/ Puisi / Manusia

January 27, 2016


Manusia

Hey manusia
Kau mahu apa ?
Tidak cukupkah segala nikmat yang telah Allah beri
Apa lagi yang kau dustakan

Udara
Tanah
Air
Bumi
Segalanya Allah beri
Mana rasa malumu
Sudah ambil nikmat
Kemudian lari
Mana rasa syukur kau

Hey manusia
Kau tak rasa salah ke
Setiap saat abaikan Dia
Setiap detik lupakan Dia

Bila kau susah
Tergedik gedik kau cari Dia
Menangis bagai nak rak
Kata Dia tak sayang kau la
Rasa ujian tu susah la
Padahal baru sikit

Hey manusia
Sedarlah diri sikit
Dunia ni sementara
Akhirat selamanya

Kau kejar akhirat
Dunia ikut kau
Kau kejar dunia
Dunia je yang kau dapat

Jangan genggam erat sangat dunia tu
Nanti kecewa
Nak bunuh diri lah
Nak terjun bangunan lah
sudah sudah la dengan niat tak membina tu

Kau ubah la sekarang
Kalau bukan sekarang
Bila kau nak berubah ?

Fikir.

LeAwan | 22122015

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter