/ Puisi / Sungguh Aku Rindu

January 27, 2016


R I N D U


Aku lupa bagaimana rasanya menulis,
Aku lupa rasa cinta kepada penulisan,
Aku lupa segala nafsu untuk menulis,
Aku lupa bagaimana seronoknya menulis,

Dulu,
Pantang ada waktu,
Pasti aku menulis,
Pasti aku berimaginasi,
Tak kira masa dan tempat,
Idea melimpah ruah,

Sekarang,
Aku rasa nothing,
No idea, No inspiration,
Mungkin aku tak ada hati kot,
Tu yang tak mampu,

Dulu,
Aku selalu create cerpen,
Sampai ada hanta dekat penerbitan Wahai,
Masuk contest Mato,
Buat karangan untuk sahabat,

Sekarang,
Aku cuba paksa diri untuk menulis,
Aku pernah menangis,
Kerana tiada suatu aksara yang keluar,
Aku pandang kosong,

Ya Allah,
Kenapa aku tak mampu ?
Dah lama aku berhenti menulis,
Aku nak mula balik ya Allah,

Biarlah kalau tak berguna untuk yang lain,
Asalkan aku puas,
Puas dengan segala luahan yang tak terluah,
Luahan yang dipendam dari dunia nyata,

Aku mohon ya Allah,
Berilah aku sedikit ilham,

"Dan tanpa sedar, kau dah mula menulis."

LeAwan | 17122015

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter