/ Cerpen / Sahabat Terakhir

January 20, 2016


Dia sentiasa di sisi
Tetapi aku masih mencari
Aku lupa untuk hargai
Hingga dia sudah mengadap Ilahi

Suatu pagi nan indah, masih sunyi, kelihatan dua orang gadis yang sedang asyik mengambil angin pagi.

Farah dan Aliya merupakan kawan sebilik di tempat mereka belajar. Kiranya satu universiti merangkap teman sebilik.

Farah merupakan seorang gadis yang agak sosial, maklum sajalah, anak orang berada. Malah dia juga tidak menjaga hubungannya dengan Allah. Memang out bab agama. Solat ? Apatah lagi..

Tapi, bila masuk hal belajar, memang dia nombor satu, study sampai lewat malam, tak kira masa.

Aliya pula seorang yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah, setiap hari dia bangun tahajjud mohon keampuanan daripada Allah.

Malah, hampir setiap hari Aliya menegur dan menasihati Farah supaya berubah. Tetapi Farah buat tidak endah sahaja. Bahkan, dia memarahi Alia kembali.

"Kubur masing masing weh, kau tak payah sibuk hal aku okey ?" sinis saja Farah membalas. Aliya tetap juga bersabar.

Suatu hari, setelah berpenat di kolej, Aliya pulang semula ke asrama. Tiba di dalam biliknya, dia melihat Farah menangis semahunya.

"Kenapa dunia ni tak adil. Penat aku usaha, tapi kenapa gagal ? Aliya, kenapa Tuhan tak adil ?"

"Adil ? Farah cakap pasal adil ? Farah cuba fikir balik dekat mana adilnya."

"Aliya, aku study sampai lewat malam. Aku hafal semua. But why I still fail this paper ?" dia mencampak kertas soalan tersebut.

"Yes you did, but think, macam mana Allah mahu beri sedangkan Farah lupakan Dia. How can He give, Farah, Allah tahu apa yang terbaik untuk Farah. Tabah okey."

Aliya mengusap bahu Farah. Farah masih juga menangis, masih mempersoalkannya.

"Sabar la Farah."

Akibat penat menangis, akhirnya Farah tertidur.

Seminggu berlalu. Farah kelihatan sudah ceria kembali. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke arah kafe, tiba tiba langit menjadi gelap semakin lama semakin legam.

"Apa dah jadi ni." Dia melihat manusia bertebaran berlari. Keadaan menjadi kucar kacir. Dia masih berdiri di tempatnya. Tidak tahu hendak melakukan apa.

Tiba-tiba angin taufan datang, seperti puting beliung. Kuat sangat angin, dia merasa seperti berterbangan. Farah berada jauh di langit sana. Berpusing-pusing. Masih memikirkan nasibnya.

'Ya Allah, aku tak tutup aurat, solat aku ke mana, aku banyak lalai. Ya Allah, kasi aku peluang lagi.'

Dia memejam mata rapat, dan dia terlanggar sesuatu semasa di awangan, dia tekejut dan membuka mata.

'Allah.'.
Itu yang terpacul di bibirnya. Tubir matanya mengeluarkan air mata. Ya, dia menangis. Segera dia bangun dan mencari Alia.

Tetapi Aliya tiada. Merata rata dia mencari, masih juga tidak ketemu.

"Ya Allah, mana Alia. Alia, aku perlukan kau sekarang. Mana kau pergi."

Setelah lama mencari Alia, akhirnya Farah mengambil tempat di sebuah kerusi. Otaknya ligat mengingati sesuatu.

'Baru aku perasan, lama aku tak nampak Alia, katil dia kemas. Macam tak disentuh.'

Otaknya memproses lagi memori beberapa hari lepas. Kemudian, terus dia berlari menuju ke bilik dan mencapai kunci kereta.

Dia memecut laju menuju ke arah kampung halaman Alia.

'Nasib aku pernah pergi kampung Alia, ingat lagi jalannya.' monolog Farah sendiri.

Tiba sahaja di kampung Alia, terus Farah memberi salam.

"Wa'alaikumsalam, eh Farah. Masuklah." Ibu Alia yang menjawab. Farah terus masuk dan mencari Alia.

"Makcik sihat ? Hm, makcik, Alia ada tak ?"

Riak wajak ibu Alia berubah, tetapi tetap tersenyum. "Alhamdulillah sihat. Alia..."

"Kenapa dengan Alia makcik ? Kelibat dia pun saya tak nampak. Mana dia makcik."

"Alia ada tinggalkan sesuatu untuk kamu." Ibu Alia mengambil sebuah beg dan menyerahkan kepada Farah.

"... Alia sebenarnya sudah meninggal semalam. Lama dah dia sakit, menghidap kanser hati tahap 4."

Bagai tersentak Farah mendengar berita tersebut. Dalam tidak percaya, Farah cuba mencerna sekali lagi apa yang dikatakan oleh ibu Alia.

"Tak tak, makcik tipu. Minggu lepas saya tengok dia sihat je."

"Dia memang sihat. Dia tak tunjukkan sebarang tanda yang dia hidap kanser sebab dia percaya Allah."

Laju saja ibu Alia menyeka air matanya. Farah hanya menangis. Menangis semahunya.

"Sabar Farah. Jangan risau, doakan Alia ye. Tabahkan hati, percaya pada Allah."

Farah melihat ke dalam beg yang diberi oleh ibu Alia tadi. Terdapat sepucuk surat dan tudung buat Farah.

Intipatinya berkaitan solat dan Aliya memberitahu bahawa dia sangat menyayangi Farah sebagai sahabat dunia dan akhirat. Malah, dia selalu berharap Farah diberi hidayah.

"...Farah, kau jaga diri, jaga iman, aku nampak kau nak berubah tapi kau tak tahu macam mana. So, here your first step, solat dan tutup aurat. Love you, Alia."

Dia memandang tudung dan menangis. Sebelum pulang, dia menziarahi pusara Aliya, gadis yang telah meninggalkannya tanpa permisi. Sekali lagi, empangan air matanya p
ecah, mengalir deras di pipinya.


Mulai haritu, Farah mula buka hati dan berubah, bukan sahaja untuk Aliya, tetapi juga untuk Allah. ❤

Farah yakin sahabat seperti Aliya hanya hadir dalam ruang makna hidup nya hanya sekali. Namun, dia redha akan pemergian sahabatnya itu kerana dia pasti Allah lebih menyayangi Aliya lebih daripadanya.

15012016📝

Kolaborasi bersama,
FatinAzira ft sjmilah

You Might Also Like

0 comments

Instagram

Twitter