Mampu ke aku ?

"Kau jangan risau, aku ajar. Okey ?"

*****

Siapa sangka manusia yang dulunya jahil tentang agama kini merangkak kembali ke arah PenciptaNya.

Manusia yang dulunya hanya terisi dengan dunia, kini mula melangkah untuk mengisi saham akhiratnya.

Siapa sangka manusia yang dulunya lemah, kini gagah berlari menuju ke Syurga Ilahi bersama sahabat.

Aku patut berterima kasih dekat abah. Mereka insan paling bahagia melihat perubahan aku. Sahabat aku sentiasa ada untuk aku.

Dan Allah beri aku segala nikmat Islam yang sangat berharga. Dia tak pernah tinggal aku.

Aku masih manusia yang masih punya karat karat dosa.

Aku masih merangkak mendalami agama.

Aku masih cuba untuk kuat di jalan ini kerana jalan ni sangat panjang.

Nak join bersama ?

-Tamat-

Sjmilah_
09022016
18'42

Saturday, February 13, 2016

/ Cerpen / P E R E M P U A N


"Perempuan. Wanita.

Siapa tidak kenal dengan golongan ini.
Suatu golongan yang tersangatlah ayu, lemah lembut, penuh dengan kasih sayang, terserlah segala kechantikan dan pelbagai sifat lagi.

If nak saya senaraikan, MasyaAllah, panjang dan banyak sangat.

Hanya Allah sahaja yang tahu.
Allah kata wanita ini adalah perhiasan dunia, sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah. Awak semualah wanita solehah itu. Para bidadari pun jeles tau.

Pada zaman dahulu, wanita dilayan tidak sama seperti sekarang. Kalau dulu wanita hanya dilayan untuk melepaskan nafsu dan dijadikan seperti hamba, tetapi sampai suatu saat, Rasulullah SAW telah mengangkat darjat dan martabat wanita untuk lebih dihormati dan dihargai. Allahu.

Tapi, kenapa kita, kita ni masih cuba untuk menjatuhkan martabat kita sendiri ?

Menjatuhkan maruah kita sendiri ?

Setelah Rasulullah SAW berpenat lelah menaikkan martabat kita.

Kenapa perlu kita memberi mata-mata lelaki untuk 'meratah' setiap inci tubuh badan kita ?

Kenapa merelakan mereka untuk menyentuh kulit kita yang super duper mahal ni ?

MasyaAllah, kita ni sangat berharga, kalah berlian sayang."

Itulah serba sedikit perkongsian dari kakak naqibah aku. Aku tak pernah amik peduli pun.

Yes, memang aku pergi setiap usrah dan talk yang telah dijadualkan. Tapi, hati, jiwa dan roh aku tak pernah ada sekali. Hanya jasad.

Dah banyak kali kakak naqibah aku tegur aku. Tapi, aku buat tidak endah saja. Cuma omong kosong bagi aku. Bosan.

"Nak tahu tak kenapa kita kene tutup aurat kita ?" ujar kakak naqibah aku, nak pancing minat anak-anak usrahnya.

Ramai yang macam teruja nak tahu. Memasing buat mata bulat, muka pula ala-ala comel gitu.

Terdetik jugak dekat hati aku ni nak tahu. Aku pun fokus.

"Agak-agak, siapa tahu ?"
"Sebab Allah sayang dekat kita berlipat lipat kali ganda ?"

"Sebab Allah nak bagi pahala dekat kita."

"Sebab Allah nak lindungi kita dari dimamah oleh mata-mata ajnabi ?"

Masing-masing dok bawak keluar pendapat sendiri. Tiba-tiba, kakak naqibah pandang aku. Dia tahu aku selalu tak beri tumpuan. Tumpuan aku cuma 50 50.

"Apa pendapat kamu pulak Fyn ?" Dia senyum. MasyaAllah, manis dia kalah gula-gula kapas yang aku selalu makan tu. Cair. Melting.

Inilah pertama kali dalam berbulatan gembira aku terasa seperti ada yang ambil peduli tentang aku.

"Pendapat saya, sebab kenapa kita perlu menutup aurat ni..." tudia aih, semua pandang aku. Terasa payah nak telan air liur.

".....sebab Allah yang suruh. Allah minta kita sebagai kaum wanita untuk menutup aurat supaya kita dijauhkan dari segala kejahatan, dari dipandang oleh kaum lelaki yang matanya seperti kamera DSLR.

Allah cuma minta kita untuk menjaga maruah kita, menjaga maruah agama Islam. Nak pakai apa pun pakailah, berfesyenlah. Tak kisah. Sebab segalanya adalah harus, kecuali ada dalil yang menyatakan ianya haram.

Tapi, pastikan utamakan syariat. Pastikan tudung labuh melepasi dada. Tak kiralah nak pakai tudung apa pun, asalkan aurat kita terjaga.

Baju longgar melepasi punggung. Seluar tidak ketat, dan tidak juga jarang. Sebelum keluar, fikir, adakah pakaian yang kita pakai itu membawa ke syurga atau ke neraka.

Jangan tabarruj, ana maksudkan tabarruj di sini adalah, kita jangan memakai pakaian yang boleh menarik perhatian ajnabi untuk melihat kita dan jangan pakai pakaian yang boleh mengikut bentuk tubuh badan kita. Pakaian yang menampakkan tubuh badan kita."

Aku berhenti. Agak terkejut bila aku boleh bercakap macam tu. Aneh. Mungkin puan hidayah dah berjaya mengetuk dan masuk ke dalam hati ni. Alhamdulillah.

"Maaf kalau ada salah atau tidak menjawab pertanyaan ukhti." Aku sengih.

"MasyaAllah. Hmmm, Fyn ,ana ada satu soalan. Boleh tak Fyn ceritakan lagi yang pasal mata lelaki macam kamera DSLR tu."
Allahu. Amanah berat ni.

Bismillah hirrahman nirrahim.

"As we know, mata lelaki ni boleh scan just a few second. Macam tangkap gamba, sekilas pandang je dah klik. Siap boleh simpan dalam folder lagi. Mudah untuk scan tapi bukan mudah untuk dorang lupakan dan 'delete' gambar tu. Bahaya tu.

They also know what we wear inside
, kiranya dorang tahu semualah. Tapi, itu untuk sesetengah orang, bagi ana sendiri, semua lelaki ni sama je. Dorang baik macam mana sekali pun, ana tetap tak percaya dekat depa.

If kita dapat pinjam mata dorang untuk beberapa minit, ana yakin yang kita, wanita ni tak akan berani keluar rumah, dan terus akan pakai sarung guni rasanya. hahaha

Jadi, sebab tu kita kena tutup aurat kita, bukan balut aurat kita. Sama-sama tolong. Kita tolong dorang yang baru nak berjinak-jinak untuk berubah. Kita sama sama tundukkan pandangan kita. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

"Katakanlah[Muhammad] kepada para lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat", dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, " Hendaklah mereka menahan sebahagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka...."
[ Surah An-Nur : 30 - 31 ]

Tapi, jangan sampai terlanggar tiang sudahla ye. Maksud tundukkan pandangan ni bukannya bermakna kita kena tunduk kepala 24 jam. Bukan.

Bila kita terlihat sesuatu yang tak sepatutnya kita lihat seperti aurat orang lain, tundukkan pandangan. Alihkan pandangan.

Seperti mana yang Rasulullah SAW pernah berkata, pandangan yang pertama dimaafkan kerana tidak sengaja. Tetapi, jangan diikuti oleh pandangan yang kedua.

Sekarang ni, seringkali kita lihat ramai lelaki mempersoalkan tentang aurat wanita. Mereka asyik kata, "Wahai wanita, mohonlah tutup auratmu. Kasihanilah kami yang baru hendak merangkak untuk mengenal Islam."

Yes, betul dorang kata tu. Tapi, ingat balik apa yang Allah kata, Allah minta lelaki terlebih dahulu untuk menundukkan pandangan dan pelihara kemaluan mereka. Allah utamakan siapa ? Lelaki."

"Ana nak mencelah boleh ?" aku angguk, memberi laluan dekat Amira.

"Macam mana pulak dengan aurat lelaki ? secara umumnya, kita semua dah tahu yang aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. Jadi, kenapa dorang susah nak tutup aurat ?"

" Bismillah. Satu je masalah dia, hati dan iman. Kalau kita cerita, ajak, habaq macam mana sekali pun, hati dia kata tak mau, sampai bila-bila dia tolak. Iman kita ni walau senipis mana pun, sekali orang nasihat, insyaAllah terdetik untuk berubah.

Nak berubah bukan boleh secara drastik. Kena slow slow. Dari satu tingkat, ke satu tingkat. Kunci dia sabar dan solat. Jangan lupa untuk sentiasa istiqamah. Wallahu a'lam.
Ana rasa macam tak menjawab soalan ukhti je." Aku senyum kelat.

Pertama kali mencuba. Memang betul hidayah itu milik Allah. Hampir minitis jugak air mata aku. Tak sangka dapat cakap macam tu. Mungkin teguran dari Allah secara tak langsung.

"MasyaAllah, ukhti. Tak sangka ana. Lepas ni boleh lah ukhti pulak bawak gerabak dakwah dan tarbiah ni. Cuma satu je ana nak tambah boleh ?" semua angguk kepala.

"Betul apa yang dibicara oleh Fyn, Mira, Aida dan Rabia tu. Allah minta kita sebagai wanita untuk menutup aurat supaya diri kita terpelihara dan mendapat pahala berlipat kali ganda. MasyaAllah.

Malah, kita juga mendapat ganjaran syurga. Yang penting niat kita. Niat kita mesti kerana Allah SWT.

Antunna nak tahu tak, setitik peluh yang menitis kerana menutup aurat, Allah SWT akan hapuskan dosa-dosa kecil kita. Subhanallah. Betapa besarnya nikmat yang Allah SWT berikan pada kita,kan? Jadi, kita seharusnya bersabar dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Panas di dunia hanyalah sementara kalau nak dibandingkan dengan panas di akhirat kelak. Setiap suruhanNya bukanlah sia-sia." kakak naqibah pandang kami dengan penuh kasih sayang.

Pertama kali aku merasa indahnya berbulatan gembira. Pertama kali aku merasa manisnya ukhuwah.

"Ana rasa, sampai sini sajalah pertemuan kita. InsyaAllah, kita berbulatan gembira lagi esok."
Handfone aku bergetar menandakan waktu asar bakal menjengah tak lama lagi. Waktu untuk dating dan bercerita dengan si Dia.

Kami bersalaman, bercipika cipiki. Kemudian kakak naqibah aku bisik,
" Alhamdulillah, Allah dengar doa ana. Teruskan berdakwah adikku, serapkan segala ilmu dan hadirkan
setiap roh dan jiwamu ke dalam gerabak tarbiah ni. Jazakillah khair, Fyn."

Menitis air mata aku. "Waiyyaki ukhti. Syukran jazilan."

Senyum. Lap air mata.

Syurga | 07042015 | 2007
Editor : Kak Mus

Friday, February 12, 2016

/ Cerpen / Awan


Awan
Ditulis oleh sjmilah
12022016
15'50

Awan itu putih,
Sebersih kapas,
Sedangkan aku hina,
Dosa aku tinggi melangit,
Layakkah aku untuk meraih keampunanNya ?

---------------------------------------------------------

Pagi itu sangat dingin. Embun mula membasahi bumi. Kabus kelihatan di mana-mana sahaja. Awan masih berdiri teguh di atas sana tanpa sebarang alat.

Hebatkan Allah ? Aku senyum. Itu sekadar luaran aku. Dalaman aku ? Aku serabut, aku kusut, aku putus asa. Aku seakan hilang dan sesat tanpa arah tuju.

Aku mencapai telefon bimbit Lenovo dan mula menaip setiap bait perkataan, aku cuma perlukan seseorang untuk meluah.

Tiba-tiba aku berhenti menaip, "Kenapa aku perlu meluah ? Sedangkan belum tentu dia nak dengar. Hm." Terus aku tekan butang delete setiap aksara yang telah ditaip dari A sampai Z.

Entah, aku rasa macam tak tenang. Aku rasa jiwa aku kosong. Lantas aku capai kunci kereta dan menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Nasib dekat dengan rumah aku.

Aku ambil tempat betul betul di hadapan tasik. Air pancut mula berirama.

Awan. Masih teguh di atas sana. Aku dongak, ya Allah kenapa hati aku tak tenang.

Tetapi, saat itu, aku merasa sedikit ketenangan. Aku menghela nafas dengan perlahan.

" Mengapa masih meminjam ketenangan alam, sedangkan kau boleh mencapai ketenangan kau sendiri."

Aku terkejut, seorang wanita menegur aku. Aku menoleh, aku tersenyum. Dia sahabat aku. Dia mengambil tempat di sebelah aku.

"Aku tahu, tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Aku rasa kosong. Aku rasa malu."

"Kalau malu, sampai bila-bila kau akan rasa kosong. Isilah jiwa tu dengan ayat cinta Dia. Nanti aku ajar kau nak mula dari mana. Now, tell me your story."

"Tapi, macam mana kau tahu aku ada dekat sini ?"

"Babe, aku dah kenal kau lebih 5 tahun. Kau kalau ada problem mesti kau cari tempat yang tenang. Macam sekarang." Syie senyum.

"Dan, mana kau tahu aku ada problem ?" Ujar aku perlahan.

"Sebab tadi aku on whatsapp, ingat nak ajak kau keluar, tapi aku tengok kau typing, lama jugak la aku tunggu kau sent, tapi tak ada conversation pun. Tu yang aku terus drive sini."

"Ouh." Aku masih senyap. Cuba untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

"Tadi, aku cuba menulis, idea banyak dalam fikiran, bila aku duduk depan laptop aku, aku diam. Aku macam tak tahu nak buat apa. Otak blank, tak tahu nak susun ayat. Dah la kena hantar lagi 2 minggu. Serabut lah."

Syie mendengar setiap bait bicara aku tanpa menyelit.

"Now, kau bertenang. Kau fikir balik apa yang kau dah buat selama ni." Aku hanya patuh arahan Syie.

"Pagi tadi aku terlepas subuh, sedar je dah pukul 8.00 pagi. Terus aku bangun tunaikan solat subuh." Aku malu. Aku segan.

"Minta ampun dekat Allah tak ?" Aku menggeleng.

"Jadi, jom kita mohon keampunan daripada Allah." Dia senyum dan mengenggam tangan aku.

"Allah nak ke terima aku ? Allah nak ke pandang aku ? Aku hina. Dosa aku tinggi melangit. Solat pun masih terkapai-kapai, ikhtilat aku kelaut. Aku banyak sakitkan hati manusia, masih ada ruang untuk aku dapatkan keampunan Allah? "

Air mata aku laju saja turun. Segala rasa aku luahkan. Syie memeluk aku erat. Dia mengusap belakang aku.

"Farah, kau lupa ke, Allah itu Maha Pengampun. Dia sentiasa ampunkan segala dosa setiap hambaNya. Allah tak kejam sayang. Malah, Allah sayangkan kita."

"Aku rasa aku serabut bukan sebab hal pagi tadi, sebab dosa aku. Aku banyak dosa weh. Dosa aku, aku rasa tinggi melangit. Nak ke Allah ampunkan aku ?"

Esakan aku semakin menjadi.

"Alhamdulillah, kau sedar. Tapi, Farah lupa lagi ke ? Ingat tak potongan ayat Quran yang Syie kasi minggu lepas ?" Aku menggeleng. Masih memeluk Syie.

"Allah SWT telah berfirman di dalam surah Az-Zumar ayat 53 yang bermaksud :

Katakanlah ( wahai Muhammad ): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),  janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Allah Maha Pengampun Farah. Banyak mana sekali pun dosa kita, hatta bergunung-gunung, Dia tetap mengampunkan segala dosa kita.

Allah itu Maha Penyayang. Dia sangat sayangkan kita. Ni semua ujian Dia. Ujian perasaan yang mana kau rasa diri kau tak berguna, rasa lost, dan  kosong.

Saat itu syaitan mula menghasut kau untuk buat benda bukan-bukan, tapi kau lawan, malah kau hebat, kau tak duduk sendirian, kau keluar ambil angin, cari ketenangan, lihat awan. Allah sayangkan kau Farah. Dia rindu nak dengar luahan hati kau. " Syie senyum.

Aku meleraikan pelukan aku. Melihat awan. Aku teringin nak capai awan, tapi layak ke aku ? Hati aku hitam, sedangkan awan itu putih bersih.

"Syie, aku nak berubah." Sebaris kata yang bikin Syie tersenyum lebar. Dah lama dia nasihat aku, tapi aku buat tidak endah saja. Entah mengapa hari ini aku punya kekuatan untuk menyatakan hasrat hati yang sudah lama terpendam, atau mungkin aku sudah turunkan ego aku.

“ Alhamdulillah.” Dia peluk aku.

“Apa yang perlu aku buat Syie ?” aku masih buntu. Tidak tahu hendak mulakan daripada mana.
“Jom aku tunjukkan dekat kau apa yang kita perlu lakukan untuk langkah pertama.” Syie menarik tangan aku dan berjalan menuju ke arah keretanya,

“Syie, kereta aku ?”

“Alah, kereta kau nanti kita amik. insyaAllah tak hilang. Dah masuk.” Aku hanya menurut.

“Kita nak pergi mana ?”

“Masjid.”

Masjid ? dah lama aku tak jejakkan kaki ke sana. Air mata aku menitis lagi. Syie memandang ke arah aku. “ Laa, menangis kenapa lagi ni ? Senyum sikit.” Aku menggeleng dan ukir senyuman di wajah.

Sepanjang perjalanan menuju ke masjid, aku hanya mendiamkan diri. Tidak banyak bicara.

Masih mencari bait bicara untuk Tuhan. Bicara yang sudah lama aku tidak merasa. Sungguh aku rindu.

*****

Takdir Allah tiada siapa boleh persoalkan, Syie kini telah menghadap Ilahi. Satu-satunya sahabat yang sangat aku kagumi.

Dia hadiahkan aku segala jenis pakaian dan tudung dia kepada aku. “Syie, terima kasih kerana tak lekang menasihati aku. Kau sahabat dunia akhirat aku. Terima kasih untuk segalanya, kau lah tempat aku meluah, kaulah tempat aku suka duka. Terima kasih kerana tunjukkan jalan ini dekat aku.”

“Dia Sahabat Terakhir” karya Farah Amirah

“Syie, buku ni khas untuk kau. Kau sahabat terakhir aku. Aku dedikasikan buku ni untuk kau. Segala kebaikan kau, aku sebarkan, buat tontonan dan bacaan ummah, itu yang kau mahukan Syie ? Moga kau tenang di alam sana. Moga syurga buat kau Syie. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Kau berehatlah. Aku sentiasa kuat di sini.” Farah tersenyum.

Dia bernafas lega kerana tugasnya kini telah selesai. Farah mendongak dan melihat awan yang berarak perlahan. “Aku harap aku bisa jadi pilot untuk kau,tapi, aku cuma seorang penumpang di sini. Masih terkapai-kapai dek angin kencang. Aku berpaut pada awan, berharap ianya cuma sementara. Kini, kau jadi pilot untuk aku. Bimbing aku menuju ke arah Dia. Terima kasih Syie.”

*****
Hey kamu,
Teguhlah seperti awan,
Kuat berdiri di atas sana,
Tak kira bagaimanapun ujian,
Hujan, petir, kau terus teguh,
Tanpa putus asa,Yakin dengan Dia.

Thursday, February 11, 2016

/ Cerpen / Move In


Move on dari masa silam,
Kemudian,
Move in kepada fitrah iman,
Move in ke dalam rahmat Allah,
Allah itu Maha Penyayang.

*****

Ini bukan sekadar cerita. Ini cerita seorang manusia yang masih terkapai-kapai mencari keredhaan Allah.

'Ah, semua cerita sama je. Kena ujian, futur, zaman silam teruk, bla bla bla....'

Yes, memang sama, cuma cara seseorang melihat sesuatu ujian itu yang berbeza. Jangan risau, kita masih di dalam trek dan jalan yang sama untuk menuju ke arah Ilahi.

Jadi, siapa kau nak tentukan apa yang perlu aku lakukan atau tidak ? Siapa kau ingin menghukum aku berdasarkan masa silam aku ?

Nak tahu ke ? If you want, you can continue reading, if not, just close it. Thank you dear.

So, aku ada kenal sorang lelaki. Yes lelaki. Ingat aku ni baik sangat ke ? baru berapa bulan je aku kenal, dengan dia la aku menggila, dengan dia la aku story memacam sampai tengah malam.

Ting ! You got one message.

'Aish, kacau betul nak bercerita.'

Aku mencapai telefon yang berada di atas meja belajar aku. Aku lihat nama dia tertera di skrin. Aku tersenyum.

Salam 'alaik. Weh, aku sambung belajar dekat UNISZA ni. Kau pulak ?

Like seriously ? Weh, aku nak pi UNISZA kot, tapi tak dapat. Laju saja jari menari di atas skrin telefon.

Ting !! You got one message again.

Jadi kau tak sambung mana-mana ? alaa, tak best la tak sekali dengan kau.

Ahh, sudah. biarkan, ada rezeki aku sambung. Kau tu study rerajin. Jangan malas sangat. Jangan abaikan harapan parents kau. Paling penting, kutip ilmu banyak-banyak.

Sent.

Rezeki aku tak sampai lagi masa tu. Then aku cuba apply dekat Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Siapa sangka aku diterima masuk. Minggu orientasi yang sangat mencabar dengan jerebu yang agak teruk. Terasa panas membahang.

'Dah lama dia tak text aku. Busy kot.'

Aku pegang fone sambil duduk di meja belajar. Satu persatu aksara keluar di skrin. masih teragak-agak sama ada mahu menghantar atau tidak. Lastly, aku buat keputusan untuk sent.

Oh ya, nama aku Syaf, bukan budak bersekolah agama. Bukan juga budak luar biasa. Cuma manusia yang biasa-biasa.

Telefon aku vibrate.

Tak, aku tak buat apa pun. Weh, lepas ni jangan contact aku lagi.

Dia mamai ni, emosi tak stabil. Terus Syaf mencampakkan telefon di atas katil.

Masih mendiamkan diri. Lebih tepat lagi berfikir. "Aku ada buat salah ke ? am i too annoying ? Tahu la beberapa hari ni aku asyik text dia. Tapi satu pun tak reply. Hm, maybe aku yang salah. Takpelah."

Aku pendam semua. Macam-macam spekulasi yang aku fikir. Bila ditanya, tidak dijawab. Weh, apa yang perlu aku buat ?

Saat itu, memang aku menangis. Aku text said sorry, minta explaination. But still nothing. Hubungan ni tergantung tidak bertali.

Depan kawan-kawan, aku buat tiada apa yang jadi, just life as a normal person, the very happy person. Tapi dalaman aku, aku hancur, aku kecewa.

"Assalamualaikum, jauhnya termenung syaf." Dia mengambil tempat di sebelah aku. Nama dia Hasya, roommate aku since first day aku masuk sini.

"Wa'alaikumsalam Hasya." Aku hanya tersenyum kelat.

"Ada problem ?"

"Problem ?" Aku hanya ketawa seperti tiada apa-apa yang terjadi.

"Hasya tahu Syaf ada problem. Dah lama Hasya perhati, if Syaf nak story, Hasya sudi mendengar. Kata ukhuwah fillah."

"Entahlah Hasya, syaf dah tak tahu nak rasa apa. Rasa kecewa, rasa marah, geram, sedih, happy." Dia menganggam erat tangan aku. Menyalurkan kekuatan mungkin.

"Syaf, dalam dunia ni, semua insan di uji. Ujian kita berlainan, tapi masih menuju ke destinasi yang sama, syurga Allah."

"Layak ke Syaf nak masuk syurga Allah ?"

"Layak syaf, sangat layak. Kita kembali kepada Dia. Syaf, kalau kita sayang seseorang, kita sanggup korbankan apa saja, tapi kenapa kita tak sanggup nak berkorban untuk Allah ? Allah dah beri kita macam-macam nikmat."

"Hasya, can we stop for awhile. Im just tired. Nanti malam aku story dekat Hasya."

Terus bangun dan beredar daripada situ.

"Dah tak tahu apa-apa tiba-tiba nak nasihat."

'Dah la, turunkan ego kau. Apa yang Hasya cakap tu betul. Kau pentingkan dia daripada Dia. Kau sayang dia lebih daripada Dia. Mana kau letak Allah di hati kau ? Kata cinta Allah dan Rasul.'

Peranglah sesama korang, aku malas nak amik kisah. Apa yang aku tahu, kaki aku melangkah ke masjid.

*****

Hasya baru sahaja selesai menunaikan solat isya'. Dia mencapai quran dan mula mengalunkannya. Aku duduk disebelahnya dan meletakkan kepala di bahunya.

Sedap suaranya. Aku suka. Aku rasa tenang. Air mata aku mengalir.

Selesai sahaja, aku terus memulakan cerita aku dekat Hasya daripada A sampai Z. Aku ketawa, aku sedih.

"Syaf, kita cakap tentang perasaan, sampai bila-bila tak habis. Tiap kali Syaf sendiri, mesti nangis. Hasya perasan. Tapi Hasya nak tanya, sampai bila syaf nak jadi macam ni ? Menangis sebab ajnabi, menangis untuk perkara yang sia-sia.

Syaf lepaskan dia. Dia tak layak untuk Syaf. Bagi Hasya, Syaf baik sangat. Syaf selalu tolong Hasya.

Ada yang lagi layak untuk Syaf."

"Tapi dosa Syaf dah banyak Hasya. Nak ke Allah ampunkan ?"

"Allah sentiasa ampunkan dosa kita jika kita ingin kembali kepada Dia. Pintu taubat sentiasa terbuka. Belum terlambat lagi Syaf."

"Hasya, Syaf nak lupakan dia." Serius aku terdesak. Aku dah tak mampu. Aku nak lupakan semuanya.

"Syaf, kita solat taubat, kita taubat sebenar-benar taubat. semua yang jadi ada hikmahnya. Allah nak Syaf kembali kepada Dia. "

*****

Aku terlalu ego dengan Tuhan.
Hingga aku malu untuk bertemu denganNya.
Aku terlalu utamakan sayang kepada manusia,
Hingga aku lupa kasih sayang Dia.
Aku terlalu berharap kepada manusia,
Hingga aku lupa kebergantungan aku kepada Dia.

Aku sedar selama ni aku yang terlalu gopoh untuk hadir di dalam hidup mereka.

Aku sedar selama ni Allah lindung aku daripada makhluk bernama lelaki. Aku tak pernah kenal lelaki sepanjang hidup aku melainkan keluarga aku.

Hadirnya dia, memberi impak yang besar dalam hidup aku.

Aku tekad, aku nak move on daripada semua ni. Nak bergerak ke fasa yang lebih lagi.

Aku ingin lupakan semuanya, hingga suatu hari, dia hadir kembali.

Salam 'alaik, apa khabar ? Ingat aku lagi tak ?

Wa'alaikumsalam, khabar baik.

Weh, aku minta maaf.

Aku dah lama maafkan kau.

hm, weh, ingat lagi tak masa first time kita jumpa ? Sumpah aku rindu.

"Apa lagi dia nak ya Allah." Terus aku campak telefon dan berdiam diri. Berfikir.

"Kenapa dia hadir saat aku sudah merasa selesa dengan diri aku sekarang ? Kenapa ?"

Aku lihat Hasya sedang asyik melayan karenah anak-anak usrah. Terus aku bangun dan menuju ke arah mereka. Gembirakan hati, lupakan sebentar tentang dia.

Malam tu,

"Hasya, dia datang balik." Suatu ungkapan yang membuatkan Hasya terkejut.

"Kau tabah k. Jangan layan dia. kau dah move on. Kau dah lupakan masa silam kau. Aku nampak usaha kau untuk lupakan dia."

"Tapi Hasya, dari tadi dia tak berhenti mesej aku. Aku rimas la."

"biarkan dia. Nanti dah lama, dia stop la. Now kau guna no aku lagi satu. No kau tu, kau simpan dulu."

"Okey."

'Maaf weh, aku nak move on dari semua ni. Aku dah penat. Aku dah letih dengan perasaan sayang. Aku nak move in ke dalam rahmat Allah. Aku nak cari perhatian Allah. Ya Allah, kuatkan aku.'

******

Sampai sekarang aku masih struggle,
untuk lupakan segalanya.
jika punya butang delete, aku ingin delete segala memori yang ada,
Tapi ini pengajaran buat aku,
Untuk lebih kuat di masa akan datang,
Aku nampak apa yang Allah ingin tunjukkan kepada aku,
Masih belum terlambat untuk berubah,
Allah itu Maha Penyayang,
Allah itu Maha Pengampun.

Nak join aku ?

-tamat-

Sjmilah_
11022016
15'58

Sunday, February 07, 2016

Kenapa Awan ?


Salam 'alaik,

[ Le Owner ]

Awan ☁

Kenapa "Awan"

Sebab....
Aku suka awan
Warnanya putih
Bersih, suci
Aku jatuh cinta pada awan
Sejak pertama kali melihat

Kadang terfikir macam
mana aku nak sentuh awan
Sedangkan ia hanya kumpulan wap air

Biar aku lihat dari jauh
Lihat ia terapung
Bersahabat dengan langit
Cemburu

Tiap kali rindu
Dongak, senyum
Kenapa aku boleh suka kau

Itu jawapan cliche aku, kehkehkeh

Aku suka awan sebab aku rasa itu mendekatkan aku dengan Dia
CiptaanNya yang sangat aku kagum
Bila sedih aku akan dongak
Melihat awan, langit
Kerana aku terasa dekatnya Allah
Bila gembira
Aku dongak, senyum
Terima kasih ya Allah

Tapi,
Awan itu suci, bersih
Sedangkan hati aku
Hitam, busuk

Mau diterima lagikah hati ini ya Allah
Hati yang dah berkecai,
Hati yang dah remuk
Hati yang dah hitam
Hati yang hanya dipenuhi dengan dunia, maksiat

Aku menangis
Dalaman aku,
Aku meraung
Aku menjerit

"Aku dah kotor. Aku hamba yang hina. Aku manusia yang penuh dosa."

Apa kau lupa apa yang Allah pesan di dalam Surah an-Nisa' ayat 27,

" Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya."

Sudahlah, masih punya harapan
Allah masih sayangkan kau
Bangunlah
Tewaskanlah hawa nafsu kau tu,
Pergilah menuju ke arahNya.

sjmilah_

Adios!

Thursday, February 04, 2016

/ Talking / Random Thought 4


Salam 'alaik,

Yeay, random again. Mesti kau rasa cam, 'hak elah Jamilah. Lebih baik kau tukar blog kau je, jadi random thought kau.'

Haha, sorry gais. Aku cuba untuk spesifik, tapi aku tak boleh buat masa sekarang, sebab aku rasa cam blur je.

Dah la aku ni blur hampir tiap masa. Jadi awak, kalau nak cakap, cakap direct je. Jangan nak berkias sangat. saya blur awak jugak yang malu. Keh!

"Macam la ada yang bercakap dengan kau. dah la lone ranger. Lonely. "

biarlah aku lonely, aku dah terbiasa. Tapi alhamdulillah, bila aku sensorang, ada je kawan yang aku terserempak.

Walaupun sekadar hai hai dan bye bye, ia tetap berharga. Macam tu jugak dengan hidup, manusia datang dan kemudian pergi.

macam kehidupan seharian aku. Pergi mana mana, mesti aku jumpa kawan yang aku kenal. Baikkan Allah ?

Even sekadar bertegur sapa. Dan ini lah kehidupan kita. Mereka hadir seperti angin. Datang menyapa dan berlalu pergi.

Tapi satu je aku nak tanya,
Kenapa mereka pergi tanpa meninggalkan nota ? Sakit weh. kau ucap bye bye pun aku rasa cam okey, you have your own life.

Tapi ni bye bye tak ada. Kau hilang macam tu je. Lesap. Its okey, aku tetap tunggu.

Dulu lah, tapi sekarang, maaf. Aku dah move on. Dia kata kalau dah move on jangan look back dah. Keh!

dah move on, teruskan move on. Sampai bila nak tersekat di masa silam sedangkan masa depan kau tengah tunggu kau.

create one memory for your future.

'we are never ever, getting back together.' - Taylor Swift.

Hahaha aku tengah dengar lagu tu.

Kalau ada problem, kau settle la berdua, jangan ajak orang ke tiga sebab dia belum tentu faham situasi korang berdua.

Matang sikit bila bincang. InsyaAllah semua masalah, pasti punya jalan penyelesaian. Kau yakin dengan Allah.

Doa dan solat jangan lupa.

--------------

Aku agak kalau aku sambung ni, komfem melalut. Hahaha kan aku dah kata, aku tak akan ke jalan yang lurus. Jalan aku semua bengkang bengkok.

kesian korang. Haha btw, aku dengan kengkawan aku ada kena buat sketsa, kiteorang ada buat dialog, insyaAllah bila dah siap aku kasi update dekat sini.

ahaha kena berlakon weh. MasyaAllah.

K k, aku roger and out. Macam selalu, ada salah dan silap, dm aku dekat twitter : @sjmilah_

Adios!

Wednesday, February 03, 2016

/ Talking / Random Thought 3


Salam 'alaik,

Nak tanya sikit boleh ? Adakah anda seorang ahli usrah ? Best tak ?

Aku tanya ni pun sebab tetiba terlintas tadi, jadi aku bebal sikit la tadi dekat twitter tu. Haha

Usrah ni okey je, tak de salah pun. Tapi make sure la korang selidik dulu, either menepati syariat atau tak. Takut lain pulak yang jadi nanti.

secara jujurnya, aku bukan budak usrah. Secara realitinya lah. Kalau alam maya, ada la join dekat wassep dengan telegram.

Tu pun banyak yang aku tak kasi komitmen. Jarang nak membuka wassep dengan tele tu. Kalau twitter ye, aku bukak hehari. Hahaha

Tapi setakat ni, Alhamdulillah, okey je usrah yang aku join ni. Komitmen pun, boleh lah. cuma aku tak reti nak nyelit je la bila noti laju je masuk.

kadang aku teringin jugak nak join usrah ni, sebab dorang kata best kalau in real life. tapi sampai sekarang tak berkesempatan lagi.

mungkin aku belum sedia lagi kot. But still, bukan budak usrah saja yang baik.

Ubah la mentaliti tu, semua orang baik. Termasuk kau. kadang ada yang join usrah sebab dia mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling dia.

kadang suasana ni turut memainkan peranan jugak.

Nak cakap lelebih, aku bukan ada pengalaman pun dengan usrah secara realiti.

Tapi ni cuma luahan aku, is it wrong if I didn't join any usrah in real life ?

Kadang aku lihat, geng geng usrah ni macam nak tunjuk hebat pun ada,

"Weh, usrah aku lebih baik dari dia."
"Usrah dorang teruk lah. Isi pun tak ada."
"Join la usrah kami, insyaAllah akan menjamin syurga. (Erk -_-")
"Dia bukan budak usrah, mesti banyak buat dosa."

Astaghfirullah, apa ni. baru join usrah, dah pandai nak mengkategorikan orang lain. Dah hebat sangat ?

Just stop. Please, berhenti lah membanding bandingkan ni. Kau nak join, kau join la memana kau nak.

Behave sikit.

Bukankah tujuan ditubuhkan usrah itu untuk mencapai keredhaan dan rahmat Allah ?

Bukankah ia untuk mengeratkan lagi silaturahim ?

Bukankah ia ditubuhkan untuk menegakkan Islam kembali ?

Tanya je.

Tapi kenapa masih ada sifat berpuak puak antara kita ?

Geng tudung labuh dengan geng tudung labuh. Memang tak boleh campur dengan geng tudung 45 ? Tanya je.

Kadang dorang ada yang berniat nak berubah. Tapi bila lihat kita macam memperlekehkan mereka, terus dorang batalkan niat tu.

Ingat, jangan sebab kita, dorang makin menjauh dari agama.

Dorang nak berubah, tapi tak tahu nak mula dari mana. Takut dengan keadaan sekeliling. saat ini, sahabat sangat memainkan peranan penting.

kenapa perlu memperlekehkan mereka ? Sedangkan hidayah itu milik Allah.

Kenapa masih mengungkit kembali zaman jahiliyah dia ?

Jangan merasa diri suci, sedangkan masih banyak dosa yang masih belum di cuci.

--------------

See, dari usrah hingga ke tudung labuh hingga ke hidayah. Aku tak tahu la ada kena mengena ke tak.

Dah lah, nanti aku taip bebanyak, lain pulak jadi. Ni pun rasa cam serba salah je sebab aku bukan budak usrah.

Macam biasa, kalau ada salah dan silap, tegur aku dekat twitter, DM aku : @sjmilah_

Adios!

Tuesday, February 02, 2016

/ Cerpen / Kebahagiaan Dalam Perpisahan


Perpisahan sangat sakit
Tetapi dalam perpisahan juga
Aku belajar erti thabat
Aku belajar yang segalanya milik Allah.

-----------------------

Pagi itu gerimis ,seperti hati aku. Kehilangan dia menjadikan aku lebih tabah. Perpisahan yang tidak dijangka sama sekali. Moga kau tenang sahabat.

Pertama kali bertemu, masing-masing malu. Tetapi apabila kita semakin mengenal hati budi, aku ketahui segalanya tentang kamu. Apa yang kamu suka, semua aku tahu, bahkan kita banyak persamaan.

Di sekolah, kita duduk bersebelahan, deskmate gitu. Setiap kali aku dipanggil guru untuk memberi jawapan, engkau sentiasa membantu.

"Hanis Syakirah, jawab soalan nombor dua tu." Aku melopong. Ya Allah, apa jawapan dia. Dah la aku tak concentrate tadi.

Segera aku mencuit Amni. "Pst, Amni, apa jawapan dia ?"

"Hanis, apa yang awak tercegat lagi tu. Cepat la. Semua dah tunggu ni."

"Ye cikgu."

Amni menghulurkan secebis kertas yang berisi jawapan. Segera Hanis menyalinnya kembali di papan putih.

Kring !!!

Loceng waktu rehat sudah berbunyi. Sedari tadi perut Hanis ligat bergoncang tanda mahu di isi makanan.

"Sya, hari ni kau bawak bekal apa ?" Amni bertanya kepada Hanis sambil menjenguk bekal yang dibawa oleh Hanis.

"Hari ni aku terbawak favourite kau. Nasi goreng telur mata." Aku ketawa.

"Sya, tukar bekal jom." Amni memberi cadangan.

"Kau bawak apa je hari ni ?"

"Aku bawak sandwich. Banyak la jugak."

Mereka berjalan beriringan sambil membawa bekal dari rumah. Sedang enak menjamu selera, ada dua tiga orang yang sekelas dengan mereka datang menganggu.

Budak lelaki, biasalah. "Weh Amni, nak satu sandwich kau, boleh ?"

"Ambil saja. Banyak aku bawak hari ni."

Kemudian senyap kembali. Apabila mendapat makanan, senyap terus. Aman.

Setelah berkemas, mereka menuju kembali ke dalam kelas. Amni merasakan langkahnya semakin berat, tetapi digagahkan juga.

Hampir seminggu Amni merasakan perkara yang sama. Dia merasa pening-pening, kadang rasa kepalanya seakan mahu pecah, Dia tidak memberitahu ibu dan ayahnya. Mungkin perkara biasa, kesan daripada belajar hingga lewat malam. Maklumla, SPM tidak lama lagi.

Akhirnya, hari yang ditunggu tiba juga, SPM. Paper pertama di lakukan dengan sebaik mungkin hinggalah paper yang terakhir. Terasa pantas masa berlalu.

Habis saya loceng peperiksaan terakhir bunyi, semua pelajar keluar dengan wajah begitu gembira sekali, tetapi seakan sedih. Perasaan bercampur baur.

Aku terus mencapai beg dan berlari menuju ke arah Amni. Aku melihat senyumnya manis sekali. Mungkin lega setelah melampiaskan segala ilmu di kertas tadi.

Aku hanya tersenyum.

Lima tahun telah berlalu, setelah mendapat keputusan SPM, Amni terus fly. Aku ? Masih di Malaysia, belajar di universiti yang ada.

Suatu benda yang Syakirah tidak tahu, Amni didapati menghidap tumor otak. Itu pun setelah beberapa kali pengsan di tempat belajarnya. Walaupun agak putus asa, dia tetap kuat. Tak, dia kena kuat. Amni nak jumpa Syakirah. Amni rindu.

Telefon bimbit Syakirah berbunyi, segera dia mengangkat.

"Assalamualaikum sayang." ucap Syakirah.

"Wa'alaikumsalam sya. Amni ni. Sya kata nak amik amni. Tak tak nampak pun."

Bukan main kepalang lagi Syakirah terkejut. "Ya Allah Amni, sorry, serius Sya lupa. Amni balik hari ni ye ?"

Amni hanya ketawa. 'Agak dah, mesti dia lupa.'

"Aah Syayang. Amni balik hari ni, dah sampai KLIA dah ni sayang."

"Amni, Sya betul betul lupa. Ya Allah, okey if not jamme I will arrive in 30 minute. Wait for me. Assalamualaikum."

Belum sempat Amni membalas, panggilan sudah di matikan.

Bukan main gelabah Syakirah memandu, nasibnya baik kerana jalan tidak sesak dengan lautan kereta manusia.

Tiba sahaja di KLIA, terus dia nampak Amni dan memanggilnya. Mereka berdua kini selamat berada di dalam perut kereta. Fiuh, sesak dengan lautan manusia tadi.

"Amni, asal muka Amni cam pucat je ?" Yea, memang pucat. Riak wajah Amni berubah, tetapi di kawal sebaik mungkin bagi mengelakkan keraguan Syakirah.

"Eh, ye ke ? Mungkin sebab lama duduk atas awan kot." Dia ketawa.

Amni, aku tahu kau sorokkan something dari aku. Syakirah terus meluncur laju menuju ke arah rumah Amni.

"Amni, nak aiskrim tak ?"

"....."

"Amni ?"

"Ye Sya. Sya tanya apa tadi ?" Dia menahan sakit dikepalanya. Sedari menjejakkan kaki dari kapal terbang tadi, kepalanya terasa berat ya amat.

"Amni nak aiskrim tak?"

"Nak."  Kemudian dia termenung lagi.

Syakirah merasa aneh dengan perubahan sikap Amni. wajahnya semakin pucat dan lesu. Kadang tu, selalu syakirah melihat Amni memegang kepalanya, bila ditanya kenapa, hanya menggeleng.

Kepala Amni terasa semakin berat. Pandangannya kelam, dunia bagaikan berputar. Semakin galak dia menyedut oksigen. Kakinya semakin lemah, pernafasan turun naik begitu laju. Akhirnya dia pengsan di ruang tamu.

Selesai mengambil aiskrim di dalam peti sejuk, terus Syakirah menuju ke depan. Tiba tiba aiskrim ditangannya jatuh,segera berlari mendapatkan Amni.

Amni pengsan. Ya, Amni perlukan pertolongan. Segera Syakirah menelefon talian kecemasan. Tidak sampai 15 minit, ambulance tiba.

"Amni, kau kena kuat."

Tiba dihospital, segera Amni dikejarkan ke wad kecemasan kemudian terus dimasukkan ke wad ICU. Ya, Amni dalam keadaan kritikal. Tumor otak sudah di stage 4. Kawan jenis apa aku ni, sahabat sendiri sakit aku tidak tahu apa apa.

Aku menangis semasa doktor bicara hal itu kepada aku sebentar tadi. Amni, sampai hati kau. Sikit pun kau tak cerita dekat aku. Aku menangis dan terus menyeka air mata.

Tak, aku kena kuat. Aku kena kuat untuk Amni, kalau aku lemah, dia juga lemah sebab aku kena salurkan kekuatan untuk dia.

Ya, dia akan bangun. Dia akan sihat kembali. Aku ulang hingga air mata aku menitis kembali.

Aku melangkah lemah menuju ke arah Amni. Dia terbaring lesu tetapi masih tersenyum manis. Aku rindu senyumannya.

"Amni, kenapa ?" Syakirah bicara lemah, antara dengar atau tidak.

"Sebab Allah sayang. Ingat tak apa yang Amni pesan dulu ?" Lemah sahaja aku mendengar suaranya. Aku hanya mengangguk.

"Allah tak akan membebankan setiap hambaNya melainkan dengan kesanggupannya. Allah tahu setiap kemampuan hambaNya. Allah yakin dekat hambaNya. Percaya dan bergantung pada Allah ye."

sesekali aku dengar dia mengaduh kesakitan.

"Sya, aku tunggu kau dekat syurga. Aku sayang kau. Kau sahabat dunia akhirat aku." Amni bersuara lemah.

Aku dengar nafasnya semakin memberat. Ajal sudah tiba mungkin. Mati !?

"Amni, kau rehatlah. Dah lama kau penat lelah, sekarang kau berehat ye. InsyaAllah, nanti aku jumpa kau kat sana ye. Aku pun sayang kau. Kau pergilah. Aku tak halang, aku redha. "

Aku senyum walaupun air mata aku turun laju bagaikan air terjun. Ya, akhirnya tepat pukul 1 petang dia sudah mengadap Ilahi. Allah sayang kau Amni.

Kau rehatlah. Selepas itu jenazah Amni terus di kapan dan di letakkan di liang lahad. Mudah saja urusannya, tapi petang itu mendung. Mungkin merasa sedih juga seperti aku.

"Amni, kau tenanglah di sana. Kau berehat puas puas,segala memori kita, aku simpan sebaik mungkin. Aku sayang kau."

Aku tersenyum memandang awan.
Aku merasa bahagia meski kita berpisah, tidak mengapa, kita hanya berpisah di dunia. Kita jumpa di Syurga Allah ye Amni.

-Tamat-

sjmilah
15012016
23'01

/ Talking / Random Thought 2


Salam 'alaik,

Keh! Maaf sebab dah lama tak update. Haha seriously aku rasa cam, weh dah lama tak update blog. Okey, maaf.

Aku cam tak tahu nak update apa. Aku bukak, then aku tutup balik. Nampak dak punya tak tahu nak taip apa.

Jadi, aku gagahkan jugak diri untuk update, so I will talk random, sebab cam senang tapi sebenarnya tetap susah.

So complicated. Hahaha women. Right ?

Tadi aku bebel dekat twitter pasal menghafal Quran. Now aku bebel dekat sini pulak. Nampak tak yang aku suka membebel, jadi mohon bertabah kekasih gelap aku.

haha k gurau. In real life aku tak banyak bebel. Aku banyak cakap ja. Tu pun boleh tetiba senyap. Hahaha

Kadang aku on twitter ni sebab ......

Nak jawapan jujur dari aku ke ?

Okey okey, aku selalu on twitter sebab aku rasa cam twitter ni tempat aku meluahkan segalanya.

Eh, hm okeu tak semua aku luah. Just certain part. Tapi bila fikir balik, dah banyak aku dedahkan tentang diri aku dekat public.

But still, I hope they did not know me in real life. Sorry guys.

Family ? Kalau boleh pasal family aku, aku taknak dedahkan. Cukuplah aku sorang. Jadi, kalau kau nak cakap apa apa pasal aku, jangan libatkan family aku.

Just dont.

Dekat twitter ni kekadang aku tengok ramai jugak lah yang tweet tweet dakwah, puisi, tiap bait aksara yang tertulis tu memang cantik.

Aku suka. Teruskan. Tapi satu je, kenapa suka unmensi orang ? Haha aku perati ja, dan termasuk aku.

Dakwah is okey, but please jangan ada unsur sindir menyindir, rasa diri lebih hebat dari yang lain.

'dakwah aku la paling hebat sebab banyak yang retweet dan like dan fav dan quote.'

Aku tahu ada yang pernah terdetik. Ke tak ? haha tanya je.

Kalau bilangan rt dan like tu yang dikira, agaknya apa yang jadi dengan niat ikhlas pada awal tweet tersebut ?

Kalau betul bilangan itu yang dikira, adakah ia akan menjadikan kita lebih hebat ?

Hati hati, penyakit hati ni kita tidak nampak. Dan kita sebagai pembaca, make sure setiap tweet tu dari sumber yang sahih.

sebab belum tentu yang banyak rt dan like tu adalah sahih. Behave sikit.

Then, pasal niqabis hipster tu, mohon delete gambar tu, kita dah sebar aib dia. Nak tegur, tegur personal. Tegur secara lembut. Tegur secara umum.

[ Maksud aku tegur secara umum ni kau tak kaitkan dengan mana mana manusia, alam dan cakerawala yang ada. You know, general. Ke tak faham ?]

Ni aku tak marah tau, aku cuma kasi tahu ja. Karang hampa kata aku marah lah, apa lah. Chill babe. Aku tengah random ni.

Kadang terfikir,
"Sampai bila nak jadi macam ni ?"

Sampai bila nak futur ? Putus asa ?

Come on, dah 2016 weh,
Tak kan nak give up lagi,
Bangkit la dari lena yang panjang,
Sudah sudahlah berangan dua puluh empat jam,
Masa untuk bertindak weh,
capai la cita cita kau,
Capai la impian kau,
Usaha itu perlu,
Sampai bila nak malas ? Tanya je.

Update status Islam semakin mundur,
Keyboard warrior memang megah,
Ajak face to face beribu alasan diberi,
Tiada usaha yang dilakukan,
Hanya duduk di sebuah kerusi,
Sambil telefon bimbit di tangan,
Jari laju saja menari di screen,
"Islam mundur ?"

Tak Islam tak mundur,
Islam semakin berkembang,
Tapi umatnya semakin mundur,
Tidak tahu hendak lakukan apa,
Hanya duduk dan like saja,
Aku la tu.

Kata nak satukan Islam,
Tapi apa usaha yang sudah kau lakukan ?

Sampai bila nak jadi macam ni ? Tanya diri kau sendiri.

Tanya je.

-----------


Haha punca betul twitter ni. kan aku dah bebel pasal twitter. Dekat twitter ni pun ada memacam drama. Korang hati hati je lah.

Dari twitter, sampailah ke keyboard warrior. Apa kena mengena tak tau. Haha


Ni kalau ada salah dan silap, tegur aku. Jangan dok senyap, lepas tu pi tweet cakap aku buat benda tak betul. bagi tau kat aku, dm aku dekat twitter : @sjmilah_

Adios!