Monday, January 25, 2016

/ Talking / Zina Hati.


Salam 'alaik,

Okey, today we will talk bout Zina Hati. Apa benda zina hati ni. Nak tahu ? Korang baca dulu story dekat bawah ni.

---------------------------------
Tajuk : Zina Hati
Karya : sjmilah_

Sedang asyik melihat awan, aku sengih sendiri.

"Ha, ni dah kenapa ni ? Teringat crush dekat seberang laut tu ?"

"MasyaAllah sistur, salamnya mana sis ? Crush ? Crash ada lah. haha"

"Bukan ke kau selalu cakap yang kau ada crush seberang laut ?"

"Sis, saya memain je, tapi mana tahu one day dapat husben seberang laut bermata biru."

"Haip, tak mau zina hati."

"Zina hati sis ?"

"Aah, zina hati. Kau nak bercrush crush bagai tu."

"Ehhh, saya rasa sis salah faham ni pasal zina hati." *Emoji peluh*

"Ye ke ? Habis tu zina hati tu cane ?"

"Okeh, macam yang kita tahu bahawa Allah telah memberi arahan yang berbunyi, janganlah kamu menghampiri zina. Jadi dengan ini, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi nak berzina. Astaghfirullah.

Hmm, berbalik kepada zina hati tadi. Zina hati ni bukannya yang crush sekadar crush tu sis. Zina hati ni macam bila kita terbayangkan yang kita tengah berada di suatu taman bunga, rama rama berterbangan, arnab melompat lompat, kucing berkejaran.

Sambil berpegangan tangan bagaikan pasangan yang sudah bernikah. MasyaAllah sistur, no no, takmau macam tu.

Bila ada je tempias keinginan seperti itu, mohon segera ingat kerja yang tergendala tu.

Serius saya cakap, zina hati ni tidak terlihat pada pandangan zahir. Jadi, jaga hati tu baik baik."

*Senyum.
-----------------------------------

Jadi, macam mana ? Faham ke faham ? Okey okey, kita luaskan sikit skop dia.

Bayangkan anda berada di tepi pantai, angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajah, duduk di kerusi mengadap si dia. Sambil berpegangan tangan.

MasyaAllah, eh, hey hey, senyum sensorang tu kenapa ? Ingat crush ? Sahabat ? Ayah ? Abang ? Adik ? Mak ? Kakak ?

Ke ajnabi ? Ha, ayok. Haha tak lah, saja nak bergurau dengan hampa.

Zina hati ni macam segala apa yang yang tidak boleh kita buat di alam realiti seperti menyentuh tangan orang bukan mahram dengan kita, tetapi perkara tersebut di'benar'kan melalui angan angan dan hati kita.

Kiranya kita berangan yang kita sudah bernikah dengan dia, padahal secara realitinya, kita tiada apa apa hubungan dengan dia.

Nak atasi ? Cepat cepat kita istighfar, fikirkan tentang ummah, perkara perkara yang boleh membangunkan ummah kembali.

Sampai bila nak hidup dalam suasana berangan, its time to wake up guys, no time to think bout ajnabi. jangan risau, masih belum terlambat.

Masih sempat lagi untuk bertaubat. 

Tak layak ?

Awak lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun ? *senyum*

Moga bermanfaat. Jika entri kali ni ada salah. Mohon tegur. Jangan diamkan diri. 

Adios !