Saturday, January 23, 2016

/ Cerpen / Dia Hilang.



Hilang jejak,
Putus hubungan,
Bagaikan lesap tanpa sebarang berita,
Di manakah ia ?

——————

Lautan manusia di bandaraya itu makin hebat. Aku berada betul betul di tengah lautan tersebut. Tersangat ramai. Aku hanya berdiri kaku.

Masih berfikir hala tuju. Mahu ke depan, atau berpatah balik. Tapi kerja dah buat separuh, teruskan saja.

"Bos, tu dia !!!" Jerit lelaki yang berbaju hitam. Wajahnya sedikit berparut di pipi. Kena toreh mungkin.

Berlaku adegan kejar mengejar di lautan manusia tersebut. Aku teruskan larian aku.

"Kejar dia. Jangan lepaskan dia !" Jerit ketua gang mereka. Gigih mereka mengejar aku.

Apa salah aku weh ?

Semalam, aku hidup dalam keadaan yang sangat baik. Bersama sahabat yang sangat baik.

Baik ? Yes, sahabat yang hanya muncul ketika aku senang dan bila mereka dalam kesusahan.

Aku perati je mereka. Aku tahan. Aku pendam segala jenis rasa.

Aku capai telefon bimbit aku dan mendail nombor Imani. Dia sangat baik, selalu ada saat aku duka dan suka.

Sekali. Dua kali. Eh, kenapa tak angkat ? Busy kot, mungkin dalam kelas.

Aku bukak whatsapp, scroll nama Aqilah. Taip something. Tak lama lepas tu, ting !

Aqilah : Aku busy lah. Kau gi la dengan sesapa.

Aku : Aku baru nak belanja kau shopping.

Aqilah : Shopping ? Kau belanja ? Seriously ?

Aku : Yap !

Aqilah : okey, nanti aku jumpa kau.

Aku : Orait.

see, aku dah kata. kawan dengan aku sebab duit. Jadi petang tu aku keluar la dengan dia. Aku tak kisah pun pasal wang, harta semua ni, aku  cuma mahu someone yang sentiasa ada di sisi aku.

dari kejauhan aku lihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. Aku cuba analisis. Ya, dia Imani. Tapi dia buat apa dengan lelaki baju hitam seramai 4 orang tu.

Aku berjalan menuju ke arah mereka dan mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan meja mereka.

"Jadi, macam mana bos, nak kasi settle budak tu bila ?"

"Kau kasi settle la sekarang. Aku dah muak nak tengok muka dia."

"Bukan dia kawan baik bos ke ?" Tanya lelaki yang duduk di sebelah Imani.

"Kawan ? Sapa kawan ? Aku dekat dengan dia sebab nak capai misi aku untuk hapuskan dia."

Imani, how dare you. Terus aku bangun dan berlalu pergi.

"Syie, kau nak gi mana ? Aku lapar ni."

"Dah la, aku nak blah."

"Habis tu aku nak balik macam mana ?"

"Kau balik la naik teksi nanti."

Hampir separuh manusia melihat adegan tersebut. Termasuk Imani.

"Bos, tu ke perempuan tu ?"

Imani mengangguk kepala. "Kau pergi kejar dia sekarang. Aku nak dia sekarang !"

Terus mereka bangun dan mencari Syie. Mereka berlari hingga terlihat kelihat kelibat Syie dia tengah tengah lautan manusia.

"Weh, tu dia !!!!" Lelaki berbaju hitam menunjuk ke arah Syie.

"Lari !" Jerit seorang manusia yang berhampiran aku. Dia jerit dekat sapa ? Aku pandang sekeliling. Dari kejauhan aku lihat lelaki yang bersama Imani tadi mengejar sesuatu.

Aku tidak tahu apa dan kenapa. Makin lama semakin hampir. Dorang kejar aku ke ? Laju saja kaki aku mula berlari. Siapa sangka hari ni hari yang paling teruk untuk aku.

"Dorang kejar aku laaaa." Aku tepuk dahi. Terus aku berlari tanpa arah tuju. Segala jenis halangan aku lalui, melompat, slide, semua tempat aku lalui.

Aku toleh belakang, kelibat mereka tidak kelihatan. Aku perlahankan langkah aku, otak, cepat la proses. Nak melangkah ke mana ni. Dah jauh sangat dari kereta ni.

bang ! Bang !

Dua butir peluru betul betul dekat kaki aku. Kuajar, aku keluarkan pistol yang tersangkut di pinggang aku. Hampir tiap hari aku bawak, and today is my lucky day.

Aku periksa peluru. Terus aku berlari ke arah sekumpulan lautan manusia. Aku menyelit. Pistol masih di tangan. Menunggu mangsa.

Mereka semakin hampir. Kedengaran tembakan di udara. Manusia lain mula tunduk dan menjerit kecuali aku dan meraka masih berdiri.

"Woi, kau nak apa ? Imani, sampai hati kau." Aku menjerit. Mahukan kebenaran.

Imani tersenyum sinis. "Kau tanya aku nak apa ? Kau ingat aku tak tahu plan kau selama ni ?" Imani melangkah maju ke hadapan.

Lelaki tadi mengacukan pistolnya ke arah aku.

"Apa kau cakap ni ? Aku tak faham. Apa salah aku ?"

"Kau pura pura tak tahu atau buat buat tak tahu ? Jangan nak berlakon lagi la. Aku tahu segalanya. Kau yang mulakan semua ni."

"Kau tahu semuanya ?" Aku senyum sinis. Aku maju ke hadapan. Depan musuh kau berani je. Jangan takut.

"Kalau kau dah tahu, bagus la. Tak payah susah susah aku cakap lagi." Mata aku melilau, mencari sesuatu atau lebih tepat mencari peluang untuk melarikan diri.

Gila pa aku nak lawan depa yang ramai tu, sekali aku yang terkorban.

"Jadi, kau nak buat apa sekarang ? Nak tembak aku ? Nak seksa aku ?"

"Aku ingat nak culik, seksa kau. Tapi kau dah tahu, aku nak bunuh je la. Separuh aku dah settle. Kau je penghabis."

"Kau nak bunuh aku ? Silakan. Aku tak takut. "

"Yakin kau tak takut ?"

"Allah yang patut kau takut Syie."

"Sekarang baru kau nak cakap pasal Allah, dulu kau dengan gang kau buat dek je bila aku cakap pasal Allah."

Aku lihat wajah Imani terkejut. Mungkin baru tahu kebenaran.

"Asal muka kau tekejut Imani ? Baru ingat aku ? Manusia yang keji, hina, caci. Kau lupa ?"

"K-kau...."

"Ye aku. Asal ? Terkejut yang selama ni aku jadi sahabat baik kau. Yang plan aku kau jumpa tu, semua muslihat aku je...." belum aku habiskan ayat aku, terus aku lari ke suatu lorong.

Imani dan gengnya lari mengejar Syie. Tetapi, kelibatnya tidak kelihatan. Mereka terus mencari. Tetapi tetap tiada.

Hampir setahun Imani mencari Syie. Tetapi tiada jejak. Barangnya juga tiada, rumahnya kosong, data pelajar tentang Syie di kolej turut tiada.

Syie seakan ghaib. Dia hilang. Dia lenyap begitu saja. Mustahil.

Dari kejauhan aku melihat Imani. Senyum sinis. Terus aku beredar. Biarkan dulu mangsa.

Hati hati, aku perhati setiap gerak geri kau.

sjmilah_
23012016
20'33

-----------

Gais, should I continue this story or not ? Maaf kalau tak ada ibrah yang boleh diambil.

Adios !