/ Talking / Syukur

January 22, 2016


Salam 'alaik,

Okey, today we will talk bout 'syukur'. InsyaAllah. Nak buat introduction, memang aku fail. jadi, kita terus ke isi lah ye.

"Weh, syukur ni macam mana ? Dari tadi kau cakap syukur, syukur syukur, pelik aku."

Syukur ni macam, hm, bila kau dapat something, atau anything yang kau ada, kau merasa cukup, tanpa nak membandingkan dengan yang lain.

Weh, untungkan kau, dapat result bagus gila, boleh travel satu dunia, baju cantik cantik. Aku jeles dengan kau. Sedangkan aku nothing, result teruk, miskin, tak ada apa. *hujan. Hujan. Muka sedih.*

Im pretty sure that most of us said like that, right ? Mengaku saja dengan diri.

Yes, kadang kadang aku pun macam tu. Tapi bila fikir balik, buat apa nak jeles dengan kehidupan, kelebihan orang lain.

Just live on your own. Usaha sendiri.

Sampai bila nak iri hati ?
Sampai bila nak dengki ?
Sampai bila kita nak jadi macam ni ?

Setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini sudah Allah SWT tetapkan rezeki masing masing.

Ada yang hidup mewah,
Ada yang serba kekurangan,
Ada yang asyik merungut,
Ada yang macam macam karenah,

Manusia,
Apa yang kita mahu sebenarnya ?
Asal orang tu lebih sikit daripada kita, terus kita assume dia buat bomoh la, apa lah.

Ya Allah tolong la ubah mentality tu. Kita semua patut bergantung kepada Allah semata mata, bukan benda benda khurafat tu.

Aku cuma minta kau berfikir menggunakan akal yang cerdik yang telah dikurniakan oleh Allah. Fikir baik baik. Kita fikir jangan emosi semata, fikir guna hati, bukan emosi.

Apa yang kau ada sekarang, belum tentu kau akan dapat pada masa hadapan. Maksud aku, belum tentu sama jika kau minta keadaan berubah.

Kau belajar la erti syukur.
Syukur dengan segala nikmat yang telah Allah beri.
Syukur dengan segala rezeki yang telah Allah beri.

Kita dapat bernafas, syukur.
Kita dapat makan, syukur.
Kita dapat sahabat, syukur.

Family ? Aku taknak sentuh. Korang tahu apa yang patut korang buat, sebab pendapat aku yang marhean gila ni , bila kita diberi peluang kedua, belum tentu kita akan dapat insan yang sama seperti mereka yang memang terima kita yang memang out ni.

Jadi, syukurlah dengan apa yang kita ada.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" [ Ar-Rahman 55 : 16 ]

Sebenarnya syukur ni luas. Sangat luas. Kau duduk saja saja, tengok awan, langit terbentang luas pun kau patut syukur.

Sebab ?

Kau masih boleh lihat kebesaran Allah. Sedangkan ada yang tidak mampu melihat.

Kadang kau dapat makanan, pun kena syukur.

Sebab ?

Kau masih boleh makan, ada makanan. Sedangkan ada yang tidak mampu.

jangan bandingkan dengan orang yang di atas kita. Tapi kita banding dengan orang bawah. baru kita belajar erti syukur.

tapi bila masuk bab ibadat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih tinggi daripada kita. bukan yang bawah daripada kita.

Even benda tu kecik, kita kena bersyukur.

Okey, tetiba blank, tak tahu nak taip apa. Jadi aku stop sini je lah. Maaf salaah dan silap. Feel free to tegur kesalahan yang aku buat.

Adios !


You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter