Tuesday, January 26, 2016

/ Talking / Random Thought 1


Salam 'alaik,
[ Le Owner ]

Jadi, hari ni kita talk randomly. Kiranya takde benda spesifik lah, just random. Haha sekati aku lah. Sapa suruh pi tekan random dekat poll tu.

Random ni, segala jenis perkara atau situasi yang aku fikir. Kiranya korang baca apa yang aku fikir la pasal something.

Contohnya macam perkataan cantik. Mesti korang bayang perempuan yang cantik, barang kemas, skateboard (eh?)

Kenapa nak kena cantik ? Sedangkan Allah tidak melihat kecantikan tersebut. Allah lihat setiap amalan kita, manusia akan senang dengan akhlak kita.

But why still the beautiful lady will get the good service ? Tak, aku tanya je. 

Lagi satu, kau tengok dekat mana mana laman sosial, dia update benda yang sama, guna gamba yang sama, tetapi sorang lawa, sorang lagi tak berapa nak lawa. ( Jangan salah faham, ketahuilah anda semua sangat lawa.)

agak agak mana lagi menarik perhatian ? Komfem yang lawa kan. Kadang lawak jugak, bukan depa baca pun caption tu. 

Cantik ni cuma satu subjektif. jadi, kenapa nak cakap yang kau still tak cantik ? Tak bersyukur dengan pemberian Allah ?

Seriously, awak sangat cantik. Bukankah Allah mencipta kita sebaik baik makhluk ? yang membezakan itu cuma pandangan manusia terhadap kita. kalau kau jumpa manusia macam tu, kau tumbok je. Haha

Dalam media sosial kemain update yang akhlak itu penting, rupa paras no dua. Tapi realitinya, rupa paras no satu, akhlak pulak jatuh yang bawah sekali.

Manusia weh, mana puas. macam mana pun rupa awak, awak sangat cantik, awak sangat kacak, awak sangat comel. Bersyukur dengan apa yang awak ada. Tak semua orang ada apa yang awak ada sekarang. manfaatkan segala nikmat tubuh badan sebaik mungkin.

Aku nak cakap pasal isu semasa, tapi cam tak layak. Ye lah, cuma insan yang tak akan dipandang oleh dunia. 

Tapi apa pun, hampa belajar rajin rajin. Jangan malas. Hampa study ja, tolong, hampa harapan negara, mana tahu kau boleh ubah negara ni. 

Ubah menjadi lebih baik. Bangunkan negara. Aku pun ada niat jugak, dulu masa form 4 dengan form 5 aku ambil bidang bakeri. Buat kek, roti, pastri, donut, wafel, dengan kuih tempatan.

Dari situ aku terfikir nak bukak seketul kafe yang mana orang muslim boleh makan. Aku tengok setakat ni ramai orang cina yang bukak. Jadi kalau boleh, aku nak jugak kasi sumbangan untuk ummah sikit.

Tak dapat banyak, sikit pun jadi. Cita cita masih tertanam, now, aku study banking dan islamic finance. Jauh beza kan ? Hahaha

Aku cuma pegang, mesti Allah punya sebab untuk campakkan aku dalam bidang ni pulak. Aku niat nak bukak bank sendiri yang mana boleh bantu sesama Islam. No interest bagi pinjaman.

Banyak aku plan, tunggu masa untuk laksanakan. Doakan aku. 

Capai la cita cita kau, sumbangkan sikit untuk ummah kalau tak mampu nak beri banyak. 

Cakap pasal ummah, serius ummah tengah tenat. kalau kau lemah, ummah lagi lah lemah. Kau kena kuat untuk ummah.

Bantu ummah, boleh ? 

Aaa, okey, aku rasa sampai sini je lah. Kalau aku percaya kau, kenapa kau tak percaya diri sendiri ? 

Aku yakin kau mampu.

Adios !